Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Hendak Seribu Daya

Wednesday, 1 September 2010

Salam...

Semoga semua orang masih dalam kemanisan beribadah di bulan puasa yang penuh barakah ini...Di sebalik byknyer cabaran dan kerja nak buat time summer nih,rasa rindu nak menulis tetap ada...maka lahirlah tulisan ini...huhuhu..puitis lak..=D

Ramai orang yang inginkan sesuatu tanpa mahu berusaha.Ada yang bagi alasan takdir mereka dah tetap.so,x yah lan usaha lebih-lebih..tapi bukan ke Allah dah bagitau


"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (13:11)


Jom baca kisah ni dulu...


Pada suatu hari,ada seorang tua miskin yang sangat ingin makan ikan.Dia pun berjalan-jalan di tepi tasik untuk melihat kalau-kalau ada ikan yang terdampar ke tepi..boleh la dia memenuhi keinginannya...ye la..nak beli xde duit.Setelah beberapa ketika berjalan,dia bertemu dengan seorang budak yang sedang memancing.Baldi ikan budak tersebut sudah penuh dengan ikan.Si tua itu pun berfikir..apa salahnya aku minta seekor dua ikan dari budak nih..tentu dia x keberatan.

"Wahai budak yang baik hati,boleh kah engkau berikan aku seekor dua ikan..aku teringin untuk makan ikan tapi aku xde duit nak beli.."pinta si tua yang miskin itu sayu.


Budak kecil itu tersenyum.Dia mengangguk.


"Boleh..apa salahnya..tapi saya nak mintak tolong pak cik satu benda boleh??"Si tua miskin itu lekas-lekas mengangguk..x kisahla apa budak ni nak suruh aku buat asalkan aku dapat ikan tu.


"Pak cik tolong jagakan joran saya ni kejap boleh x??saya belum sembahyang asar lagi..."jawab budak itu.Si tua tersenyum senang..owh,jaga joran je..senang je..


"Baik..baik.."


Lalu budak tu pun pergilah menunaikan solatnya sementara si tua miskin itu menjaga jorannya..Dua tiga ekor ikan yang tersangkut di joran budak itu dibawanya naik ke darat.Sehinggalah budak itu kembali,pak cik tua itu setia menjalankan tugasnya.


"Pak cik,ok ke...berapa ekor pak cik dapat masa saya xde?"Tanya budak kecil yang comel tu.Si tua itu bingkas bangun apabila budak itu kembali.


"Ok..ok..pak cik dapat dalam 6,7 ekor je nak..."pak cik itu menjawab riang sambil menghulurkan kembali joran kepada budak itu.


"Tima kasih pak cik..sekarang pak cik ambillah semua ikan yang pak cik dapat masa pakcik tolong jaga joran tadi..."arah budak itu ikhlas..

Si tua itu terkejut tapi dia sangat gembira dengan kebaikan hati budak itu.Lalu dia pun mengucapkan terima kasih kpd budak itu dan pulang ke rumahnya dengan membawa pulang 7 ekor ikan untuk memenuhi kemahuannya..

Tetapi,apa yang si tua miskin ni x sedar ialah,semua ikan yang dia bawa balik tu adalah hasil usaha dia yang memancing bukan ikan yang dipancing oleh budak itu...huhuhu


Hmm...kesian kan pak cik ni..So,kita pun xkan lah nak ikut macam pak cik nih...menjadikan alasan xde duit nak beli ikan untuk minta pada orang lain.Kalau betul nak ikan,byk lagi cara lain yang pak cik ni boleh buat macam yang berlaku kat atas nih...kail sendiri ke kan...


So,macam kita jugaklah kan..kalau kita nak something dalam hidup nih mestilah kena usaha...Cthnya,kalau betul nak usrah..walau kena keluar 2 jam sebelum usrah start ataupun habis duit tambang RM10 pun xkan jadi masalah... kalau x boleh jugak..ada yang berusaha untuk buat usrah online kan.. bukannya tggu duk kat umah org dtg nak bg usrah kat kita...bukannya bagi macam2 alasan kan...kalau asyik bagi alasan je macamana nak berjaya kan.. macamana nak dpt apa yang kita inginkan...bak kata pepatah melayu tu..hendak seribu daya x hendak seribu dalih.....kalau nak islam tertegak kembali xkan nak tunggu saatnya je..mestilah kena usaha kan..bknnya tggu janji Allah yang islam akan bangkit kembali jadi kenyataan tiba-tiba..bukannya hari ni tido esok bgn pagi islam dah jadi ustaziatul alam...Rasulullah saw sendiri pun berusaha untuk sebarkan dakwah islam ni dulu kan..So,kita pun jgnlah berhenti berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak..cepat atau lambat sesuatu itu untuk kita dapat bergantung pada usaha dan tawakal pada Allah...=)


Peringatan ini untuk saya juga yang menulis..yg inspired myself agar teruskan perubahan diri supaya dpt mncapai apa yang saya inginkan..semoga bermanfaat tuk yang membaca...waallahualam...


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)



Hartaku hartaMU

Wednesday, 21 July 2010

Bismillah....salam..


Ermmm..orang-orang jb bru je abis isk ari tuh.Komen sye??...emmm,not bad juz sye kot kna belajar lebih lagi..adik-adik pulak nampak cam lagi hebat dari sye...huhuhu..


Nak kisahkan kat sini bukanlah pasal isk tapi pasal seorang sahabat nih..iaitu Abu Thalhah...seorang sahabat yang terkaya dari kalangan sahabat ansar di kota Madinah.Kekayaan beliau meliputi kekayaan kurma dan salah satu kebun yang sgt disayanginya ialah kebun Bairuha' yang letaknya berhadapan dengan masjid.


Dekat kebun nih,Rasulullah s.a.w selalu masuk dan minum air dari sumber air di situ..sumber air kat situ sgt jernih..(x taulah pulak nak describe camne..)


Tetapi tiba masanya satu ayat Alquran diturunkan iaitu,


''Tiada kamu mencapai tingkat bakti(albirr) sehingga kamu mendermakan dari yang kamu sukai.." (3:92)


Maka.tanpa membuang masa Abu Thalhah dtg kepada Rasulullah s.a.w dan berkata,


"Ya Rasulullah,Allah telah menurunkan kepadamu ayat ini...Dan hartaku yang paling kusukai ialah Bairuha'.dan itu saya sedekahkan kerana Allah..saya harap semoga menjadi tabungan saya di sisi Allah maka berikanlah sesukamu ya Rasulullah,sebagaimana petunjuk Allah kepadamu."


Maka sabda nabi s.a.w,


"itulah harta untung yang berguna bagimu.Dan saya telah mendengar semua yang kau katakan maka saya berpendapat lebih baik kau jadikan sdekah kepada kaum kerabatmu yang dekat."


Maka Abu Thalhah pun akur pada kata-kata Rasulullah dan membahagikan hartanya kepada kaum kerabatnya..
(riwayat Bukhari Muslim)


Huh..kagum saya baca kisah Abu Thalhah nih..Bila trun je ayat tuh dia terus nak dermakan hartanya kan..harta yang paling dia suka pulak tuh..and bila reflect diri kita balik...ingat lagi tyme kemas rmh b4 balik msia ari tuh...brg2 yang kita x nak tu yang kita nak antar kat charity shop...sweater2 yang bagi kita x lawa dan x syg pun...kerdilnya diri nak dibandingkan dengan Abu Thalhah...


Tersentap gak bila igt balik...x igt ke ayt Allah...kan baca dgn hati..(mood isk lagi nih)


"Hai sekalian org yg beriman,berdermalah kamu dari sebaik-baik yang kamu hasilkan dan dari apa yang Kami keluarkan untuk kamu dari bumi.Dan jgn kamu memilih yang busuk untuk kamu dermakan.." (2:267)


Muhasabah sgt2 sekarang nih..i.Allah akn dapat diperbaiki lepas nih..Bukan ke fitrah manusia ni sgt suka pada harta dan cara nak menjauhinya ialah sedekah, infak dan membelanjakannya di jalan Allah..


So,pasnih nak byr yuran kibar...jgn ragu2 ye...:)..I.Allah cukup je duit kita nak infak pun..300 ringgit je bkn 300 pound kan..huhuhu..(especially diri sendiri..)


"Katakanlah wahai Muhammad,sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan dia juga yang menyempitkan baginya..dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (34:39)


ermm...saya menulis nih dgn penuh rasa rindu pada sister2..yang selalu berpesan-pesan kearah kebaikan ...syg fillah..semoga post ini bermanfaat tuk semua...dan diredhaiNya..hartaku ini hartaMu...

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

Sunday, 13 June 2010

Salam.....



Semua orang pastinya sgt familiar dgn kalimah ini...Kalau kita bukak Alquran sekarang pun ayat pertama yang kita jumpa ialah ayat ini......

Apa yang menariknya tentang kalimah basmalah ini ye???..hehehe...baca cerita kanak-kanak ni dulu...(^^)

Alkisah pada satu masa dahulu,ade sepasang suami isteri yang hidup bahagia bersama walaupun kerja si suami kais pagi,makan pagi..kais petang mkn petang...Habit si isteri ialah setiap kali ingin memulakan sesuatu pekerjaan,dia akan membaca kalimah basmalah dulu...buatlah apa saje kerja pun : basuh baju ke..masak ke...etc...semuanya dilakukan Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Sampailah suatu hari....si suami terasa sgt bosan bila telinganya asyik mendengar kalimah yang sama berulang-ulang kali meniti di bibir isterinya...Lalu datanglah syaitan yang kerjanya suka mencucuk-cucuk hati manusia...

“Hei manusia..aku tau kau rasa menyampah dengar isteri kau sebut perkataan yang sama x abis-abis...mesti sakit telinga kau kan......apa kata kau buat sesuatu agar isteri kau senyap...aman sikit rumah kau nih...”bisik si syaitan memperdaya si suami....

Sabda Rasullullah S.A.W,

“Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari dalam pembuluh darah anak adam...”
(riwayat BUkhari dan Muslim)

“Habis..ape yang aku kena buat...”Si suami yang memang terasa bosan mula terjerat dengan godaan syaitan...Maka bermulalah sesi perbincangan antara si suami dgn si syaitan tadi...

Tidak beberapa lama kemudian,si suami dan si syaitan sudah mencapai kata sepakat untuk mendajalkan si isteri dengan rancangan jahat mereka...

Si suami pergi mengambil sekarung guni lalu dipenuhkannya denagn ribuan lebah yang tajam dan pantas menyengat...Lalu diletakkannya di satu sudut dapur..Si suami pun memanggil isterinya..

“Wahai isteriku..aku baru saje balik dari mengumpul madu lebah di hujung hutan...kau ambillah botol-botol madu yang aku letak dalam guni di dapur..hidangkan pada aku secawan madu...”arah si suami dengan nada suara yang selamba...seolah-olah memang betul karung guni itu berisi botol2 madu..Si isteri ternyata percaya dgn kata-kata suaminya lalu tanpa syak dia pun melakukan apa yang disuruh...

“Bismillahhirrahmannirrahim......”Si suami duduk senyap-senyap diruang tamu sambil menunggu isterinya menjerit kesakitan apabila diserang lebah....Tiba-tiba...

“Ya Allah!!!”Sebaik sahaja mendengar jeritan si isteri...si suami pun pantas datang kpd isterinya..

“Ada apa isteriku??”Tanya si suami berpura-pura sambil berlari ke dapur..sedangkan dalam hatinya gembira...tentu isterinya sedang disengat lebah...

“Subhanallah..banyaknya rezeki kita hari nih....”Si isteri tejerit kecil kegembiraan..Si suami yang baru tiba di dapur terpinga-pinga...

“Eh???”Alangkah terkejutnya si suami bila yang ada di dalam guni yang dibukanya adalah puluhan botol-botol madu yang berisi madu yg sgt banyak...si suami terduduk menyesal..sedang si isteri x henti-henti memanjatkan kesyukuran pada Allah....

Hmm...best x cerita nih...cerita nih sye dgr mase umur sye 9 thn(if i’m not mistaken)..ape pengajarannya ye...????..yg plg obvious sekali mestilah baca bismillah b4 we do anything good...

Sebab...hikmah di sebalik kalimah basmalah nih terlihat dari segi maknanya...

"Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...." (alfatihah:1)

Setiap apa yang kita lakukan..bila kita mulakan dgn bismillah..kita melakukannya dgn mengwar-warkan yang Allah itu Arrahman dan Arrahim...maka balasan atas apa yang kita tgh buat dgn menyebut nama Dia itu mestilah basah dgn limpahan kasih sayangNya..betul x???..

Macam kisah di atas nih...si isteri x jemu-jemu mengatakan yang Allah itu pemurah dan penyayang..maka balasannya ialah Allah menyelamatkan dia dr sengatan lebah dengan menggantikannya dengan limpahan madu yang sgt byk dan tentunya sgt manis..semanis dan sebanyak kasih syg Allah pd umatnya.....
LEBAH=MADU
BASMALLAH = RAHMAT ALLAH

Hmmm...sweet kan berkasih syg dgn Allah nih....lagi kita beri lagi banyak kasih syg Dia yang kita dpt...so,inilah dia salah satu cara untuk berkasih sayang dgn Allah..ucapkan basmalah...as simple as that...(^_^)...seperti yang disebut dalam salah satu hadis...

"Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "

Saya sayang Allah...anda macamana pula???kalau anda pun sama macam saya...kerapkanlah diri kita menyebut basmalah sebelum melakukan apa saja pekerjaan...

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat dgn org2 yang berbuat baik..” (ala’raf:56)

Sayang fillah....

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.