Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Rejoice the Deal

Wednesday, 23 January 2013

Bismillah..

Nak tahu kisah saya dengan satu kalimah cinta tak?
sobss...

" Surely, Allah has bought their lives and their wealth from the believers, in exchange of a promise that Paradise shall be theirs. They fight in the way of Allah, and killed and are killed, on which there is a true promise as made in the Torah and the Injil and the Quran. And who can be more faithful to his covenant than Allah? So, rejoice the deal you have made, and that is the great achievement."
( Attawba:111)

Betapa bermaknanya kata-kata ni sebab setiap kali saya rasa nak give up, inilah ayat pengubatnya. Dan the most meaningful is sejak dua minggu yang lepas, lengkaplah ayat ni embedded dalam hidup saya. Why?

Sebab..selama ni saya selalu rasa Allah tak uji saya dengan harta pun sebab saya rasa sayalah orang paling pemurah di jalan dakwah ni. tolong belikan tiket utk akhawat, bayarkan sewa rumah orang, bagi pinjam duit pd akhawat yang memerlukan, belanja adik usrah makan etc...So, saya rasa kalau Allah uji saya dengan duit pun, saya xde perasaan diuji tu sebab saya ada perasaan yang sanggup berkorban harta tuh...(astagha...cam riak pulak tulis perenggan ni...tak, saya nk cakapnya saya boleh bertolak ansur hal-hal duit ni,,astaghfirullahaladzim,..)

So, waktu saya dilanda emosi je lah ayat ni akan pop up. terasa hati, makan hati, pendam perasaan semuanya...huuu, sbb saya akan ambil masa yang sangat lama nak overcome perasaan tak best.

Dan akhirnya, dua minggu lepas, saya nangis sebab harta..Allah limpahkan saya dengan jual beli harta dengan saya yamg for the first time saya rasa teruji dengan harta....tetiba rasa riang gembira pulak..sebab rasa ayat ni memang diturunkan untuk saya selengkap-lengkapnya.

Nak dijadikan cerita, ada beberapa insiden yang berlaku yang menyebabkan saya ketandusan duit nak pergi daurah. Secara susunanNya yang terbaik, daurah selalunya buat kat kampung halaman saya, so xdelah duit tiket keluar, setakat naik bas indigo, punch mango card je...Tapi, waktu saya xde duit nilah....daurah buat kat tempat lain. Bukan kat UK, tapi kat seberang laut. MasyaAllah, saya rasa Allah ni memang penuh dengan hikmah yang tersembunyi yang dia nak bagi kat saya..

Tambah pulak, tiket kapal terbang selalunya dalam £40 je dari kampung halaman tp, tetiba tarikh daurah tu mungkin ramai ikhwah akhawat yang beli tiket jugak sooo, harganya melambung sampai £100...berpeluh tengok duit dalam akaun tak cukup nak sampai March. fuhhh...

Nangis jugaklah sebab tak pernah berlaku dalam hidup saya camtuh.

Jazakunnallahkhair pada dua org ukhti yang bagi nasihat yang sgt useful waktu saya terdesak and wondering patut ke tak saya pergi daurah. Yang sorg cakap, walau apa pun saya kena cari jalan gak untuk pergi daurah. Sorang lagi bagi tips nak cari tiket murah. Even risky, alhamdulillah tips tu berjaya. Alhamdulillah, walaupun tak semurah selalu, dapatlah tiket £58.

tapi, dari mana dapat duit..huuuu, nilah part yang paling sedih. saya tengok dalam bilik saya, tengok harta-harta dunia yang bertimbun. ada dua laptop, satu notebook, satu ipad, dua fon beli tuk family, satu blackberry, satu camcorder dan beberapa harta yang lainnya. baru perasan yang saya sedang merangkak dengan sesemput-semputnya mengheret harta ni ke syurga. koff3x...

jadi dengan lafaz bismillah, saya listkan satu laptop kat Ebay, hoping someone will be interested to buy my very first own laptop. Alhamdulillah, minggu lepas saya dah jual laptop bernama Logam tu.

Wahai, sedihnya hati nak post laptop tu..dengan laptop tulah, saya tulis entry blog ni yang pertama. Dengan laptop tu jugak, saya tulis banyak cerpen. Dengan laptop tu, cerpen saya S.O.S ditulis and won the third prize of the competition. Dengan laptop tuh, saya develop my own inspiration to be lecturer. That lappy menjadi saksi saya di jalan tarbiyah. Tapi alhamdulillah, saya berjaya memaniskan hati saya. Saya cakap kat diri sendiri, baguslah A..., dulu dengan laptop ni banyak sungguh jahiliyyah yang ko buat, sekarang dengan laptop ni, kau dapat pegi daurah. indahnya...laptop ini memang sesuai dengan namanya iaitu Logam. Berguna kepada saya waktu jahiliyyah, berguna juga waktu islam.

(iklan: kalau laptop pun boleh jadi logam, kita?)

jadi, pendek cerita, jual laptop, dapat duit, beli tiket pergi daurah. ahamdulillah. So, akhawat yang telus berukhuwwah dengan saya, jumpa kat sana inshaAlah.

Baru saya rasa betapa manisnya jua beli harta dengan Allah. selalu jual beli emosi je..sobsssss

"And who can be more faithful to his covenant than Allah? So, rejoice the deal you have made, and that is the great achievement."

( Attawba:111)



p/s will proceed with kisay kay final next week inshaAllah.



Bloom's taxonomy dalam bulatan gembira

Friday, 11 January 2013

Bismillah.

Sem baru dah buka.. huhu, walaupun belum masuk sem terakhir tp dah rasa berdebar-debar nak balik Malaysia. Alhamdulillah, memang betul kata seorang ukhti, PGCE byk sebenarnya mengajar kita untuk menjadi murabbi. Siapa kata teori-teori education hanya untuk dipraktiskan kat sekolah je..haaaai, mari keluarkan fikiran dari kotak yang sempit. *wink*

So, pernah dengar Bloom's Taxonomy? *wink sekali lagi*

Mungkin sebab i had learned so much yet i didnt realize yang sebenarnya saya dah praktiskan dah teori ni dgn adik-adik usrah saya. naturally kot.

Perasan tak kadang-kadang bila kita tanya soalan kat anak usrah kita ataupun adik-adik yang sewaktu dengannya, kita akan dapat jawapan seperti...

"krik...krik...krik"

last-last kita tanya kita yg jawab?

Dalam salah satu kelas kami, kitorang bincang jugak pasal benda ni sebab the same thing happen dalam kelas. Cikgu tanya tapi student tak dapat jawab. So, orang-orang philosophy come out dengan teori Bloom's taxonomy ni.


Rupa-rupanya kita kena start tanya apa yang diorang tahu dulu. Bukannya main serbu tanya soalan-soalam KBKK. Walaupun niat kita pada asalnya nak mengajak adik kita berfikir tapi tak perlulah seawal lima minit usrah dah suruh diorang berfikir.

Slowly but surely (quoted from akh presiden waktu mpn dulu-dulu)..

soalan berbentuk knowledge ni selalunya apa yg diorg dah tahu. benda-benda basic macam kertas dibuat daripada apa, satu tambah satu berapa, ada berapa orang rasul yang kita wajib tahu dan sebagainya. dalam kata lain, something they remembered.

soalan comprehension pulak yang menguji kefahaman. Dalam kimia contohnya, kita tahu double bond lagi kuat daripada single bond. Sp, kita tanya why? mntk student explain kenapa? Kalau tadi kita tanya kertas dibuat daripada apa, sekarang kita tanya kenapa pokok? kenapa bukan tanah yang kita guna nak buat kertas?

Bila sampai part application, barulah kita relatekan dengan perkara baru yang kita nak ajar. Kita demonstrate camana relation tu. Misalnya, kalau pokok sesuai digunakan untuk buat pokok disebabkan karakteristiknya begitu dan begini. Cuba kita tengok karakteristic tanah, sesuai untuk buat apa ea?

Analisis: Sampai part ni, barulah kita boleh suruh diorang Berfikir. Tanah liat sesuai buat pasu bunga contohnya. berapa banyak tanah liat diperlukan untuk buat satu pasu bunga yang kecil. berapa banyak kos? (pening kepala waktu lecturer suruh kitorg buat assumption berapa banyak pokok perlu ditumbangkan untuk buat suratkhabar setiap hari..haha)

Then, part synthesis, tiba masanya untuk planning. design bentuk pasu bunga. create komposisi tanah liat yang boleh hasilkan pasu bunga yang berkualiti.

Akhir sekali barulah Evaluation. Judge and compare design tadi dengan design yang sudah sedia ada kat pasaran. Justify kelemahan dan kekuatan supaya boleh improve.

Siap!

Memang panjanglah proses ni dan boleh makan beberapa waktu usrah untuk sampai peringkat evaluation. Tapi, x perlu pun ikut satu persatu. Dakwah kita ni kan fleksibel. Adik-adik setiap orang lain-lain. Mana-mana yang terbaik tu apply lah.. XD

Nak bagi contoh dalam usrah, satu hari tu saya join usrah sahabat saya dan dia mintk tlg saya buat tadabbur. Lepas tengok hadaf, solusinya nak bagi kisah nabi Musa dan Samiri. Soalan pertama yang saya bagi ialah siapakah ar-Rasul yang ke sembilan belas. laju je adik-adik ni menjawab :D

Pastu barulah saya proceed sampai ajak diorang compare kita ni nak jadi macam nabi Musa ke, Samiri atau kaum nabi Musa yang ikut je.

Wallahualam. Bloom's taxonomy ni bukanlah satu kunci untuk capai hadaf usrah atau tingkatkan level kefahaman adik-adik tapi hanyalah salah satu skill yang boleh digunakan oleh para nuqaba'. Berjaya atau tidak, heiii, sila usaha dan tawakal ok?

~~~tanah90~~~

[Cerpen] iSpeaks: Kisah Kay Part 2

Tuesday, 1 January 2013



Bismillah.
Sila baca dan jangan muntah. huhu. jzkk.

Treet Treet Treet

Henfon bergetar, satu mesej facebook masuk buat Kay sengih. Gambar patung Bashbooka di skrin komputer mengundang bahagia. Mimy hantar gambar buah tangan yang dibelinya untuk Kay. Patung yang paling besar sekali patung lelaki bersut hitam dan kemeja putih ala-ala pakaian pengantin lelaki di barat. Dalamnya ada patung pengantin perempuan. Dalamnya lagi ada dua patung kanak-kanak; satu lelaki satu perempuan.

Mimy tulis,

Yang besar itu awak yang melindungi patung yang di dalamnya.
Yang kecil sedikit tu dilindungi oleh awak tetapi melindungi dua anak didalamnya

Pantas jari Kay membalas,

I would love to if we be a happy, muslim family. <3 i="i">

Dia baring atas katil. Henfon dibiar terbaring atas dada. Mana tahu Mimy nak balas dalam masa seminit dua lagi. Quran yang diletak di sebelah bantal menarik perhatian. Sementara tunggu, baik tengok-tengok sikit apa yang abang Ijam sampaikan minggu lepas. 

I am confident you can be a good leader to our future family.

Balasan Mimy buat Kay lagi berkobar untuk merealisasikan impian itu. Dia pantas menaip.

Minggu lepas my usrah cover tentang tarbiyah. Ijam told us about sepuluh muwasafat tarbiyah yang semua muslim patutnya acquire untuk capai kejayaan hidup dunia akhirat.

1. Akidah yang sejahtera. Maksudnya kita meletakkan segala-galanya kepada Allah. Kalau kita takut, kita cari Allah, kalau kita sakit, kita cari Allah. Zaman sekarang ada orang bawak anak dia pergi jumpa bomoh kalau sakit. Tu maksudnya tak sejahteralah akidah tu. Kira bottom line dia rukun iman kitalah. XD

2. Luas ilmu pengetahuan. Bukan setakat course yang kita belajar je tapi semua ilmu alam ni kalau boleh kita tahu serba sedikit. Naqib i cerita tentang seorang sahabat Rasulullah ni yang dia pergi belajar tujuh bahasa dalam masa seminggu je. Hebat kan?

3. Ibadah yang sahih. Naqib i cakap zaman sekarang ni ramai orang sibuk pertikai mazhab mana yang betul. Tapi time nak buatnya tak ramai nak buat pun. 

4. Sihat tubuh badan. Ni cam direct jugaklah kan. Rupa-rupanya sebab tulah kita ni orang-orang islam ramai yang lembik-lembik, tak berapa nak bijak. Asyik makan junk food je hari-hari. Malas bersenam pulak tuh. Memang lah kan. Ye tak?

5. Akhlak yang mantap. Kiranya attitude kita pada orang lain. Kalau nak berjaya, kia kena jagalah pergaulan kita, jangan buat orang rasa insulted dengan kita. Macam Rasulullah saw, semua orang rasa dialah orang yang Rasulullah sayang. Semua orang terpesona dengan akhlak baginda termasuk musuh. Naqib i kata, akhlak yang mantap tu senang, buat apa yang Quran suruh, itulah akhlak islamiah.

6. Mampu berdikari. Part ni best sebab bila duduk jauh dari rumah ni, i rasa i berdikarilah jugak. Masak pandai, basuh baju pandai. Tak bergantung kat mak sangat. You ni mesti bangga dapat suami cam i nanti. Haha.

Kay tarik nafas. Dia senyum membaca tulisannya sendiri. Buku nota usrah dikerling. Tak semua yang Ijam cakap dia tulis. Hanya serba-serbi yang dia rasa dekat di hati dan dapat dicerna kefahamannya barulah dicatat.

6. Bermanfaat pada orang lain. Yang ni konfem-konfem you terbayang i tolong you basuh pinggan and masak untuk you kan? Lebih kurang camtulah naqib i cakap. Sekarang ni pun kalau i tengok dapur rumah i cam bersepah, i tolong-tolong ringankan tulang kemas. Kalau mak i tahu ni, tersedak agaknya. Anak bujang dia basuh pinggan. Ohoi!

7. Tersusun urusannya. Part ni memang hentak kepala gak. Patutlah kan. Kita ni selalu buat kerja last minute. Patut susah nak berjaya. Haha. Allah ni tahu je kan kita ni camna. Bak kata naqib i tulah. Dah Allah yang cipta kita, of courselah dia tahu kita punya perangai camna.

8. Menjaga masa. Ni kira associate jugaklah dengan yaang tadi. Dah pandai susun urusan kena take note on masa lah kan. Ni termasuk gak bab-bab menepati masa, datang kelas awal. You kalau tak turn up skype kalau dah janji dengan i, kira tak menjaga masalah tu. Haha. XD

Kay tarik nafas. Buku nota dibelek-belek lagi.

10. Melawan nafsu diri. Hebat mana pun kita kalau tak dapat menjadi raja pada nafsu kita, tak guna jugaklah. Sebab naqib i cakap kerana nafsu, muwasafat tarbiyah kita yang lain boleh terkorban.Nafsu ni you pun tahu kan, nafsu shopping, nafsu makan, nafsu pada yang lain jantina..

Jari Kay terhenti tiba-tiba. Ayat terakhir yang ditaip ditatap lama. Perlahan  butang send ditekan namun matanya masih tak beralih dari tulisan terakhirnya. Nafsu pada yang lain jantina. Dia rasa ada bilah pisau sedang menikam di ulu hati. Kay pejam mata.

i’m proud of you. 

Kay kecilkan mata. Balasan Mimy pendek, bentuk penghargaan namun bibirnya kaku tak tersenyum. 

bersambung...

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget