Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Masih adakah harapan...

Friday, 18 February 2011

Bismillah
Salam wrm..

jari terasa kaku hendak menulis..
setelah lama jari-jari ini tak menari di papan kekunci..
x selaju dulu..
hati ini rindu..
Rasa sedih bila kak long mintak saya sambung cerpan Lagenda..tapi saya bukan kesempitan masa tapi kesempitan kuota...
Banyak benda yang saya nak tulis..supaya jadi peringatan pada diri sendiri juga org lain..
Luahan perasaan yang saya curahkan di blog yg selama ni menjadi teman setia...
Tapi...masih adakah harapan...takut dengan masa depan saya..sebab dah xde apa2 untuk disumbangkan...masih bernilaikah diri...
Rsa macam insane pun ada...argh..hari-hari bila bangun tidur,hope to see better...tapi masih adakah cahaya untuk melihat....mungkin masih ada harapan dari hati...
hamba Allah hanya minta pada tuannya..bukan pada doktor atau manusia lain...
Tanah90...yang diciptakan dari tanah..perlu gali tanah untk cari logam...Allah said..dig deeper..and deeper...you will find you creation worth Islam..i.Allah...
di sini..
menaip dalam masa 10 minit
12:58
jannatulhuda
birmingham UK.

Luas kasih sayang...limited portion untuk mereka..

Friday, 4 February 2011

Bismillah..salam..

Luasnya kasih sayang...suatu masa dulu,saya pernah tanya pada seorang kakak...

"kita selalu jeles dengan orang yang kita sayang..sebab orang tu bagi perhatian pd orang lain...[kononnya nak orang tu bagi perhatian kat kita je] tapi kita tak pernah pun suarakan cemburu pada Allah yang bagi kasih sayang Dia pada semua orang..."
->kita ni sayang pada orang lebih ke..sayang Allah lebih??

Jawapan kakak tu simple je..sebab kasih sayang Allah tu luas..tak terjangkau..Allah mampu bersikap adil pada hambaNya...biar semua orang rasa cukup dan tak jeles..tapi bukan manusia..sebab tu kita jeles pd manusia..sebab kita tahu kasih sayang manusia tu terhad..kita nak perhatian yang terhad tu tertumpu pada kita sorang je..huh..pathetic..[baru belajar word ni semalam]


"Zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia nescaya engkau akan disayangi mereka.."

(H.R ibn Majah)

Mungkin dari kita asyik terasa dan jeles..sedih sebab KKS..pendam perasaan bila orang tu kejap sayang kejap tak..kejap care kejap buat dono je..bersederhanalah dengan apa yang orang tu mampu nak bagi kat kita..kalau sayang dia hanya takat itu..kalau orang tu hanya mampu nak print gambar kamu dan dia berdua je..tak mampu pun ..nak hasilkan cerpen tentang kamu berdua....terimalah seadanya..sebab banyaknya perhatian tak menjamin pun hubungan itu membina...

Ataupun instead of kita asyik mengharapkan orang tu sayang pada kita,apa kata kita yang jadi pemberi kasih sayang..sayang pada housemate,pada kawan..pada usrahmate

Mintak Allah sayang sebab kasih sayang Allah luas

tapi sayangkanlah orang sebab kasih sayang mereka terhad..

ketuk pintu hati tanya jawapannya...

berapa banyak kita pernah ketepikan kesibukan hanya tunjukkan sayang pd housemate...tolong mop dapur?Ataupun masak bukan pada turn kita??tolong tukar plastik sampah dekat dapur dan toilet?vacuum ruang tamu dan surau?atau setidak-tidaknya...tolong susun pinggan mangkuk yang dah siap berbasuh...berapa banyak kita dah buat tanpa merungut sekali pun?


Sayang pada kawan..berapa kali pernah tolong dia buat assigments?berapa banyak kita dah berlapang dada setiap kali kita terasa dengan dia?berapa kali jugak pernah teman dia pergi city?ziarah?dah berapa kali kita ingatkan dia tentang mati..cerita tentang islam??Sibuk sangat ke jadi penggerak dan student sampai tak mampu nak tunaikan hak kawan...sibuk tarbiyyah orang lain sampai lupa pada kawan...Saya sendiri pernah kena tegur dengan sorang kawan...


"Sibuk sangat ke jadi budak msm sampai takde masa nak jumpa aku??"


tersentap hatiku..


pada usrahmate..support system...dah berapa banyak yang kita tahu tentang diorang?dah berapa banyak sokongan yang kita bagi bila dia perlukan tempat..a shoulder to cry on?Dah cukup kukuh kah hubungan itu sampai apa-apa pun yang berlaku...ianya kekal sampai syurga??


Sudah cukup luaskah bukaan kasih sayang kita pada orang lain...ada orang ego bila kita nak tunjuk sayang pada dia tapi ego tu akhirnya membuatkan dia makan hati bila kita tunjuk sayang dia pada orang lain..ada satu pantun tu,


tuai padi antara masak..
esok jangan layu-layuan..
intai kami antara nampak..
esok jangan rindu-rinduan...

Terkena pada diri sendiri jugak..dulu tak nak cakap sayang tapi bila kena lepas pada orang lain baru pecah tembok ego..nangis sakan bagai..


"Sungguh orang-orang yang mengerjakan kebajikan kelak Allah yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka." (19:96)


Pesanan saya buat semua orang tapi especially pada diri saya sendiri...berlapang dada itu indah..berukhuwwah bukan untuk sentiasa menemani kita di dunia tapi kerana nak bertemu di syurga...bersangka baik itu manis..mungkin ada benda yang orang tu buat kita terasa tapi tak semestinya kita tak berharga di hati dia...wallahualam..


coretan budak ego tapi fragile...


p/s:selalu camnih..bukak blogger nak cerita benda lain tapi selalu benda lain yang diupload..hu



yang sedang lencun..
tak tau nak basahkan hati siapa dulu..
1619 pm
jannatulhuda
Birmingham,UK

[Cerpan]Lagenda

Tuesday, 1 February 2011

Bismillah..Salam…

Lagenda bersambung lagi..hehe..tapi sebelum tu nak bagitau..saya tak salah eja tau..memang kategori tulisan ni cerpan..C.E.R.P.A.N….maksudnya cerita panjang..okie?Lagi satu memandangkan ini adalah adaptasi kisah benar,beberapa perkara telah ditukar nama bagi menjaga sirr..plus,kalau masih ada dialog atau something yang dpt mencetuskan kontroversi..sila PM saya ea..ye la..mungkin bagi saya ok tapi tidak pada certain orang…wallahua'lam..

Siraj..

Bahagian dua..

Rencah hidup di garisan permulaan..

Enjoy..=)

[Cerpan]Lagenda-bahagian 2

"Assalamualaikum…"Satu suara menyapaku.Aku tunduk..covering..kan tengah nangis..Cuba mengamati suara yang menegur..ye la..nak angkat muka tengah banjir pulak.Bahuku dipeluk.Gulp..macam kenal je style pelukan nih…

Kak Deng!

Pantas aku menepis pelukan yang dihulurkan..Langkah kaki aku lajukan lagi…Hu,kenapalah kau mesti ada bila aku tengah nangis sakan ni..

"Are you crying?"kak Deng tak mengalah…sedikit berlari mengejarku..cuba meraih lenganku ..Setelah beberapa kali menepis ,akhirnya aku mengalah juga..tak larat nak main kejar-kejar..membiarkan dia memegang tanganku…nasib baik tak koyak jubah yang dipakai kak Deng semasa mengejarku.

"ya Allah..what happen?Jom kita duduk kat somewhere…"Suara penuh kegusaran aku sambut dengan gelengan.Aku tak mahu duduk mencurah perasaan pada kak Deng.Aku tak ingin bercerita pada dia lagi.Tapi,tanganku yang dipegang kejap membuatkan aku tak berdaya melawan.Lalu..aku hanya menurut apabila dia membawaku ke arah prayers room.

Di prayers room..selama entah berapa lama…aku menangis di hadapan kak Deng..dan dia hanya diam..tak bersuara..sesekali dia cuba menyeka air mataku..menghulurkan tisu..mengusap bahu..cuba meredakan kesedihan tapi aku sendiri tak tahu kenapa..semakin prihatin kak Deng padaku..semakin aku rasa lemah..semakin banyak tangisan yang keluar..

"If you feel want to spill it off..i'm here.."Lembut tutur kata Kak Deng..Aku tarik nafas..Aku sedar tangisan tak akan merubah apa-apa..Aku betulkan duduk..dari duduk berlutut..aku bersandar ke dinding..berlunjur ke hadapan..Aku pejam mata rapat.Kak Deng mengambil tempat di sebelahku.

Lalu aku ceritakan segalanya…dari saat-saat aku dapat perkhabaran awal bahawa naqibahku ialah kak Eza semasa di Malaysia..aku sedaya –upaya cuba menerima..mindsetkan diri..takdelah 100% berjaya tapi at least aku memang sedang bersedia…untuk berpisah dengan naqibah asal..kak Deng..juga sebab aku tahu aku tak dipisahkan dengan Sarah..tapi,segala-galanya berubah..naqibah bertukar kepada seseorang yang aku jumpa sekali je tahun lepas..dan jugak aku dipisahkan dengan Sarah…mungkin dah lama difikirkan kakak-kakak tapi untuk orang yang menerima keputusan itu tiba-tiba..itu satu perkara yang menyakitkan…

"Tapi Kak Zu kan baik…"Kak Deng cuba memujuk.Aku cebik.

"Memanglah..tapi dia dah kawin..i'm not comfort…"

"Ha…akak tau..awak tak suka budak-budak kan…sebab tu la awak tak nak usrah dengan kak Zu kan.."celah kak Deng tiba-tiba.Aku tunduk..ermm,takdelah tak suka..tak biasa je..

"Lebih kuranglah.."

"Fika..fika…tau tak apa yang akak fikir..akak fikir Allah memang saja plan ni tuk awak..sebab awak kan tak ada adik kecil..so,mungkin ini tarbiyyah Allah supaya awak boleh adapt dengan budak-budak…husnudzon k?"Kak Deng menepuk-nepuk bahuku memberi semangat.Aku ketap bibir.tarbiyyah Allah??Hmm..

"Lagipun…kita tak boleh nak expect kita akan dapat naqibah yang belum kawin je sentiasa..kalau awak usrah dengan akak ataupun kak Eza,nanti kalau kitorang kawin..takkan awak tak nak usrah dengan kitorang pulak…sedihnya…"Tersungging senyuman di bibirku mendengar bicara Kak Deng..isyy…ke situ pulak…

"Ha…senyum dah..tadi nangis beriya-iya.."usik kak Deng..Aku senyum malu…hisy…berbalik pada persoalan tadi..

"Even if I suffered to adapt..?"Aku angkat kening.

"You are not the only one yang suffer..Sarah suffered too…Dia pun kena tukar naqibah and usrahmate..siap kena hantar ke Warrick lagi.."hujah kak Deng.Aku diam..Memang betul pun.Sarah suffered too..as much as I suffered..

"People will go but Allah still there..Mungkin mula-mula ni awak tak biasa kot tapi keep trying k..mungkin I'm not your naqibah anymore tapi tak semestinya awak tak boleh ceritakan masalah awak pada akak k..just mungkin kita dah tak macam dulu lah..we have our own responsibility.."

"Ye la..ye la.."Aku beri senyuman tawar..hoping for my heart to be strong..tabahkan hati..

Buat seketika..kami senyap tanpa suara.Kepalaku dah terlentok di bahu kak Deng..mengantuk la pulak..betul kot kata orang..nangis banyak-banyak memenatkan mata..mengantuk lepas tuh..

"Fika…"Aku buka mata..Hmm??

"Akak laparlah..jom lah kita pergi tempat program balik…"La…ingat apa tadi..

**********************************************************************************

Try to accept

Try to be matured..

Trying!Trying!

Tat!Tat!Tat!

Tiga anak panah kecil tercacak di papan dart.Aku mengeluh.Siang tadi habis sesi curhat dengan kak Deng kami kembali ke tempat program.Kak Deng minta aku beri ruang untuk belajar menerima kak Zu sebagai naqibahku.

Aku tarik nafas.Seketika aku terbayang perbualanku dengan Sarah semalam.Sarah menangis di sisiku…dia juga suffered dengan perubahan yang berlaku pada kami.

"Takkan bila dah jadi penggerak,aku dah tak ada masa untuk diri sendiri..Handphone asyik berbunyi..orang call suruh pergi warrick…nak keluar dengan kau pun tak boleh…"

Dialog semalam terimbas kembali di mindaku..Aku dengar ceritanya.Tanggungjawab di Warrick menuntut pengorbanan yang besar..lebih-lebih lagi masa..Dan aku tahu Sarah tak bersedia..atau setidaknya tak sangka akan sesusah ini..

"Mungkin…this is our year of changing..aku kena berubah..kau pun..zaman second year kita tak sama dengan zaman masa kak Jun dan kak Intan second year..Masa tu ramai kakak-kakak lagi..ramai tenaga kerja…sekarang dah tak ramai…aku tau diorang buat semua ni untuk masa depan kita kat Birm ni jugak…"

Terlayar pula kata-kata yang aku ucapkan pada Sarah.betapa matangnya aku memberi nasihat pada orang lain tapi tidak pada diri sendiri.Terbayang pula wajah kak Izzah..Aku pejam mata..Sekali lagi papan dart menjadi mangsa.

Tat!Tat!Tat!

Kak Izzah sudah ada banyak perkara di kepala.Aku tak mahu dia beratkan kepala fikir lagi.Aku tarik nafas..Mungkin aku hanya perlu buka hati untuk terima usrah baru ni..Huuu…easier said than done!!

Trying!Trying!

Its year of changing!

"….boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu perkara padahal itu baik bagimu..boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

*********************************************************************************

Malam bulan mengambang…

"Kak Jun bawak apa tu?"Aku bertanya ingin tahu.sambil mata mengarah ke plastik bungkusan di tangan kak Jun..kak Intan dan kak Shaz turut menoleh.

"Ni ha..bawak pizza..takkan tak bawak apa-apa kot nak pergi usrah first ni.."jawab kak Jun sambil mengangkat sedikit bungkusan tersebut.tersebar sedikit keharuman dari kotak pizza..hm..yummy..Tika itu,kami sedang berjalan bersama-sama ke rumah kak Zu untuk usrah pertama kami.Hanya berjalan kaki memandangkan jarak rumah kami tidak berapa jauh..terletak di jalan yang sama.Cuma kak Jun yang duduk jauh sedikit.

"Waktu malam tak ada matahari ea..saya sukalah matahari..macam dalam cerita Hilal Asyraf..jadi matahari pada orang lain..kalau bagi nama usrah kita as-syams pun best jugak kan"Tiba-tiba kak Intan bersuara.

"Kalau bulan pun best jugak…al-qamar..Menerangi malam yang gelap gelita.."Aku menyahut kata-kata kak Intan.

"Ala…bulan tu dapat cahaya daripada matahari jugak..waktu siang bukan ada pun.."ejek kak Intan..Aku gigit bibir.Isyy…nak cari gaduh ke apa kak Intan ni..

"Kk Shaz…"Aku panggil kak Shaz..minta bantuan agar dapat menolongku.Kak Intan dan senyum-senyum tanda menang dah.

"Apa dia??kak Shaz tak suka mana-mana…akak suka bintang.."Serentak kami berempat ketawa..ada ke..orang suruh backup dia pilih bintang pulak..tak ada dalam pilihan jawapan lah kak Shaz!!

"Ala…"Aku mula bersuara untuk mempertahankan diri namun segera dipintas oleh kak Jun.

"Dah..dah…dua-dua kalah dengan saya..saya suka langit..siang ada malam pun ada.."selamba kak Jun bersuara.Aku diam tak bersuara..tak tahu nak balas apa..mati kata-kata dengar jawapan kak Jun yang spontan.Kak Jun dan kak Shaz pun diam tek terkata.

"Ha…"Akhirnya kami semua gelak bersama.Adoi..takde kerja ke..pasal bulan bintang pun nak gaduh..Betullah kami ni perlu belajar jadi matang sikit.

"Apa kata kita bagi nama usrah kita Siraj nak tak?..kalau dalam Alquran maksudnya matahari..yang memancarkan cahaya…."Selang sepuluh buah rumah lagi kami akan sampai ke rumah kak Zu..Tiba-tiba terlintas nak bagi nama usrah..Tiga pasang mata bersinar mendengar cadanganku.

"Wah..macam sedap je…nama blog kak Izzah Sirajan kan?"

"Kak Shaz pun suka…"

"Saya pun.."sahut kak Jun..Terpancar sedikit keceriaan di wajah kami.=)

Siraj!

**********************************************************************************

"Kak Izzah.."Aku tolak pintu bilik kak Izzah..aci redah je nih..Aku lihat kak Jun ada di atas katil.Aku apa lagi..terus rebah atas katil itu bersama-sama.

"I don't like this usrah.."rengekku.Aku sembamkan muka di bawah bantal.Kak Izzah tergelak kecil..

"Ye ke dik…kenapa?Ramai sangat adik ea…"Suara nakal kak Izzah menyapa telingaku..Isyyy…orang serius..dia main-main pulak..

"Saya pun..kak Zu tu serius sangat lah…kitorang lambat sikit je tadi..tapi dia dah tegur dah tadi.."Kk Jun pulak bersuara.

"Ha..betullah tuh…dah jadi penggerak tak akan nak datang usrah lambat lagi kot..""Selamba kak Izzzah menyokong perbuatan kak Zu…Arghhhh..saki jiwa mengadu pada kakak seorang nih…

"Pastu..nak makan pun takut…saya tengok je pizza tu tadi.."aduku lagi…ada je salah kak Zu di mataku..

"Eh..nak makan??kata tak suka.."usik kak Izzah lagi….waaaaaaaaaaaaaaa…..kak Izzah!

"Tu la..mungkin awal-awal ni tak biasa kot..tak selesa dengan budak-budak bising and lalu-lalang time usrah…anak-anak kak Lina lagi.."Ada sedikit unsur-unsur positif dalam kata-kata kak Jun..Aku tahu dia juga sedang belajar menerima usrah ini..Owh..lupa nak perkenalkan…kak Lina,akak postgrad yang join usrah Siraj jugak…=)

"Hmm..saya rasa korang kena bagi masa jugaklah pada kak Zu…ni first time dia bawak usrah undergrad so don't put too much expectation lah..she is trying also.."Aku diam..

"Lama-lama nanti ok lah kan…"ujar kak Jun.Bicaranya terkandung harapan.

"Insya Allah ok…"Kak Izzah bersuara yakin.Aku tarik nafas.Kak Izzah,aku tahu dia juga ada banyak perkara nak difikirkan..tapi dia tak pernah lupa memberi semangat pada ahli-ahli siraj..meskipun kami ni hanyalah para penggerak yang masih belajar bertatih.

**********************************************************************************

Ada nyalaan merah di kotak yang bertanda mesej.Terangkat keningku..siapa pulak yang bagi mesej tengah-tengah malam ni…Pantas aku melarikan tangan di pad laptop,menekan panel mesej facebookku..

Mesej dari kak Jun..Aku baca tajuk.

"Siraj…first task!"

Bersambung..

p/s:first task untuk siraj???(^_<)

p/s:dalam keceriaan mengenang cinta semalam..pray for the best pada yang terlibat di Mesir k..for our frens,muslims and IM also…Everything back to Allah…Dia yang berkuasa mewujudkan keadaan seperti ni dan berkuasa merancang apa yang akan berlaku next….

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget