Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

F.C.F.L.P.G

Saturday, 26 March 2011



Bismillah dan salam..


Tajuk panjang sgt.. tapi maksudnya Fuel Cell for Local Power Generation. Tajuk untuk group project saya. Alhamdulillah dah tamat tetapi dengan hasil yang saya tahu saya tak suka. Saya tak salahkan groupmate saya tetapi hanya melihat pada kekurangan diri. Ketiadaan skill komunikasi ataupun aura untuk orang dengar kita cakap. Ataupun kurang keberanian untuk membantah hujah orang lain. Semua kelemahan itu datang dari diri saya sendiri.


Dan saya ingat kata-kata seseorang(nama dirahsiakan) salah satu sebab kita asyik dapat benda yang kita tak suka berulang kali ialah sebab itu tandanya kita belum mampu tangani benda yang kita tak suka tu. Dari pengalaman saya yang baru setahun jagung ni, saya tahu benda tu betul. Asyik dapat groupmate yang tak best, yang berlagak nak mati atau overcontrol… mungkin sebab kita belum mampu handle atau counter jenis-jenis orang macam ni. Betul kita mampu buat kerja tetapi dengan orang-orang yang baik-baik je. Bila jumpa orang yang lain perangai sikit, terus semua kerja tak menjadi. Atau kerja yang baik itu jadi tak diterima sebab kita tak mampu nak present pada orang yang lain macam tu.


Dalam konteks seorang penggerak, proses tarbiyah macam ni memang sgt berguna kan. It tells you how to tackle mad'u yang bermacam ragam. Kalau dapat yang baik yang awal-awal dah solehah, tak ada masalah tapi kalau dapat yang keras kepala, cakap dia je yang betul macam mana nak control usrah kan. Satu bentuk lagi ialah kesedaran yang kita terima bila melihat dan bekerja untuk orang-orang sebegini. Automatically, kita tak nak jadi macam tu dan ia mentarbiyah kita untuk menunjukkan qudwah yang berlawanan dengan apa yang kita peroleh dari orang tu.


Dalam satu kisah yang saya baca dan ulang kejap tadi, Ustaz Umar At-Tilmisani dari IM pernah menolong mendamaikan dua keluarga yang bertikai. Satu keluarga merupakan keluarga ikhwah dan satu lagi tidak. Selepas disiasat, didapati keluarga ikhwahlah yang benar. Akan tetapi Umar tidak meminta keluarga yang satu lagi merendahkan ego dan meminta maaf sebaliknya dia meminta keluarga ikhwah tadi yang datang berkunjung ke rumah keluarga tadi. Sebabnya kerana mereka berada dalam tarbiyah dan seharusnya mereka sedar bahawa segala perkara yang berlaku ialah satu proses pembentukan ke arah menjadi murabbi-murabbi dan pejuang-pejuang yang dithiqahi.Seorang ikhwah atau akhawat akan menolak yang buruk dengan yang baik. Kalaulah keluarga ikhwah tadi tak mahu mengalah jugak lantas apa bezanya orang yang berada dalam tarbiyah dengan yang bukan. Apa gunanya tarbiyah kan?


Kalau kita pun sama naik mengamuk tak puas hati dengan groupmate yang aci dia je betul sama je lah kita dengan dia. Apa guna mengaku penggerak? Menjadi yang memaafkan memang susah tapi itulah yang paling mulia di sisi Allah. Kita pun punya hati dan perasaan kan. Siapalah yang tak marah bila kerja yang kita buat ditolak dengan alasan yang tak munasabah. Tetapi 'tarbiyah people' kan yakin dengan janji Allah.


"Akan tetapi, orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan yang demikian termasuk perbuatan yang mulia."

(42:43)



Alhamdulillah byk yg saya belajar dari group project ini. Banyak kekurangan diri yang terbuka untuk diperbaiki sepanjang bekerja bersama mereka. Semoga Allah mempermudahkan proses muhasabah dan pengislahan diri selepas ini. Tanpa peluang yang Allah bagi untuk bekerja dengan mereka mungkin saya tak tahu pun kelemahan-kelemahan ini. Wallahualam.



Yang cuba untuk menerima..
Membuang emosi tidak puas hati..
Muhasabah..muhasabah..muhasabah..
Because I'm not only human
Tapi seorang penggerak juga i.Allah.



1300 pm

Birmingham, UK.

Adik a.k.a syurgamate..

Monday, 7 March 2011

Bismillah..salam..

Alhamdulillah hari ni ada sedikit kelapangan untuk menaip…hanya sedikit coretan ringkas..suatu kerinduan yang dah lama terpendam..


 

Bisikan cinta..

Anugerah dari Allah mungkin..

Tak pernah dipinta..

Tak pernah pula diharap..

Tapi bila dapat sangat dirasai..

Manisnya x hilang Indahnya x lenyap..

8 bulan yang lalu menemukan kami.Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim(SIGS) menjadi saksi.Seseorang yang saya tak sangka akan memberi kemanisan dalam hidup saya yang serba kekurangan ini.Asalnya tujuan datang ke sekolah tersebut hanyalah untuk membantu sisters kami mentajmik adik-adik di situ.Selain hadaf untuk diri sendiri adalah sebagai latihan murabbi.Tak sangka salah seorang yang saya jumpa akan kerap berhubung dengan saya selepas itu.So,senang cerita puisi ni untuk dialah ea..

Bila hati berbicara..

Kita bertemu tanpa diduga,

Berpisah setelah satu pertemuan pendek.

Tak cukup rasanya..

Apa yang aku kongsikan untukmu..

Tapi entah mengapa..

Kau memilih aku untuk meluah rasa…

Tertanya-tanya mengapa Allah melorongkan kau kepadaku…

Namun aku tak pernah rasa terpaksa..

Berkongsi cerita denganmu..

Sebab…

Membina mad'u itu madu bagiku..

Respon positifmu menghiburkan aku..

Hadirnya perubahanmu juga..

Di saat aku bergelut dengan perasaan..

Jelas engkau ubat yang aku tunggu..

Jauh datangnya dari Malaysia..=)

Pastinya Allah juga berbangga..

Seorang lagi hambaNya pulang ke pangkuan.

Semoga bertemu kembali hendaknya

i.Allah di syurga..


 

Alamak..dah lebih ni..hisy,kena habis cepat.Ok!Basically adik itu sgt sweeeeetttt…tak tahu part mana dari saya yg membuatkan dia thiqah pd saya tp ternyata Allah nak hiburkan kita dengan macam-macam cara kan..di saat-saat saya rasa down dengan diri saya,adik ni hantar emel pada saya yg membuatkan saya terlompat-lompat..Alhamdulillah3x…walaupun usaha Df saya yg sekecil itu pun Allah pandang apa lagi usaha DF giga kat Birm ni kan…(tu pun klu saya buat giga lah kan..i.Allah saya buat..huhuh..)sekarang tgh consider nak pass dia pada sister johor a.k.a ex-cikgu dia jugak i.Allah…semoga Allah permudahkan..

Thanks adik..emelmu sangat-sangat membahagiakan tanah90 yang berada di perantauan ini…Luv U very much..sayang kamu kerana Allah kuasa dua mungkin lebih..ok2..lebih sgt luah perasaan ni..kena jual mahal sikit…baik berhenti dulu sebelum rasa sakit pada mata..

p/s:i.Allah cerpen saya akan menyusul selepas ni..jzkk pada yg sudi tolong taipkan..(^_^)VVV

yang gelisah gelora..

depan laptop

1146 PM

Birmingham,UK

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget