Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen]Logam

Tuesday, 21 September 2010

Bismillah wa salam....

Akhirnya cuti summer saya telah tiba di penghujungnya...banyak perkara dan tanggungjawab yang telah sedia menanti sekembalinya saya nanti...i wish the day never come...='(

Tergerak hati ingin merakam sedikit kata-kata sebelum berangkat pulang ke UK.Sebuah cerita yang digarap khas buat seorang kawan yang saya cintai kerana Allah...Kawan saya seorang ini sangat hebat..kata-katanya je sudah mampu menarik ramai orang..gerak dan tindakannya mudah diikuti...Pengaruhnya memang diakui..Kelebihan itu memang sayang kalau x disalurkan pada jalan yg betul....Saya sentiasa doakan dia dan kawan-kawan yg lain agar dapat berjalan seiring di jalan yg sama dgn saya...Harap-harap cepat atau lambat....bumi UK akan menghadiahkan sesuatu yang bermakna buat dirinya.

Quoting from Irfan (watak dalam Sinergi by Hilal Asyraf) dan Laksamana Sunan (watak dalam Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Mursyid)..... : "Sebagai manusia,aku sayang padamu..."


LOGAM

Suasana pasar Ukaz menjadi riuh rendah.Kelihatan ada sekumpulan pemuda dan orang ramai yang berkumpul membuat bulatan di tengah-tengah pasar.Rupa-rupanya ada perlawanan beradu kekuatan antara dua pemuda.

Seorang daripadanya adalah pemuda badwi yang baru datang dari pedalaman.Kedatangannya ke situ untuk mencari barang siapa yang mampu menewaskan dirinya.Ternyata ada seorang anak muda yang berani menyahut cabarannya.Seorang lelaki Quraisy dari Mekah, berbadan tegap dan berkulit putih kemerah-merahan.Tanpa salam perkenalan mahupun lontaran pertanyaan mereka terus bergelut.

Pemuda badwi itu cuba menjatuhkan lawannya.Pelbagai cara,taktik dan serangan yang dipamerkan namun semuanya menemui kegagalan.Lawannya tidak langsung menyerang tetapi hanya berdiri tegak dan bersedia mematahkan setiap serangan dari pemuda badwi itu.Ternyata caranya itu berkesan.Namun pemuda badwi itu tidak mudah menyerah kalah.Dia kembali mengasak lawannya dengan serangan yang bertubi-tubi.Tumbukan dan tendagan dilepaskannya bergilir-gilir.Tetapi akhirnya,dia sendiri yang mengah kerana kepenatan..sedangkan lawannya lelaki Quraisy tadi tidak terjejas sedikit pun...masih berdiri tegap di tempatnya..

"Adakah kamu sudah tiada lagi kehebatan yang ingin kau pamerkan??"Suara pemuda Quraisy itu kedengaran gah menampar gegendang telinga pemuda badwi itu dan para penonton yang ada.Pemuda badwi itu tidak menjawab...Hanya nafas yang tercungap-cungap terhembus keluar dari mulutnya.Lelah pandangannya menentang panahan mata si lawan.Kesempatan itu diambil untuk lawannya menyerang.

"Maka sekarang terimalah penanganku pula!!"

Gerak mula diatur.Tangannya mula dituju ke sasaran.Bahu pemuda badwi itu dipaut ke atas sehingga boleh dikatakan badan pemuda badwi itu terlayang di udara.Lalu,dibantingnya badan pemuda badwi itu ke tanah.Bergegar sekitar tempat terhempasnya pemuda badwi itu.Debu-debu padang pasir berterbangan akibat impak dari kejadian itu.Pemuda badwi itu nyata tidak berdaya untuk bangkit kembali.Sorakan penonton yang menyaksikan pergelutan itu bergema menyelubungi suasana.

"Hebat...hebat...hebat !!"Satu suara menjerit kuat mengakui kehebatan si pemenang.Para penonton bertepuk tangan meraikan kejayaan pemuda Quraisy itu.Ternyata kesemua hadirin sangat gembira dan terhibur dengan kehebatan lelaki itu.

"Ya Umar,Engkau telah membenamkan cabaran pemuda kampung ini.Hebat!Engkau memang pembela maruah bangsa kita,bangsa Quraisy..tiada siapa yang mampu mencabar kita selagi engkau ada!"

"Aku sangat bangga kerana kaum Quraisy mempunyai pemuda seperti engkau...budak kampung ini memang x sedar diri...adakah patut ingin mencabar kita??"Seorang lelaki bersuara sinis..

Pemuda yang digelar Umar itu hanya tersenyum bangga.Pujian-pujian serta sanjungan yang diterima menambah lagi lebar senyumannya.Kemenangannya buat kesekian kali menambah kemegahannya.Ya,dia memang patut berbangga dengan kehebatannya.Keperwiraannya tiada tandingan..semua lawan gerun padanya..Dialah Umar al-Khattab...

Di medan pergelutan..dialah juara!!!

**********************************************************************************

Beberapa lama setelah kerasulan Muhammad..Mereka yang menerima ajakan Rasulullah saw sangatlah sedikit..kebanyakannya hanyalah golongan hamba dan orang miskin.Keadaan itu memang sangat memeritkan.Orang mukmin ketandusan pembela sekiranya mereka diseksa dan dihina kaum Quraisy..tidak banyak yang mampu dilakukan Rasulullah saw selain meminta umatnya bersabar dan yakin bahawa Allahlah pelindung yang maha hebat.

Kalau kaum Quraisy mempunyai ramai orang yang berpengaruh seperti Abbas bin Abdul Mutalib,Abu Jahal dan Umar al-khattab..orang-orang mukmin ketika itu hanya ada Rasulullah saw dan Abu Bakar..maka..suatu hari Rasulullah berdoa,

"Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam"

Hadtih riwayat At-Thabarani

**********************************************************************************

Tahun keenam kenabian..

Umar kelihatan sedang bersedih setelah pulang dari bertemu sahabat-sahabat yang sudah masuk islam.Sahabat-sahabatnya itu ingin berhijrah dari kota Mekah.Umar sangat susah hati dan ingin sahabat-sahabatnya itu kembali ke pangkuan kaum Quraisy.Setelah befikir sedalam-dalamnya,akhirnya Umar bertemu penyelesaiannya iaitu membunuh orang yang memulakan segala-galanya..Muhammad bin Abdullah!

Maka berjalanlah Umar alKhattab mencari baginda.Matanya melingas..memandang tajam ke setiap pelosok jalan yang dilalui.Tiba-tiba langkahnya dipintas Nuaim bin Abdullah.

"Kau mahu ke mana?"

"Aku sedang mencari Muhammad..Orang itu sudah meninggalkan kepercayaan kita dan memecah-belahkan kaum kita,menghina agama dan tuhan kita.Akan aku bunuh dia kalau aku berjumpa dengannya,"jawab Umar garang.Semangatnya ingin membunuh Rasulullah saw sangat tinggi..berapi-api.

"Kau bodoh!!Kau ingat Abdul Manaf akan membiarkan engkau selepas kau membunuh anak saudaranya???Tidakkah lebih baik engkau meluruskan pegangan adik kau Fatimah dan suaminya yang sudah masuk islam dan menjadi pengikut Muhammad?"Dengan suara sinis,Nuaim sengaja menyindir Umar.

"Apa??"Umar bersuara kuat..dia kelihatan terkejut.Nyata Umar tidak mengetahui keislaman adiknya.Dia bertambah marah dengan khabaran yang baru diterimanya itu..

"Biar aku kerjakan adikku dulu.."Lalu Umar berpatah balik dan menuju ke rumah adiknya.Hatinya terasa sangat sakit sekali tika itu.terbakar perasaannya...Wajahnya yang putih kemerahan itu merah padam kerana marah yang amat sangat.

Setibanya dia di rumah Fatimah,dia segera menerpa masuk.Khabbab yang dihantar Rasulullah untuk mengajar membaca Alquran kepada Fatimah dan suaminya segera bersembunyi kerana gerun.

"Apa yang engkau bacakan tadi??"Umar bertanya garang.

"Tiada apa-apa.."Fatimah cuba berdalih tetapi alasan itu tidak dapat diterima Umar.Umar dengan rakusnya segera membelasah suami Fatimah,Sa'id bin Zaid.

"Aku dengar kamu berdua sudah masuk islam dan menjadi pengikut MuhammadAdakah engkau sedang membaca ajaran yang dibawakan Muhammad??"soal Umar keras.Fatimah yang melihat suaminya dibelasah cuba melindungi Sa'id.Laju dia menerpa memeluk Sa'id tetapi malangnya Umar tidak menjangka adiknya berbuat begitu.Maka,tangannya yang dihayun untuk memukul Sa'id terkena Fatimah.

"Aduh..."Fatimah mengerang kesakitan.Darah mengalir keluar dari tepi bibirnya.Umar terpana.Terbit rasa kesal di hatinya apabila melihat adiknya tercedera.Barulah dia tersedar yang dia telah bertindak tanpa mengetahu hal sebenar dari adiknya terlebih dahulu.

"Maaf.berikan kepadaku apa yang telah engkau baca tadi.."pinta Umar.Nada suaranya telah pun direndahkan.Fatimah menggeleng.

"Aku takut engkau akan mengapa-apakannya.."Umar terus bersumpah dengan nama berhalanya bahawa dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak baik.Melihat Umar bersungguh-sungguh barulah Fatimah bersuara,

"Wahai saudaraku,helaian ini merupakan kalam Allah.Oleh sebab engkau bukanlah seorang islam,kalau benar engkau ingin membacanya,,hendaklah kau bersihkan diri terlebih dahulu.."

Kerana ingin tahu yang amat sangat,maka Umar menurut kata-kata adiknya.Setelah selesai membersihkan diri barulah dia dibenarkan memegang helaian Alquran yang dihulurkan Fatimah.Ayat yang dibacanya meruapakan sebahagian dari surah Taha ayat 14.MafhumNya,

"Sesungguhnya Akulah Allah,tiada tuhan melainkan Aku.Oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku."

Hati yang tadinya penuh dendam dan kemarahan yang membara menjadi cair.Umar tersentuh dengan keindahan ayat-ayat yang dibacanya.Sungguh dirinya yang sangat sukakan syair tidak pernah membaca syair seindah itu.

"Sungguh indah sekali kata-kata ini.Tentu bukan manusia yang membuatnya."Mendengar kata-kata itu,Khabab yang sedari tadi bersembunyi keluar dari persembunyiannya.

"Umar,demi Allah aku sangat mengharapkan Allah akan memberi penghormatan kepada engkau dengan ajaran RasulNya."Umar lantas menjawab,

"Hantarkan aku kepada Muhammad.Aku ingin menemuinya dan memeluk islam!"

**********************************************************************************

Sabda Rasulullah saw,

"Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar"

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Begitulah berakhirnya peristiwa di rumah Fatimah.Islamnya Umar bermakna pengaruh islam semakin hebat di Mekah.Doa Rasulullah termakbul apabila Allah memilih untuk memberi hidayahNya kepada Umar..Meskipun telah menjadi pengikut Muhammad,sifat berani,kehebatan bertarung dan darah pahlawan Umar tidak berubah.Malah kelebihannya itu digunakan pula untuk menegakkan agama Allah.

Satu ketika ketika Umar ingin mengikuti jejak para sahabat yang lain untuk berhijrah,dia mengambil langkah secara terang-terangan.

Pagi itu dia mengambil sebilah pedang dan disisipkannya di pinggang.Busar panah pula dicapai dan disangkut di bahunya.Lantas kakinya diayun pantas menuju ke Kaabah.

Ketibaannya di Kaabah disaksikan ramai tokoh-tokoh Quraisy.Umar pula terus melakukan tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah.Tawafnya dilakukan dengan penuh semangat dan tenang tanpa menghiraukan tokoh-tokoh Quraisy yang sedang memerhatikannya.Kemudian,dia menuju ke makam Ibrahim dan menunaikan solat sunat.Selesai solat,Umar berdiri di sisi Makam Ibrahim dan berucap,

"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahanam yang memusuhi agama Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita beradu senjata di sebalik bukit ini."

Ternyata tiada siapa pun yang berani menyahut cabaran Umar.Semua yang mendengar terasa kecut perut termasuk para pemimpin Quraisy yang berda di tempat itu.Setelah beberapa lama menunggu,maka Umar pun berlalu meninggalkan Mekah dengan tenang tanpa tentangan terhadap penghijrahannya.Tindakan Umar kala itu memang hebat,mengangkat maruah orang-orang islam yang tertindas ketika itu.

Sabda Rasulullah saw,

"Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar."

Hadith riwayat At-Tarmizi

Berkata Ibnu Mas'ud,"Islamnya Umar satu pembebasan,hijrahnya suatu kemenangan dan kepimpinanya suatu rahmat.Sebelum Umar masuk islam kami tidak dapat solat di Ka'bah,setelah ia menjadi muslim diperanginya mereka sampai mereka membiarkan kami melakukan solat."

Ketika jahiliyyah umar adalah perwira bangsa Quraisy tapi setelah islam dia adalah pembela bangsa Islam..kepahlawanannya berguna ketika jahiliyyah..berguna juga untuk islam...

**********************************************************************************

Tahun 20XX

Aku senyum megah.Di hadapanku tertegak bangunan 15 tingkat yang diberi nama Wisma IKED..(Islam Kuasai Empayar Dunia)..Ianya dilengkapi dengan bilik persinggahan bagi staff yang kerja lewat malam lengkap dengan katil dan bilik mandi,pusat kawalan komputer yang mempunyai segala perisian terbaru termasuk perisian untuk memintas imej dari sistem satelit dunia,perpustakaan yang mengumpulkan semua karya ilmiah islamiah,bilik-bilik khas yang boleh dijadikan bilik syura mahupun usrah dan disempurnakan oleh sistem sekuriti yang tinggi di mana ianya adalah teknologi terbaru dan belum mampu ditembusi oleh mana-mana pihak..Lebih hebat lagi ada di kalangan staf yang bekerja merupakan komander tentera yang menyamar untuk melindungi semua pekerja..Pendek kata,ia adalah Pusat Tarbiyyah tercanggih di masa ini...Islam dapat disebarkan dengan mudah dan cepat ...Dan pemilik binaan ini adalah aku,..

"You must be proud of it,bro..."Tanpa aku sedar,bahuku ditepuk orang..Aku paling ke belakang..oh,abang Saif rupanya,naqib pertamaku yang amat aku sayang...Dia berdiri di sisiku..Bahuku dipautnya erat..Automatik,aku lentokkan kepala di bahunya..tanpa kekok,abang Saif selamba mengusap rambutku...mungkin ada orang yang pelik tapi bagi kami itulah ukhuwwah...relasi kami kerana Allah..

"Hmm..tanpa izinNya,semua nih x kan berlaku..Bangunan nilah antara usaha kita untuk membina empayar islam sedunia .."Aku bersuara perlahan dalam nada merendah diri.

"Hari nih,kita dapat menyebarkan islam tanpa takut...masyarakat islam sudah terbentuk di sekeliling kita..negara islam sudah kita miliki..i.Allah Fadhil..lepas ni dunia pula kita tawan.."Aku tersengih lebar mendengar bicara penuh semangat dari abang Saif.Memang..itulah yang menjadi impian kami..impian semua mereka yang berjuang di jalanNya...

"Tapi kan Fadhil..kalau nak dikenang dulu..kamulah orang yang paling degil dan xnak terima tarbiyyah dulu kan...masa usrah selalu lari-lari...Abang ajak kamu pergi Spring Camp kamu lari pergi Paris..kalau kamu pergi sorang xpe jugak..ni tak...kamu bawak sekali kawan-kawan kamu...x pasal-pasal kawan-kawan kamu yang dah bagi nama terpengaruh dengan kamu..."

"Abang...cukuplah.."Pantas aku sumbat mulut abang Saif dengan sebatang lollipop..Tersedak abang Saif dibuatnya..Pautannya di ahuku dilonggarkan apabila dia terbatuk-batuk..Aku sengih sahaja...Tu la..sapa suruh ungkit cerita lama..

"Nak buat macamana bang..kawan-kawan saya tu semua thiqah sangat dengan saya..apa saya cakap semua diorang ikut...tapi tak pe lah kan..lepas saya dapat hidayah Allah tuh...saya gunakan kethiqahan kawan-kawan saya tuh untuk bawak diorang pula pada islam..."


"Memang..Kamu dah gunakan kelebihan kamu tuh dengan baik sekali!!Keupayaan kamu mempengaruhi orang lain itu adalah logam dalam diri kamu.."puji abang Saif sambil turut menyelitkan sepotong hadis.

"Manusia itu seperti logam.Terpilihnya dia semasa jahiliyyah,terpilih dia semasa islam.sekiranya dia faham."

(H.R Bukhari)

"Jazakallah bang...saya ingat lagi hadis nih..kerana hadis nih dan cerita Umar alKhattab yang abang sampaikan dulu,saya mula terbuka hati...kisah Umar sangat mirip dengan saya..dan sekarang saya sangat bangga dan rasa izzah sangat pada islam.."Tiba-tiba aku terasa sayu dengan kata-kataku..Terbayang kembali saat aku dengar abang Saif berbicara tentang hadis logam dan kaitannya dengan Umar Alkhattab..Itulah saatnya hatiku terbuka untuk mengenali islam yang dibawakan abang Saif..

"Hmm...baguslah macam tuh...lepas nih giliran kita pula mencungkil logam dalam diri mad'u kita..dan membantu mereka rasa apa yang kita rasa.."Aku mengangguk..Persoalan sama berlegar-legar dalam kepalaku..

"Dah,jom pergi minum..,Takkan nak berdiri menghadap bangunan nih sampai ke petang..abang taulah kamu sayang nak tinggal..Tengok pun tak nak berkelip..sayang sangat..."sakat abang Saif apabila perbualan kami tiba-tiba terhenti dan aku pula memandang wisma IKED dengan khusyuk.Aku tersengih malu..

"Ala..mana ada..saya lagi sayang abang tau..bangunan ni x boleh jadi kawan kat akhirat nanti tapi abang boleh..kita jadi syurga-mate..nak x??Selamba aku luah rasa sayang pada dia..

"Wekk..ye la tuh..dah jom..abang haus nih.."

"Abang belanja??"

"Haah.."

"Yeah!!!ni yang saya sayang abang dua kali ganda nih...."Aku tersengih-sengih..Sempat kutangkap jelingan abang Saif melihat kemanjaanku..Tapi dapat juga ku curi tengok dia menyembunyikan senyumannya..hehe..kontrol pulak..

"Dah adik 'logam'...jom!"Tanganku segera ditarik meninggalkan wisma IKED menuju ke kafe di seberang jalan.Aku hanya menurut.Genggaman tangannya ku pegang erat..genggaman yang aku sentiasa harap dan doakan agar berkekalan ke syurga..thanks,naqibku...kerana menyedarkan aku yang aku juga logam...islam itu tempat aku berbakti...

p/s:Ukhuwwah itu indah bila dasarnya cinta Allah..carilah logam aka potensi diri anda..dan salurkan pada jalan yang betul yakni I.S.L.A.M..Semoga bermanfaat..

TAMAT

3 comments:

zahraa said...

wah..akhirnya,dpt jg baca cerpen yg awk dok ckp2 tu.hehe.
betul sgt.manusia tu byk characternya.tp,gunakanlah character2 yg ada tu utk ISLAM.

p/s:bukan utk lelaki jazakallah ke :P

Anonymous said...

:),if this short story's author is secret,the person that will cross my mind while read this story is u..nice short story.

tanah said...

Salam..:noted zahraa..saya dah betulkan..
pengkomen second..awk mmg misteri..i'm wondering who r u act..org birm ke???

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget