Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen] iSpeaks

Thursday 13 September 2012

Bismillah.

I am wondering ke manakah saya patut menghantar cerita ini. Kalau dulu ada blog ni shj. Tapi, selari dengan saya yang membesar dan semakin banyak yang saya lihat dan belajar, semakin byk pula ruang-ruang yang diberikan Allah swt untuk menulis. Dulu tulis kisah-kisah untuk budak-budak, cerita cinta dan ukhuwwah yang basah...hahaha..sekarang...entah? Step forward jom?

Saya selesa tulis kat sini. Kemana jauh ku terbang, aku ingin kembali ke sarang. ;)

Tajuknya: iSpeaks (sebuah pentalogi cerpen imaginasi saya). Biarpun imaginasi, tapi contentnya adalah benar. Sebuah kehidupan yang diterjemahkan ke dalam cerita yang berlayar dalam kepala saya.


iSpeaks

Cerita Chaq

            Mulutnya asyik mengunyah keropok udang Rota yang sudah masuk bungkusan keempat. Air tin 100 Plus sudah masuk botol yang kedua. Dia seakan tidak mahu pulang dari bertapa di tepi tasik Taman Pulai Indah malam itu. Kalau balik rumah pun, kena berdepan dengan mama papa. Tension! Rasa nak marah je setiap kali nampak diorang. Baik lepak sini. Bila diorang tidur, baru balik.

            Dia duduk membelakangkan tangan bertongkatkan tangan kiri sambil tangan kanan menyuap keropok Rota. Mata pula asyik merenung bulan penuh di dada langit. Tiba-tiba, dia mengalih pandang ke kanan. Di hujung belah kanan dari tempat duduknya adalah lorong masuk utama dari tempat letak kenderaan di atas bukit ke kawasan tasik yg terletak di kawasan tanah rendah. Ducati 1098 miliknya diparkir di situ. Motosikal kesayangannya itu seluruhnya berwarna merah kecuali tayar. Dia mengecilkan mata apabila pandangannya menangkap kelibat seorang lelaki yang baru sahaja memarkir motosikalnya di sebelah Ducatinya. Lelaki itu lambat-lambat berjalan ke tempatnya.

            “Mak aku cakap Rasulullah pernah sebut tak baik duduk macam tu sebab Allah tak suka.” Hampir tersedak 100 Plus yang sedang diteguk. Berkerut dahinya memanah pandang pada jejaka berjaket hitam di hadapannya. Bukan setakat jaket je hitam sebenarnya, topi keledar, seluar dan kasut pun hitam. Sah, mamat  ni calon utama untuk jadi mangsa kemalangan jalan raya.

            “Kau ni apahal? Bagi salam pun tak, nak bagi khutbah malam jumaat pulak. Tak sabar ke weh nak tunggu tengahari esok ganti imam bagi khutbah jumaat kat surau nun.” Panjang mulutnya muncung ke arah barat daya tasik tempat letaknya surau As-Syakirin Taman Pulai Indah. Lelaki itu tersengih.

            “Assalamualaikum. Aku Rem.”

            “Chaq.” Malas dia menjawab. Tangannya mencapai bungkusan Rota yang kelima dari dalam beg. 

            “Waktu aku kecik-kecik dulu, mak aku selalu bacakan Riyadus Salihin untuk aku sebelum tidur.” Chaq menggaru telinganya. Rasa gatal pula merasakan yang mamat kat sebelah dia ni gaya macam nak bukak gelanggang hikayat seribu satu malam. Tapi, ada satu aura lain daripada mamat ni yang menghalang dia dari berkata apa-apa melainkan menadah sahaja telinganya.

            “Salah satu hadis yang dia baca bunyinya camni: Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata, aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma. Hadis riwayat Imam Muslim1 . Duduk bertinggung tu camni.” Rem melipat kedua dua belah kakinya ke belakang dan duduk di atas telapak kakinya. Dia begitu berhati-hati agar punggungnya tidak menjejak tanah. Yelah, takut salah demo nanti bagi ajaran sesat pulak.

            “Oh!” Tanpa sedar dia mengikut perbuatan Rem. Belajar cara duduk Rasulullah. 

            “Pastu kau pernah dengar duduk Qurfusaa’?” Chaq menggeleng. Rem senyum lebar. Senang hatinya bercerita tentang duduk Qurfusaa’ pula iaitu duduk mencangkung di atas sebelah lutut manakala lutut yang lain dilipat dan diangkat ke atas dan dipautnya dengan tangan sehingga bahagian peha mendekati perutnya2. Chaq semakin leka dan asyik dengan ajaran Chaq. Keropok Rota entah  ke mana. 100 Plus entah ke mana. Hatinya kini diusik kekaguman akan mamat ‘black suit’ yang gaya macam mat rempit tapi petah pula bercakap tentang adab-adab duduk Rasulullah. 

            “Duduk yang kau cakap Allah tak suka tu, apa nama dia? Kenapa Allah tak suka?” 

            “Oh, itu sebab hadis yang ni pulak: Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai? Hadis riwayat Imam Daud3. Kalau ikut psikologi, memang betul pun sebab posisi macam tu melambangkan kita sombong dan riak.“ Penuh nada dan gaya Rem bercerita.

            Ternganga sekejap mulut Chaq. Dalam masa lima belas minit, budak Rem ni cerita tiga hadis yang dia tak pernah dengar satu pun. Ustaz dan ustazah kat sekolah pun tak perrnah sebut. Dia terdiam, tak tahu nak bertanya apa lagi. Rem juga begitu.

            “Eh, oklah. Aku nak balik. Kau lama lagi kat sini?” Rem bangun sambil mengibas-ngibas punggungnya. Telefon bimbit Blackberry dikeluarkan dari poket jeans hitamnya. Butang unlock ditekan. Skrin menyala. Jam menunjukkan jam 12.30 malam. Chaq hanya mengangguk sebagai jawapan. 

            “Jangan balik lambat sangat. Kalaupun ada sesuatu kat rumah yang buat kau tak suka balik, ingat satu je.  Allah.” Senyum segaris dilemparkan pada Chaq. Chaq tidak menjawab. Dia melihat figura Rem yang semakin menjauh. Tiba-tiba, dia terfikirkan sesuatu.

            “Rem!” Rem berpaling.

            “Kau selalu lepak sini malam-malam ke?”

            “Aku doktor. Syif tak tentu. Kalau balik malam aku singgahlah!”Separuh melaung Rem menjawab. Chaq telan liur. Doktor? Siapa Rem ni? Mat rempit aka ustaz hadis aka doktor?

            Chaq pandang bulan. Pening.

***

            Roti kosong dicarik-carik menjadi cebisan kecil sebelum dicampak ke dalam tasik. Empat ekor angsa putih berebut-rebut untuk mendapatkan habuan mereka malam itu. Chaq merebahkan badan ke atas rumput di tepi tasik. Bulan direnung. Tak sangka dah dua bulan dia buat kerja bertapa tepi tasik malam-malam. Dah dua bulan juga dia mengenali Rem, pemuda ‘black suit’ yang tak nampak pun macam ustaz atau doktor. Dah dua bulan juga dia menjadi audiens tak rasmi Rem yang asyik bercerita tentang hadis yang dia baru belajar. Takpun buku yang dia tengah baca minggu tu. Takpun ayat Quran yang dia baru tadabbur masa solat maghrib. Kalau ikutkan, benda-benda camtu boleh buat dia lari pergi tasik tempat lain tetapi entah kenapa dia seronok mendengar Rem berbicara. Dia terasa dekat dengan lelaki itu biarpun usia perkenalan mereka tidak lama. Ada juga sekali dua dia memberontak.

            “Ala cukuplah tu Rem. Bosan aku asyik dengar kau membebel pasal buku Hadis 40 kau je.” 

            “Chaq, buku ni best apa?” Rem kembali bercerita tentang hadis 6. Dia pula buat muka. Memang itu yang selalunya berlaku. Rem akan buat bodoh je bila dia memberontak dan dia pula tarik muka. Akhirnya dia akan tetap mendengar jugak.

            “Chaq!” Satu susuk hitam menghampir. Lamunan Chaq terhenti. Dia senyum segaris. Dia datang dah. Rem membaringkan diri di sebelah Chaq.

            “Amacam hari ni? Ada baik? Soal Rem sambil menyua sebatang lollipop ke mulut. Matanya meneropong jauh ke dalam gelap langit, mencari di mana bulan. Chaq menghulur tangan kanan. Seakan faham, Rem menghulur sebatang lollipop.

            “Ok je. Hari ni penat sikit sebab aku pergi beli barang-barang makanan nak bawak balik UK minggu depan.” Ala kadar Chaq menjawab sambil membuka pembalut lollipop ditangannya. Rem angguk. Chaq pernah cakap yang dia belajar di UK. Birmingham kalau tak salah. 

            “Sorang?”Chaq angguk. Yela, dengan siapa lagi dia nak pergi. Mama dan papa? Sumpah, kalau diorang ada pun, dia tak mahu ajak.

            “Tak ajak mama papa?” Chaq mnghembus nafas kasar. Soalan Rem terasa sukar untuk dijawab. Dia hanya membiarkan soalan Rem berlalu.

             “Apa masalah kau sebenarnya?” Rem pelik. Selama ini dia selalu singgah ambil angin malam di tepi tasik itu selepas pulang dari kerja malam, tetapi baru dua bulan lepas dia bertemu dengan Chaq. Mula-mula dia ingat Chaq tu penagih tetapi bila dia mendekat hanya berbungkus-bungkus keropok Rota yang ada. Pelik! Ingat budak-budak je camtu. Budak tua pun ada ea? Entah macamana, lepas dia bertegur sapa dengan Chaq jadi melekat pulak diorang lepak sama-sama. Kalau dia kerja syif malam je dia tak muncul lepak dengan Chaq. Chaq angkat bahu. Lollipop di dalam mulut dikeluarkan. Direnungnya gula-gula yang semakin mengecil itu.

            “Tak nak cerita takpelah. Tapi aku risau kalau kau tak cerita, silap-silap aku tak jumpa kau kat sini, aku jumpa kau kat Hospital Permai pulak.” Chaq mendengus. 

            “Aku tak suka jumpa mama papa. Rasa nak marah, mengamuk je bila jumpa diorang.”

            “Kenapa?” Chaq cebik. Tak tahu nak cerita ke tak.

            “Mungkin kau tak sedia nak cerita. Tapi, kau tahu kan. Aku ni memang pandai bercerita, pandai juga jadi pendengar setia.” Lollipop yang tinggal batang dilontar ke tong sampah berhampiran. Masuk! Chaq tarik nafas panjang.

            “Sebab korup. Aku tak sangka mama papa aku orang macam tu. Penjenayah kolar putih. Tamak! Dah kena tangkap pun tak nak mengaku lagi. Mama pula jadi peguam tak bertauliah. Asyik pertahankan papa sedangkan kitorang adik-beradik tahu yang papa memang bersalah. Diorang ingat dengan sogok duit pada kami, kitorang akan terima perbuatan diorang ni. Aku hilang respect! Kalau boleh tak nak mengaku anak pun.” Bengang dan kecewa berbaur dalam suara Chaq. Rem tarik nafas panjang. Dia terbayang muka depan akhbar minggu lepas tentang seorang ahli perniagaan yang ditangkap atas tuduhan menggelapkan duit syarikat. Mungkinkah itu? 

            “Chaq, kau pernah dengar Ayat Quran yang sebut pasal mak ayah?” Chaq jelir lidah.

            “Pernahlah. Kau ingat aku kolot sangat ke tak tahu pasal wasiat Lukman Hakim4. Adab dengan ibu bapa. Jangan tinggikan suara, jangan jawab ah. Bla bla bla bla bla bla. Soalan SPM tu bro.”Rem sengih. Sebatang lagi lollipop dikeluarkan. Kali ni perisa nenas. 

            “Pandai! Tapi aku bukan nak tahu ayat tu pasal apa ataupun wasiat mana satu.”

            “Habis tu?”

            “Kita main kuiz ea? Aku nak tanya, Kenapa Allah cerita pasal buat baik pada mak ayah dalam quran?” Terkebil-kebil mata Chaq mendengar soalan tersebut. Soalan jenis apa ni? Tak pernah keluar SPM pun? 

            “Sebab Allah nak suruh kita buat baik pada mak ayahlah kan?” Rawak Chaq meneka. Rem senyum lebar nampak gigi.

            “Betul! Sepuluh markah! Sebab Allah suruhlah, kita buat baik pada mak ayah. Sebab Allah suruhlah, kita sayang pada mak ayah. Semuanya yang kita buat Allah yang suruh.” Chaq cebik. Tangan kirinya yang asyik mencabut rumput-rumput kecil yang dapat dicapai dalam pembaringan terhenti. Dia pusing kanan, menghadap Rem.

            “Kau nak suruh aku sayang dan buat baik pada mama papa aku yang korup tu?” Chaq renung wajah Rem. Rem angguk. Chaq ketap gigi. Angin taufan menderu-deru dalam badannya mendengar nasihat ala-ala kuiz Rem. Rem tepuk bahu Chaq.

            “Weh, kalau kau sayang diorang sebab apa yang diorang dah buat untuk kau, sebab pengorbanan mak kau yang dah bertarung nyawa nak lahirkan kau dan jaga kau sejak kecil, sebab ayah kau dah berpenat-lelah cari duit untuk besarkan kau and sekolahkan kau, kau akan penat. Kau akan kecewa sebab cinta macam tu dah musnah sejak kau tahu korupsi yang diorang buat. Tapi, kalau kau sayang diorang sebab Allah yang suruh, cinta itu akan menyebabkan kau bertindak untuk selamatkan diorang dari kancah korupsi bukan sebaliknya macam sekarang ni.” Chaq diam tidak bergerak. Matanya dipejam apabila terasa ada air hangat yang berkumpul di tebing mata. 

            “Senang bercakap Rem. Kau tak berada di tempat aku.” Chaq menolak kata-kata Rem. Egonya dipertahankan. Rem baru kenal aku dua bulan. Dia tak akan tahu apa yang aku rasa. Dia bingkas bangun. Anak-anak rumput yang berada dalam genggaman tangan kiri  dicampak ke riba Rem. Rem terpinga.

            “Nak pergi mana?” 

            “Mana-mana. Aku tak mahu lepak kat tasik ni lagi.” Rem cepat sedar apa yang berlaku. Mamat ni dilanda emosi. Dia pula terlalu awal memberi nasihat. Rem, salah besar ni. Pantas dia bangun dan memegang bahu Chaq kejap.

            “Chaq, aku mungkin tak berada kat tempat kau. Tapi kat luar sana ada ramai lagi yang lalui benda yang sama. Kawan baik aku pun macam kau jugak.”

            “Kawan baik?” Rem angguk walaupun Chaq tidak melihat.

            “ Dia pemain bola baling yang terkenal. Exam selalu first class. Semua orang ingat dia lahir dalam keluarga yang bahagia.Tetapi sebenarnya, ayah dia kerja bouncer kat kelab malam. Tetapi dia tak pernah marah dengan ayah dia sebab dia tahu kenapa dia sayang ayah dia. Dia tetap hulur duit pada ayah dia walaupun ayah dia dah lama tinggalkan keluarga untuk perempuan lain. Sikit pun dia tak pernah tinggikan suara pada ayah dia. Kau tahu suatu hari ayah dia mintak apa?”

            “Apa?” Chaq bertanya perlahan. Namun, dia masih tidak berpaling, masih membelakangkan Rem.

            “Ayah dia mintak dia ajar baca quran. Sebab ayah dia tersentuh tengok akhlak quran pada anak dia.” Bulat mata Chaq mendengar jawapan Rem. Ajar baca Quran? Miracle! Perlahan-lahan Chaq pusing.

            “Kisah benar?” Rem angguk. Chaq tunduk. Air matanya jatuh satu-persatu.

            “Kalaulah aku sehebat tu.” Rem senyum nipis. Kedua-dua tapak tangannya didaratkan ke bahu Chaq yang sedang berhadapan dengan tubuhnya.

            “Bertatihlah andai tidak mampu berlari, asalkan langkah itu tetap ada. Moga hati kau menjadi seluas langit terbentang.”

***
           
            “Aku tak naik angin dah bila jumpa diorang. Banyak hormat aku bagi. Kira oklah tu kan?” Samsung B3410 melekap di telinga Chaq. Dia duduk memeluk lutut menghadap air tasik yang beralun perlahan. Dua hari lepas dia berjanji dengan Rem untuk cuba menghormati, berkelakuan baik dan cuba mengawal emosi bila berhadapan dengan bu bapanya. Perjanjian Tasik 2009. Best kot nama. Hari ni Rem kerja syif malam jadi dia lepak seorang. Rem teman guna fon pun jadilah. 100 Plus diteguk.

            “Bagus. Bersembang dengan diorang tak?” Chaq tarik muka. Keropok Rota disuap ke mulut sebelum menjawab.

            “Tak ada hati.”

            “Belum sayang sepenuhnyalah tu.” Suara Rem agak tenggelam di talian. Mungkin sebab dia sedang berjalan atau menguruskan sesuatu. Maklumlah, doctor on call.

            “Belum seratus peratus. Kena usaha lagi.”

            “Usaha-usaha juga. Kau doa tak lepas solat?” 

            “Doa? Solat pun tak tentu. Kadang-kadang dah kat sempadan baru aku angkat takbir.”Rem terbatuk. Rasa cam nak hantuk kepala dengar jawapan Chaq. Dia yang dalam perjalanan untuk memeriksa keadaan pesakit di wad kardiologi blok Cempaka berhenti melangkah. Dia bersandar di tepi tembok berhadapan dengan lif.

            “Bro, kau tak jaga solat? Kau tak nak masuk syurga ke bro?” Chaq tersentak. Samsung B3410 dibawa ke hadapan muka. Dia renung telefon bimbit. Syurga?

mereka adalah pewaris surga
manusia yang disayangi Allah
alangkah indah bila hati mengenangnya
tanda-tanda ada tujuh di hidupnya

yang pertama orang yang beriman kepada Allah
iman di hati mulut dan langkahnya
yang kedua orang yang menjauh dari segala
perkara-perkara yang tiada guna
yang ketiga orang yang menunaikan zakatnya
yang keempat yang menjaga kemaluannya
yang kelima orang yang memelihara amanat
yang keenam orang yang penuhi janjinya
yang ketujuh orang-orang yang selalu menjaga
waktu dan khusyu setiap sholatnya

mereka adalah orang yang dirindu surga
surga firdauslah tempat kembali mereka

                Lunak Pewaris Syurga nyanyian asal Opick berlagu di bibir Rem.  Chaq termangu. Ciri ketujuh orang yang mewarisi syurga mengusik hatinya. Orang yang menjaga waktu dan khusyuk dalam solatnya. Aku? Solat tak jaga. Khusyuk jauh sekali. Syurga?

                “Dunia ni sementara je Chaq. Syurga tu yang kekal. Kau tak nak pergi sana ke Chaq? Tempat yang ada buah-buahan yang sedap, air minuman yang tak mabuk, bidadari-bidadari yang cantik. Dan paling penting, ada dipan-dipan yang kita boleh duduk dan lepak macam selalu selama-lamanya. Kau tak nak ke Chaq? Aku dapat bayangkan kita tengah duduk atas dipan dan sembang pasal apa yang kita buat kat dunia untuk masuk syurga tu Chaq. Indahnya, subhanallah.” Suara Rem cukup meggambarkan keinginannya yang membuak-buak untuk ke syurga. Chaq telan liur. Aku?

                Chaq mengeluh. Selama ini dia tidak pernah fikir pun tentang syurga. Kalau tak masuk syurga, masuk neraka? Gulp, dia kecut perut tiba-tiba.

                “Jaga solat Chaq. Jadilah pewaris syurga5. InshaAllah doa kau lebih didengar. Kau boleh doa untuk mama papa kau. Untuk diri kau sendiri. Biar kau cinta diorang sebagaimana Allah cinta pewaris syurga. Takkan Allah nak hampakan doa pewaris syurga ye tak?” 

                Kau tak nak masuk syurga ke Chaq? Soalan itu kembali menerpa fikirannya.

                Suara Rem yang masih petah berkata-kata sudah tak masuk ke telinganya lagi. Huruf-huruf roman berselirat di hadapan matanya membentuk perkataan. 

                Mama. Papa. Doa. Solat. Syurga.

***
            Malaysia semakin sayup di bawah. Chaq menghembus nafas. Tubuhnya disandarkan ke tempat duduk kapal terbang, cuba mengosongkan fikiran sementelah bibirnya rancak membaca mathurat. Mathurat itu zikir yang diajarkan oleh Rem. Mengingatkan pemuda itu, Chaq tersenyum.

            Malam di mana Chaq bercerita tentang syurga membuka era perubahan dalam hidupnya. Pulang sahaja ke rumah malam itu, laju dia menaip lirik pewaris syurga di carian Google. Hampir dua jam baris-baris lirik lagu tersebut ditatapnya. Tak cukup dengan itu, lagunya dipasang dan diulang dengar di Youtube. Jam tiga pagi, Samsung B3410 dicapai.

            “Assalamualaikum.” Suara Rem serak. 

            “Rem, aku nak masuk syurga. Tolong aku?”

            “Hah?” Suara di hujung talian terpinga-terpinga. Chaq, mengigau ke?

            “Aku nak berubah.” Selebihnya jadi sejarah.

            Tiga bulan cuti di Malaysia, sangkanya dia akan gila sebab ibu bapanya. Tapi, Allah menemukan dia dengan Rem yang membawanya mengenal Allah. Yang menyedarkan dia yang dunia ini bukan segala-galanya. Di sana itu yang kekal. Mengapa perlu berduka dengan di sini yang sementara. Rem ajar dia untuk sayangkan ibu bapa kerana Allah. Mulanya dia tak mampu. Namun, Rem sedarkan dia yang dia juga perlu berdoa. Dan doa lebih didengar kalau solat terjaga. Rem ajar orang yang jaga solat, tempatnya di syurga. Jadi, kalau pewaris syurga mesti Allah makbulkan doanya. Chaq tersentuh. Ternyata Rem betul. Sebaik sahaja dia mengambil langkah untuk berubah, aneh, rasa cinta pada mama papa terasa membuak-buak. Dia mahu mereka juga mengikut jejak langkahnya. Dia mahu selamatkan mereka dari terus-menerus terikat dengan dunia.

            Sekeping kertas berlipat dikeluarkan dari saku seluar Denim. Ada tulisan seperti cacing kerawit di atasnya. Chaq sengih. Sah, Rem memang doktor sejati. Tulisan sumpah kena pakai kanta pembesar baru faham. Mujur hanya sebaris yang Rem tulis.

            Allah itu maha tahu. Tahu?
            Rahmat.

            Chaq sengih. Rem. Rahmat. Kau memang rahmat, Rem. Rahmat untuk aku. Rahmat untuk alam ni.


1 Sahih Muslim, no 2044.
2 Riyadus Salihin, no 822.
3 Riyadus Salihin, no 824.
4 (Lukman:14-15)
5 (Al-Mukminun: 1-11)



Saya,
tanah90.

p/s: will be back in three days...oh, apakah yang menanti id tempat baru? Yang pasti ianya sebuah tarbiyah kehidupan...:)

 

Challenges yang meng'challenge'kan

Sunday 2 September 2012

Salam alayk.

Soalan cepumas!!!!

Apakah perkara yang tidak membebankan emosi, kewangan, dan masa dan tidak menuntut pengorbanan daripada seorang manusia? Kita hanya boleh bergoyang kaki and enjoy our trip on the earth sehingga ke syurga?

Jawapannya tiada. Telah pun Allah sebut dalam surah taubah ayat 111-116 (ayat feveret saya):

"Allah hath purchased of the Believers their persons and their goods; for theirs (in return) is the Garden (of Paradise): they fight in His cause, and slay and are slain: a promise binding on Him in Truth, through the Law, the Gospel and the Qur'an: and who is more faithful to his covenant than Allah? Then rejoice in the bargain which ye have concluded: that is the achievement supreme.
Those that turn (to Allah) in repentance: that serve Him and praise Him; that wander in devotion to the Cause of Allah;― that bow down and prostrate themselves in prayer; that enjoin good and forbid evil; and observe the limits set by Allah; (these do rejoice). So proclaim the glad tidings to the Believers.t is not fitting, for the prophet and those who believe, that they should pray for forgiveness for pagans, even though they be of kin, after it is clear to them that they are companions of the Fire.And Abraham prayed for his father's forgiveness only because of a promise he had made to him. But when it became clear to him that he was an enemy to Allah, he dissociated himself from him: for Abraham was most tender-hearted forbearing.And Allah will not mislead a people after He hath guided them, in order that He may make clear to them what to fear (and avoid)― for Allah hath knowledge of all things.Unto Allah belongeth the dominion of the heavens and the earth. He giveth life and He taketh it. Except for Him ye have no protector nor helper."

So?

Semalam sungguhlah mencabar sebenarnya. Starting dengan menguruskan technicalities untuk daurah bila xde orang yang boleh tolong amikkan dulang kat RI (terpaksalah mengadu kasih suh kakak kabir yg uruskan+berharap masul dpt dulang drpd aims) sampailah kepada sesi pecah otak fikir usrah tree and perkara2 sewaktu dengannya.

And sgt byk sebenarnya Allah mentarbiyyah emosi tu. Yela, siapa tak pressure bila kerja cari dulang yang senang tu pun kena mntk tlg kakak kabir uruskan+masul campur tangan.
Bila bincang usrah tree, sampai byk sgt concern sampai tak tahu mana satu yang relevan. Tambah pening bila semua org ada pendapat sendiri. Rasa cam kekeliruan identiti pun ada. Kejap rasa syadid sebab tak mahu orang yang x pergi daurah, atau yang tak sanggup travel, atau yang tak sanggup bersusah, atau yang tak sanggup berkorban dan level mujahadah rendah dinaikkan. Kejap rasa rigid sgt sebab x nak org yang x lengkap silibus join org yg silibusnya dah advanced. Kejap rasa nak guna
kuasa veto untuk bubarkan jawatan semua orang supaya xperlu nak consider seseorang tu jaga portfolio apa untuk susun usrah tree..

Fuh...berasap jugaklah kepala berfikir. Tambah pulak petang tu dapat berita yang mengguris hati. Orang yang saya sangat thiqah....yang saya sgt percaya dengan taujih dia...berada dalam satu mailing list yang sy sgt anti..hahahaha..ada ea orang yang anti-mailing list? Kalau anda ada pendengaran abnormal..boleh dengar hati saya retak seribu dan jatuh berderai. Hahaha..i am much tooo hurttt. Igt senang ke nak meraih kethiqahan tanah90? You never know! Nampak cam thiqah tapi sebenarnya.....haha.

Masuk balik mood daurah..x tahulah apa yang tak kena...mungkin saya too bossyy, ego, riak and berlagak tahu semua......ada yang terasa.. ye ke? Ermmmm, ntah. Yang ni konfem buat saya sedih. Siang malam doa kat Allah janganlah kau hukum orang yang hadir daurah kerana dosa-dosaku. Limpahkanlah kurniaan rahmatmu pada mereka yang hadir. Lapangkanlah pintu-pintu hidayahmu
untuk mereka. Jangan kerana aku, mereka terhalang. Asyik duk mengulang permintaan ni sampai segan rasanya.. Yela, dah byk dosa tahu takut. And the fact that saya sgt sedih sbb masalah tu bwk smpi xnak dtg daurah. Double jerk? Mungkin sy yg su'zhon tp klu betul....(saya ulang) kalau betul...xnk dtg daurah sbb terasa dgn saya...too shame..anda yg rugi. Pengisian tu utk anda.

Igtkan sudah cukup hati ini menerima tarbiyah emosi drpd Allah swt, balik wamy terlupa pulak nak tgk semua org dah mkn ke belum sampailah ada kakak yang tanya. Erk...sudah. Tambah pulak tertinggal love letter dari kekasih yang sgt dicintai kat TTS. Waaaaaaa.

Tapi, alhamdulillah dapat mengelak buat muka bengang/tension/pressure atau yang sewaktu dengannya lebih-lebih lagi di hadapan orang yang belum really got into my life lagi.

Alhamdulillah3x.

Mungkin lagu ini hadiah yang terbaik buat kita semua yang bukan sekadar mahu menjadi pewaris dakwah tetapi ingin juga and teringin benarrrrr menjadi pewaris syurga. :')

click here to view: Pewaris Syurga


-tanah90

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.