Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Travelog Umrah] Madinah 1.0

Tuesday, 16 April 2013

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni dah hari ketiga pulang ke bumi UK setelah menghabiskan hampir dua minggu menjadi tetamu Allah. Oleh sebab saya xde kamera sendiri, hanya disinilah tempat saya merakamkan kenangan saya. bila rindu bertandang, boleh baca2 balik apa yang saya tulis sendiri. Apa yang saya nk tulis bukan sekadar kenangan tap muhasabah dan pengajaran berharga yang kalau boleh saya nak semua orang baik yang pergi atau tak rasa apa yang saya rasa.

Dulu serba kurang, sekarang serba mewah

1 April 2013, alhamdulillah all praise to Allah kami selamat sampai di Jeddah dan terus je ambil bas ke Madinah. Perjalanan selama 5 jam and oleh sebab penat travel, sambil-sambil selawat terus tertidur...Perasaan first time tengok masjid Nabawi: mungkin sebab penat physically and mentally, kurang sikit rasa tergamam...sekadar ucap subhanallah....dan sedikit kathirat yang terselit. Dalam hati saya cakap, ya Allah, dulu semua ni hanya batang pokok kurma, bumbungnya pelepah kurma, lantainya pasir..sekarang kami datang dah jadi sangat cantik, ada batu marmar yang tak menyerap haba, kalau didalam masjid dilapik dengan karpet yang sedap, setiap masa takkan dahaga sebab kiri kanan ada air zamzam, nak pergi toilet kalau malas jalan ada escalator...huuu, nangis....mewahnya kami nak dibandingkan dengan zamanmu Rasulullah...T_T

sempat jugaklah kami solat isyak dan solat sunat di masjid nabawi malam tu sebelum pulang ke hotel dekat pukul 1 pagi...Sekarang ni bila mengingatkan kembali kami tidur di hotel dan makan makanan yang mewah untuk sarapan, lunch dan dinner, rasa lagi sayu pula sebab Rasulullah dan para sahabat dulu kalau beribadah belum tentu mereka dalam keadaan kenyang macam kami. Mungkin ruh mereka sangat kenyang sampai terlupa jasad yang tak makan. Kami? hari ketiga terlepas dinner, kami melontar duit kat KFC..haih....

Aku berdoa di hadapan turabulabyad ini, agar kemewahan yang melimpahi kami sepertimana yang kami rasai di sana tidak mengabui kembara kami mencari redha-Mu ya Allah. Moga ia tak melambatkan perjalanan dakwah kami dan paling kami khuatiri, janganlah ia menarik kami dari jalan yang lurus menuju Al-Haq.

Martabat kita ditinggikan dengan hijab dan purdah

Kami perlu melintas beberapa jalan besar dari hotel kami ke masjid Nabawi. Benarlah seperti yang kita pernah pelajari dulu, orang-orang Madinah lebih lemah-lembut berbanding orang Mekah, hatta pengguna jalan rayanya lebih berhemah berbanding pemandu-pemandu di Malaysia. Setiap kali nak melintas jalan, tiada satu pun bunyi hon. Semuanya memberi laluan. Namun, yang kurang disenangi oleh kami ialah sepanjang perjalanan ada banyak sangat kedai jubah di mana para pekerjanya boleh berbahasa Melayu. Nampak sahaja kami, semua sibuk menjaja barang-barang di kedai dengan cara yang agak kurang menyenangkan. Berikutan itu, kami cuba mengelak dari masuk ke kedai-kedai tersebut ataupun kalau nak masuk, pakai purdah.

Ada seorang kawan saya share, waktu tu dia seorang je yang pakai purdah. Kami dalam perjalanan pulang ke hotel, seperti biasa diasak oleh pekerja-pekerja kedai jubah. Dia cakap, pekerja-pekerja tu cuba ajak kami yang tak pakai purdah untuk masuk ke kedai tapi bukan dia. Dia rasa dia seolah-olah invisible dari pandangan lelaki-lelaki tu. Allahu. Teringat kisah asbabul nuzul ayat yang memerintahkan kaum wanita bertudung. Zaman itu, tiada beza antara perempuan islam dan perempuan yang kafir. Maka, bagi menaikkan martabat wanita islam dan membezakannya dengan wanita kafir, perintah hijab diturunkan. Dan waktu ni, nampak sahaja wanita yang berhijab, ia seolah-olah satu amaran, "ini adalah wanita islam, jangan kacau!"
Mungkin di Madinah yang semua wanita dewasa berhijab, sensitiviti terhadap amaran "ini adalah wanita islam, jangan kacau!" telah pun berkurang...T_T...mungkin sudah sampai masanya kita berpurdah pula supaya dunia lebih menghormati kita. Di sana, saya menyelami perasaan selamat berada di sebalik purdah, rasa dilindungi, rasa dihormati.

Menyelami sejarah Uhud

Hari ketiga di Madinah, kami dibawa ke medan perang Uhud. Sebelum sampai, minda sibuk berimaginasi bagaimanakah sebenarnya perang Uhud itu berlaku. Dari arah mana, tentera musuh menyerang hendap, di mana pula posisi pemanah. Mungkin ilmu saya yang cetek. Tak terjawab persoalan sehinggalah melihat sendiri tempatnya. Bukit pemanah membelakangi Madinah sementara di belakang barisan musuh ialah banjaran bukit Uhud. Sekiranya berdiri di atas bukit pemanah, boleh terbayang secara jelas bagaimana perasaannya berlari turun ke bawah mengutip harta rampasan perang. Boleh terbayang juga tentera musuh menyelinap dari belakang bukit uhud dan menyerang hendap. Malah, terbayang-bayang di ruang mata gelimpangan tentera-tentera yang syahid memperjuangkan kebenaran. Medan syuhada' uhud sangat besar menggambarkan betapa kritikalnya keadaan pada masa itu bila hanya beberapa sahabat sahaja yang tinggal untuk mempertahankan Rasulullah.

Perang Uhud mungkin bukti yang pertama bagaimana harta boleh menggoyah iman. Peliknya, kita seolah tidak mengambil pelajaran. Peristiwa ni seringkali berulang baik di zaman Rasulullah, tabiin mahupun di zaman kita sendiri..dalam jemaah kita sendiri. Malah, sekecil-kecil kemewahan yang kita miliki umpamanya makan sedap, katil empuk kadang-kadang membuatkan kita melewatkan diri menyahut panggilanNya. T_T
Abdur rahman bin Auf bertambah keimannnya bila bertambah harta sedangkan kita?


To be continued...

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget