Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Dunia masih luas...

Friday, 29 October 2010

Bismillah...
salam...


Alhamdulillah hati masih ingin memberi..
walau kadang2 ada suara di sudut hati mendesak..
Supaya saya berhenti je masukkan entry..
apa lagi ramai yg tahu add blog nih..
luahan perasaan bukan lagi confidential..
tapi tak mungkin saya buat macam tuh..
sebab blog ni saksi segala-galanya yang saya lalui..
sejak saya masih lagi merangkak di dunia baru nih...

Hanya post pendek untuk luahkan rasa syukur sebab Allah ingatkan saya semalam...tentang seseorang..seseorang yang contact saya..orang jauh yang masih follow up saya kat sini...menyedarkan saya..tentang sesuatu yang saya lupa..saya sebenarnya ada dua murrabi tahun lepas..huhuu...

Rasa sakit di jiwa terubat seketika..

Walau saya tak manja sgt dengan dia..and saya bukanlah 'anak emas' dalam usrah dia..tapi dia selalu ada pada saat-saat penting..Dulu..ada sekali tuh,masa kena hentam sebab tak tegur senior..dia sorang je yg try backup..(yg saya nampaklah..)..masa relasi saya dengan seseorang ada masalah pun..dia jugak yg tolong saya berbaik semula..bg advice n step2 nak berbaik..hehe..dan yang paling penting..dialah yang bawak saya masuk usrah ..huhuu


Semoga dia kekal dalam fitrah kebaikan..Ameen...




p/s:blushing rasanya kalau dia bca post nih..sebab sye tahu dia suka terjah blog saya bila-bila masa dia suka..hehehe..hope bukan post ni yang dia baca..

Currently trying to strengthen my heart...
yang rindu tapi perlu tahan..
yang sayang tapi kena simpan..
yang sedih tapi terpaksa bersabar..
yang terluka tapi mesti dirawat sendiri..
membina ketabahan..
Stay strong~~~
Dunia ini masih luas...








Poynting Physics..
11:10 pm

-Hati yang menangis 2~~~

Tuesday, 26 October 2010

Bismillah..
Salam....
Hari ni hujan...


Sekitar Uni of Birm yang dibasahi hujan

Entah kenapa..rasa seperti hujan mengerti perasaan saya...


seperti tahu ada awan gelap di hati..



macam tahu ada hati yang sedang menangis...

Road not taken..

rasa di jiwa perlu dilupakan..

terima segalanya...

hanya untuk mengejar mardhotillah..(T_T)

tanah90

currently struggling for homework..

poynting physics

0242 pm

-Hati ini menangis~~~

Sunday, 24 October 2010

Bismillah..
Salam...


Minggu nih memang mencabar...Sangat sakit..terseksa..dan menguji sepenuh kesabaran yang ada..


"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.." (53:43)





Ayat ni ayat tadabbur masa usrah tadi..


Bukan senang nak menguatkan hati..
bukan senang menghapus air mata..
bukan senang hidup tanpa sokongan dia...


Episod panjang sangat bila start rasa useless bila x dpt uruskan *** ke Oxford dgn cepat..kena tunggu sampai 3 hari..sampai babitkan mas'ulah yang sudah sedia pening.Rasa hopeless..ye la..benda senang pun nak mintak tolong org lain...bila dah settle and bentangkan pada malam terakhir ada pulak yang bangkang and mintak tukar tentatif..Allah,tak tau apa tarbiyah yang Engkau hendak berikan...tapi rasa cam nak nangis bila kenangkan balik saat-saat nak setelkan ***...Rasa sakit sbb tentatif tu dah tersiar kat YG beberapa hari sebelum tu..kenapa x bgtau benda tu awal-awal...bukan saya tak puas hati..saya dah cukup berlapang dada...saya cuma sedih sbb tak dapat puaskan hati semua orang yang terlibat..kesian teammates...Tambah lagi bila takde orang backup..org yang saya harap dpt backup pun x bersuara..hanya seorang sister yang sama-sama tolong setelkan benda tu support kami sedikit.


Bila tiba harinya dugaan Allah datang lagi...macam-macam masalah berlaku...saya rasa x boleh diharap..Patutlah org ckp saya ni tak layak lagi berada d sini..x layak lagi bekerja..Semua orang macam x puas hati..pandang slack....Tambah lag dengan masalah hati dan perasaan bila diignore orang yang saya sayang.Mungkin itu masalah kecil bagi dia..Mungkin ada sebabnya dia buat macam tu...tapi untuk saya yang dah hadapi macam-macam perkara minggu ni terutamanya hari penting tu..saya perlukan dia...saya harap dia at least akan cakap.."thats ok..u hav done ur best..."


Ada kawan...dihantar kerja tempat lain...saya tak nak susahkan dia..ada yang saya sayang..kena ignore pulak...yang ada di sisi saya hanyalah siraj...Di sisi mereka saya luahkan perasaan..saya memang sgt2 bersyukur sbb Allah hadiahkan mereka pada saya..Mungkin Dia tahu saya perlukan siraj..maka siraj sentiasa menerangi hati saya..Bulan jadi saksi..





I.Allah lepas ni saya belajar...
belajar sayangkan orang..
tapi bukan seperi bayi kecil..
yang menangis selagi tak dapat apa yang dia nak...
tapi mengejar ukhuwwah seperti labah-labah
yang sedang membina sarangnya...
walaupun sarangnya sentiasa rosak dihanyut angin..
tapi ia tak pernah serik membina sarang baru..

Sayangkan orang..orang akan pergi...dia dah pergi..siraj pun akan pergi..tapi ukhuwwah itu saya harap sampai ke syurga...sebab apa yang saya tahu...kalau kita sayangkan orang tu sgt2...lama-lama kita akan benci..tapi kalau sayangkan orang tu kerana Allah..ianya membawa ke syurga hakiki..semoga saya sayangkan dia dan siraj bukan kerana apa-apa melainkan kerana Allah..saya akan lepaskan ikatan saya dan dia...kalau itu dapat mengejar redha Allah...saya kuatkan hati untuk lakukannya..Saya nak tulis jazakumullah khairan katheera pd sirajians..yang bersusah-payah bersama saya minggu nih..bersedih dan bersuka bersama..yang dengar rintihan perasaan saya..yang support sya tanpa jemu..sayang kalian keranaNya..x semua sirajians yang bca post nih tp klu dah baca tlg smpikan pd sirajians yang lain ye...



-I'm big big girl...
in a big big world...
its not a big big thing if u leave me..
but i do do will..
and i do do feel..miss u much...
miss u much....
-lyrics from Big Big Girl


Doakan saya jadi matang..doakan kejayaan saya mengajak anak-anak usrah saya kepada Allah..seterusnya bekerja untukNya..doakan hati saya kuat menghadapi mehnah-mehnah di jalan tarbiyyah yang saya lalui...semoga Allah redha dengan kita semua..



"Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya.." (98:8)

Appearance doesnt show emotion

Wednesday, 20 October 2010

Bismillah
Salam..

Selepas beberapa kali rasa down and feel useless..akhirnya ada jalan keluar yang Alah tunjukkan..Hmm..sgt2 appreciate semua yang berikan support..my sisters,friends and my teammates.

Sebut pasal teammates,diorang ni ahli usrah saya.Saya yang paling muda and saya yang paling manja and ngada-ngada.Tapi sejak akhir-akhir ni bila kami kerja sama-sama,kebersamaan yang tercipta menenangkan hati saya..even all sisters tau betapa payahnya saya nak terima usrah baru ni..Tapi tak taulah apa yang diorang rasa.Ini hanya perasaan saya semata-mata.

Saya tau ada kakak yang kuatkan hati dpn saya supaya saya pun sama kuat dgn dia..saya tau ada yang senyum dpn saya tp di belakang mereka nangis...saya tau ada sahabat yang pendamkan perasaan mereka sbb nak bg saya luahkan perasaan saya..saya tau ramai yang mengaku mereka beralah dgn saya...saya tau saya banyak dapat apa yang org lain nak dalam kehidupan mereka...

Kadang-kadang kelakar pulak...sebab walau apa pun yang saya dapat..yang sometimes org lain nak tp x dpt...saya sendiri ada benda yang saya nak tapi org lain dapat..

Saya teringin ada keluarga yang bahagia macam yang antum dapat....
Saya teringin untuk seusrah dgn kwn2 saya mcam dulu tp keadaan dah x mcm dulu....
Saya teringin untuk join sekaki tgk movie...
Saya teringin untuk x fhm apa2 pun tntg tggngjwb penggerak spy hidup saya tak dibebani tugas tu...

Kerahuilah....saya mmg suka luahkan perasaan sbb dalam hati ini ada banyak lagi perasaan yang tak terluah...emosi itu memang sesuatu yang sukar dikawal.Kadang=kadang kita rasa redha tp bila kita kenangkan balik benda tu,ada je yang mencuit perasaan x puas hati tu...

"Tears are followed by a smile,fear is replaced by comfort and anxiety is overthrown by serenity..(94:6)"-La Tahzan

Ayat ni saya share dgn beberapa org sisters sbb saya rasa bersalah bebankan fikiran diorang psl saya...

Ops..dah berapa perenggan dah merepek...luahkan perasaan...sudahlah..emo sgt nnt..hehehe..Mungkin utk hidup survive lps nih..jgn asyik fikir psl perasaan sendiri dan apa yang kita nak kot..fikir jugak psl apa yang org nak tp kita yang dpt...segalanya Allah yang tentukan...semuanya ada hikmah..=)))

[Cerpen]Perompak Hati

Friday, 15 October 2010

Bismillah...Salam..

Huargh...nak tido tp mata tak mahu pejam..xdelah fikir apa sgt pun tp sbb ptg td dah tido sekejap tu yang segar lagi walaupun jam pukul 2 pagi..Tengah-tengah pagi nih tiba-tiba dpt ilham tulis cerita..hehehe..

Cerita bertajuk 'Perompak Hati'

Cerita simple+pendek gabungan beberapa moment silam

dan harapan untuk diri sendiri di masa akan datang..

Semoga terhibur..


Perompak Hati

Tahun 2005

"Kringgggggggggggggg!!!!!"

Siren kecemasan asrama berbunyi nyaring.Kelihatan beberapa ahli exco tertinggi asrama (ESTIMA) berlari-lari anak ke sana ke mari.Wajah masing-masing kelihatan cemas.Di satu sudut presiden asrama,Wardatul sedang menjelaskan sesuatu kepada warden asrama.Penghuni-penghuni asrama yang lain sudah memenuhi beranda asrama untuk mengetahui apa yang terjadi.Dari foyer tingkat tiga asrama,seorang pelajar sedang memerhatikan semua yang berlaku dengan senyuman sinis.

"Hahahahaha..baru kau tahu siapa aku.."Pelajar itu berbisik perlahan.Senyuman sinis tidak lekang di bibirnya.Dari beranda tempat dia berdiri,dia dapat memerhatikan sebuah ambulans memasuki pintu pagar asrama dan berhenti di dataran.Seorang pelajar perempuan dibawa masuk ke dalam ambulans.Keadaannya parah.Darah mengalir tidak henti-henti dari kepalanya yang cedera dan luka-luka lain di badannya.

"Aku rasa ni semua kerja kau kan.."Satu suara menyinggah di telinganya.Pelajar itu pantas menoleh.Seorang gadis berbaju kurung biru muda sedang berdiri di tepi tangga.Pandangannya tajam.Namanya Sakinah.

"Huh..apa kau cakap nih?"

"Jangan buat-buat tak faham lah...Iq,ko yang buat semua nih kan..kau belasah budak tuh sbb dia x bagi kau duit kan??"Iqlima' atau dipanggil Iq merengus.

"Kau ade bukti ke.."balasnya dengan suara mengejek.Senyum sumbing dihadiahkan pada Sakinah.Memang..memang dia yang buat semua tu.Tekanan hidup asrama,harapan menggunung guu-guru pada dia yang merupakan pelajar harapan asrama,masalah keluarga..semuanya menyumbang kepada perlakuannya itu.Tapi sampai sekarang dia masih bebas kerana ketiadaan bukti.Lebih-lebih lagi dia anak emas guru-guru.

"Bukti???Mungkin xde tapi tu ha..yang tengah tengok kau sekarang..Yang Maha Khalik..yang Maha Melihat..xde satu pun yang terlepas dari pandangannya..cctv Allah itu buktinya.."Sakinah bersuara tegas.Iqlima' tersengih.

"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan di bumi.Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan."

(49:18)

"I wonder...kenapalah kau nih asyik dapat anugerah PRS cemerlang je..rupa-rupanya suka jaga tepi kain orang.."Iqlima' datang merapat pada kawannya itu.Jari-jemarinyanya laju mencekak dan menekan leher Sakinah hingga rapat ke dinding.

"Hei..aku taulah kau tu ketua exco displin..tapi jgn suka-suka hati je tuduh orang kalau xde bukti..kalau ye pun aku peras ugut budak tu n pukul dia..apa kau kisah..jangan sibuk hal aku boleh tak.."Iqlima' bersuara bengis.Matanya tajam menentang wajah Sakinah.

"Memang...memang tak boleh..tak boleh kalau x sibuk.."Sakinah berusaha bersuara walaupun suaranya tersekat-sekat bila lehernya diperlakukan sebegitu.Sukar untuk bernafas apa lagi bersuara.

"What??"Membesar biji mata Iqlima' mendengar jawapan Sakinah.Leher Sakinah dilepaskan.Terbatuk-batuk gadis itu dibuatnya.

"Sebab kita kawan..saudara sesama islam..aku tak akan biarkan kau terjebak dalam dunia yang rosak..dulu kita kan kawan baik..dah janji nak masuk syurga sama-sama.."

"Sekarang tak lagi.."Iqlima' pantas memotong.Memang sejak Sakinah dinaikkan pangkat sebagai ahli ESTIMA,mereka sudah tak rapat lagi.Sakinah terlalu sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya.Iqlima' rasa terpinggir.Di situlah segala-galanya bermula.Episod kemunculan pemeras ugut dan pembuli.Semuanya dipelopori Iqlima'.

"Tapi aku masih anggap kita kawan..aku tau aku salah bila abaikan kawan sendiri tapi kenapa sampai sejauh ni kau berubah Iq..kau ingat selamanya kau dapat bersembunyi di sebalik status pelajar ranking 1 kat sekolah nih.."Iqlima' mendengus.Dia berpaling dari menghadap Sakinah.Sakinah cuba memeluk Iqlima' dari belakang tapi Iqlima' pantas menepis.

"Kalau kau nak aku letak jawatan dan berada di sisi kau semula pun aku sanggup..Aku janji yang aku akan bersama kau..aku dah tak sanggup tengok kau buat semua kerja kau nih.Kesian adik-adik yang jadi mangsa kau...kesian diri kau jugak..jangan biarkan hidup kau musnah Iq.."Sakinah cuba memujuk.Tapak tangannya cuba diletakkan ke atas bahu Iqlima'.Iqlima' tak pula menepis.Mungkinkah hati Iqlima' sudah lembut sedikit,detik hati Sakinah.Namun,lain pula yang keluar dari mulut Iqlima'.

"Kau ingat senang aku nak percaya???"Iqlima' memuntahkan soalannnya.Namun sebelum sempat Sakinah menjawab,Iqlima sudah bergerak menuruni anak tangga.

"Jangan sibuk hal aku..Aku pukul orang ke apa ke...its out of your business.."Sempat Sakinah menangkap laungan Iqlima'.Perlahan dia mengeluh kecil.


**********************************************************************************

Tahun 2012

"Kak Iq.."Tanpa salam atau ucapan,tubuh Iqlima' diterpa Qurratun Ain.Iqlima' tersengih.Anak usrahnya yang seorang tu memang manja.Baru sahaja dia melangkah masuk ke rumah anak-anak usrahnya dia sudah diterpa sebegitu.Dia balas pelukan erat tu dengan usapan penuh kasih sayang pada belakang tubuh Qurratun Ain.

"Tak sangka akak nak kawin dah..sedihlah saya macam nih..dah xleh nak manja-manja ngan akak..mesti cik abang akak marah nanti.."rengek Qurratun Ain.Pelukan dilepaskan.

"Qurratun Ain...pergi usrah sebab nak manja-manja dengan akak ke sebab Allah.."Iqlima' bersuara lembut.Bahu Qurratun Ain dipaut.Mereka melangkah masuk ke ruang tamu.Di situ Jasmin sudah menunggu.

"Sebab nak bina batas kak..supaya dapat develop diri jadi penggerak dakwah yang berkualiti."sahut Jasmin,tolong menjawab.Qurratun Ain mencebik.

"Yela..saya tau la..tapi sayanglah..."Qurratun Ain duduk di atas sofa kembar satu.Tangannya disilangkan memeluk tubuh.Iqlima' pula mengambil di sebelah Jasmin di sofa berkembar dua.

"Sayang apanya.."Wardah,adik usrah Iqlima' yang seorang lagi bersuara.Dia baru keluar dari bilik.

"Sayang naqibahlah...lepas ni kena berkongsi kasih dengan suami dia pulak.."Serentak semua yang mendengar ketawa.Terasa lucu peula mengenangkan adik-adik usrah yang kena berebut kasih dengan suami kakak usrah mereka.

"Adik-adikku..kenalah ingat apa niat kita..kita join usrah untuk tarbiyyah diri.x kisahlah sapa naqibah..dah kawin ke belum..yang penting tarbiyyah kita jalan..Rasulullah dulu kawin je kan..malah masa baginda mula-mula berdakwah dulu baginda dah kawin dah pun tapi tengok dakwah baginda..berkembang luas kan.."Iqlima' lembut berbicara memberi nasihat.Suaranya bagai air sejuk yang mengalir membasahi hati yang kering,cukup menarik semua orang mendengar nasihatnya.

"Betul tu kak...Ain nih..cuba betulkan niat sikit.."Jasmin cuba menyakat.Dia memang yang paling nakal antara mereka bertiga.Iqlima' tersenyum senang.Adik-adik usrahnya memang saling-melengkapi.Seorang manja,seorang nakal dan suka menyakat.Wardah pula agak pendiam tap buah fikirannya tajam dan sentiasa bertindak matang.Mereka memang membentuk support system yang baik.Mungkin inilah hasil ukhuwwah yang menghasilkan sinergi antara mereka.

"Tula...terfikir gak benda tu..sampai bila nak attach dengan akak...satu hari nanti saya pun nak kawin gak..hehe.."Sempat pula Qurratun Ain berangan tentang dirinya.Pantas tangan Iqlima' mencubit mesra paha Qurratun Ain.

"Dia pula sibuk nak kawin..akak ni kelam-kabut lagi..banyak benda betul kena fikir..ingat kawin senang je....susah jugak ye...ni ha...akak datang sini nak bawak korang tengok baju pengantin akak..korang dah siap belum nih..Ni kenapa pakai baju tidur lagi nih???"Iqlima' bertanya sementelah melihat Wardah masih lagi berbaju tidur.Wardah tersengih.Dia pantas bergerak menuju ke biliknya.

"Saya dah mandi..tinggal nak salin baju je..akak duduk jap..nak makan,makan je..buat cam rumah sendiri..cam x biasa je..."Separuh melaung Wardah bersuara bila tubuhnya hampir hilang di baiik pintu.Qurratun Ain dan Jasmin pun sudah menghilang ke dalam bilik maasing-masing untuk bersiap.Iqlima hanya mengeleng melihat telatah adik-adiknya itu.Itulah keluarga usrahnya..yang disayangi..

*********************************************************************************

Tahun 2005

"Aku mintak maaf..Tak sangka pulak cikgu ambik tindakan drastik pada kau.."Sakinah menghulur tangan untuk berjabat tangan.Iqlima hanya senyap.Tidak terdetik di hatinya untuk menyambut huluran tangan Sakinah.Sebenarnya hatinya cukup panas dengan hukuman yang baru diterima dari pihak sekolah.Pindah sekolah atas kerelaan sendiri atau dibuang.

"Gembiralah kau aku dah takde..exco displin dah xde halangan bila taiko buat jahat dah berambus.."Iqlima' bersuara dingin.Sakinah hanya diam.Dia sebenarnya tak menyangka hukuman keras dikenakan pada Iqlima'.Sangkanya Iqlima' hanya akan digantung.Dalam hati dia rasa bersalah pula sebab membuat laporan.Setelah beroleh bukti yang cukup untuk membawa Iqlima' ke muka pengadilan dia tanpa berfikir panjang terus membuat laporan.Sekarang barulah terdetik sedikit penyesalan.

"Aku harap kau berubah lepas ni..jangan jadi jahat lagi please.."pinta Sakinah penuh pengharapan.Iqlima' menjeling tajam.

"Woi,cepatlah berambus!!"

"Keluar dari sekolah ni...Harap muka je pelajar cemerlang tapi pembuli!!"

"Ingat anak emas cikgu selamat ke..padan muka!!"

Beberapa suara sumbang pelajar dari beranda asrama mengganggu sedikit perbualan dingin mereka.Iqlima' menarik nafas panjang.Sekilas dia memandang pelajar-pelajar yang memerhatikan dari beranda.Setelah kejahatannya terbongkar,semua penghuni asrama mengutuknya.Memang sebelum ni kejahatannya tersembunyi sebab dia tak pernah menunjukkan muka..segalanya dilakukan di sebalik kaca mata hitam dan hoody.Kalaulah Sakinah gagal menemui kaca mata hitam dan hoody yang dia gunakan,tentu dia masih selamat.

"Sekarang semua orang dah tau aku jahat..thanks a lot to you.."Iqlima' memandang wajah Sakinah yang sedang berdiri di hadapannya.Kalau ikutkan hati dah lama dia ingin membelasah Sakinah tapi dia cukup maklum Sakinah mempunyai ilmu pertarungan yang lebih hebat darinya.Hanya gayanya sahaja yang lembut dan solehah.Sakinah melepaskan nafas berat.

"Take care..aku sentiasa doakan kau..semoga dapat 9A PMR.."Sakinah bersuara tenang.Iqlima' mencebik.Tanpa berkata apa-apa,dia berpaling dan mengatur langkah keluar dari pintu pagar Asrama Pusat Puteri.

**********************************************************************************

Tahun 2012

"Makin dekat nak kawin ni makin seram pulak..rasa cam nak nangis pun ada.."Bergetar Iqlima' bersuara.Adik-adik usrahnya yang menemaninya sedari tadi memandang pelik.

"Saya rasa normal lah kan...semua orang rasa camtu.."Wardah cuba menenangkan hati Iqlima'.Mereka sedang duduk di Cafe Nero setelah penat berpusing-pusing sekitar shopping kompleks mencari barang hantaran.Iqlima' anak tunggal maka adik-adik usrahnya lah yang dijadikan teman.

"Yela..akak akan naik ke tangga kedua,baitul muslim.Suami akak pun akak tak tau sapa.waaa...betul rse nak nangis nih..boleh tak...sob3x??"Bergenang air mata Iqlima'.Jauh di sudut hati memang dia terasa takut.Segala keputusannya untuk melangkah setapak lagi ke alam perkahwinan hanya semata-mata berpandukan solat istikharah yang dilakukan sebaik pinangan dari seorang ikhwah diterimanya.

"Boleh kak..nangislah tapi ingat tak akak pernah cakap kat kitorg..daei boleh nangis dua minit je..x boleh lebih.."Qurratun Ain memulangkan semula ayat yang pernah diucapkannya pada mereka ketika usrah.

"Tapi untuk daei yang super saiya macam akak nih..seminit setengah cukuplah.."Jasmin pula menyambung dengan usikan nakalnya.Terhambur ketawa kecil dari yang lain.Iqlima' tersengih..terhibur..geram pun ada.

"Pandai betul kenakan akak ye..nanti akak suruh korang bayar sendiri bil makan ni baru tau.."Iqlima' cuba mengugut.Wajahnya sengaja di 'serius' kan.Terbeliak biji mata ketiga-tiga adik usrahnya.

"Ala akak...cafe nero ni sikit punya murah makanan dia....tak mampu lah..."Qurratun Ain cuba meraih simpati.

"Ntah akak...pokailah kitorg.."Iqlima' sengaja buat tak dengar.sengaja menguji sejauh mana adik-adik usrahnya hendak memujuk.

"Takpelah...biar duit scholar kita bulan ni habis..dah orang tu bawak kita makan tempat mahal..ingatkan dia nak belanja.."Jasmin membuat mimik muka sedih..Suaranya mendayu-dayu.Pasrah habis..Tergelak Iqlima' dibuatnya.Pantas dia berdiri.

"Ok..ok..akak bayar.."

**********************************************************************************

Tahun 2006

"Iq.."

Iqlima' membesarkan biji matanya seolah-olah tak percaya apa yang dilihatnya.Sakinah sedang berdiri di hadapannya.Dan gadis itu memakai baju seragam yang sama sepertinya.Baju putih dengan tudung hitam dan kain hitam,pakaian seragam rasmi untuk pelajar Sekolah Menengah Hidayah.

"Kenapa??Tak percaya??"Sakinah berjalan rapat ke tubuh Iqlima' dan pantas tubuh itu dipeluknya..dirangkul erat penuh kasih sayang.

"Why??"Terkedu Iqlima'.Suaranya hampir sahaja tak keluar.Terkejut dengan kehadiran Sakinah.Lebih-lebih lagi dengan status sebagai pelajar di situ.Tubuhnya kaku tak dapat memberi respons pada pelukan Sakinah.Sakinah tersenyum lebar mendengar soalan Iqlima'.Dia sudah menjangka.

"Why??Untuk Iq lah...kan aku dah janji nak bersama di sisi kau.Kan kita pernah janji nak beriringan ke syurga.kalau kau tergelincir takkan aku nak biarkan pulak..you are not only my friend tapi jannahmate also.."Sakinah yakin bersuara.Terasa ada air panas yang bertakung di tubir mata Iqlima'.Ah,egoku tak serapuh ni,detik hatinya.

"Kenapa sampai sanggup tinggalkan APP...jawatan kau yang sikit punya besar dalam ESTIMA..aku nih hanya budak jahat yang dicampak ke sini..aku belum jadi baik pun walaupun dah ade kat sekolah agama.."Iqlima' bersuara perlahan tapi tegas.Sengaja dikeraskan nada suaranya agar keegoan yang mula rapuh dan keterharuan yang terbit di hatinya tidak terkesan.

"Semua tu tak menjamin syurga.Kalaupun semua tuh dapat beli syurga,hatiku takkan senang selagi kawan aku yang seorang ni x bersama aku.."

"Tapi aku jahat..."Iqlima' mula lemah.Hatinya runtun mendengar bicara Sakinah.Air mata yang ditahan gugur setitik demi setitik.

"Iq....pintu untuk kita berubah dan bertaubat sentiasa terbuka..Allah pun ada berfirman dalam surah albaqarah ayat 222,sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.."Halus bicara Sakinah memujuk Iqlima'.Tubuh Iqlima' kembali dipeluknya erat..

"Kita sama-sama jadi baik ea.."Perlahan Iqlima' mengangguk,akur dengan kata-kata Sakinah.Sakinah senyum..Ya Allah,seorang lagi hambamu kembali kepadaMu..

Sabda Rasulullah saw,

"Sesungguhnya setiap kalian ada yang beramal dengan amalan penghuni syurga hingga jarak antara dia dengan syurga hanya sehasta lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka,lalu dia masuk neraka.Ada juga di antara kalian yang beramal dengan amalan penghuni neraka hingga jarak dia dengan neraka hanya sehasta lalu suratan takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga maka dia pun masuk syurga."

(H.R Bukhari Muslim)


**********************************************************************************

Tahun 2012

"Ya Allah..kuatkan hatiku..."Hampir menangis Iqlima' menadah tangan meminta kekuatan daripada Allah.Malam itu malam pertama dia bertemu suaminya.

"Iqlima'..."Satu suara merdu memanggil dari belakang.Iqlima; yang sedang menghadap tingkap mengembus nafas perlahan.Hatinya berdebar-debar.Perlahan-lahan dia berpaling.

"Ya Allah!!!!"Terpana Iqlima'.Semput nafasnya.

"Kenapa??terkejut??"Ikram tersengih.Iqlima' mengurut-ngurut dadanya yang hampir meletup.Mana taknya,rupa-rupanya ikhwah yang menikahinya ialah abang kandung Sakinah.SubhanaAllah..Ikram menarik Iqlima' agar duduk di atas katil bersama-sama.Spontan Ikram membaringkan Iqlima' di pehanya.

"Sakinah.."Sejenak Iqlima' terbayangkan Sakinah..atau lebih tepat arwah Sakinah.Kawan,sahabat yang pernah berjanji untuk beriringan bersama ke syurga.Dia dijemput pulang Rabb setahun selepas dia memimpin Iqlima' ke jalan tarbiyyah.Hiba hatinya saat kehilangannya.Ya Allah..tempatkanlah dia tempat yang sebaik-baiknya.

"Kalau dulu Allah hadiahkan Sakinah untuk sayang..untuk pimpin sayang ke jalanNya...sekarang Allah bagi abang pada sayang...untuk pastikan sayang berpegang lebih teguh di jalanNya..dulu sayang dapat sahabat sekarang sayang dapat suami..Dalam diri Sakinah ada abang dan dalam diri abang ada Sakinah..indah tak percaturan Allah tuh..."Ikhwan bertanya dengan suara berbisik.Iqlima' dapat mendengar segala butir bicara Ikram dengan jelas kerana mulut Ikram rapat ke telinganya.

"Allah tahu saya rindukan Sakinah.Sebab tu dia hadiahkan abang..sebagai pengubat rindu..penawar hati,"Sayu suara Iqlima' menjawab.Ikram senyum senang.Dahi Iqlima' dikucup.

"Tahu tak kenapa abang pilih sayang.."soal Ikram tiba-tiba.Terangkat kening Iqlima'.Haah ea...kenapa ye..

"Sebab saya baik..lawa pula tuh.."Iqlima' tersengih.Puji diri sendiri.Ikram tertawa kecil.

"Taklah...lawa xde makna tau bila dah tua nanti...Abang pilih sayang sebab sayang perompak hati..."

"Perompak hati??"Iqlima' termangu.Kalau ye pun Ikram ni amik sastera dulu..dengan isteri pun nak bagi sajak ke..

"Sakinah pernah citer pasal sayang dulu..dan bagi abang...sayang adalah perompak hati..kalau zaman dulu sayang curi hati orang dan calarkan hati mereka dengan perbuatan yang tak petut cam peras ugut dan whatsoever..sekarang..sayang curi hati orang dan kembalikan mereka pada Allah..dan hari nih hati abang pula dicuri.."Panjang lebar Ikram bercerita.Iqlima' jadi malu bila kisah dulu diceritakan semula.Zaman jahiliyyahnya..

"Ooooo...abang ni malulah kenangkan zaman dulu..."Ikram tersenyum..

"Takpelah sayang..Esok pagi abang nak bawa sayang pergi kubur Sakinah..Sekarang sayang tidurlah.."Ikhwan mengusap-usap rambut isterinya perlahan penuh kasih sayang.

"Tidur??kat sini??peha abang nih?"Iqlima'meminta kepastian.Ikram hanya mengangguk.

"Haah..rapatkan kepala sayang ke dada abang.biar dekat ke tulang rusuk.Kan sayang dijadikan dari tulang rusuk abang untuk dilindungi..so kenalah tidur dekat sini.."Iqlima' tersengih..romantiklah suami aku nih..jiwang pun ade jugak..tanpa sedar Iqlima' mengikut katanya tanpa banyak bicara.Hatinya penuh rasa cinta pada hubungan yang halal ini.

Di matamu tersimpan cinta yang suci

Serta mendalam pernikahan dari beda dunia

Meski kau terbiasa hidup tanpa perih

Namun kau ikhlas hidup bersahaja

Namun bahagia

Duhai pendampingku

Akhlakmu permata bagiku

BUat aku makin cinta

Tetapkan selalu

Janji awal kita bersatu

Bahagia samapai ke syurga.

Maafkan aku jika tak bisa sempurna


Karena ku bukan lelaki yang turun dari syurga

Ketulusan hatimu anugerah hidupku


Doakan langkah kita tak berpisah

Untuk selamanya..


-TAMAT-

-Semoga ada manfaatnya di mana-mana buat yang membaca..afwan bagi semua short word..menulis di pagi hari..huhuhu..

Hasrat Hati

Thursday, 14 October 2010


Bismillah..

Salam..


Hari nih byk betul yang berlaku..yang menguji pendirian dan niat saya berada di jalan nih..memang sye tak tunjuk tp rsenyer adelah org specially housemate sendiri prasan bila sye beruzlah 2 jam lebih dlm bilik petang tadi...sori..tiba-tiba rasa perlu duduk dan perbaiki hati sendiri tadi..alhamdulillah Allah bagi je kekuatan untuk teruskan benda nih..


Bersyukur sbb ade partner merangkap usrahmate yg sudi membantu..kesian dia..dah la final year sye asyik kacau je..tapi ape pun perjuangan tetap diteruskan..huhuhu..

Allah tujuannya



Juz nak luahkan rasa hati melalui satu lirik lagu nih..



Aku ingin hidup..

secerah mentari pagi..

yang menyinari di taman hatiku

Aku ingin seriang..

kicauan burung

yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin..

segala-galanya damai..

penuh mesra membuahkan ceria

Aku ingin...

menghapus duka dan lara..

melerai rindu di dalam dada

sedamai pantai yang memutih

sebersih titisan embun pagi

dan ukhuwwah ini

pasti berputik

menghiasi taman kasih

yang harmoni..

Seharum wangian kasturi

seindah ceria pelangi

segalanya kan bermula di sini..




Tapi jalan dakwah tu dah pasti tak dihiasi karpet merah..ia penuh onak duri..banyak pengorbanan diperlukan dan tuntutan hati yang terpaksa diabaikan.Saya dah sampai sini..dah byk yang saya tinggalkan..xkan senang2 saya nak patah balik kan...Tak kisahlah apa pun mindset orang bagi pada saya...(semuanya mengerikan)..saya sendiri kena trigger diri dan hati untuk push myself ke tahap semaksima mungkin.Semoga setiap usaha yang kita lakukan hanya untuk mengejar keredhaanNya...




seeking mardhotillah

1215 pm

Ihsan

Tuesday, 12 October 2010

Bismillah dan salam..2 ucapan yang tak lupa nak dititipkan sebaik saja saya mula menulis..=)

Alhamdulillah..

Mentari dakwah itu dah mula bersinar kembali kat Birm..

Biarpun byk awan-awan hitam yg cuba menghalangnya..

Gerhana hanya seketika

Cahayanya masih tetap memancar...

Including me...(even sye prefer jadi bulan..hehehe)..





Minggu lepas..saya bwk adik2 junior pergi jalan-jalan naik bas..Klu x silap pergi Coventry road rsenyer..Sistem bas kat sini klu pergi in group of 5 kita boleh beli tiket dlm £7.50 and blh turun naik bas sepanjang hari guna tiket yg sama.So,terkeluarlah soalan nih dari seorg junior.


"Akak,driver tuh bukan tgk pun tiket kita..dia pandang sekilas je..kalau kita pakai tiket semalam ntah2 dia x perasan.."Saya senyum je..Huu..soalan nih sama dgn soalan yg pernah saya tnye senior saya dulu.


Hmm..pernah dgr tentang ihsan???Rasulullah pernah ditanya oleh Jibrail tentang ihsan.Rasulullah jawab,


"Ihsan itu hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya kalaupun engkau tak melihatNya,sesungguhnya Dia melihatmu.."


Everything yang kita buat klu niat kerana Allah dan mengikut syariatnya maka ibadahlah namanya..Kalau nak beribadah kenalah ihsan..=)...In direct word = klu kita niatkan travel by bas tuh ibadah keranaNya kita kenalah berlaku ihsan.So,kalaupun pakcik tuh x perasan tarikh pd tiket bas kita kita,kita kena ingat Allah melihat apa yang kita lakukan...


Bukan naik bas je...segalanya kalau kita niatkan untuk beribadah kepadaNya maka kita kenalah ihsan dalam segala-galanya..In study x leh tiru assignment..in usrah x leh bagi alasan..(Hehe kena kat diri sendiri nih) and in everyday's life..x leh aci senang je..

Nak tau test ihsan dalam diri camne..Hmmm..klu nak test cuba naik train pergi Birm New Street hari ahad without beli tiket.Selalunya hari ahad xde org cek tiket.Kalau tak pun try buat benda yang sama hari lain tapi keluar dr train station ikut lif so xyah lalu pintu masuk.Lepas lalu pintu masuk,cuba tanya pada hati..rasa bersalah tak??Kalau ada rasa bersalah maknanya masih ada rasa ihsan tuh dalam diri kita..senang je kan...

Saya tgh buat benda lain sebenarnya nih..saja tulis post pendek..Saya tinggalkan blog nih dgn satu persoalan..berapa banyak kita pernah fikirkan tentang ihsan dalam setiap perbuatan kita..Kadang-kadang saya sendiri buat benda ikut hati termasuklah perkara yang jadi baru-baru nih..Semoga Allah membantu kita dalam membetulkan niat...ameen..

Segarkan hati yang lemah

Perkasakan jiwa yang layu..

Afwan atas segala kelemahan dan kejahilan


Mengharap jalan dakwah ini seriang kicauan burung

Currently working on a XXXXX

Wait for it..hehe *wink*

1040 pm

U.S.R.A.H

Monday, 11 October 2010

Bismillah..jga salam..

Ermm..baru-baru nih ada problem dgn usrah...pressure smpi lari dr daurah.huhu..x sangka pulak ada org kejar..hish...saya nih..x abis2 wat drama..Anyway..kata-kata org yg kejar tuh..

"Kita kena face masalah kita.."

Dah stabil perasaaan baru boleh fikir..solution yg ade tuk masalah nih...kata-kata yang asyik diulang usrahmate yg baru pulak..

"beri ruang untuk dia(naqibah)..."

Kakak besar pun cakap..

"Habis tuh kalau saya kawinkan si ____...(x-naqibah) apa awk nak buat?"

Waaaaa..esier said than done...teringat lak ada satu komik nih...


HaV to think deeply...about why i join usrah??


Untuk
Setia
Redha
Akur untuk berjuang di jalanNya dan
Hatiku hanya untukNya


Semoga penyelesaian yang saya ambil mendapat redhaNya...(T_T)


suffering stomachache..
0750 pm

Road Not Taken~~~

Saturday, 9 October 2010

Bismillah...salam dari hati yang keliru..



Allah tak menjanjikan..
perjalanan hidup ni indah..
tapi satu yang saya tahu...
ada rewards besar yang menanti..
di sebalik semua kesukaran
yang Dia hadirkan..


"Bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan"


Rasa sayang pada naqibah saya memang dalam..saya sayang dia sangat-sangat.Perpisahan dengan dia memang sakit..saya melihat dia dengan anak binaanya yang baru..hati saya sedih...Lepas nih bukan saya priority dia..masa dia sebagai final year student menghadkan dia untuk saya..malam nih dia tidur kat rumah mad'u dia yg baru..hati saya terluka...saya cemburu dengan masa yang semakin cepat berlalu dan memaksa perpisahan ini..

Kakak besar kata dia pisahkan saya dengan dia untuk sihatkan hati saya..supaya saya tak thiqah and sayang pd sorang tu je..spy sye blh adapt tarbiyyah saya tanpa dia...wlupun sye dah try mindsetkan suma tuh since sye kat msia tapi bila berdepan dgn situasi sebenar...(=_=)..akhirnya papan dart jd mangsa..sye dipisahkan dgn dia dan satu-satunya ex-usrahmate yg bergerak bersama saya..



Kalau saya tak memberontak dulu..saya xkan sayang dia macam nih..
Kalau saya tau ini yang akan berlaku saya xkan memberontak dulu..
Kalaulah saya tau...saya xkan tergerak pun nak berusrah dgn dia..


Sekarang semua orang suruh saya membesar..Saya tau semua tuh untuk tahun depan when there is only 3 of us yang akan tinggal..tapi dalam masa yang sama saya perlukan lagi kasih sayang dan bimbingan dia...


Hanya ada dua choice yang ada...pergi pada sahabat yang memerlukan saya kat Warwick ataupun meminta orang yang saya perlukan kat Birm..Pilihan yang kedua memang kejam sebab mcm paksa org bg naqibah yang saya nak..tapi naqibah yang saya dpt sekarang ialah org yg x mampu devotekan masa dia untuk anak2 usrah dia...saya belum dewasa tuk keadaan macam tuh...kalau ikutkan hati saya nak lari balik masa saya dibawa jmpa dia semalam..
Pilihan pertama adalah untuk sahabat dan juga saya sendiri.Dapat naqibah yang fokus pad mutarabbinya tapi halangannya ialah travel ke sana every weekend and saya x dibenarkan drive sbb xde lesen..klu nak pergi sana kena travel by train ataupun harapkan org bwk keta..
Berada di persimpangan jalan memang menyeksakan..mana satu yang harus dipilih..dalam kesakitan melawan arus perpisahan dgn dia yang saya sayang..
Hati yang pilu..
08:15 pm

Know Your Seniors

Wednesday, 6 October 2010

Bismillah dan Salam..

Hari nih cerah..
cahaya matahari menusuk dari celah-celah tingkap yang terdedah..
secerah hati yang ingin mengwar-warkan..
Know Your Seniors!!

video

Semoga usaha ni mendapat redhaNya...

Aku dan paku...

Sunday, 3 October 2010

Bismillah dan salam dutus..


Pantas jariku menari..

Mengorak cerita..

Jadi muhasabah aku dan kamu...


Alhamdulillah Allah masih ada di sisi saya dan memberi peluang kepada saya melanjutkan pengajian ke tahun kedua di Uni of Birmingham nih..meskipun rasa takut melompat-lompat dalam hati dengan sesi pembelajaran yang lebih mencabar..(^^")

Meniti malam-malam terakhir sebelum bermulanya kelas,saya berpeluang mendengar cerita dari seorang kakak kabir yang comel..bedtime story tuk saya buat pengubat hati yang sedang berduka tika itu...

Katanya

Ada seorang budak nih yang sangat degil dan panas baran..Satu hari,si ayah cuba mengajar anaknya itu mengawal kemarahannya..Lalu dia pun berkata,

"Mulai hari nih..kalau rasa marah..ambil paku-paku nih dan pakukan ke dinding bilik kamu.."Budak nih pun dengan senang hatinya menurut..maka setiap kali dia marah dan tidak puas hati pada seseorang ataupun sesuatu..dia akan pakukan dinding bilik dia..sampailah seminggu lepas tuh..ayahnya pun masuk ke bilik anaknya itu..

"Ha..sekarang bagitau ayah apa jadi dengan bilik kamu nih??"Si ayah bertanya.

"Dah x cantik dah ayah..penuh dengan paku kat sana-sini..."budak tu menjawab dengan wajah yang muram..=((

"Ha...sekarang cuba buat benda yang sama pada dinding sebelah sini tapi syaratnya kena paku bila marah pada benda yang penting je..benda yang remeh-temeh tu cuba control sikit..."

Maka selepas seminggu ayahnya kembali ke bilik anaknya sekali lagi..Kali nih sebelum sempat ayahnya bertanya si anak sudah menjawab,

"Ayah,,kali nih dinding saya x lawa sebab masih ada paku..tapi lagi cantik dari dinding sebelah sana.."Si ayah tersenyum..

"Ha...macam tu jugaklah hati..kalau kita control hati dari perasaan marah..x puas hati dan panas baran..maka cantiklah hati kita.."ulas si ayah mudah..Si anak terdiam..ok..baru faham...

"Ok...now,cabut paku-paku..ni balik.."arah si ayah selepas itu..Budak itu tanpa membantah patuh pada kata-kata ayahnya..Setelah selesai,budak itu tiba-tiba bersuara..

"Buruklah ayah,,banyak lubang bekas paku nih.."rungut budak tuh..

"Hehehe..kalau kamu nak tau..macam tulah hati orang-orang yang kamu marah..mereka mungkin sedih,kecil hati dan terluka.."sahut ayahnya..

"Habis tuh.."

"Hmm..cabut paku tu ibarat kamu mintak maaf..tapi kalau kamu usaha tampal dan cat sampai dinding tuh jadi baru dan xde kesan tebukan pun..itu ibarat kamu berusaha menjernihkan segalanya yang keruh akibat panas baran kamu tuh..bukan setakat mintak maaf je.."Budak tuh pun angguk faham..


Apa kaitan dengan saya..Malam tuh saya mengamuk pasal sesuatu..saya rasa saya di pihak yang benar..segala kata-kata kakak kabir tuh saya tolak sampilah dia sampaikan pada saya cerita nih..barulah say dapat berfikir dengan baik...Wallahualam...mungkin ada hikmahnya kenapa saya mengamuk malam tuh...(bunyi cam ganas pulak)huhuhu..afwan..i.Allah tarbiyah banyak mengajar saya mengawal kemarahan..semoga ada pengajarannya di situ..


Currently on my bed..

Without d kaber sister..

Worrying about her actually..

Hope she comes home safely..

10:00 pm

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget