Amaran: Notes to be noted!
Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..
>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.
>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.
>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..
>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.
>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.
>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk
Bismillah..
Salam..
Hari nih byk betul yang berlaku..yang menguji pendirian dan niat saya berada di jalan nih..memang sye tak tunjuk tp rsenyer adelah org specially housemate sendiri prasan bila sye beruzlah 2 jam lebih dlm bilik petang tadi...sori..tiba-tiba rasa perlu duduk dan perbaiki hati sendiri tadi..alhamdulillah Allah bagi je kekuatan untuk teruskan benda nih..
Bersyukur sbb ade partner merangkap usrahmate yg sudi membantu..kesian dia..dah la final year sye asyik kacau je..tapi ape pun perjuangan tetap diteruskan..huhuhu..
Allah tujuannya
Juz nak luahkan rasa hati melalui satu lirik lagu nih..Aku ingin hidup..
secerah mentari pagi..
yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang..
kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin..
segala-galanya damai..
penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin...
menghapus duka dan lara..
melerai rindu di dalam dada
sedamai pantai yang memutih
sebersih titisan embun pagi
dan ukhuwwah ini
pasti berputik
menghiasi taman kasih
yang harmoni..
Seharum wangian kasturi
seindah ceria pelangi
segalanya kan bermula di sini..
Tapi jalan dakwah tu dah pasti tak dihiasi karpet merah..ia penuh onak duri..banyak pengorbanan diperlukan dan tuntutan hati yang terpaksa diabaikan.Saya dah sampai sini..dah byk yang saya tinggalkan..xkan senang2 saya nak patah balik kan...Tak kisahlah apa pun mindset orang bagi pada saya...(semuanya mengerikan)..saya sendiri kena trigger diri dan hati untuk push myself ke tahap semaksima mungkin.Semoga setiap usaha yang kita lakukan hanya untuk mengejar keredhaanNya...
seeking mardhotillah
1215 pm
Aminkan doa ini..
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.
Tunjukilah jalan-jalanNya.
Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.
Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.
Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.
Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.
Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.
0 comments:
Post a Comment