Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

TanaH

Monday, 6 December 2010

Bismillah

Salam..


Hati selalu berbicara.. Sentiasa bersuara meluah rasa..
Tapi..
Ada masa ia hanya diam..
Senyap memendam rasa…


Ada cerita tentang seorang manusia…yang selalu rasa dia tak disayangi…tak dihargai..yang selalu rasa jealous dengan apa yang org lain dapat..yang inferior pada orang2 lain yang dirasakan hebat..

Entah..kadang-kadang manusia nih selalu kejar apa yang diorang nak…macam tu jugak dia..selalu lupa yang dia dah banyak dapat kasih sayang..penghargaan..nikmat-nikmat yang org lain x dpt..

Masa kecik-kecik..bukan ke parents dia ternanti-nanti kelahiran dia…itu satu penghargaan..zaman sekarang ada mak yang xnak anak pun..bila dia lahir x cukup bulan..mak dia nangis sebab if the doctors was late for a second maybe dia tak dapat tengok pun dunia nih…bukan ke itu tanda kasihnya seorang mak pada anaknya…masa SPM..dia dapat result yang dia tak payah pun sungguh2 tuk dapat sedangkan org lain stay up tiap-tiap malam…so..kenapa perlu jealous dengan org lain tuh..even dia dapat fly overseas pun without taking A-level..should be orang lain lah yang inferior kan…

"Maka.nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

Mungkin sebab dia meminta lebih..manusia yang tak pernah suka dan puas dengan apa yang Allah dah bagi pada dia kat dunia nih..bak kata pepatah melayu tu..bagi betis nak peha..selalu tertanya-tanya kenapa apa yang dia minta tak pernah sama dengan apa yang dia dapat..

Itu semua cerita zaman jahilyyah dia..zaman dia jauh dari alquran..zaman yang dia tahu muslim itu hanya bersandarkan lima rukun tu..itu pun dia takde lah sempurna sangat pun dengan kelima-lima rukun tuh…

Bila islam masuk dalam hati dia..barulah dia faham..kenapa Allah buat macam tuh..kenapa Allah selalu bagi apa yang dia tak nak..dan tak bagi apa yang dia mintak..

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

Hmm..fahamlah dia kenapa masa dia mintak nak masuk A-level dulu..dia kena reject..sebab Allah nak lorongkan dia terus ke bumi Birm…as an innocent student yang tak terdedah pada tarbyyah atau usrah..mungkin kalau dia dah tahu semua tuh masa A-level dia tak nak ke Brim sebab tak mahu join usrah tu..(contoh je)..

Tapi still..lepas dah berada dalam tarbiyyah..dia masih simpan lagi perasaan tuh..betapa angkuhnya dia yang xnak bersyukur dengan apa yang dia dapat sekarang..bukan ke dapat hidayah Allah dan kefahaman dalam islam tu tanda Allah hargai dan sayang pada dia..apa lagi yang perlu dia cemburukan pd org lain??

Hmm..dia dan hatinya tahu…dia rasa sedih sebab Allah uji dia sedikit dengan menarik sedikit nikmat penglihatannya..dengan masa yang sangat terhad dan dibataskan untuk tak lebih dua jam sehari di depan laptop..dia hilang arah..nak menulis pun x dapat sebab 2 jam tuh hanya habis untuk assignment je..nak buat video pun x de tumpuan..sebab kena mindset untuk siap cepat…patutnya hari tuh dia siapkan satu video untuk ISK tapi..

Dia jealous pd kwn2 seangkatan dengannya..yang boleh drive…yang handle blog kawasan..yang boleh jsdi penyampai…yang boleh memimpin… without any restrictions..dan dia hanyalah tanah..yang diam..yang kehabisan logam…yang tak mampu berdiri tegap..



Jealous tuh macam duri yang bila kena jari rosakkan mood pada bunga yang harum

Kalau boleh..dia tak nak ada perasaaan tu…sebab dia sayangkan kwn2 nya itu..mereka itu darah dagingnya di jalan tarbiyyah..dia harap kasih sayang itu mampu melawan perasaan yang dia ada tuh…dia nak jadi macam kaum ansar yang menghulurkan salam persaudaraan dengan muhajirin tanpa rasa dengki,cemburu atau apa2 penyakit ukhuwwah yang lain..yang mengaku hartaku hartamu jua..

Hari ni tahun baru…dia inginkan kesegaran dalam nafas tarbiyyahnya..dia harap dia lebih faham jalan yang dipilihnya…supaya as times goes by..dia boleh overcome perasaan tuh..dan x habiskan masa dengan melayan perasaan yang bukan-bukan..

Wahai rasa yang melukakan hati..

Pergilah..

Jangan bayangi hidupku..

Biarkan aku terbang bebas…

Lebarkan sayap dakwah..

Bersama mereka yang aku cinta..





Currently bersabar dengan diri sendiri..

10:45 am



p/s:monolog sorang2….x faham x pe..

Protes...

Sunday, 28 November 2010

Bismillah..


Salam..



Baru seminggu tak bukak blog..byk betul org lain dah update blog masing2..huhu..anyway nak share sesuatu yang berkisar kehidupan saya kat sini..tentang protes..

Baru-baru nih ada protes yang berlaku di universiti saya..mereka tak puas hati bila yuran dinaikkan 3 kali ganda dan gaji dipotong...sponsored student macam saya mungkin tak kisah tapi bahang tu sampai jugak pada kami sbb ade jgk kwn2 international lain yang self-sponsored..



Protes yang dibuat di depan Aston Webb uni of Birmingham..-pic from BBC news

Significantly..ini adalah perkara yang berlaku kat dunia..bila ada sesuatu yang rakyat tak puas hati...semuanya diluahkan pada government..buat protes..demo tepi jalan mogok and whatever..

Tapi,pernah terfikir apa yang akan berlaku kat akhirat nanti??kalau tak puas hati dapat tak nak protes depan government Allah nanti..

syafaat Rasulullah saw??memang best tapi ada sesiapa ke yang dapat ensure dia akan dapat syafaat tuh kalau selawat untuk baginda pun dalam solat je??

reminder nih untuk saya.kalau antum terasa baguslah...itu tandanya hati kita masih hidup untuk mengejar keredhaan Allah..

yang sedang protes dengan advice doktor..

1238 pm

Qarun..ibrah di hari lahir

Monday, 22 November 2010

Bismillah dan salam..

Dua hari lepas saya genap 20 tahun..Thanks for the wishes..x sempat saya nak balas tapi saya appreciate je semuanya.. Jazakillahkhair juga pada ajk2 daurah tempoh hari sebab ceriakan hati saya dengan kek yg cute and sweet..even plan tu dah kantoi ..hik3

Saya ingat nak tulis kisah Qarun tuh lepas balik daurah tapi ade beberapa hal yang berlaku..I.Allah ada hikmahnya yang kita tak nampak..=)


Kisah Qarun..

Lelaki mukmin yang murtad

Hilang cinta pada Allah

Dibutakan dengan nikmat dunia..

Ibrah digali..

Semoga 20 tahun hidup ini...

Masih dapat melihat bayangan indahnya syurga..


Di sisi nabi Musa a.s selain Allah kurniakan pembantu yakni nabi Harun a.s,masih ada seorang lelaki yang rapat dengannya iaitu Qarun..Qarun digelar Al-Munawwir kerana kacak,juga digelar An-Nur kerana kemerduan suaranya mengalunkan kitab taurat..orang yang hebat dalam menafsir kitab taurat..cendekiawan islam juga terkenal kerana kedermawanan hatinya…SubhanAllah,senang kata Qarun ni memang logam lah…kalau masuk bursa saham,melonjak-lonjak harganya sampai tak terbeli..

Alkisahnya,Qarun itu seorang yang miskin dan ramai anak…Tapi,disebabkan sikapnya yang suka menderma pada orang2 miskin yang lain,maka ramai di kalangan kaumnya yang tak lokek berdoa agar Qarun dimurahkan rezekinya.Malah,doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun sendiri.

Akibatnya,Qarun merasa sangat hebat..merasakan yang dirinya memang layak didoakan sebegitu..Tapi,Allah tetap datangkan juga kekayaan untuk Qarun.Dari seorang miskin yang tidak cukup makan,Qarun dapat pula memiliki istana,harta yang melambak-lambak dan makanan yang mewah.(Masya Allah bertambah lagi ke'logam'an lelaki nih)

Malangnya,Qarun berubah menjadi kufur..ingkar pada Allah dan Rasul..Dalam surah alqasas ayat 78,Qarun menjawab,

"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.."

Jawapan yang bongkak dari seorang hamba yang menerima nikmat yang sedikit lebih.

Siap ada peminat lagi si Qarun ni..

« Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias.Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata,alangkah baiknya kalau kita perolehi seperti mana yang diperolehi Qarun iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar. » (al-Qasas :79)

Dipendekkan cerita,akibat kekufuran besar Qarun,Musa a.s akhirnya berdoa pada Allah agar Qarun ditenggelamkan bersama harta kekayaan yang menjadi kebanggannya.Doa ini dimakbulkan Allah..

« Maka Kami benamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi.Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah .Dan tiadalah dia termasuk orang-orang yang dapat membela dirinya. » (al-Qasas :81)

Significant kisah ni untuk orang yang sambut hari lahir ??

Senang je..

Cuba renungkan kembali kisah Qarun??Qarun tu manuisa biasa..kita??sama je kan..

Qarun dapat hdayah..jadi pengikut Musa a.s..ada kelebihan digunakan ke jalan yang baik..jadi cendekiawan..bagi sedekah pada org miskin semampunya..

Kita??dibawa masuk usrah…dapat kenal islam yang sebenar..ikut sunnah perjuangan Rasullullah,ada kelebihan guna untuk medan amal dan dakwah..

Kenalan Qarun sentiasa doakan dia macam kita yang selalu didoakan oleh sahabat-sahabat kita..dan bila tiba hari lahir..Doa yang kita dapat bermacam-macam dan berlipat-kali ganda kan?…tengok kat wall facebook..orang yang kita tak kenal pun sibuk2 wish kan??Bila baca post2 tuh.hati rasa berbunga-bunga..tersengih bila dapat berlambak-lambak wishes..I.Allah Allah akan makbulkan doa-doa tu..

Dan..kat sinilah terletak titik perbezaan antara kita dan Qarun tadi..Adakah setelah doa-doa orang pada kita termakbul tuh..kita nak ikut jejak langkah Qarun??Jadi kufur dan cakap apa yang aku dapat semua kerana usaha aku sendiri..kalau aku berjaya tarbiyyah 10 orang dalam masa yang cepat itu tandanya aku hebat dan tak dibantu oleh sesiapapun hatta Allah..kalau aku dapat sampaikan pengisian dengan jayanya,input-input sampai ke hati pendengar..adakah aku akan cakap biasalah,dah praktis semalam..kalau tak praktis pun,aku memang hebat pun nak bagi pengisian nih..

Walaupun Allah tahu yang si Qarun ni dah mula takbur dan merasa bongkak kerana sering didoakan Allah tetap berikan nikmat kekayaan tu pada dia..kenapa??Istidraj???SubhanaAllah minta dijauhkan dari hidup kita...

Tahu tak kenapa nama Qarun disebut dulu dalam surah al-Ankabut,ayat 39..instead of sebut nama Firaun or Haman first??

"Dan Qarun,Firaun dan Haman,sesungguhnya telah datang kepada mereka nabi Musa a.s dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah." (al-ankabut:39)

Sebab…antara mereka bertiga tuh hanya Qarun seorang yang pernah beriman kepada Allah,Nabi Musa a.s dan kitab taurat.Dia menjadi kufur kerana nikmat dunia yang dimilikinya.Mukmin yang berubah kufur kepada Allah seumpama ini lebih dimurkai Allah.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa" (as-Sajdah: 22)

Bila kita hidup di dunia ini…dan dapat hidayahNya..bila usia kita menginjak ke satu angka lagi..kita memang takkan berada di tempat yang sama lagi..Semestinya kita nak melangkah setapak lagi ke hadapan baik dari megejar kebahagiaan dunia mahupun mengejar hidup abadi di akhirat..tapi dalam pada itu,kisah Qarun ini mengingatkan kita,yang semakin banyak yang kita kecapi dalam hidup ni...semakin banyak kita perlu sujud syukur kepadaNya..

Seram jugak bila fikir nikmatnya yang kita dapat bila-bila masa je boleh bertukar kepada istidraj hanya kerana sedikit rasa takbur atau bongkak..

Kata-kata Imam Ghazali,

"Benda yang paling dekat itu ialah kematian..semakin kita hidup kita memang kita makin hampir dengan kematian."

So,semakin bertambah usia,semakin dekat kita dengan kematian kan..

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.." (al-Imran:185)

Dan bagi org yang kufur..bukanlah islam itu menyelamuti dirinya saat dia mati nanti..sebagaimana Qarun yang merupakan mukmin yang warak pada asalnya...tiada jaminan seorang daei akan kekal sebagai mukmin..

Di hari lahir ini,saya rehatkan diri membaca kisah Qarun agar dapat tingkatkan awareness diri..bersyukur saat usia bertambah..masih lagi kenal islam dan iman..dan harapnya dan doa dititpkan agar jejak langkah selepas ini bukanlah mengikut laluan Qarun tapi laluan Rasulullah saw..

Semoga ada ibrah untuk antum yang sudi membaca..

p/s:masa kecik belajar cerita Qarun moral value dia just jgn tamak dengan harta dunia je kan..


Curently siapkan assigment..

2330

Sayang fillah

Signifikasi Kisah Qarun untuk hari lahir...

Friday, 19 November 2010

Bismillah..salam

Kisah Qarun..

Ada harta banyak amal banyak tak???

Signifikasi kisah qarun

untuk yang sudah,sedang atau bakal..

menyambut hari lahir..

tapi sekarang

nak g beli printer jap..hehe

1500

Di bawah Seruan yang sama

Wednesday, 17 November 2010

Bismillah..

Salam..


Hari ni hari raya Aidiladha..sekali lagi di perantauan…bila kol mak, mak boleh pulak ucap hepi besday..dye cakap dye xde duit nak topup so dye ambik kesempatan bila saya call..ade ke..huhuhu..lawaklah mak nih..macam lah saya taknak call sabtu nanti..



Pagi nih sempat lagi berpagi raya bersama sisters Jordan..Alahmdulillah byk yang saya belajar sepanjang menjadi tourist guide mereka semalam..=)


Mereka byk menyedarkan saya betapa istimewanya tarbiyyah tuh..dan yang paling penting betapa beruntungnya bila saya dapat tarbiyyah tuh di bumi UK..sebab kalau nak dibandingkan tarbiyyah di sini dan di sana memang byk bezanya….terutamanya dari segi kemudahan dan keselamatan..



Dan semalam masa sesi sharing dengan mereka saya tertarik and tersentuh jgk bila salah seorang dari mereka share satu ayat ni dengan kami..


"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untumu dalam agamamu.Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim.Dia(Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu dan begitu pula dalam alquran ini agar Muhammad itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.Maka,laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah.Dialah pelindungMu.Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (22:78)


Banyak sangat poin-poin yang berguna untuk semua orang dalam satu ayat ni je..Allah minta kita berjihad dengan jihad yang sebenar..devote masa dan tenaga..jiwa dan harta…hanya untuk memperjuangkan agamaNya..ini memang poin untuk org2 yang berat hati nak tinggalkan dunia dan naik keretaapi ke negeri akhirat.(me included??)I.Allah x nak jadi camtu..huhu..


Ayat sambungan dia lagi best..Allah dah pilih kita??Hmm..kita selalu mempersoalkan kenapa kita yang dipanggil ke medan dakwah ni..kenapa aku yang kena bwak usrah..kenapa aku yang kena present ISK kat depan..sebab we are the chosen one..cream of the cream..sebab Allah nak mudahkan jalan kita ke syurga..antara ramainya umatNya di muka bumi nih,Allah bagi kita kesedaran dakwah yang sedikit awal dari beberapa golongan yang lain..supaya kitalah manusia yang akan tolong sedarkan ramai lagi umatNya untuk bekerja di bawah laungan jihad yang sama..


Dan tak semestinya yang diberi kesedaran awal nih akan terus thabat…Allah akan terus tapis umatNya agar yang betul-betul ingin berjihad di jalanNya je yang akan terpilih..teringat kisah perang jalut dan talut dalam surah al-baqarah..


Kisah Bani Israel,Talut dan Jalut…

Tapisan pertama

Perang diwajibkan..

Tapi ramai yang berpaling

Tapisan kedua

Talut diangkat menjadi raja

Yang bukan dari golongan yang berada..

Tapisan ketiga

Allah menguji dengan sebuah sungai..

Barangsiapa yang minum..

Maka dia tersingkir..

Tapisan keempat

Ada bisikan yang melemahkan..

Gentar pada Jalut dan tentera mereka..

Dan hanya sedikit yang benar-benar mara ke medan perang..

Dan Allah tidak meyukarkan hambaNya yang beriman..

Maka kemenangan pada mereka..

Meskipun mereka hanya kelompok yang kecil..


(2:246-252)

Macam tulah tapisan Allah jugak pada kita.Dia dah pilih kita di jalan dakwah ni takkan kita nak berhenti setakat tapisan ketiga atau keempat atau tapisan-tapisan lain sebelum kita menang kan??

Buktikan kita memang terpilih



Hilang soalan kenapa aku??Allah jawab pula tentang apa perlunya kita sedarkan orang lain yang tak tau pasal keperluan berdakwah ni..sebabnya dunia sekarang kebanyakan manusia hanyalah muslim pada nama..dan kita sendiri kalau sebelum kita kenal tarbiyyah ni,kita akan akui apa yang kita buat dalam hidup ni tak banyak pun menggambarkan kemusliman kita kan??Kalau sembahnyang pun 5 kali sehari..kala
u saya dulu tu semua hanya rutin hidup semata..kalau beramal pun untuk dri sendiri..


Tapi Allah sebut dalam ayat ni yang Baginda Rasulullah saw akan menjadi saksi pada apa yang kita dah buat dunia ni…Rasulullah dah sampaikan islam tu pada kita dan sekarang tugas kita pula untuk sampaikan islam tu pada orang yang belum tau..supaya kita dapat jawab bila kita jadi saksi pada manusia lain kat akhirat nanti..bila diingatkan memang takut bila fikir kat akhirat nanti akan ada orang yang akan cakap pada kita..


"Kalau dia bagitau saya pasal islam mesti saya beriman.."


So,sebab tulah kita buat kerja ni kan..untuk dakwah pada seramai orang yang mungkin..supaya semua orang dapat bergerak bersama-sama dan terlibat dalam pembikinan islam as ustaziatul alam..supaya semua orang bersedia memberi penyaksian bahawa kami semua telah beriman masa kat dunia..


Dan semua orang tau semuanya tak semudah menulis dan berkata-kata..tak sesenang berdiri di atas bukit dan melaungkan seruan jihad pada semua orang…semuanya kena ikut step by step..tangga kita dan ia bermula dengan pembinaan individu muslim yang memang mencabar,,,nak sedarkan orang yang untuk tinggalkan keseronokan dunia bukannya senang..macam nak kejutkan orang yang sedang syok mimpi..tapi dalam ayat ni Allah pesan,solatlah..keluarkan zakat..dan percayalah padaNya…


Elemen-elemen yang membentuk hati para daei…



"Wahai orang-orang yang beriman,mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat."

(2152)

Dan yang paling penting percaya pada Allah tu sendiri..seorang kakak pernah cakap pada saya..mintalah pertolongan daripada Allah selalu..sebab people wll go but Allah still there..kerana Allah lah sumber kekuatan setiap daei agar terus bergerak ke hadapan..bukannya manusia,dunia atau isi dunia itu…

We will not go down again

Allah summarizekan semua benda ni dalam satu ayat je..menaikkan semangat untuk terus berlari di jalanNya hingga ke garisan penamat..dan untuk terus berlari Allah titipkan pesanan yang Dia sentiasa ada di sisi kita..Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..kalau kita jatuh pun masa berlari…seteruk mana pun kita cedera,kalau kita yakin dengan jalan Allah ni..dan percaya pada orang-orang yang berda di jalan yang sama nih..i.Allah luka dan kecederaan tu akan pulih…


Semoga ayat ni dapat memberi motivasi pada semua sisters..saya sendiri termotivated bila baca dan tadabbur ayat ni..wallahualam


p/s: perasan tak ada flow antara ISK(kita manusia terpilih) ke SH(saksi)..=)

p/s:Kisah jalut dan Talut saya nak copy n paste dr novel Hilal tapi adik usrah saya pinjam pulak..adusss..terpaksa reka puisi sendiri.hehe

p/s:untuk sisters Jordan…walau kita jauh,kita tetap di bawah langit yang sama dan bergerak kerana seruan yang sama..


ayat inspiration..

snapshot sikit kat sini..

kot2 dapat motivate org lain jgk..


currently dah nak tido dah..

menggapai teddy bear

1251 am

Mata Hati...

Friday, 12 November 2010

Bismillah

Salam..

Visual field Defect = masalah dalam laluan optik..dari retina ke ophthalmic cortex..pelbagai sebab dan pelbagai kesannya...

Rignitis pigmentosa...glaukoma..retinal detachment..saya sendiri tak tau mana satu penyebabnya masalah tuh...harap2 bukan lah glaukoma sebab penamat bagi penyakit tu ialah blindness..Eye deterioration pun dah menyeksakan..

Sedih???sapa yang tak sedih kan???lagi2 masalah tu datang bila kita baru je nak masuk alam dewasa..no 1 di depan umur saya pun x pergi lagi..

Tapi,saya patutnya bersyukur sebab saya masih lagi ada mata hati...yang masih berfungsi dengan lancar untuk menerima kebenaran..membuka hati kepada hidayahNya...


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati mereka dapat memahami,telinga mereka dapt mendengar?Sebenarnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." (22:46)



Mata hati itulah yang saya ingin jaga sekarang..pergi daurah bukan mengisi masa lapang..buat program tuk adik-adik bukan suka-suka..usrah bukan sekadar tanggungjawab semata-mata..dan nak lakukan semua ni bukan senang..tak semudah berkata-kata..


Fitrah mata hati yang ingin melihat kebenaran.


Jangan jadikan hati kita seperti baldi yang tertangkup..bila dicurahkan air,air tumpah ke lantai...tapi jadikanlah hati kita ini seperti baldi yang menadah air..x memberi peluang walau setitis pun jatuh ke tempat lain..


Kita tak mampu membuka hati orang..Tapi kita ada kuasa untuk jaga hati kita sendiri..orang lain,kita hanya mampu trigger mereka untuk search kunci hati mereka dan buka hati mereka sendiri..

Kunci hati ada pada kita sendiri

Dakwah tu menyenangkan bila kita menikmatinya dan yakin dengannya..-naqibah saya yg ckp(saya tuka2 sikit jd lagi sedap..)


Jagalah hati kerana itulah yang akan menentukan sama ada kita thabat atau tak di jalan nih..biar apa pun sifat kita(manja,skema,garang etc)...asalkan hati terjaga,hanya tinggal Allah je yang akan memberi final decision sama ada Dia inginkan kita atau tak terus berjuang di jalanNya..semoga kitalah yang terpilih itu hendaknya...pray dua's for each other..semoga mata hati kita terpelihara sehingga ke akhirnya..


p/s:suka dengan tulisan seseorang..dakwah bukan untuk menyeragamkan semua orang agar ada sifat2 daei yang sama..tapi setiap daei ada cara mereka sendiri untuk memancarkan cahaya nur Ilahi nih..=))

p/s:pray for my sight prob also..



cinta dan harapan padaNya
menjaga mata hati..


learning centre
1155am

Daei Itu Aiskrim~~

Wednesday, 10 November 2010


Bismillah..
Salam..

Dah lama x update..xdelah sbb bz tp sbb diri yang tak pandai nak uruskan masa..Bila naik second year tambah dgn beberapa komitmen lain..diri saya yang relaks bila buat kerja terbang entah ke mana..

Tapi hari nih saya sibuk download cerita The Arrivals..hehehe..dah lama dah citer ni keluar tapi saya je yg mls nak tgk..tersentap lah jgk bila ada anak usrah yg ckp dia dah tgk complete..fuh!!tabik spring~~



Saya terinspired jgk nk tgk..lagipun boleh tambah pengetahuan am..senanglah nak share dgn dia..atau anak2 usrah yg lain..sekaligus boleh kaitkan dengan masalah ummah sekarang..kot2 boleh tgkkan apa yang dia tak faham..sbb dia ckp dia tgk sorang and ada part2 yang dia tak faham..

Berbalik pada tajuk..hehehe..panjang betul mukadimmah..saya lawat satu blog sirajians..hehehe..dakwah bukan untuk org manja???Fuhhh!!!ayat ni saya terima berkali-kali ganda jugak..(i know wut the feels)

Mula-mula mmg x boleh terima..ye la..org baru nk berdiri atas kaki sendiri..baru nak melangkah ke medan perang...dah kena tikam dgn anak panah..first saya dapat ayat tu masa KIBAR...haru..

Dah balik Birm pun kena hentam jgk..tapi dah kena hentam berkali2 baru sedar yang saya dan batch saya memang kena elakkan diri dari manja yg teramat..Hidup kami bukan macam batch sebelum kami..tapi saya bersyukur..sbb tarbiyyah inilah yang mungkin akan menyelamatkan saya dari kefuturan..tahun depan xde tempat bermanja..mmg kena prepare sekarang..

Mungkin xdelah nak ckp daei xleh manja..Tapi manja seorang daei itu macam aiskrim..(suka hati aku je bg perumpamaan)..


Di luar ia beku..
apa pun yang melanggar ia tak mampu memecahkan kebekuan tuh..
kebal menerima sebarang serangan..
Dia sejuk..
memadamkan kepanasan jiwa yg rindukan tarbiyyah..
mendinginkan hati yang panas oleh hal duniawi
Dia juga manis...
menyentuh hati-hati mutarabbi..
dengan manisnya iman dan ukhuwwah..
Tapi..
melt inside..
hati yang fragile tapi strong..
ikhlas menabur bakti..
manja daei ada di situ..



Aiskrim malaysia..beku,keras,sejuk,manis tapi rapuh rupanya,,=)

Saya tak pandai berkata-kata..saya tak nafikan saya memang manja..saya pernah menangis bila ada seorang kakak yang manjakan saya dah x layan saya sbb fokus pd mad'u dia..tapi di sebalik semua tuh..ia mendidik saya menjadi seorang daei seperti yang saya describe kat atas..i wish i had be that way..=))..u too my lovely sirajians..

Dan ada seorang kakak besar pernah cakap dengan saya before balik summer dulu..

"Awak ada pendirian and hati awak kuat.."

Jzkk..itulah saya cuba jadi sekarang..stay who i am but continuosly membentuk diri menjadi diri saya yang lebih baik.


still downloading
0100 am

Bila Allah menguji...

Friday, 5 November 2010

Bismillah..
Salam...

Semalam saya pergi jumpa GP..huhu..sedihnyer..dah la dia tahan saya 2 jam dalam bilik tu...saya igt kena jmpa dlm 15 minit je..tapi..lega giler bila dia bagi balik..Sedih sbb dia bgtau sumthing yang x best..dia nak hantar saya jmpa specialist..huhuhu..malas nak citer lebih..


Tapi..dunia ni memang penuh dugaan...saya baru je express rasa hepi semalam..tapi ada benda lain pulak yg buat saya sedih...seb baek ada adik usrah yang dedicated pd saya lagu Rahmat ujian..terhibur seketika..=)
Wahai diri..
Bila Allah menguji..
maknanya Dia sayangkan kamu..
Dia nak kamu tabah..
Dia nak tapis hatimu..
Dia rindu dengar kamu mengadu..
Dia tak nak kamu lalai
Dia nak kamu sentiasa ingat pada Nya
Dia nak kamu sabar..sebab
Dia cintakan hamba-hambanya yang sabar...
Kamu yg cakap semua ni pada adik2 usrah kamu kan...
tenggelamkan lah diri dalam taqarrub~~~

Suka pic nih

Bangun tidur hari ni..
Dunia masih dapat ku lihat..
masih mahu saya laksanakan kerja2 saya..
Semoga Allah memberkati pertemuan hari ini keranaNya..

Poynting Physics

11:40 pm

Ada taman dalam hati~~~

Wednesday, 3 November 2010

Bismillah
Salam..

Road not taken..

Ada seorang kakak..yang suka dengar lagu 'di persimpangan aku berdiri'..

Kalau dia masuk bilik saya,dia akan minta saya pasang lagu ni...banyak kali...

Saya faham perasaan dia...zaman belajar dia..dialah perintis pada berkembangnya cahaya nur ilahi tu di sini..bumi UK nih..

Dia kata selalu terbayang zaman dulu..saat dia nak memilih..antara ingin bersuka-suka..atau devote diri pada jalan dakwah...zaman dulu tu x sesenang zaman saya nih..

Dulu nak usrah..kna travel jauh...tiap2 minggu...tapi saya nak usrah jln kaki je..kdg2 kat rmh sendiri..nak travel pun..kdg2 naik kereta...

Memang kalau nak diikutkan...saya beruntung...datang-datang Birm..hanya perlu sambung usaha akak-akak ni...

Tapi still..masih lagi nak berdiri tercegat kat simpang jalan...masih lagi rasa sedih sebab tak pilih jalan yang satu lagi..

Kakak besar kata tu tandanya saya masih simpan cinta pd jahiliyyah lagi..

Tak..saya harap bukan itu jawapannya...semoga hati ni tak terpedaya dengan keseronokan jalan yang satu lagi..

Jalan yang saya pilih..yang kakak tu pilih...yang kakak besar pilih..yang semua sisters pilih..adalah jalan takwa..jalan yang penuh duri..

Jalan dakwah itu lurus tapi jgn disangka yg lurus itu mudah...

Tapi...yang saya tahu....yang saya belajar dari semua kakak-kakak....

Duri tu wujud untuk lindungi bunga-bunga...bunga iman..bunga ukhuwwah...

Kakak-kakak..

Jazakilah khairan katheera sebab bawak saya ke jalan yang penuh duri nih...Usaha akak2 dulu bukakan hati saya untuk terima hidayahNya..

Walaupun..saya byk terluka dek duri-duri tuh...air mata yg tumpah...tapi kerana semua nilah saya menjadi saya yg sekarang..i love who i am now much more than before..

Dan saya bahagia..sebab dpt cium haruman bunga-bunga di taman nih...

"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu..." (49:13)

Ukhuwwah itu indah bila dasarnya cinta Allah...-saya dapt ayat ni dr seorang sister masa kat PMS tahun lepas..mula-mula tak faham tapi sekarang baru saya faham...=))

Ada taman dalm hati...

Learning centre..

11.36 am

[Cerpen]L.U.F

Monday, 1 November 2010

Bismillah..

Salam...=)

Tersenyum untuk bersabar bila sedang hati semangat nak siapkan proforma,website spectral database tak berfungsi sebab sedang diupgradekan pulak..hmm..deadline isnin ni..tapi terpaksa switch untuk buat assignment lain..hmm..Allah is the best planner...

Bila hati makin elok..saya harap ia makin sihat..makin kuat..saya nak tutup kisah hati saya yg lara seminggu dua ni dengan sebuah cerpen...

Cerpen L.U.F....

ceritera hati yang saya garap..,,

dengan plot rekaan sendiri..

ada sikit luahan hati di beberapa scenes..


Semoga mesej ukhuwwah yang saya sampaikan terkesan di hati...

enjoy!


[Cerpen]L.U.F





Aku meraba-raba bangku yang sedang aku rapati..memastikan tiada kotoran atau basah yang akan mencemar pakaianku.Setelah aku yakin dengan kebersihannya,barulah aku melabuhkan punggung di atasnya.Deria telingaku menangkap bunyi bising di tengah taman.Suara kanak-kanak bermain riang mencetus suasana harmoni.Aku duduk diam di situ..cuba menikmati panorama yang menceriakan hati itu..rasa tenang.rasa nyaman..Apa lagi dengan angin lembut yang damai menyapa wajah dan tubuhku..Sungguh aku suka datang ke sini..di sinilah suka duka zaman kanak-kanakku tercipta..

Perlahan bibirku bergerak..membasahkan lidah dengan zikir al-mathurat...Di minda,pantas bayangan waktu dulu menerjah kotak ingatanku..


**************************************************************************

Ceritera I

Sabrah Jamilah.

Waktu petang di taman.Di satu sudut sebelah buaian ada seorang kanak-kanak perempuan yang kecil sedang duduk melutut.Wajahnya terlindung apabila kepalanya ditundukkan rapat ke lutut.Ada esak tangis kecil yang keluar dari mulutnya..Nyata,dia sedang menangis.Namun,tiada kanak-kanak lain yang ingin menegur dan memujuknya.Ironinya,dia sebenarnya baru sahaja dipermainkan oleh kanak-kanak lain.Semuanya kerana dia diejek kerana memakai cermin mata tebal sedang usianya baru sahaja 10 tahun.

"Pergi balik lah woi..nak nangis kat sini pulak.."Seorang budak lelaki yang berbadan besar mengejek dengan suara sinis.Tangannya gatal membaling bola tenis yang berada di genggamannya.

Dush!!!

Tepat mengena kepalanya.Dia tersungkur sedikit ke kiri. Sendu yang cuba ditahan meledak kembali...

"Waaaaa.."Galak dia menangis..Air matanya berjuraian jatuh..wajahnya yang putih mulus kotor dengan air mata dan kotoran tanah.

"Eeeee...buruknya dia nangis nih..hahahaha,"Si pembuli ketawa mengejek.Kawan-kawannya ikut ketawa.

"Nak tisu..?"Seorang daripada kawan si pembuli merapati kanak-kanak perempuan tersebut.Nampak gaya macam hendak memujuk.Dia angkat wajah.Namun...

"Nah..."Mukanya dibaling dengan sesuatu.Rupa-rupanya tisu yang dimaksudkan itu adalah bekas pembalut burger yang dikutip di tepi jalan.

"Hahahahaha.."Semakin galak dia diketawakan.Pedih...Tapi apa yang dapat dia lakukan selain dari menangis.Hendak melawan???Seorang kanak-kanak perempuan ditentang oleh empat budak lelaki yang umur mereka dalam lingkungan 12 tahun.Sesiapa sahaja dapat meneka siapa yang akan menang..

Dia tutup muka dengan kedua belah tangan.Matanya dipejam erat.Tangisannya makin kuat..Hatinya penuh harapan agar akan datang sesiapa sahaja yang mahu menolongnya.Hati kanak-kanak...memerlukan pembelaan tapi tak tahu hendak menzahirkannya..

Pang!!Pang!!Pang!!Pang!!

"If you disturb her again..there is no sorry for you guys!!!"Satu suara bagai halilintar tiba-tiba muncul.

Dia buka mata.Matanya berkelip tidak tahu apa yang berlaku..Di hadapannya ada seorang budak perempuan sedang berdiri menghadang orang=orang yang sedang membulinya.Dia berpakaian seragam sekolah menengah.Lencananya berlambangkan Sekolah Menengah Hidayah.Tag namanya bertulis Sabrah Jamilah berwarna biru bermaksud dia merupakan pelajar tingkatan dua di sekolah tersebut.

"Ka...ka..kami mintak ma..ma..maaf.."Seorang daripada mereka memohon maaf dengan suara yang terketar-ketar.Di pipi budak-budak lelaki tersebut ada bekas ditampar.Dapat diagak yang mereka baru sahaja di'ajar' oleh budak perempuan itu tadi.

"Go home!!!"Keras suaranya menengking.Bertempiaran lari mereka yang mendengar.Kanak-kanak perempuan yang dibuli itu cuba berdiri.Di hatinya terdetik kegembiraan bila ada orang yang sedang membelanya.Namun,hatinya tetap gerun bila budak perempuan berpangkat kakak di hadapannya itu menunjukkan kekerasan.Budak perempuan itu berpaling memandangnya.

"Buddy??"Suara budak perempuan itu bertukar lembut.Dia tersenyum manis memandang budak perempuan yang comot itu.Budak itu terpinga-pinga.Haa...

"Nama saya...Sabrah jamilah..boleh panggil saya Sab..apa nama kamu buddy...??"Dia bersuara tenang.Dia tidak kekok memeluk bahu budak berpangkat adik itu.Kanak-kanak itu tersenyum malu apabila bahunya dipeluk mesra.Dia membetulkan cermin matanya sebelum menjawab.

"Qifa..."Suaranya halus keluar dari bibir.Sab tersengih..Dia tarik adik kecil itu ke buaian.Selamba dia menolak buaian yang sedang diduduki adik itu.Buaian itu terenjut-enjut dihayun angin.

"Tau tak dik ...apa saya belajar kat sekolah hari nih..??"Sab nampak selamba dengan gayanya.Walaupun dia bertudung labuh..dia nampak 'rock'.Dia selesa menolak buaian sambil berbicara.

"Hmm..."Qifa tertanya-tanya.Dia mendongak..pandang wajah Sab yang sedang menghayun buaiannya.

"Saya belajar hari nih...satu ayat alquran..sesungguhnya Allah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis..."Sebuah naskhah alquran yang terbuka dihulur padanya.Entah bila Sab keluarkannya dari beg.Thaqifa membelek helaian alquran yang terbuka dihadapannya.Surah annajm..ayat 43.

"So...adik janganlah sedih ea...air mata adik tu sebenarnya Allah yang bagi...sekarang ni....apa kata adik balik rumah and mandi ea..pakai cantik-cantik..Rasulullah suka bila kita dalam keadaan bersih..Pedulikan apa orang kata ye.."Suara Sab sangat lembut menyentuh hati adik di hadapannya.Thaqifa senyap.Ada satu perasaan lain mengalir di hatinya.Dia rasa seperti ada sesuatu yang membuatkan dia rasa sangat bahagia saat itu.Dia bingkas melompat dari buaian setelah kakinya jejak ke tanah.

"Tapi..esok akak datang sini lagi ea..."Pantas dia meminta janji dari kakak yang baru dikenalinya itu.Sab tersenyum senang.

"Baek boss!"Sab saja angkat tabik.Riang mereka tergelak serentak.

************************************************************************

Ceritera II

Menimba ilmu setiap saat bersamanya.

"Lamanya nak tunggu nih.."Thaqifa bersuara merungut.Dia pandang sekilas melewati pemandangan sekitar restoran KFC.Ramai orang memenuhi restoran KFC ni lebih-lebih lagi waktu hujung minggu seperti ini.Tak hairanlah pesanan mereka memakan masa.Dia melekapkan dagunya ke meja. Sab tersengih melihat telatah adik comel dihadapannya.Hari minggu itu mereka habiskan bersama-sama memandangkan mereka jarang bertemu sejak Thaqifa melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Changlun.Mereka bersiar-siar di Bandar Alor Setar bila Thaqifa sengaja hendak bermanja,minta makan KFC pulak..Jenuh Sab memandu sampai ke Alor Setar semata-mata hendak memenuhi keinginan adik kesayangannya itu.

"Sabarlah dik..dah besar panjang macam nih tak reti-reti nak sabar.."usik Sab menyakat.Pantas Thaqifah memuncungkan bibirnya,tak puas hati.

"Apa pulak..kalau saya tak sabar saya dah lama serang budak-budak kat kaunter tuh..kata your order will be ready after 10 minutes..ni dah dekat setengah jam menunggu nih...,"sahut Thaqifa pantas.Omelannya membuatkan Sab tersengih..

"Nak sabar..bukan setakat sabar je..kena sabar dengan cantik..bermanis muka dengan orang yang buat kita tak sabar tu..sebab tak sabar mengundang kita untuk marah..so,swallow your uneasy feelings..itulah yang dinamakan sabar yang cantik.."Lembut bicara Sab menegur Thaqifa.Thaqifa angkat kening.

"Macam nama orang tu...Sabrah Jamilah...sabar yang cantik..."Thaqifa bersuara nakal.Sab tersengih...nakal,getus hatinya.

"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang cantik." (70:5)

Tuk!tuk!tuk!

Tiba-tiba ada ketukan di meja.Ada seorang gadis sunti berbangsa melayu sedang berdiri di tepi meja mereka.Pakaiannya agak bersih walaupun lusuh.Dia yang mengetuk meja mereka tadi.Sehelai kertas dihulur.

"Kami orang-orang pekak dan bisu.Boleh ke hulurkan pertolongan dengan membeli satu daripada homemade keychain kami..."Thaqifa membaca ayat yang tertulis di atas kertas itu dengan agak kuat.Dia angkat muka..pandang sekejap pada gadis itu sebelum beralih meminta pendapat Sab.Manis raut wajah Sab seakan faham.Dia pandang pada gadis itu dan meminta gadis itu menunjukkan homemade keychain yang boleh dibeli.

"Pilihlah dik..biar akak bayar.."Sab meminta Thaqifa sendiri yang memilih.

"Eh???"Thaqifa agak terkejut,tidak menyangka yang Sab ingin membantu.Dia sendiri bukan tak nak menolong tapi melihat harga homemade keychain itu yang setiap satu bernilai RM10 membuatkan dia was-was..mahalnya..kalau dia menipu habis melayang camtu je RM10,,detik hatinya.

"Ya Allah,kembangkanlah naungan rahmatMu kepada kami,keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami..tu kan doa yang kita baca lepas mathurat..dia termasuk pada sesiapa sahaja yang ada di bumi nih yang kita doakan...so tak salah pun nak tolong diorang..akak tahu Qifa takut kalau dia sebenarnya berpura-pura tapi bila fikir balik akak tak kisah kalau sepuluh ringgit duit akak melayang tapi kalau kerana sepuluh ringgit tu la yang membezakan jarak akak dengan syurga dan redha Allah..akak sanggup bagi lebih dari tu.."bijak bicara Sab menjelaskan.

"Ooooooo..."Thaqifa mengangguk-angguk faham.Dia tanpa lengah membelek-belek homemade keychain yang berada di atas meja.Di sisi meja mereka gadis pekak bisu itu masih setia menanti.

"Yang nilah.."Thaqifa akhirnya memilih satu daripadanya.Seutas keychain ukiran kayu berbentuk hati.Di tengahnya ada tulisan besar LOVE.Sab tidak membantah.Segera dia menghulurkan sekeping not RM 10 kepada si penjual.Gadis itu tersenyum riang.Dalam senyum yang masih tidak hilang,dia tunduk hormat tanda ucapan terima kasih sebelum meminta diri.

"Lagipun dik...kalaulah satu hari nanti..ditakdirkan Allah menarik balik nikmat bercakap dan mendengar akak..akak harap akan ada insan yang bantu akak macam apa yang akak buat pada dia..Mungkin tak pekak atau bisu tapi buta atau lumpuh..Orang-orang seperti mereka itu wujud untuk memberi peringatan pada kita setiap yang kita milik di dunia ni milikNya..bila-bila masa boleh hilang dan ditarik kembali..."Sab bersuara perlahan.Thaqifa tersentuh.Tidak terfikir di kepalanya sejauh itu.Seketika perasaan insaf menyelinap ke dalam kalbunya..hati manusia yang kadang-kala lupa Allah lah pemberi nikmat...

"Wahai orang-orang yang beriman!Ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepadamu....." (5:11)

"Excuse me..Your order is ready now.."Seorang pelayan datang membawa pesanan mereka.Thaqifa dan Sab saling berpandangan.Huh..perasaan lega hadir.Thaqifa tersenyum.

"Patutlah lambat..Allah nak ajar something pada saya rupanya.Jazakillah khair akak..habis je akk sampaikan pengajaran baru ni..order kita terus siap.."Thaqifa riang berkata-kata.Hatinya bahagia kerana ada seorang kakak yang tak jemu membimbingnya mengemudi kehidupan dalam fitrah kebaikan.

"Waiyyaki my lovely sis..my cutely buddy..."Mereka mula menikmati makanan yang telah tiba tanpa banyak bicara..Hati masing-masing berlagu suka..dua hati yang telah lama menyatu dalam tali persahabatan ilahi...

*******************************************************************************

Ceritera III

Bertemu dan berpisah keranaNya.

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...
Kekalkan kemesraan antara hati-hati kami.
Tunjukilah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman
Dan keindahan bertawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat sebenar tentang Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati..
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah..perkenankanlah permintaan kami..

Thaqifa membaca bait-bait yang tertulis di atas kad berwarna pink itu.Kad pemberian Sab..Hatinya tersentuh dengan keindahan doa Rabithah yang dibacanya.Terasa sejuk menyentuh jiwa dan perasaannya.Doa yang dibaca setiap kali selesai membaca mathurat,setiap kali habis sesuatu program dan Sab pernah mengajarnya agar mempraktikkannya setiap kali bertemu dan berpisah dengan semua orang.

Dan hari ni..detik perpisahan antara dia dengan Sab pula tiba.Dia akan terbang melanjutkan pengajian ke UK..beribu batu jauhnya dari Malaysia..Buat pertama kali selepas mereka bertemu penuh nostalgik di satu taman permainan 9 tahun yang lalu..mereka akan berpisah.Hati Thaqifa diruntun sedih.

"Adik...kenapa sedih sangat nih???"Sab bersuara mesra.Thaqifa tersenyum pahit.Tika itu mereka sedang bersendirian.Ibu bapa Thaqifa serta kawan-kawannya yang lain seakan faham bahawa mereka memerlukan masa bersendiri.

"Sedih...lepas ni tak tau bila kta jumpa lagi.."Sayu Thaqifa bersuara.Sab senyum segaris.Dia capai earphone yang tersumbat di telinganya dan menghulurkannya pada Thaqifa.

"Nah..pakai nih.."Thaqifa angkat kening.Tak tahu tujuannya dia disuruh berbuat begitu.Namun,Sab hanya memberi isyarat agar Thaqifa mengikut sahaja.

"Kalau bukan kat dunia..kita jumpa kat syurga..."Perlahan tapi penuh makna Sab menuturkan kata-kata.Dia picit satu butang di mp3nya.Lagu berganti..Thaqifa hanya mendengar.Dia kenal muzik yang sedang berlagu di telinganya.

"Sebiru hari ini..."Sab mengangguk.Lagu sebiru hari ini...

"Hati kita kan dah lama menyatu..."Sab tersenyum manis.Tanpa sedar dia sudah menarik Thaqifa ke dalam dakapannya..dipeluk tubuh itu penuh erat.Thaqifa sebak.Air mata sudah mula bertakung di tubir mata.Mereka berpelukan seakan tidak mahu melepaskan.

"Jangan menangis dik..."Pendek ucapan Sab kerna dia sendiri sedang menahan tangis.Ibu Thaqifa yang melihat dari jauh hanya senyum pilu.Dia tahu anaknya itu sangat menyayangi insan bernama Sabrah Jamilah itu..Dia segera datang rapat pada mereka.Bahu Thaqifa diusap lembut..penuh kasih sayang.

"Qifa..."Suara ibu Thaqifa memanggil.Bahu anaknya digosok-gosok perlahan.Thaqifa mengangkat mukanya yang disembamkan ke bahu Jam.Spek mata yang terlurut ditolak ke tempatnya.Figura ibunya nampak kabur dek air matanya.

"Its time to go.."Ibu Thaqifa bersuara lembut.Thaqifa menarik nafas perlahan.Pemgumuman untuk penumpang Boeing 373 ke London sudah diumumkan buat kali kedua.Thaqifa harus pergi.Pihak penaja tidak akan bertanggungjawab seandainya dia terlepas penerbangannya gara-gara melayan kesedihan.

"Kita bertemu dan berpisah kerana Allah dik..."Sab mengangkat tangannya.Ibu jari dan jari telunjuknya dibengkokkan membentuk separuh hati.Lalu dia mengunjukkannya pada Thaqifa.Thaqifa senyum sedikit.Dia buat perbuatan yang sama.Jari jari mereka bertemu..membentuk hati..

"L.U.F"sebut Sab.

"L.U.F too.."sahut Thaqifa.Senyum bertukar.L.U.F...Love U Fillah..dalam erti kata lain...sayang kamu kerana Allah...



20 September 2009..pintu masuk balai berlepas Kuala Lumpur International Airport menjadi saksi.Dua insan yang bertemu keranaNya...kini berpisah juga keranaNya....

Sabda Rasulullah saw,

"Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah pada hari kiamat.Salah satu golongan ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.."

(Hadis penuhnya diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim dan ibn Majah)

***********************************************************************************

"Ya ukhti..."Teguran lembut memecah bayangan ceritera silam yang sedang galak layarannya di mindaku.Aku buka mata yang terpejam.Desir angin petang masih setia membelai tubuhku.Aku dapat mengesan kehadiran pembantuku yang sedang berdiri di sebelah kiri.Aku membiarkan tanganku diraih dan sebatang tongkat lipat diletak dalam genggamanku.Aku merasa tongkat itu dengan tapak tangan.Tongkat berwarna putih.khas untuk orang-orang sepertiku..

"Dah tiba masa untuk pulang."Nada suara pembantuku rendah tanda hormat pada tuannnya.Aku tersenyum.Aku bangkit bangun perlahan-lahan.Nafasku tarik perlahan.Berpandukan tongkat yang berada di tangan kananku dan tangan kiri yang dipimpin pembantuku..aku mula melangkah.

"Tadi...dia call lagi.."Lirih dan berhati-hati pembantuku bersuara.Aku senyap.Aku tahu siapa yang pembantuku maksudkan.Sabrah Jamilah..insan yang paling aku sayang..Tapi malangnya sejak keadaanku begini..sejak aku hilang daya penglihatanku...hatiku sentiasa menghalang dari menghubunginya.Malu...bukan...bukan itu sebabnya..tapi..

"Apa dia cakap??"Aku cuba mengawal gelora rasa yang bertamu di hati.Berbicara tentang seseorang yang wajahnya sudah tidak dapat ku lihat..ianya amat sakit..Mujur ibu bapaku sudah tiada..Tidaklah mereka lihat aku begini.

"Dia desak untuk bertemu...katanya dia rindu..."Sebaik sahaja pembantuku menuturkan ayat pendek itu..setitis air mataku menitik di pipi..Rindu..ya...aku juga rindu..

"Next time..kalau nombor dia naik..jangan angkat Laili.."Aku bersuara lemah.Arahan yang aku sendiri sukar untuk ucapkan.Laili hanya diam.Aku tahu diamnya tanda dia tidak membantah.

"Tapi..next week kita ada Malam Gemilang Karyawan Negara...bukan ke ukhti terpilih sebagai penulis terbaik??Ukhti tak mahu pergi?dia pun mesti datang.."Laili bertanya.Aku tarik nafas kasar.Jauh di sudut hati,aku ingin pergi...Ingin aku dedahkan akulah penulis unggul yang berselindung di sebalik nickname 'Tanah' itu.Bukan untuk mencari popularit tapi untuk menunjukkan semangat seorang daei yang tidak pernah padam walaupun diuji Allah bila nikmat penglihatannya ditarik.Selama tiga tahun aku begini..segala karyaku ditaip menggunakan tulisan Braille dan diterjemah semula oleh Laili sebelum diterbitkan.Malah tiada siapa pun tahu sebenarnya penulis yang dikenali sebagai 'Tanah' itu rupa-rupanya seorang insan yang buta.

Tapi,hakikatnya aku tidak mahu dia tahu aku begini.Waktu kami berpisah dulu..wajahnya masih dapat ku lihat dengan jelas..Meskipun tika itu power kedua-dua spek mataku sudah mencecah -7.00..sekurang-kurangnya aku masih punya nikmat melihat itu meski terbatas.

"Kekalkanlah identiti saya yang rahsia itu...carilah wakil untuk saya nanti..lagipun saya tak mahu dia lihat saya begini.."Aku bersuara sekadar cukup untuk Laili mendengar.Laili cepat-cepat membukakan pintu kereta buatku bila kami tiba di sebuah kereta myvi berwarna hitam.Lambat-lambat aku dudukkan diriku di sofa belakang.Laili pula bergerak ke tempat pemandu.Selain menjadi pembantu dan penterjemah tulisanku,dia juga adalah pemanduku.Memang banyak jasanya padaku sepanjang tiga tahun perkhidmatannya.Aku memang selesa dan aku tidak lokek berkongsi apa sahaja dengannya baik harta,kasih sayang juga luahan perasaan..

"Saya harap suatu hari nanti saya dapat lihat kamu berdua duduk bersama-sama kembali..dah lama rasanya tak nampak hati-hati yang diselimuti sayang fillah ni bermesra.."luah Lalili yang sedang memandu.Aku senyap..membisu..tak teringin unuk menjawab..Hakikatnya aku juga rindukan detik seperti itu.Tapi..seperti yang aku ulang..aku tak mahu dia lihat aku begini..Aku pejam mata.Tiada beza..Pandanganku tetap gelap..

"Bagi saya tidur sebentar Laili.."aku meminta..sengaja aku mematikan kata-katanya di situ.Laili,kalau dia diajak bercakap tentang kasih sayang..ukhuwwah fillah..memang menusuk hati...kalau aku biarkan mesti air mataku akan mengalir tidak henti-henti.basah~~~

Laili senyap.Dia faham maksudku sebenarnya.Dia kembali fokus pada pemanduannya.Sementara aku..lebih senang mematikan diri..tak bergerak..hanya nafasku turun naik..

********************************************************************************************

Sabrah Jamilah menghempas tubuh ke sofa panjang yang berada di ruang tamu rumahnya.Hatinya tika itu dibalut kehampaan.Sebaik sahaja selesai berusrah petang tadi,dia terus berkejar ke Hotel Hilton untuk menghadiri Malam Gemilang Karyawan Negara(MAGIK).Namun dia hampa bila orang yang dicari tidak kelihatan di mana-mana.Si penulis 'Tanah' hanya diwakili oleh penerbitnya.Sab pulang kecewa.

Satu-satunya orang yang ingin ditemuinya saat itu ialah adiknya yang seorang itu..insan yang selama ni membantu dan menyokongnya selama 15 tahun di jalan tarbiyyah.Tiba-tiba sahaja dia menghilangkan diri.Hanya karyanya yang masih muncul saban bulan memberi tanda dia masih ada di muka bumi.

"Ya ALLAH..jangan kau biarkan hati ini rindu padanya lebih dari aku rindu padaMu.."Ucapan sayu meluncur perlahan dari mulut Sab.Hatinya saat itu benar-benar dipagut rindu yang amat sangat pada adiknya yang seorang itu..tiga tahun tak berjumpa..

"Adik....buddy...L.U.F..."Satu demi satu perkataan terkeluar dari mulut Sab.Dan akhirnya..dia terlelap dalam kepenatan dan kerinduan..

****************************************************************************************

Aku menahan silau.Pancaran cahaya kamera tidak putus-putus menyimbah ke mukaku.Aku sebenarnya terkejut.Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan Laili..Katanya ada wartawan membanjiri perkarangan rumah kami hendak berjumpa.Terketar-ketar Laili menyampaikan berita bahawa ada orang yang telah mendedahkan identitiku kepada umum.Pada mulanya aku menolak dan berkeras mengatakan aku bukanlah 'Tanah' tapi setelah dijelaskan oleh Laili barulah aku faham.Kebenarannya ada seorang pembacaku telah menyiasat latar belakangku dan mendedahkan pada media identitiku.Aku pasrah.Walaupun ada barisan sekuriti yang menghalang para wartawan dari mendekatiku,arus dan aura curiousity mereka dapat aku rasai.

"Betul ke cik ni adalah 'Tanah' yang didakwa seorang penulis yang buta pada hakikatnya??"Salah satu soalan wartawan yang berpusu-pusu mendapatkan aku menerjah ke telinga.Aku terasa pedih di hati.

"Kalau betul..adakah disebabkan keadaan ini Tanah tidak pernah memunculkan diri di mana-mana program??"Satu soalan lagi yang mengguris hati..

"Cik malu ke???"

"Tolong faham semua.Kami akan jelaskan semua ni tapi bukan sekarang..harap semua boleh pulang.."Laili sedaya-upaya cuba menolak segala pertanyaan dari paksaan menjawab.Namun,usahanya bagai mencurah air ke plastik..plastik tak basah..air habis..

Aku tertekan.Seakan ingin aku menjerit..So what???kalau Tanah itu buta...apa masalahnya???Ada ke antara antum nak switch tempat dengan aku????Suara jeritan batin yang tidak termuntah.

"Go away or i'll sue all of you!!"Satu suara lantang menegur wartawan-wartawan yang tidak faham-faham bahasa itu.Aku tersentak.Suara itu....

Bang!

Aku telan liur.Itu bunyi pistol.Sepintas kemudian,aku dengar bunyi orang lari bertempiaran..Suara kecoh..Bunyi orang berlanggar sesame sendiri menyelamatkan diri.Aku seperti dapat mengecam apa yang berlaku.Bunyi pistol itu..dan suara itu..semuanya milik dia..

Seketika,suasana kembali senyap..bagai tidak ada apa-apa yang berlaku di halaman rumahku sebelum ni.Aku tarik nafas lega.Tapi...

"Buddy..."Air liurku terasa kesat.Sah..itu adalah dia..Aku senyap kaku..tidak memberi reaksi..Dari awal aku dapat mengagak itu adalah dia sebab suaranya tak mungkin aku lupa..bunyi pistol itu pula tentunya ada kaitan dengn adik kandungnya yang merupakan Ketua Polis Cawangan Seremban.Tentu mereka yang meleraikan kekusutan yang berlaku di sini tadi.

"Adikku Thaqifa...tau tak apa yang saya belajar hari nih???"Sabrah Jamilah bersuara selamba.Aku jadi gamam.Gaya bahasa nih pernah aku dengar 15 tahun yang lalu..

"Saya belajar yang bumi itu bulat...kemana pun kamu lari..kamu akan kembali pada tempat yang asal..sejuah mana pun kamu lari..saya tetap dapat kejar kamu..."Dia bersuara tegas.Kata-katanya masih seperti dulu..Selamba tetapi ada kelembutan di situ.Aku tunduk diam..Aku terasa ingin menangis.Insan yang aku rindu ada di hadapanku..sedang berkata-kata denganku...tapi wajahnya tidak dapat kulihat.

"Kenapa dik...kenapa lari dari akak...??"Dia bertanya.Terasa kakiku seolah-olah sudah tidak mampu berdiri.Lalu aku mencari dinding di belakang buat sandaran.Pertanyaannya meruntun hatiku..Aku ingin menjawab..

"Sebab saya rasa lemah bila kamu ada di sisi saya...saya takut..kalau akak tahu keadaan saya sekarang..saya tak mampu nak hadapi benda nih..saya akan jadi tak berdaya..mengharapkan simpati akak dan hanya tahu mengadu pada akak..."Aku luah segala perasaan yang terpendam.Memang inilah sebabnya aku tak mahu berjumpa dengannya.Takut aku terlalu lemah dan bergantung padanya.Hati ni memang sangat lembut..fragile pada insan yang seorang ini.Air mataku sedikit demi sedikit jatuh ke pipi.

"L.U.F...sayang kamu fillah..bukan kerana thiqah..bukan kerana kamu dapat melihat,rabun atau buta...tapi hanya kerana Allah..jika itu asasnya hubungan kita...takkan ada istilah lemah dalam relasi ini.sebaliknya ia menghasilkan sinergi..1+1 jadi tiga...yang lemah jadi kuat..yang kuat bertambah kuat..divide the sorrow multiply the laughter..kalau dari awal saya ada kat sisi kamu..saya akan pastikan takkan ada sesaat pun kamu bersedih dengan ujian Allah nih...satu detik yang menggembirakan kamu saya akan lipatgandakan ia..semuanya atas izin Allah..mungkin sekarang kamu tabah..masih mampu menyumbang dengan karya-karya kamu..tapi ironinya..dalaman kamu sakit kan...hati..jiwa dan perasaaan..."Tegas suara Sab mengusik hatiku.

Aku akui kebenaran kata-katanya..Sepanjang tiga tahun ni aku hanya berpura-pura kuat...berdakwah melalui tulisanku yang memang sangat dikenali di medan penulisan..Lebih-lebih lagi dengan nickname kontroversi..Tanah yang tidak diketahui identitinya.Sangat kontra dengan hatiku yang memang sakit..aku dambakan kehadiran seseorang yang menyokongku..Jalinan ukhuwwah..

"Betul..."Akhirnya aku akui kata-katanya.Tidak menafikan walau satu pun perkataan.Sab tersenyum.Tubuhku dirangkul ke dalam dakapannya..Di bahunya..aku menangis meluah rasa yang terpendam..setelah tiga tahun aku kebalkan diri..akhirnya air mata kesakitan itu aku keluarkan juga..

"Jangan buat macam ni lagi..kalau ye pun nak berdiri atas kaki sendiri..janganlah kejam sangat..."Sab berbisik halus.Belakang badanku diusapnya perlahan.Aku tarik nafas,menahan sendu yang mula menguasai diri.Sebak yang datang menyerbu dada.Air mata yang semakin laju menuruni pipi.

"I'm sorry..."Hanya itu yang terluah..

"Takpe dik...asalkan kamu jadi lebih matang dalam hal ni dan move forward tu sudah memadai..Berbaloi akak bangun pagi-pagi pecut datang sini..siap heret adik akak bawak pistol lagi.."Sab sempat berseloroh..Aku tergelak.Ada ceria berbunga di hati.

"Adik ingat muka akak lagi tak???"Dia bertanya sambil mengusap pipiku,mengesat air mataku.Dari perbuatannya aku tahu dia sedang memandang wajahku.Aku tunduk malu.Aku angguk.Mana mungkin aku lupakan sahabat tarbiyyahku selama 15 tahun ini.

"Good girl..tak dapat tengok guna mata ni tapi dapat tengok dengan mata hati...L.U.F dik..."Dia cium dahiku.Sejuk bibirnya ku rasa menyentuh dahiku.Aku senyum..Setelah tiga tahun berlalu..perasaan sama seperti yang aku alami ketika pertama kali berjumpa dengannya hadir di hati..Aku tahu inilah rasa cinta..cinta pada saudara yang sama-sama menyokong each other just for Allah.Cinta yang akan membawa kami ke syurga.

"L.U.F too.."


Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda,

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada' akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada' terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih".

(H.R Abu daud)

-TAMAT-

p/s:Thaqifa dan Sabrah Jamilah ialah diri saya sendiri.


di meja study..

1010 am

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget