Salam..
Hari ni hari raya Aidiladha..sekali lagi di perantauan…bila kol mak, mak boleh pulak ucap hepi besday..dye cakap dye xde duit nak topup so dye ambik kesempatan bila saya call..ade ke..huhuhu..lawaklah mak nih..macam lah saya taknak call sabtu nanti..
Pagi nih sempat lagi berpagi raya bersama sisters Jordan..Alahmdulillah byk yang saya belajar sepanjang menjadi tourist guide mereka semalam..=)
Mereka byk menyedarkan saya betapa istimewanya tarbiyyah tuh..dan yang paling penting betapa beruntungnya bila saya dapat tarbiyyah tuh di bumi UK..sebab kalau nak dibandingkan tarbiyyah di sini dan di sana memang byk bezanya….terutamanya dari segi kemudahan dan keselamatan..
Dan semalam masa sesi sharing dengan mereka saya tertarik and tersentuh jgk bila salah seorang dari mereka share satu ayat ni dengan kami..
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya.Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untumu dalam agamamu.Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim.Dia(Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu dan begitu pula dalam alquran ini agar Muhammad itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.Maka,laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah.Dialah pelindungMu.Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (22:78)
Banyak sangat poin-poin yang berguna untuk semua orang dalam satu ayat ni je..Allah minta kita berjihad dengan jihad yang sebenar..devote masa dan tenaga..jiwa dan harta…hanya untuk memperjuangkan agamaNya..ini memang poin untuk org2 yang berat hati nak tinggalkan dunia dan naik keretaapi ke negeri akhirat.(me included??)I.Allah x nak jadi camtu..huhu..
Ayat sambungan dia lagi best..Allah dah pilih kita??Hmm..kita selalu mempersoalkan kenapa kita yang dipanggil ke medan dakwah ni..kenapa aku yang kena bwak usrah..kenapa aku yang kena present ISK kat depan..sebab we are the chosen one..cream of the cream..sebab Allah nak mudahkan jalan kita ke syurga..antara ramainya umatNya di muka bumi nih,Allah bagi kita kesedaran dakwah yang sedikit awal dari beberapa golongan yang lain..supaya kitalah manusia yang akan tolong sedarkan ramai lagi umatNya untuk bekerja di bawah laungan jihad yang sama..
Dan tak semestinya yang diberi kesedaran awal nih akan terus thabat…Allah akan terus tapis umatNya agar yang betul-betul ingin berjihad di jalanNya je yang akan terpilih..teringat kisah perang jalut dan talut dalam surah al-baqarah..
Kisah Bani Israel,Talut dan Jalut…
Tapisan pertama
Perang diwajibkan..
Tapi ramai yang berpaling
Tapisan kedua
Talut diangkat menjadi raja
Yang bukan dari golongan yang berada..
Tapisan ketiga
Allah menguji dengan sebuah sungai..
Barangsiapa yang minum..
Maka dia tersingkir..
Tapisan keempat
Ada bisikan yang melemahkan..
Gentar pada Jalut dan tentera mereka..
Dan hanya sedikit yang benar-benar mara ke medan perang..
Dan Allah tidak meyukarkan hambaNya yang beriman..
Maka kemenangan pada mereka..
Meskipun mereka hanya kelompok yang kecil..
(2:246-252)
Macam tulah tapisan Allah jugak pada kita.Dia dah pilih kita di jalan dakwah ni takkan kita nak berhenti setakat tapisan ketiga atau keempat atau tapisan-tapisan lain sebelum kita menang kan??
Buktikan kita memang terpilih
Tapi Allah sebut dalam ayat ni yang Baginda Rasulullah saw akan menjadi saksi pada apa yang kita dah buat dunia ni…Rasulullah dah sampaikan islam tu pada kita dan sekarang tugas kita pula untuk sampaikan islam tu pada orang yang belum tau..supaya kita dapat jawab bila kita jadi saksi pada manusia lain kat akhirat nanti..bila diingatkan memang takut bila fikir kat akhirat nanti akan ada orang yang akan cakap pada kita..
"Kalau dia bagitau saya pasal islam mesti saya beriman.."
So,sebab tulah kita buat kerja ni kan..untuk dakwah pada seramai orang yang mungkin..supaya semua orang dapat bergerak bersama-sama dan terlibat dalam pembikinan islam as ustaziatul alam..supaya semua orang bersedia memberi penyaksian bahawa kami semua telah beriman masa kat dunia..
Dan semua orang tau semuanya tak semudah menulis dan berkata-kata..tak sesenang berdiri di atas bukit dan melaungkan seruan jihad pada semua orang…semuanya kena ikut step by step..tangga kita dan ia bermula dengan pembinaan individu muslim yang memang mencabar,,,nak sedarkan orang yang untuk tinggalkan keseronokan dunia bukannya senang..macam nak kejutkan orang yang sedang syok mimpi..tapi dalam ayat ni Allah pesan,solatlah..keluarkan zakat..dan percayalah padaNya…
Elemen-elemen yang membentuk hati para daei…
"Wahai orang-orang yang beriman,mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat."
(2152)
Dan yang paling penting percaya pada Allah tu sendiri..seorang kakak pernah cakap pada saya..mintalah pertolongan daripada Allah selalu..sebab people wll go but Allah still there..kerana Allah lah sumber kekuatan setiap daei agar terus bergerak ke hadapan..bukannya manusia,dunia atau isi dunia itu…
We will not go down again
Allah summarizekan semua benda ni dalam satu ayat je..menaikkan semangat untuk terus berlari di jalanNya hingga ke garisan penamat..dan untuk terus berlari Allah titipkan pesanan yang Dia sentiasa ada di sisi kita..Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..kalau kita jatuh pun masa berlari…seteruk mana pun kita cedera,kalau kita yakin dengan jalan Allah ni..dan percaya pada orang-orang yang berda di jalan yang sama nih..i.Allah luka dan kecederaan tu akan pulih…
Semoga ayat ni dapat memberi motivasi pada semua sisters..saya sendiri termotivated bila baca dan tadabbur ayat ni..wallahualam
p/s: perasan tak ada flow antara ISK(kita manusia terpilih) ke SH(saksi)..=)
p/s:Kisah jalut dan Talut saya nak copy n paste dr novel Hilal tapi adik usrah saya pinjam pulak..adusss..terpaksa reka puisi sendiri.hehe
p/s:untuk sisters Jordan…walau kita jauh,kita tetap di bawah langit yang sama dan bergerak kerana seruan yang sama..
ayat inspiration..
snapshot sikit kat sini..
kot2 dapat motivate org lain jgk..
currently dah nak tido dah..
menggapai teddy bear
1251 am
2 comments:
ok.. sister jordan dah baca..^___^
tiba2 kita pula termotivated semula.. huhu..
to dear tanah.. jzkk jadi touristguide kami^^,
p/s: tq to kak fifah menemukan sy dgn tanah maya ini..hihi
Salam..
ahh..sisters jordan..saya blushing dah nih...recover 3.4 hari baru boleh balas komen nih..huhuhu
jemputlah dtg lagi...;))
sayang sisters fillah
Post a Comment