Dua hari lepas saya genap 20 tahun..Thanks for the wishes..x sempat saya nak balas tapi saya appreciate je semuanya.. Jazakillahkhair juga pada ajk2 daurah tempoh hari sebab ceriakan hati saya dengan kek yg cute and sweet..even plan tu dah kantoi ..hik3
Saya ingat nak tulis kisah Qarun tuh lepas balik daurah tapi ade beberapa hal yang berlaku..I.Allah ada hikmahnya yang kita tak nampak..=)
Kisah Qarun..
Lelaki mukmin yang murtad
Hilang cinta pada Allah
Dibutakan dengan nikmat dunia..
Ibrah digali..
Semoga 20 tahun hidup ini...
Masih dapat melihat bayangan indahnya syurga..
Di sisi nabi Musa a.s selain Allah kurniakan pembantu yakni nabi Harun a.s,masih ada seorang lelaki yang rapat dengannya iaitu Qarun..Qarun digelar Al-Munawwir kerana kacak,juga digelar An-Nur kerana kemerduan suaranya mengalunkan kitab taurat..orang yang hebat dalam menafsir kitab taurat..cendekiawan islam juga terkenal kerana kedermawanan hatinya…SubhanAllah,senang kata Qarun ni memang logam lah…kalau masuk bursa saham,melonjak-lonjak harganya sampai tak terbeli..
Alkisahnya,Qarun itu seorang yang miskin dan ramai anak…Tapi,disebabkan sikapnya yang suka menderma pada orang2 miskin yang lain,maka ramai di kalangan kaumnya yang tak lokek berdoa agar Qarun dimurahkan rezekinya.Malah,doa ini pernah dilafazkan di hadapan Qarun sendiri.
Akibatnya,Qarun merasa sangat hebat..merasakan yang dirinya memang layak didoakan sebegitu..Tapi,Allah tetap datangkan juga kekayaan untuk Qarun.Dari seorang miskin yang tidak cukup makan,Qarun dapat pula memiliki istana,harta yang melambak-lambak dan makanan yang mewah.(Masya Allah bertambah lagi ke'logam'an lelaki nih)
Malangnya,Qarun berubah menjadi kufur..ingkar pada Allah dan Rasul..Dalam surah alqasas ayat 78,Qarun menjawab,
"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.."
Jawapan yang bongkak dari seorang hamba yang menerima nikmat yang sedikit lebih.
Siap ada peminat lagi si Qarun ni..
« Dan dia tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias.Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata,alangkah baiknya kalau kita perolehi seperti mana yang diperolehi Qarun iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar. » (al-Qasas :79)
Dipendekkan cerita,akibat kekufuran besar Qarun,Musa a.s akhirnya berdoa pada Allah agar Qarun ditenggelamkan bersama harta kekayaan yang menjadi kebanggannya.Doa ini dimakbulkan Allah..
« Maka Kami benamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi.Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah .Dan tiadalah dia termasuk orang-orang yang dapat membela dirinya. » (al-Qasas :81)
Significant kisah ni untuk orang yang sambut hari lahir ??
Senang je..
Cuba renungkan kembali kisah Qarun??Qarun tu manuisa biasa..kita??sama je kan..
Qarun dapat hdayah..jadi pengikut Musa a.s..ada kelebihan digunakan ke jalan yang baik..jadi cendekiawan..bagi sedekah pada org miskin semampunya..
Kita??dibawa masuk usrah…dapat kenal islam yang sebenar..ikut sunnah perjuangan Rasullullah,ada kelebihan guna untuk medan amal dan dakwah..
Kenalan Qarun sentiasa doakan dia macam kita yang selalu didoakan oleh sahabat-sahabat kita..dan bila tiba hari lahir..Doa yang kita dapat bermacam-macam dan berlipat-kali ganda kan?…tengok kat wall facebook..orang yang kita tak kenal pun sibuk2 wish kan??Bila baca post2 tuh.hati rasa berbunga-bunga..tersengih bila dapat berlambak-lambak wishes..I.Allah Allah akan makbulkan doa-doa tu..
Dan..kat sinilah terletak titik perbezaan antara kita dan Qarun tadi..Adakah setelah doa-doa orang pada kita termakbul tuh..kita nak ikut jejak langkah Qarun??Jadi kufur dan cakap apa yang aku dapat semua kerana usaha aku sendiri..kalau aku berjaya tarbiyyah 10 orang dalam masa yang cepat itu tandanya aku hebat dan tak dibantu oleh sesiapapun hatta Allah..kalau aku dapat sampaikan pengisian dengan jayanya,input-input sampai ke hati pendengar..adakah aku akan cakap biasalah,dah praktis semalam..kalau tak praktis pun,aku memang hebat pun nak bagi pengisian nih..
Walaupun Allah tahu yang si Qarun ni dah mula takbur dan merasa bongkak kerana sering didoakan Allah tetap berikan nikmat kekayaan tu pada dia..kenapa??Istidraj???SubhanaAllah minta dijauhkan dari hidup kita...
Tahu tak kenapa nama Qarun disebut dulu dalam surah al-Ankabut,ayat 39..instead of sebut nama Firaun or Haman first??
"Dan Qarun,Firaun dan Haman,sesungguhnya telah datang kepada mereka nabi Musa a.s dengan segala mukjizat yang jelas sebagai bukti kenabiannya namun mereka tetap takabbur di muka bumi dan mereka tidak terlepas daripada azab perit Allah." (al-ankabut:39)
Sebab…antara mereka bertiga tuh hanya Qarun seorang yang pernah beriman kepada Allah,Nabi Musa a.s dan kitab taurat.Dia menjadi kufur kerana nikmat dunia yang dimilikinya.Mukmin yang berubah kufur kepada Allah seumpama ini lebih dimurkai Allah.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat TuhanNya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan berikan balasan kepada orang-orang yang berdosa" (as-Sajdah: 22)
Bila kita hidup di dunia ini…dan dapat hidayahNya..bila usia kita menginjak ke satu angka lagi..kita memang takkan berada di tempat yang sama lagi..Semestinya kita nak melangkah setapak lagi ke hadapan baik dari megejar kebahagiaan dunia mahupun mengejar hidup abadi di akhirat..tapi dalam pada itu,kisah Qarun ini mengingatkan kita,yang semakin banyak yang kita kecapi dalam hidup ni...semakin banyak kita perlu sujud syukur kepadaNya..
Seram jugak bila fikir nikmatnya yang kita dapat bila-bila masa je boleh bertukar kepada istidraj hanya kerana sedikit rasa takbur atau bongkak..
Kata-kata Imam Ghazali,
"Benda yang paling dekat itu ialah kematian..semakin kita hidup kita memang kita makin hampir dengan kematian."
So,semakin bertambah usia,semakin dekat kita dengan kematian kan..
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.." (al-Imran:185)
Dan bagi org yang kufur..bukanlah islam itu menyelamuti dirinya saat dia mati nanti..sebagaimana Qarun yang merupakan mukmin yang warak pada asalnya...tiada jaminan seorang daei akan kekal sebagai mukmin..
Di hari lahir ini,saya rehatkan diri membaca kisah Qarun agar dapat tingkatkan awareness diri..bersyukur saat usia bertambah..masih lagi kenal islam dan iman..dan harapnya dan doa dititpkan agar jejak langkah selepas ini bukanlah mengikut laluan Qarun tapi laluan Rasulullah saw..
Semoga ada ibrah untuk antum yang sudi membaca..
p/s:masa kecik belajar cerita Qarun moral value dia just jgn tamak dengan harta dunia je kan..
Curently siapkan assigment..
2330
Sayang fillah
1 comments:
nice article dik!! keep it up!!
perkongsian yg bisa membangkitkan kesedaran kpd sesiapa yg membacanya... termasuk diriku juga... jzkk...
Post a Comment