Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Cerpan[Lagenda]

Friday, 28 January 2011

Bismillah..salam…

Semalam,secara rasminya Siraj berusrah tanpa saya..Siraj kini hanya ada dalam kenangan saya.Mereka masih ada di sisi saya tapi bukan lagi usrahmate saya.Sedih jugak bila fikir perjalanan tarbiyyah seorang saya..Nevertheless, siraj tetap akan setia menerangi hidup ummah..i.Allah.

"Sekiranya saya hendak memilih teman kesayangan maka Abu Bakar pilihan saya.Akan tetapi persaudaraan sejati adalah persaudaraan dalam islam.Persahabatan sejati adalah persahabatan dalam iman hingga Allah pertemukan kita di hadapanNya."

-Sabda Rasulullah saw dalam khutbah terakhir.

Saya hadiahkan cerita panjang ni untuk siraj..kak long,kak ngah and kak su..[walaupun diorang cover tak nak ngaku saya ni adik lagi..tapi tanpa sedar terpanggil jugak…hahahaha]

A gift for kakak-kakak besar especially yang jaraknya sepuluh langkah je..he3..

A cheers and dedication for my friend in iman and tarbiyyah[you know who]even we always fought sometimes for stupid reason..you are my strength..

Siraj

Yang menerangi

Memancarkan cahaya

Mengenal erti cinta

Ukhuwwah semanis chuppa chup..

'Ceria' lagu kita

It is a legend..=)

[Cerpen]Lagenda-Bahagian 1

"Tak nak!Tak nak!Tak nak!"Aku jerit sekuat hati.Berdiri sorang-sorang atas katil king-size yang bercadar kain kapas warna coklat.Kaki kiri kuhentak-hentak sedikit tapi xde bunyilah sebab empuknya katil tu.Ada handphone yang melekap di telinga tanda aku takdelah menjerit pada dinding tapi pada orang di hujung talian.

"Saya tak kenal pun siapa dia.Hanya tahu dia postgrad and nama dia je..why should I usrah dengan dia??"Terzahir ketidakpuasan hatiku.Suara di hujung talian pula masih berusaha memujuk.

"Plus..dah la akak tak kasi saya usrah dengan kak Deng..pastu pisahkan saya dengan Sarah pulak..campak saya dekat psotgrad…How should I accept this?"

"Fika..dengar saya nak cakap ni…"Aku hembus nafas kasar.Hmm..yela..cakaplah..Dari berdiri aku merebahkan diri; bergolek sampai ke dinding sambil telingaku menangkap butir bicara dalam telefon.

"Sekarang ni..tinggal awak sorang je second year yang bawak usrah dekat sini.Kawan-kawan awak..Sarah pun..semuanya kerja dekat warrick.So…saya tak naklah nanti bila diorang bincang-bincang pasal warrick awak rasa tersisih ke apa..kalau awak usrah dengan akak-akak third year at least diorang bincang pasal Birm…which is awak sendiri tahu nak cakap apa sebab awak pun buat kerja kat Birm jugak."

"Saya tak kisah pun.."Aku cuba memprotes.Tak rasa ada effect sangat pun..

"Memanglah..tapi kesian kat awaklah..susah jugak nanti bila nak suruh awak buat kerja kat Birm sebab awak usrah kat Warrick…tak muntij.."Aku gigit bibir mendengar pujukan di hujung talian itu.Hmm..adalah sikit aku mengakui kebenaran kata-kata tu tapi…

"Tapi diorang final year..tak sebaya dengan saya..naqibah pulak dah kawin..ada anak empat..ada zauj..dia takkan ada masa nak layan saya yang macam budak-budak ni.."

"Hm…hari tu tak puas hati sebab tak dapat usrah dengan Deng kan..sekarang ni, Allah ambik satu kakak dari awak dengan bagi balik kat awak tiga kakak yang lain..tak best ke??Ada orang akan dapat naqibah yang caring tapi dapat usrahmate yang tak berapa nak supportive...ada pulak yang dapat usrahmate kamceng tapi dapat naqibah yang busy selalu…tak boleh la dapat dua-dua..itu selfish namanya..entah-entah tahun ni awak dapat naqibah yang not your preferences tapi usrahmate yang best..cuba fikir camtu..dalam hidup ni tak semua yang kita nak tu baik tapi yang pastinya apa yang Allah bagi kat kita itulah yang terbaik buat kita…"Panjang lebar hujah akhirnya mematikan kata-kataku..Arghh…lawan hujah dengan kakak besar memang susah nak menang..

"Very well…"Aku dah tak larat nak bangkitkan isu tu lagi..

"Saya dah turun dari bas ni..ada kat depan dixi..nak kirim apa-apa ke dik?"Aku angkat kening..ni dalam mood memujuk aku masuk usrah baru lagi ke??hehe..peluang baik nak suruh belanja tapi…aku takdelah jahat…

"Nak spicy wings je boleh?"

**********************************************************************************

Aku berdiri di depan cermin..Termangu-mangu seorang diri.Perlu ke pakai sopan-sopan?Pakai baju tidur je tak boleh ea?

"Tak siap lagi?"Aku jeling sekilas pada insan yang berdiri di depan pintu.Suka hati je kak Izzah ni masuk bilik aku aci redah.

"Dah dekat pukul 7 dah ni…"Aku tarik muka masam.Taulah..ingat aku tak reti tengok jam ke..

"Tak tau nak pakai baju apa…"Aku renung seketika pakaian yang tersalut di tubuh.Hanya tshirt lengan pendek dan seluar jeans.

"Nervous ea nak pergi jumpa mak usrah baru.."usik Kak Izzah sambil tersengih-sengih.

"Isyhhhh….."Berapi hatiku..Aku dah setuju nak pergi ni dah cukup baik tau.Rela dalam paksa..

"Ok.ok..tak usik dah.."Akhirnya kak Izzah sendiri yang mengalah bila melihat riak wajahku yang berubah..kelat,pahit-maung semua tergambar di wajahku.kalau lawa takpe..ah,tak kira nak buat jugak muka masam..

"Pakai je la baju ni..cover dengan cardigan..ok tak..lagipun hari ni belum nak start usrah lagi..pegi makan-makan and kenal-kenal je.."cadang kak Izzah.Aku angguk setuju.Ok jugak..tak yah susah-susah nak melawa..eh…cop,cop..kenapa nak lawa-lawa pulak..bukan tak suka ke..hmm,fika..fika..

"Fika..dah siap ke.."Kak Shaz berwajah ceria datang ke bilikku..Ha..nilah dia kakak seusrahku..Amboi,gembira nampak..mentang-mentang dia suka budak-budak..boleh main dengan anak naqibah kitorang nanti..aku je la yang terseksa..(T_T)

"Dah..jom la kak…kak Intan dengan kak Jun mana?"tanyaku apabila melihat dua orang kakak yang menjadi kakak seusrahku masih tidak kelihatan.

"Diorang siap dah..Ada kat rumah sebelah.Jom kita pergi.."Aku angguk menurut sahaja..Kami keluar dari rumah.Tekan loceng rumah sebelah.Rumah aku berkembar dengan rumah kak Shaz dan kak Intan.Ada pintu connection yang membolehkan kami akses antara rumah di tingkat dua.Bilik aku terletak di bawah depan sekali..paling dekat dengan pintu keluar.So,instead of naik balik lalu pintu tengah untuk panggil orang rumah sebelah baik keluar rumah and tekan loceng je kan.. tak perlu lalu bilik orang lain yang dalam diam memerhatikan aku yang sedang terseksa ni.Kak izzah je la yang mengiringi kami keluar..tu pun masih dengan usikan-usikan nakal.

"Belajar-belajar jaga anak..entah-entah your time is coming.."Sempat tangkap kata-kata tu sebelum tutup pintu rumah tadi..Isyyyy..berapi sungguh hatiku..

"Dah siap!Jom.."

**********************************************************************************

"Diam je dia..masam pulak tu..dia tak suka dekat kak Zu ke.."bisik Zurina perlahan.Matanya melirik pada Fika yang sedang menghirup sup ayam.Wajah adik seorang tu nampak tak berminat pun untuk datang ke rumahnya malam itu.Malah semaa sesi perkenalan tadi pun,dia buat tak acuh je bila ditanya.

"Biasalah akak..budak manja nak ditarbiyyah jadi matang..mula-mula memang macam tu.Dia tak biasa lagi kot."Shazrina bersuara selamba.Dia kenal sangat dengan adik seorang tu.Matang pada fikiran tapi bukan kata-kata ataupun perbuatan..

"Yang seorang lagi pun nampak macam tak selesa.."Dia alih pandangan pula pada Intan yang sedang leka berbual bersama Jun.

"Intan memang pemalu kalau first time jumpa..tapi ok je kot..masing-masing tak biasa lagi.."

"Excuse me..can I eat this muffin?"Suara comel meminta izin menarik perhatian Zurina dan Shazrina yang sedang berbual perlahan di satu sudut rumah.Pandangan mereka ditalakan pada yang bersuara.Anak sulung Zurina, Irsyad sedang melompat-lompat di hadapan Fika.Jari telunjuknya diarahkan pada muffin yang tinggal seketul di dalam pinggan yang berada di depan Fika.

"Yes you can.."Tanpa perasaan Fika memberi izin.malas nak layan gamaknya.

"Fika tu..tak suka budak-budak..perhaps dia tak ada adik kecil..sama jugak dengan Intan..Intan anak bongsu..tak ada adik..tak biasa bising-bising macam ni…they need time to adapt kot.."Balas Shazrina perlahan.Sifat itu sangat kontra dengan dirinya yang sangat sukakan kanak-kanak.Dia tak ada masalah sangat nak terima kak Zu sebaga naqibah.Teruja jugak dia apa lagi bila tahu kak Zu ada seorang bayi kecil..

"Hopefully macam tu lah…"

*********************************************************************************

Program baitulhikmah..

"Arghhh…"Rasa macam nak menjerti..seriously…nak suruh duduk dengan usrah masing-masing!!!i wont do that..

"Fika..duduk sini.."arah Kak Yan sambil mengunjuk pada kerusi kosong di sebelah kak Intan.Aku cebik.tak nak!!!!!Baru je nak protes,tanganku dah ditarik kak Shaz.

"Meh..duduk sini.."Aku menurut walau terasa riak-riak wajah kelat masam menghiasi wajah.rasa ada muncung sedepa boleh buat penyangkut baju…

"Ok..sementara tunggu penceramah sampai..boleh jom kita sama-sama hafal hadis 1..cuba refresh balik niat kita dalam program baitulhikmah kita ni…"Suara PIC dari pihak lelaki kedengaran.Aku pandang depan…rasa kosong..refresh niat???huuuuuuuuuuuu…..i have no feel…Aku tarik nafas…Aku rasa sebak tiba-tiba..Aku lihat naqibahku waktu first year duduk di belakangku..Aku pandang kanan….aku nampak Sarah..yang dulu usrahmateku…sama-sama kami ditarbiyyah dari tak tahu apa-apa menjadi tahu…kini semuanya jauh terpisah sebab dah tak seusrah..

Aku telan liur..Rasa air mata ingin merembes keluar.Aku baru je melangkah satu tapak ke hadapan dalam dunia tarbiyyah ini.Tapi sakitnya dah mula terasa..Pantas…aku tarik beg.bangun..kerusi aku tolak..Aku lari keluar…keluar dari bangunan St Francis Hall tempat program kami..

Aku jalan laju-laju.Air mata dah mula menitik perlahan-lahan.Aku cepatkan langkah..nak samapi rumah cepat.nak masuk bawah duvet…

"Assalamualaikum…"Satu suara menyapaku.Aku tunduk..covering..kan tengah nangis..Cuba mengamati suara yang menegur..ye la..nak angkat muka tengah banjir pulak.Bahuku dipeluk.Gulp..macam kenal je style pelukan nih…

Bersambung….

p/scuba teka siapa bagi salam???=)

Menjadi Aku

Wednesday, 26 January 2011

Bismillah..salam,


Alhamdulillah3x..di sebalik rasa sakit dengan beberapa perkara tapi saya still hidup lagi and dapat berjalan, menjalani hidup macam biasa..means, benda2 yang menyakitkan tu semuanya mampu je dihadapi...as said by Him..



"Allah tidak akan membebani hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."



Yeay!Let time heals everything.In the mean time, make sure diri tak tergelincir dari jalan yang lurus...kalau rebah jangan terus rebah..=)





Menjadi aku..
Yang berusaha terbang..
di celahan awan tinggi..
menyentuh langit..




Menjadi aku...
Yang berlari deras..
menyusup ke tengah kota dan desa..
menakhluk bumi..




menyinari dunia dengan agamaNya..
lebarkan sayap perubahan..
biar dunia tunduk padaNya..
yang kekal di sana jadi buruan..
rindu pada ummah..
hanya untuk ke syurga bersama..



tembak!target hidup!
tanah90
kerana logam asalnya TanaH..


on my bed
jannatulhuda
birmingham,UK
2211 pm

Cerpen[Marathon]

Saturday, 22 January 2011

Bismillah..salam..

Hari ni rasa macam nak lari rumah…(T_T)…

Astaghfirullah…separuh hati kata don't do that..its just a waste of time..x selesai pun masalah keegoaan saya yang overdose nih…huu..

sudah3…baik saya tenggelamkan diri saya menggerak-gerakkan jari di papan keyboard….tergerak rasa nak tulis cerpen tuk anak-anak buah saya yang 10 orang ni..


 

Marathon..

Larian jarak jauh..

Tak mungkin dilakukan sendirian..

Semoga ada ibrah..

Menjadi motivasi pemangkin semangat..

InsyaAllah…=)


 

Marathon

Prolog

"Tiga tahun lalu NurKasih satu pasukan yang asing..team nasyid kita mencuba nasib buat pertama kali dalam Magnificent Nasheed Competition(MaNCO) .Kita buat kejutan paling besar bila meraih johan.Semua orang excited..For the first time..orang nak tahu sangat siapakah kita??..secara tiba-tiba,nama team kita meniti di bibir pendengar…"

"Malangnya…." Suara Izhan mengeras tiba-tiba.Sekilas dia melirik pada sepuluh pasang mata yang tersentak dengan nada suaranya yang sengaja ditekankan di situ.Yang sedang tunduk mengangkat muka..yang bersandar di dinding kembail duduk tegak..semuanya memusatkan fokus pada kata-kata Izhan seterusnya.

"Kita tewas dengan teruk di dua pertandingan selepasnya.."

Kata-kata awal dari pengurus pasukan,Izhan menusuk ke telinga kami.Dalam hati kami akui kebenaran kata-kata itu..Aku tunduk,cuba mengimbau kembali rentetan kehidupan NurKasih setelah bergelar juara MaNCO..kami dihujani banyak pujian..ganjaran yang diterima melimpah-ruah.baik dari univeristi..mahupun malaysian society.Moral kami naik mendadak.Confidence level memuncak.Tahun seterusnya kami angkuh.Kejayaan tahun lalu masih terbayang..maka,latihan-latihan dan persiapan dianggap mudah.Kata-kata Izhan tidak langsung dipedulikan.Waktu itu aku baru second year.Aku sendiri menyaksikan betapa melangitnya kesombongan senior-seniorku dalam team NurKasih.Setahun selepas itu yakni tahun lalu,semua orang cuba melupakan kekalahan namun masing-masing menjadi keras kepala..terdesak mencari kemenangan..memperlekehkan kebolehan orang lain..menganggap diri lebih baik dari orang lain..yang solo rasa suaranya cukup mantap..yang menjadi harmoni dan backup bergaduh sesama mereka…ingin mendominasi..percussion pula main ikut rentak sendiri…bila tak kena dengan lagu…sumpah seranah cepat sahaja termuntah keluar dari mulut.Aku tarik nafas..

"Tahun ini..kita kembali asing…mereka sudah tidak menantikan kemunculan kita di atas pentas.kita hanya bayang-bayang..a filler that only complete a list of competitors…bagaimanakah perasaan itu?"

"Sakit.."Satu suara dari belakang menyahut.Aku curi-curi tengok.Farhin yang menjawab.Aku dan dia sahaja yang masih tinggal dalam team NurKasih ini.Yang lain senior-senior kami yang sudah menamatkan pengajian mereka dan pulang ke Malaysia.Kami berdualah yang cuba membina kembali NurKasih dengan harapan ianya kembali bersinar seperti suatu masa dahulu.Dan tentunya dengan bantuan Izhan.

"Do not be sad,surely Allah is with us..surah ke 9 ayat 40..angkat tangan siapa yang yakin dengan kata-kata ini.."Aku pantas angkat tangan.Farhin juga..malah yang lain ikut pantas menjulang sebelah tangan..Eri,Akid,Daeng,Yan,Sarah,Ilham,Mimi dan Iman.

"Ayat ini meksudnya…special blessing from Allah to whom worshipped Him obediently…taat patuh..kasih dan takwa padaNya.mengeluarkan segala effort hanya untuk meraih redhaNya..barulah dibalas dengan kehadiran Allah sebagai peneman kita…Orang-oarang yang yakin dengan janji Allah ni which is yang sedang angkat tangan depan saya ni…sudahkah kita keluarkan effort yang maksima untuk redha Allah tu??Adakah kita masih menjaga mutabaah amal kita walaupun penat berlatih…amali wajib mungkin tapi solat sunat rawatib?puasa?baca quran?qiam?"

DUSH!DUSH!DUSH!

Semput aku mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Izhan.Segera maluku menyerbu ke muka..Aku angkat tangan kononnya yakin dengan bantuan Allah pada ketika aku sendiri belum cukup berusaha ke arah itu..kadang-kala setelah penat berlatih aku hanya bertahan untuk solat isyak sahaja..lepas tu terus tak fikir nak solat sunat ke apa..terus bam..tidur..

"Kerana ini mungkin..Allah hadirkan kekalahan pada kita dua tahun berturut-turut.Sebagai peringatan untuk refleksi diri..muhasabah amalan kita padaNya.."Izhan merendahkan suaranya..halus menyentuh hati-hati kami agar tercuit dengan penyampaiannya.

"Insya Allah ini hanya sedikit kata-kata penutup yang ringkas dari saya buat perjumpaan NurKasih tahun 2010 yang pertama ni..semoga kita pulang ke rumah dengan semangat ingin memajukan diri and think of a start step towards success in seeking redha Allah and victory in our competition..balik rumah jangan lupa hafal lirik ea…"

Aku senyum.Bukanlah sebab dah habis tazkirah dari Izhan tapi sebab dah lama tak merasa saat-saat ini..di mana semua org menumpukan perhatian dan tidak bising.Semua membuka hati mendengar nasihat dari Izhan.Sesuatu yang pernah berlaku sebelum NurKasih menjadi juara tiga tahun yang lepas.Hatiku berbunga.. permulaan yang baik.


 

Epilog

Hari ini

Setelah tiga tahun

Kami berdiri di pentas kembali

Kami menang lagi

Sejarah kembali terukir

Jauh di sudut hati

Aku sebenarnya bimbang

Mugkinkah..

Nafsu dan keangkuhan

Akan kembali menguasai??

Ya Allah jauhkanlah..

Biarlah NurKasih akan datang

Belajar dari kekalahan tahun lalu..

Bukan kemanganan tahun ini

Lupakan kami

Deleted!!

-TAMAT-

p/s:mintak maaf tak leh letak part tengah-tengah..rahsia kerajaan Birmingham tu…basically nak bagitau to be success we have to learn from a scratch not shadowed by yesterday victory..


 

Love temptation..(=_=")

Monday, 17 January 2011

Bismillah..salam..

Tiba-tiba rasa nak berpuisi..boleh ke..untuk siapa??untuk diri saya..untuk naqibah saya..mungkin boleh nak kata ex??


hati terguris lagi..
dulu sebab x mahu diri
ditarbiyyah kamu..
hati meronta..
tak nak sayangkan kamu..
sekarang..
rasa sakit..
sebab kamu lepaskan saya..
pada dakapan insan lain.. sooner or later..
dah lama dijangka dan bersedia..
tapi..
walau sehebat mana persediaan..
hati tetap terguris..


tegarkah saya...
bila gelaran "adik" itu terlucut..

bila hati dan jiwa..
saya serahkan pd jalan Allah..
masa dan perjalanan hidup saya..
bukan saya lagi yang tentukan


mencari kekuatan..
dalam setiap ciptaan Allah..
bila rebah jgn terus rebah..
jannatulhuda
birmingham UK
0930 pm

Kisah Kami

Tuesday, 11 January 2011

Bismillah..salam..



"Dan Muhammad hanyalah seorang rasul,sebelumnya telah berlalu beberapa org rasul.Apakah jika dia wafat atau dibunuh,kamu berbalik ke belakang?Barangsiapa berbalik ke belakang,maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun.Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur." (3:144)



Inilah kata-kata..satu kalam Allah yang dibacakan rasul rasulillah,Abu Bakar kepada umat islam khususnya Umar al-khattab ketika masing-masing tidak dapat menerima kehilangan Rasulullah saw..



Hari ini..saya bacakan ayat ni untuk diri sendiri...hati yang sedikit goyah(byk sebenarnya) bila satu mesej singgah di inbox hp saya yang comel..Tak perlu saya tuliskan apa isi mesej itu tapi cukuplah kesimpulannya sampai di sini kisah kami..dan whats next is kami tidak sekali-kali akan berpaling dari jalan tarbiyyah hanya kerana ini...tipulah kalau saya cakap saya tak menangis...tapi...



hidup perlu diteruskan...perjuangan masih belum selesai..kalau ada antara kami yang lelah dan terhenti langkahnya hanya kerana ini..itu hanya kerugian buat diri kami bukan pd Allah dan agamanya..maka...kalau ini yang terbaik buat kami..
.

Hmm..merenung masa depan...tanamkan rindu dalam hati agar jadi lebih kuat???


Dalam blog kak long siraj,kita hidup di jalan tarbiyyah macam pensel..untuk jadi tajam,pensel pasti sakit ketika diasah...samalah kita...tak sah tarbiyyah kita kalau kita tak rasa sakit...




Tempoh hari..dengar cerita dari seorang sahabat..ada antara kami yang dah mula menangis bila fikir ramai kakak-kakak yang akan balik for good..



adakah dengan menangis dan mengeluh..akak-akak tu akan cancelkan BFG mereka dan patah balik ke sini??



ataupun,



adakah dengan risau yang terlampau...tarbiyyah bumi birmingham akan terus ke depan??



tak..of coz tak...people will go but Allah still there..sooner or later...but the remainig of us yang masih ada kat bumi UK ini yang akan menggalas tanggungjawab itu..perhaps..dah boleh bersedia dari sekarang...beli tiket return KL-BIRM awal?????



kalau jawapannya..kamu tak bersedia..untuk apa tangisan tadi??



Wallahualam..saya tahu semua ada fikiran dan perasaan masing-masing..saya juga..apa yang saya fikir...kalau selamanya saya nak menangis...maka saya akan kehilangan cahaya ilahi tu..saya mengharapkan orang lain pun sama...saya tak halang kamu menangis dan memberontak.sebab saya pun macam tuh..tapi selepas tu..bangkitlah..


Kisah kami berdua..
mungkin terhenti sebentar di sini..
i.Allah masih ada pertemuan..
yang menanti..
kisah kita yang akan ada lagi..
i.Allah Dia pasti membantu..
jangan biar air mata..
menitis bukan keranaNya..

Lagu dari hati.

Monday, 3 January 2011

Bismillah..salam..

hari ketiga di spain i.Allah...baru balik dari Gilbraltar..tempat bermulanya perluasan islam di bumi Andalus..bukanlah nak share tentang journey ke sini sebab tak habis jaulah lagi...tapi nak share satu lagu...sebab bila diteliti kami yang join jaulah ni semuanya sebaya..tanpa kakak-kakak..yang terikat dgn tarbiyyah hanya 3 org...tapi i.Allah selagi ade iman di dada..niat ke sini sentiasa dijaga dan diperbaharui..Allah pasti memelihara kami..

SUNGAI LUI

pejamkan matamu untuk ku
dengarlah dunia berkata-kata
usah kau ragu
di sini tempatmu..
walau berubah di mata kita
tetap indah selagi
kau masih percaya..
ketawa kecewa terpisah
jalan yang lurus kian terhalang
adakah semua ini yang ku inginkan
ataupun hanya mengejar dunia
semata-mata..
ku harap ku masih percaya..
buka mata biar aku
memelukmu..
kita bersama.
masih muda masih mentah
ku harap kau masih percaya
selama ini..


yang mengharap yang terbaik untuk perjalanan kami..
yang yakin..
yang sedikit pernah mengalahkan yg ramai..


Villa Alurra..
Alhaurin de la torre..
malaga,spain..
22:03 pm

Backspace...

Saturday, 1 January 2011

Bismillah...
salam..

wa......dah dua minggu..tapi cerpen 'overdose' saya tak siap lagi...camne ni..kalau lama2 nanti lapuk la...tapi nak tulis,masa memang jeles habis..plus penggunaan laptop yang terhad..tu pun saya curi2 masa lebih2 sikit 2,3 hari ni...hehe...

Saya dah start tanamkan dalam diri saya satu kata-kata yang pernah diucapkan pada saya..

"Yang sedikit pernah mengalahkan yang ramai.."

Cerita pasal perang badar...313 org yang tak expect pun nak berperang alih2 kena berperang dgn 1000 orang musuh..without preparation..dan akhirnya menang..

so..it is possible to happen again..kat birm..i.Allah...x kisah pun apa yang mendatang..kami tau apa yang kami boleh buat dan Allah tau apa yang Dia rancang...entah..saya pun tak tau status saya apa sebenarnya..tapi saya tau saya tak boleh mengelak sebab saya dah ditambat kuat2..huhu..tapi kata seorang ustaz..tarbiyyah membina karakter bukan reputasi..so..dont care about status lah kan...

Aha..saya ngaku je saya byk x puas hati..kdg2 persoalkan apa yang org lain dpt..without realizing org lain pun ada persoalkan apa yang saya dapat..isy.. x zuhud betul..

ya Allah...cik tanah syg...awak memang byk masalah dengan Allah sekarang...betullah kata kakak-kakak ku di sana..saya ni memang malas nak muhasabah diri..sebab tu lah nak suh berubah pun payah..ade je bangkangan..hahaha...bila duk sorang2 malu lak fikir balik...childish betul..mungkin sebab overdose sgt nih..adui3x..


Overdose..haha..tido pun sama2..
baiklah...lepas ni kena konsisten dalam tarbiyyah..x nak ngada-ngada and manja lagi..tutup je mata kalau tak tahan sgt...pergilah bermanja dengan Allah..kalau overdose dengan Allah lahirlah amalan seorang kekasih kan..ha..tu yang kita mau...*wink*...overdose dgn manusia nanti jadilah cam hari tu..masa silam yang x nak ingat lagi..and x nak berulang lagi..trauma pulak..hahaha...

berbalik pada slogan saya tuh..hmm..kami2 kat sini tak boleh disamakan dengan yang dalam perang badar tu..sebab kami ada masa untuk buat preparation...diorang takde.mereka berperang hanya berdasarkan keimanan yang kukuh pada Allah semata-mata...tapi diorang menang jugak...

so..it is really not possible for smaller group to win against larger group..graf iman kena naik ke atas..intensity ilmu kena at higher peak...macam2 lagi...inilah masanya kami bangkit kembali setelah jatuh banyak kali i.Allah...
Sabda Rasulullah saw,
"Berlaku zuhudlah engkau di dunia nescaya englau dicintai Allah,berlaku zuhudlah engkau dengan apa yang ada di tangan manusia,nescaya engkau dicintai manusia.."
(H.R Ibnu Majah)



mengharap thiqah diri
hanya pd Allah semata-mata
tiada dua





Yang berdebar untuk 6 hari akan dtg..
depan laptop
12:37 a.m

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget