Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Cerpan[Lagenda]

Friday, 28 January 2011

Bismillah..salam…

Semalam,secara rasminya Siraj berusrah tanpa saya..Siraj kini hanya ada dalam kenangan saya.Mereka masih ada di sisi saya tapi bukan lagi usrahmate saya.Sedih jugak bila fikir perjalanan tarbiyyah seorang saya..Nevertheless, siraj tetap akan setia menerangi hidup ummah..i.Allah.

"Sekiranya saya hendak memilih teman kesayangan maka Abu Bakar pilihan saya.Akan tetapi persaudaraan sejati adalah persaudaraan dalam islam.Persahabatan sejati adalah persahabatan dalam iman hingga Allah pertemukan kita di hadapanNya."

-Sabda Rasulullah saw dalam khutbah terakhir.

Saya hadiahkan cerita panjang ni untuk siraj..kak long,kak ngah and kak su..[walaupun diorang cover tak nak ngaku saya ni adik lagi..tapi tanpa sedar terpanggil jugak…hahahaha]

A gift for kakak-kakak besar especially yang jaraknya sepuluh langkah je..he3..

A cheers and dedication for my friend in iman and tarbiyyah[you know who]even we always fought sometimes for stupid reason..you are my strength..

Siraj

Yang menerangi

Memancarkan cahaya

Mengenal erti cinta

Ukhuwwah semanis chuppa chup..

'Ceria' lagu kita

It is a legend..=)

[Cerpen]Lagenda-Bahagian 1

"Tak nak!Tak nak!Tak nak!"Aku jerit sekuat hati.Berdiri sorang-sorang atas katil king-size yang bercadar kain kapas warna coklat.Kaki kiri kuhentak-hentak sedikit tapi xde bunyilah sebab empuknya katil tu.Ada handphone yang melekap di telinga tanda aku takdelah menjerit pada dinding tapi pada orang di hujung talian.

"Saya tak kenal pun siapa dia.Hanya tahu dia postgrad and nama dia je..why should I usrah dengan dia??"Terzahir ketidakpuasan hatiku.Suara di hujung talian pula masih berusaha memujuk.

"Plus..dah la akak tak kasi saya usrah dengan kak Deng..pastu pisahkan saya dengan Sarah pulak..campak saya dekat psotgrad…How should I accept this?"

"Fika..dengar saya nak cakap ni…"Aku hembus nafas kasar.Hmm..yela..cakaplah..Dari berdiri aku merebahkan diri; bergolek sampai ke dinding sambil telingaku menangkap butir bicara dalam telefon.

"Sekarang ni..tinggal awak sorang je second year yang bawak usrah dekat sini.Kawan-kawan awak..Sarah pun..semuanya kerja dekat warrick.So…saya tak naklah nanti bila diorang bincang-bincang pasal warrick awak rasa tersisih ke apa..kalau awak usrah dengan akak-akak third year at least diorang bincang pasal Birm…which is awak sendiri tahu nak cakap apa sebab awak pun buat kerja kat Birm jugak."

"Saya tak kisah pun.."Aku cuba memprotes.Tak rasa ada effect sangat pun..

"Memanglah..tapi kesian kat awaklah..susah jugak nanti bila nak suruh awak buat kerja kat Birm sebab awak usrah kat Warrick…tak muntij.."Aku gigit bibir mendengar pujukan di hujung talian itu.Hmm..adalah sikit aku mengakui kebenaran kata-kata tu tapi…

"Tapi diorang final year..tak sebaya dengan saya..naqibah pulak dah kawin..ada anak empat..ada zauj..dia takkan ada masa nak layan saya yang macam budak-budak ni.."

"Hm…hari tu tak puas hati sebab tak dapat usrah dengan Deng kan..sekarang ni, Allah ambik satu kakak dari awak dengan bagi balik kat awak tiga kakak yang lain..tak best ke??Ada orang akan dapat naqibah yang caring tapi dapat usrahmate yang tak berapa nak supportive...ada pulak yang dapat usrahmate kamceng tapi dapat naqibah yang busy selalu…tak boleh la dapat dua-dua..itu selfish namanya..entah-entah tahun ni awak dapat naqibah yang not your preferences tapi usrahmate yang best..cuba fikir camtu..dalam hidup ni tak semua yang kita nak tu baik tapi yang pastinya apa yang Allah bagi kat kita itulah yang terbaik buat kita…"Panjang lebar hujah akhirnya mematikan kata-kataku..Arghh…lawan hujah dengan kakak besar memang susah nak menang..

"Very well…"Aku dah tak larat nak bangkitkan isu tu lagi..

"Saya dah turun dari bas ni..ada kat depan dixi..nak kirim apa-apa ke dik?"Aku angkat kening..ni dalam mood memujuk aku masuk usrah baru lagi ke??hehe..peluang baik nak suruh belanja tapi…aku takdelah jahat…

"Nak spicy wings je boleh?"

**********************************************************************************

Aku berdiri di depan cermin..Termangu-mangu seorang diri.Perlu ke pakai sopan-sopan?Pakai baju tidur je tak boleh ea?

"Tak siap lagi?"Aku jeling sekilas pada insan yang berdiri di depan pintu.Suka hati je kak Izzah ni masuk bilik aku aci redah.

"Dah dekat pukul 7 dah ni…"Aku tarik muka masam.Taulah..ingat aku tak reti tengok jam ke..

"Tak tau nak pakai baju apa…"Aku renung seketika pakaian yang tersalut di tubuh.Hanya tshirt lengan pendek dan seluar jeans.

"Nervous ea nak pergi jumpa mak usrah baru.."usik Kak Izzah sambil tersengih-sengih.

"Isyhhhh….."Berapi hatiku..Aku dah setuju nak pergi ni dah cukup baik tau.Rela dalam paksa..

"Ok.ok..tak usik dah.."Akhirnya kak Izzah sendiri yang mengalah bila melihat riak wajahku yang berubah..kelat,pahit-maung semua tergambar di wajahku.kalau lawa takpe..ah,tak kira nak buat jugak muka masam..

"Pakai je la baju ni..cover dengan cardigan..ok tak..lagipun hari ni belum nak start usrah lagi..pegi makan-makan and kenal-kenal je.."cadang kak Izzah.Aku angguk setuju.Ok jugak..tak yah susah-susah nak melawa..eh…cop,cop..kenapa nak lawa-lawa pulak..bukan tak suka ke..hmm,fika..fika..

"Fika..dah siap ke.."Kak Shaz berwajah ceria datang ke bilikku..Ha..nilah dia kakak seusrahku..Amboi,gembira nampak..mentang-mentang dia suka budak-budak..boleh main dengan anak naqibah kitorang nanti..aku je la yang terseksa..(T_T)

"Dah..jom la kak…kak Intan dengan kak Jun mana?"tanyaku apabila melihat dua orang kakak yang menjadi kakak seusrahku masih tidak kelihatan.

"Diorang siap dah..Ada kat rumah sebelah.Jom kita pergi.."Aku angguk menurut sahaja..Kami keluar dari rumah.Tekan loceng rumah sebelah.Rumah aku berkembar dengan rumah kak Shaz dan kak Intan.Ada pintu connection yang membolehkan kami akses antara rumah di tingkat dua.Bilik aku terletak di bawah depan sekali..paling dekat dengan pintu keluar.So,instead of naik balik lalu pintu tengah untuk panggil orang rumah sebelah baik keluar rumah and tekan loceng je kan.. tak perlu lalu bilik orang lain yang dalam diam memerhatikan aku yang sedang terseksa ni.Kak izzah je la yang mengiringi kami keluar..tu pun masih dengan usikan-usikan nakal.

"Belajar-belajar jaga anak..entah-entah your time is coming.."Sempat tangkap kata-kata tu sebelum tutup pintu rumah tadi..Isyyyy..berapi sungguh hatiku..

"Dah siap!Jom.."

**********************************************************************************

"Diam je dia..masam pulak tu..dia tak suka dekat kak Zu ke.."bisik Zurina perlahan.Matanya melirik pada Fika yang sedang menghirup sup ayam.Wajah adik seorang tu nampak tak berminat pun untuk datang ke rumahnya malam itu.Malah semaa sesi perkenalan tadi pun,dia buat tak acuh je bila ditanya.

"Biasalah akak..budak manja nak ditarbiyyah jadi matang..mula-mula memang macam tu.Dia tak biasa lagi kot."Shazrina bersuara selamba.Dia kenal sangat dengan adik seorang tu.Matang pada fikiran tapi bukan kata-kata ataupun perbuatan..

"Yang seorang lagi pun nampak macam tak selesa.."Dia alih pandangan pula pada Intan yang sedang leka berbual bersama Jun.

"Intan memang pemalu kalau first time jumpa..tapi ok je kot..masing-masing tak biasa lagi.."

"Excuse me..can I eat this muffin?"Suara comel meminta izin menarik perhatian Zurina dan Shazrina yang sedang berbual perlahan di satu sudut rumah.Pandangan mereka ditalakan pada yang bersuara.Anak sulung Zurina, Irsyad sedang melompat-lompat di hadapan Fika.Jari telunjuknya diarahkan pada muffin yang tinggal seketul di dalam pinggan yang berada di depan Fika.

"Yes you can.."Tanpa perasaan Fika memberi izin.malas nak layan gamaknya.

"Fika tu..tak suka budak-budak..perhaps dia tak ada adik kecil..sama jugak dengan Intan..Intan anak bongsu..tak ada adik..tak biasa bising-bising macam ni…they need time to adapt kot.."Balas Shazrina perlahan.Sifat itu sangat kontra dengan dirinya yang sangat sukakan kanak-kanak.Dia tak ada masalah sangat nak terima kak Zu sebaga naqibah.Teruja jugak dia apa lagi bila tahu kak Zu ada seorang bayi kecil..

"Hopefully macam tu lah…"

*********************************************************************************

Program baitulhikmah..

"Arghhh…"Rasa macam nak menjerti..seriously…nak suruh duduk dengan usrah masing-masing!!!i wont do that..

"Fika..duduk sini.."arah Kak Yan sambil mengunjuk pada kerusi kosong di sebelah kak Intan.Aku cebik.tak nak!!!!!Baru je nak protes,tanganku dah ditarik kak Shaz.

"Meh..duduk sini.."Aku menurut walau terasa riak-riak wajah kelat masam menghiasi wajah.rasa ada muncung sedepa boleh buat penyangkut baju…

"Ok..sementara tunggu penceramah sampai..boleh jom kita sama-sama hafal hadis 1..cuba refresh balik niat kita dalam program baitulhikmah kita ni…"Suara PIC dari pihak lelaki kedengaran.Aku pandang depan…rasa kosong..refresh niat???huuuuuuuuuuuu…..i have no feel…Aku tarik nafas…Aku rasa sebak tiba-tiba..Aku lihat naqibahku waktu first year duduk di belakangku..Aku pandang kanan….aku nampak Sarah..yang dulu usrahmateku…sama-sama kami ditarbiyyah dari tak tahu apa-apa menjadi tahu…kini semuanya jauh terpisah sebab dah tak seusrah..

Aku telan liur..Rasa air mata ingin merembes keluar.Aku baru je melangkah satu tapak ke hadapan dalam dunia tarbiyyah ini.Tapi sakitnya dah mula terasa..Pantas…aku tarik beg.bangun..kerusi aku tolak..Aku lari keluar…keluar dari bangunan St Francis Hall tempat program kami..

Aku jalan laju-laju.Air mata dah mula menitik perlahan-lahan.Aku cepatkan langkah..nak samapi rumah cepat.nak masuk bawah duvet…

"Assalamualaikum…"Satu suara menyapaku.Aku tunduk..covering..kan tengah nangis..Cuba mengamati suara yang menegur..ye la..nak angkat muka tengah banjir pulak.Bahuku dipeluk.Gulp..macam kenal je style pelukan nih…

Bersambung….

p/scuba teka siapa bagi salam???=)

2 comments:

Hamba said...

tahu!!!haha..
tak sbr nak tnggu sambungan..
kelakar kan masa mula2 dlu..
kesian kakak besar melayani kerenah kita..
ukhuwah itu sgt indah bila dah merasainya.alhamdulilah..
JZKK adik SIRAJ..
yes.u're still our 'lil' sis ok ;)

saya said...

sy tau spe..hehehe :)

p/s: stuju ngn zahraa..sy rasa siraj xkan lupakan awk wpun awk dh xbersama siraj..jasad xbertemu tp hati ttp bersatu kan (^_^)

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.