Bismillah dan salam..
Tajuk panjang sgt.. tapi maksudnya Fuel Cell for Local Power Generation. Tajuk untuk group project saya. Alhamdulillah dah tamat tetapi dengan hasil yang saya tahu saya tak suka. Saya tak salahkan groupmate saya tetapi hanya melihat pada kekurangan diri. Ketiadaan skill komunikasi ataupun aura untuk orang dengar kita cakap. Ataupun kurang keberanian untuk membantah hujah orang lain. Semua kelemahan itu datang dari diri saya sendiri.
Dan saya ingat kata-kata seseorang(nama dirahsiakan) salah satu sebab kita asyik dapat benda yang kita tak suka berulang kali ialah sebab itu tandanya kita belum mampu tangani benda yang kita tak suka tu. Dari pengalaman saya yang baru setahun jagung ni, saya tahu benda tu betul. Asyik dapat groupmate yang tak best, yang berlagak nak mati atau overcontrol… mungkin sebab kita belum mampu handle atau counter jenis-jenis orang macam ni. Betul kita mampu buat kerja tetapi dengan orang-orang yang baik-baik je. Bila jumpa orang yang lain perangai sikit, terus semua kerja tak menjadi. Atau kerja yang baik itu jadi tak diterima sebab kita tak mampu nak present pada orang yang lain macam tu.
Dalam konteks seorang penggerak, proses tarbiyah macam ni memang sgt berguna kan. It tells you how to tackle mad'u yang bermacam ragam. Kalau dapat yang baik yang awal-awal dah solehah, tak ada masalah tapi kalau dapat yang keras kepala, cakap dia je yang betul macam mana nak control usrah kan. Satu bentuk lagi ialah kesedaran yang kita terima bila melihat dan bekerja untuk orang-orang sebegini. Automatically, kita tak nak jadi macam tu dan ia mentarbiyah kita untuk menunjukkan qudwah yang berlawanan dengan apa yang kita peroleh dari orang tu.
Dalam satu kisah yang saya baca dan ulang kejap tadi, Ustaz Umar At-Tilmisani dari IM pernah menolong mendamaikan dua keluarga yang bertikai. Satu keluarga merupakan keluarga ikhwah dan satu lagi tidak. Selepas disiasat, didapati keluarga ikhwahlah yang benar. Akan tetapi Umar tidak meminta keluarga yang satu lagi merendahkan ego dan meminta maaf sebaliknya dia meminta keluarga ikhwah tadi yang datang berkunjung ke rumah keluarga tadi. Sebabnya kerana mereka berada dalam tarbiyah dan seharusnya mereka sedar bahawa segala perkara yang berlaku ialah satu proses pembentukan ke arah menjadi murabbi-murabbi dan pejuang-pejuang yang dithiqahi.Seorang ikhwah atau akhawat akan menolak yang buruk dengan yang baik. Kalaulah keluarga ikhwah tadi tak mahu mengalah jugak lantas apa bezanya orang yang berada dalam tarbiyah dengan yang bukan. Apa gunanya tarbiyah kan?
Kalau kita pun sama naik mengamuk tak puas hati dengan groupmate yang aci dia je betul sama je lah kita dengan dia. Apa guna mengaku penggerak? Menjadi yang memaafkan memang susah tapi itulah yang paling mulia di sisi Allah. Kita pun punya hati dan perasaan kan. Siapalah yang tak marah bila kerja yang kita buat ditolak dengan alasan yang tak munasabah. Tetapi 'tarbiyah people' kan yakin dengan janji Allah.
"Akan tetapi, orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan yang demikian termasuk perbuatan yang mulia."
(42:43)
Alhamdulillah byk yg saya belajar dari group project ini. Banyak kekurangan diri yang terbuka untuk diperbaiki sepanjang bekerja bersama mereka. Semoga Allah mempermudahkan proses muhasabah dan pengislahan diri selepas ini. Tanpa peluang yang Allah bagi untuk bekerja dengan mereka mungkin saya tak tahu pun kelemahan-kelemahan ini. Wallahualam.
Yang cuba untuk menerima..
Membuang emosi tidak puas hati..
Muhasabah..muhasabah..muhasabah..
Because I'm not only human
Tapi seorang penggerak juga i.Allah.
1300 pm
Birmingham, UK.
0 comments:
Post a Comment