Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Luas kasih sayang...limited portion untuk mereka..

Friday, 4 February 2011

Bismillah..salam..

Luasnya kasih sayang...suatu masa dulu,saya pernah tanya pada seorang kakak...

"kita selalu jeles dengan orang yang kita sayang..sebab orang tu bagi perhatian pd orang lain...[kononnya nak orang tu bagi perhatian kat kita je] tapi kita tak pernah pun suarakan cemburu pada Allah yang bagi kasih sayang Dia pada semua orang..."
->kita ni sayang pada orang lebih ke..sayang Allah lebih??

Jawapan kakak tu simple je..sebab kasih sayang Allah tu luas..tak terjangkau..Allah mampu bersikap adil pada hambaNya...biar semua orang rasa cukup dan tak jeles..tapi bukan manusia..sebab tu kita jeles pd manusia..sebab kita tahu kasih sayang manusia tu terhad..kita nak perhatian yang terhad tu tertumpu pada kita sorang je..huh..pathetic..[baru belajar word ni semalam]


"Zuhudlah pada apa yang ada di tangan manusia nescaya engkau akan disayangi mereka.."

(H.R ibn Majah)

Mungkin dari kita asyik terasa dan jeles..sedih sebab KKS..pendam perasaan bila orang tu kejap sayang kejap tak..kejap care kejap buat dono je..bersederhanalah dengan apa yang orang tu mampu nak bagi kat kita..kalau sayang dia hanya takat itu..kalau orang tu hanya mampu nak print gambar kamu dan dia berdua je..tak mampu pun ..nak hasilkan cerpen tentang kamu berdua....terimalah seadanya..sebab banyaknya perhatian tak menjamin pun hubungan itu membina...

Ataupun instead of kita asyik mengharapkan orang tu sayang pada kita,apa kata kita yang jadi pemberi kasih sayang..sayang pada housemate,pada kawan..pada usrahmate

Mintak Allah sayang sebab kasih sayang Allah luas

tapi sayangkanlah orang sebab kasih sayang mereka terhad..

ketuk pintu hati tanya jawapannya...

berapa banyak kita pernah ketepikan kesibukan hanya tunjukkan sayang pd housemate...tolong mop dapur?Ataupun masak bukan pada turn kita??tolong tukar plastik sampah dekat dapur dan toilet?vacuum ruang tamu dan surau?atau setidak-tidaknya...tolong susun pinggan mangkuk yang dah siap berbasuh...berapa banyak kita dah buat tanpa merungut sekali pun?


Sayang pada kawan..berapa kali pernah tolong dia buat assigments?berapa banyak kita dah berlapang dada setiap kali kita terasa dengan dia?berapa kali jugak pernah teman dia pergi city?ziarah?dah berapa kali kita ingatkan dia tentang mati..cerita tentang islam??Sibuk sangat ke jadi penggerak dan student sampai tak mampu nak tunaikan hak kawan...sibuk tarbiyyah orang lain sampai lupa pada kawan...Saya sendiri pernah kena tegur dengan sorang kawan...


"Sibuk sangat ke jadi budak msm sampai takde masa nak jumpa aku??"


tersentap hatiku..


pada usrahmate..support system...dah berapa banyak yang kita tahu tentang diorang?dah berapa banyak sokongan yang kita bagi bila dia perlukan tempat..a shoulder to cry on?Dah cukup kukuh kah hubungan itu sampai apa-apa pun yang berlaku...ianya kekal sampai syurga??


Sudah cukup luaskah bukaan kasih sayang kita pada orang lain...ada orang ego bila kita nak tunjuk sayang pada dia tapi ego tu akhirnya membuatkan dia makan hati bila kita tunjuk sayang dia pada orang lain..ada satu pantun tu,


tuai padi antara masak..
esok jangan layu-layuan..
intai kami antara nampak..
esok jangan rindu-rinduan...

Terkena pada diri sendiri jugak..dulu tak nak cakap sayang tapi bila kena lepas pada orang lain baru pecah tembok ego..nangis sakan bagai..


"Sungguh orang-orang yang mengerjakan kebajikan kelak Allah yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka." (19:96)


Pesanan saya buat semua orang tapi especially pada diri saya sendiri...berlapang dada itu indah..berukhuwwah bukan untuk sentiasa menemani kita di dunia tapi kerana nak bertemu di syurga...bersangka baik itu manis..mungkin ada benda yang orang tu buat kita terasa tapi tak semestinya kita tak berharga di hati dia...wallahualam..


coretan budak ego tapi fragile...


p/s:selalu camnih..bukak blogger nak cerita benda lain tapi selalu benda lain yang diupload..hu



yang sedang lencun..
tak tau nak basahkan hati siapa dulu..
1619 pm
jannatulhuda
Birmingham,UK

0 comments:

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.