Bismillah.
Sila baca dan jangan muntah. huhu. jzkk.
Treet Treet Treet
Sila baca dan jangan muntah. huhu. jzkk.
Treet Treet Treet
Henfon bergetar, satu mesej facebook masuk buat Kay sengih. Gambar patung Bashbooka di skrin komputer mengundang bahagia. Mimy hantar gambar buah tangan yang dibelinya untuk Kay. Patung yang paling besar sekali patung lelaki bersut hitam dan kemeja putih ala-ala pakaian pengantin lelaki di barat. Dalamnya ada patung pengantin perempuan. Dalamnya lagi ada dua patung kanak-kanak; satu lelaki satu perempuan.
Mimy tulis,
Yang besar itu awak yang melindungi patung yang di dalamnya.
Yang kecil sedikit tu dilindungi oleh awak tetapi melindungi dua anak didalamnya
Pantas jari Kay membalas,
I would love to if we be a happy, muslim family. <3 i="i">3>
Dia baring atas katil. Henfon dibiar terbaring atas dada. Mana tahu Mimy nak balas dalam masa seminit dua lagi. Quran yang diletak di sebelah bantal menarik perhatian. Sementara tunggu, baik tengok-tengok sikit apa yang abang Ijam sampaikan minggu lepas.
I am confident you can be a good leader to our future family.
Balasan Mimy buat Kay lagi berkobar untuk merealisasikan impian itu. Dia pantas menaip.
Minggu lepas my usrah cover tentang tarbiyah. Ijam told us about sepuluh muwasafat tarbiyah yang semua muslim patutnya acquire untuk capai kejayaan hidup dunia akhirat.
1. Akidah yang sejahtera. Maksudnya kita meletakkan segala-galanya kepada Allah. Kalau kita takut, kita cari Allah, kalau kita sakit, kita cari Allah. Zaman sekarang ada orang bawak anak dia pergi jumpa bomoh kalau sakit. Tu maksudnya tak sejahteralah akidah tu. Kira bottom line dia rukun iman kitalah. XD
2. Luas ilmu pengetahuan. Bukan setakat course yang kita belajar je tapi semua ilmu alam ni kalau boleh kita tahu serba sedikit. Naqib i cerita tentang seorang sahabat Rasulullah ni yang dia pergi belajar tujuh bahasa dalam masa seminggu je. Hebat kan?
3. Ibadah yang sahih. Naqib i cakap zaman sekarang ni ramai orang sibuk pertikai mazhab mana yang betul. Tapi time nak buatnya tak ramai nak buat pun.
4. Sihat tubuh badan. Ni cam direct jugaklah kan. Rupa-rupanya sebab tulah kita ni orang-orang islam ramai yang lembik-lembik, tak berapa nak bijak. Asyik makan junk food je hari-hari. Malas bersenam pulak tuh. Memang lah kan. Ye tak?
5. Akhlak yang mantap. Kiranya attitude kita pada orang lain. Kalau nak berjaya, kia kena jagalah pergaulan kita, jangan buat orang rasa insulted dengan kita. Macam Rasulullah saw, semua orang rasa dialah orang yang Rasulullah sayang. Semua orang terpesona dengan akhlak baginda termasuk musuh. Naqib i kata, akhlak yang mantap tu senang, buat apa yang Quran suruh, itulah akhlak islamiah.
6. Mampu berdikari. Part ni best sebab bila duduk jauh dari rumah ni, i rasa i berdikarilah jugak. Masak pandai, basuh baju pandai. Tak bergantung kat mak sangat. You ni mesti bangga dapat suami cam i nanti. Haha.
Kay tarik nafas. Dia senyum membaca tulisannya sendiri. Buku nota usrah dikerling. Tak semua yang Ijam cakap dia tulis. Hanya serba-serbi yang dia rasa dekat di hati dan dapat dicerna kefahamannya barulah dicatat.
6. Bermanfaat pada orang lain. Yang ni konfem-konfem you terbayang i tolong you basuh pinggan and masak untuk you kan? Lebih kurang camtulah naqib i cakap. Sekarang ni pun kalau i tengok dapur rumah i cam bersepah, i tolong-tolong ringankan tulang kemas. Kalau mak i tahu ni, tersedak agaknya. Anak bujang dia basuh pinggan. Ohoi!
7. Tersusun urusannya. Part ni memang hentak kepala gak. Patutlah kan. Kita ni selalu buat kerja last minute. Patut susah nak berjaya. Haha. Allah ni tahu je kan kita ni camna. Bak kata naqib i tulah. Dah Allah yang cipta kita, of courselah dia tahu kita punya perangai camna.
8. Menjaga masa. Ni kira associate jugaklah dengan yaang tadi. Dah pandai susun urusan kena take note on masa lah kan. Ni termasuk gak bab-bab menepati masa, datang kelas awal. You kalau tak turn up skype kalau dah janji dengan i, kira tak menjaga masalah tu. Haha. XD
Kay tarik nafas. Buku nota dibelek-belek lagi.
10. Melawan nafsu diri. Hebat mana pun kita kalau tak dapat menjadi raja pada nafsu kita, tak guna jugaklah. Sebab naqib i cakap kerana nafsu, muwasafat tarbiyah kita yang lain boleh terkorban.Nafsu ni you pun tahu kan, nafsu shopping, nafsu makan, nafsu pada yang lain jantina..
Jari Kay terhenti tiba-tiba. Ayat terakhir yang ditaip ditatap lama. Perlahan butang send ditekan namun matanya masih tak beralih dari tulisan terakhirnya. Nafsu pada yang lain jantina. Dia rasa ada bilah pisau sedang menikam di ulu hati. Kay pejam mata.
i’m proud of you.
Kay kecilkan mata. Balasan Mimy pendek, bentuk penghargaan namun bibirnya kaku tak tersenyum.
bersambung...
0 comments:
Post a Comment