Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Bloom's taxonomy dalam bulatan gembira

Friday 11 January 2013

Bismillah.

Sem baru dah buka.. huhu, walaupun belum masuk sem terakhir tp dah rasa berdebar-debar nak balik Malaysia. Alhamdulillah, memang betul kata seorang ukhti, PGCE byk sebenarnya mengajar kita untuk menjadi murabbi. Siapa kata teori-teori education hanya untuk dipraktiskan kat sekolah je..haaaai, mari keluarkan fikiran dari kotak yang sempit. *wink*

So, pernah dengar Bloom's Taxonomy? *wink sekali lagi*

Mungkin sebab i had learned so much yet i didnt realize yang sebenarnya saya dah praktiskan dah teori ni dgn adik-adik usrah saya. naturally kot.

Perasan tak kadang-kadang bila kita tanya soalan kat anak usrah kita ataupun adik-adik yang sewaktu dengannya, kita akan dapat jawapan seperti...

"krik...krik...krik"

last-last kita tanya kita yg jawab?

Dalam salah satu kelas kami, kitorang bincang jugak pasal benda ni sebab the same thing happen dalam kelas. Cikgu tanya tapi student tak dapat jawab. So, orang-orang philosophy come out dengan teori Bloom's taxonomy ni.


Rupa-rupanya kita kena start tanya apa yang diorang tahu dulu. Bukannya main serbu tanya soalan-soalam KBKK. Walaupun niat kita pada asalnya nak mengajak adik kita berfikir tapi tak perlulah seawal lima minit usrah dah suruh diorang berfikir.

Slowly but surely (quoted from akh presiden waktu mpn dulu-dulu)..

soalan berbentuk knowledge ni selalunya apa yg diorg dah tahu. benda-benda basic macam kertas dibuat daripada apa, satu tambah satu berapa, ada berapa orang rasul yang kita wajib tahu dan sebagainya. dalam kata lain, something they remembered.

soalan comprehension pulak yang menguji kefahaman. Dalam kimia contohnya, kita tahu double bond lagi kuat daripada single bond. Sp, kita tanya why? mntk student explain kenapa? Kalau tadi kita tanya kertas dibuat daripada apa, sekarang kita tanya kenapa pokok? kenapa bukan tanah yang kita guna nak buat kertas?

Bila sampai part application, barulah kita relatekan dengan perkara baru yang kita nak ajar. Kita demonstrate camana relation tu. Misalnya, kalau pokok sesuai digunakan untuk buat pokok disebabkan karakteristiknya begitu dan begini. Cuba kita tengok karakteristic tanah, sesuai untuk buat apa ea?

Analisis: Sampai part ni, barulah kita boleh suruh diorang Berfikir. Tanah liat sesuai buat pasu bunga contohnya. berapa banyak tanah liat diperlukan untuk buat satu pasu bunga yang kecil. berapa banyak kos? (pening kepala waktu lecturer suruh kitorg buat assumption berapa banyak pokok perlu ditumbangkan untuk buat suratkhabar setiap hari..haha)

Then, part synthesis, tiba masanya untuk planning. design bentuk pasu bunga. create komposisi tanah liat yang boleh hasilkan pasu bunga yang berkualiti.

Akhir sekali barulah Evaluation. Judge and compare design tadi dengan design yang sudah sedia ada kat pasaran. Justify kelemahan dan kekuatan supaya boleh improve.

Siap!

Memang panjanglah proses ni dan boleh makan beberapa waktu usrah untuk sampai peringkat evaluation. Tapi, x perlu pun ikut satu persatu. Dakwah kita ni kan fleksibel. Adik-adik setiap orang lain-lain. Mana-mana yang terbaik tu apply lah.. XD

Nak bagi contoh dalam usrah, satu hari tu saya join usrah sahabat saya dan dia mintk tlg saya buat tadabbur. Lepas tengok hadaf, solusinya nak bagi kisah nabi Musa dan Samiri. Soalan pertama yang saya bagi ialah siapakah ar-Rasul yang ke sembilan belas. laju je adik-adik ni menjawab :D

Pastu barulah saya proceed sampai ajak diorang compare kita ni nak jadi macam nabi Musa ke, Samiri atau kaum nabi Musa yang ikut je.

Wallahualam. Bloom's taxonomy ni bukanlah satu kunci untuk capai hadaf usrah atau tingkatkan level kefahaman adik-adik tapi hanyalah salah satu skill yang boleh digunakan oleh para nuqaba'. Berjaya atau tidak, heiii, sila usaha dan tawakal ok?

~~~tanah90~~~

1 comments:

Anonymous said...

Nak kata berjaya lah tu?:P

Atau yg paling direct nak kata soalan sy salu tak berjaya lah tu?

Fine fine.
Improve2!

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.