Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen] iSpeaks: Kisah Kay Part 1

Sunday 16 December 2012



Bismillah.

iSpeaks hari ni bersambung ke cerita Kay. rasa nak muntah and geli-gelimen mungkin akan muncul. tapi, for me it is a reality...and it is a pain to get this story out of me. :)

iSpeaks: Kisah Kay Part 1 

Musim sejuk baru bermula. Tingkap bilik aku unik rekaannya sebab tempatnya di bumbung, bukan di dinding seperti selalu. Inilah istimewanya sebuah tingkap di bilik attic. Frost-frost sudah mula berkunjung dan setiap pagi bila aku buka mata, cermin kaku keputihan menyapa. Indah. Inilah bahagianya di negara empat musim. 

Sebelum bergerak lebih ke hadapan dengan cerita aku, perlulah aku perkenalkan diri. Nama aku Khairil Ezairy. Orang panggil Kay. Pelajar jurusan kejuruteraan University of Birmingham di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kira untunglah kan sebab balik-balik Malaysia nanti, kerusi pensyarah matrikulasi dah menanti.  Teman serumah ada lima. Kami duduk di Dale Road, dua tiga minit je dari pintu masuk univeresiti.

Kalau aku cakap aku lelaki yang kacak bergaya, ada janggut sejemput dan kulit muka yang bersih...soalan pertama yang terlintas kat fikiran orang yang baca description ni ialah “dah ada makwe belum?” betul tak? Eh, ke aku yang perasan. Haha.

Ye, kekasih hati aku belajar medic di Russia. University of Volgograd tajaan Mara. Beberapa hari lepas, kami tukar-tukar gambar. Gambar dia dalam sweater tebal berbulu berlatarbelakangkan salji putih menggebu. Memandangkan United Kingdom belum turun salji lagi, aku kirim gambar aku yang tengah posing sebelah kereta Huzaifah, housemate aku yang diselaputi frost. Fair enough!

“Kay, Abang Ijam dah sampai!” Suara Hasim melaung dari tingkat bawah menyentak kerancakan jari Kay di atas papan kekunci komputer. Dia mengeluh perlahan. Baru nak syok cerita cintan cintun pasal Mimy kat blog. First post memang banyak betul nak cerita sebab nak perkenalkan diri pada pembaca. Mungkin kena susun plot betul-betul barulah sedap nak menulis.

Kay bangun lantas menggeliat. Dia capai AlQuran dan kopiah putih di atas rak buku. Kaki melangkah turun tangga. Hari jumaat pukul 8 malam rutin mingguan; usrah.

bersambung...XD

2 comments:

Anonymous said...

A:aku rasa kau tak suka kat aku..

B:ataupun sebenarnya, kau yang tak suka kat aku.

Anonymous said...

erk.cerita apakah ini.

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.