Bismillah.
iSpeaks hari ni bersambung ke cerita Kay. rasa nak muntah and geli-gelimen mungkin akan muncul. tapi, for me it is a reality...and it is a pain to get this story out of me. :)
iSpeaks: Kisah Kay Part 1
Musim sejuk baru
bermula. Tingkap bilik aku unik rekaannya sebab tempatnya di bumbung, bukan di
dinding seperti selalu. Inilah istimewanya sebuah tingkap di bilik attic.
Frost-frost sudah mula berkunjung dan setiap pagi bila aku buka mata, cermin
kaku keputihan menyapa. Indah. Inilah bahagianya di negara empat musim.
Sebelum bergerak lebih
ke hadapan dengan cerita aku, perlulah aku perkenalkan diri. Nama aku Khairil
Ezairy. Orang panggil Kay. Pelajar jurusan kejuruteraan University of
Birmingham di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kira untunglah kan
sebab balik-balik Malaysia nanti, kerusi pensyarah matrikulasi dah menanti. Teman serumah ada lima. Kami duduk di Dale
Road, dua tiga minit je dari pintu masuk univeresiti.
Kalau aku cakap aku
lelaki yang kacak bergaya, ada janggut sejemput dan kulit muka yang
bersih...soalan pertama yang terlintas kat fikiran orang yang baca description
ni ialah “dah ada makwe belum?” betul tak? Eh, ke aku yang perasan. Haha.
Ye, kekasih hati aku
belajar medic di Russia. University of Volgograd tajaan Mara. Beberapa hari
lepas, kami tukar-tukar gambar. Gambar dia dalam sweater tebal berbulu
berlatarbelakangkan salji putih menggebu. Memandangkan United Kingdom belum
turun salji lagi, aku kirim gambar aku yang tengah posing sebelah kereta
Huzaifah, housemate aku yang diselaputi frost. Fair enough!
“Kay, Abang Ijam dah sampai!” Suara Hasim melaung dari
tingkat bawah menyentak kerancakan jari Kay di atas papan kekunci komputer. Dia
mengeluh perlahan. Baru nak syok cerita cintan cintun pasal Mimy kat blog.
First post memang banyak betul nak cerita sebab nak perkenalkan diri pada
pembaca. Mungkin kena susun plot betul-betul barulah sedap nak menulis.
Kay bangun lantas menggeliat. Dia capai AlQuran dan kopiah
putih di atas rak buku. Kaki melangkah turun tangga. Hari jumaat pukul 8 malam
rutin mingguan; usrah.
bersambung...XD
2 comments:
A:aku rasa kau tak suka kat aku..
B:ataupun sebenarnya, kau yang tak suka kat aku.
erk.cerita apakah ini.
Post a Comment