Salam..
Selamat bernafas Turrabulabyad...
Alhamdulillah dengan masa yang terlampau cepat berlalu sedar tak sedar saya sudah pun menamatkan perjalanan sebagai pelajar tahun dua University of Birmingham. (gaya cakap ada tak cam pengacara imam muda?)
Very Well..
Bercakap tentang masa biar saya kongsikan satu firman Allah yang bermaksud.
"Dan Dia pula yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau yang ingin bersyukur." (25:62)
Familiar bukan dengan peristiwa pergantian malam dan siang? Berlakunya ia tanda hari semalam sudah berlalu dan giliran hari ini pula menyapa. Percaturan sunnah Allah ini pasti berulang. Dan rakaman kejadian ini acapkali diulang sebut dalam firman-firman-Nya. Secara general, pengulangan bermaksud Penting!! Ada poin penting yang tersirat bagi orang yang sentiasa mengambil pelajaran dan ingin bersyukur.
Apa signifikannya? Mudah.. Masa itu penting. Setiap malam dan siang yang bertukar ganti itu penting dan kerana itu setiap saat dan detik penggunaannya akan disoal pada yaumulakhir nanti. Salah satu soalan yang akan ditanya nanti ialah bagaimana kamu gunakan masa mudamu?
Kriteria Masa.
Ada tiga.
1) Masa berlalu dengan pantas.
Selalu kita dengar dialog dalam cerita melayu atau ucapan Yang Berhormat atau yang paling dekat dengan kita ialah kata-kata akhir sebelum kita tangguhkan usrah mingguan iaitu
"Masa sangat mencemburui kita..."
Memang benar. Sedar tak kita dah besar, dah habis sekolah dan sekarang dah jadi pelajar tahun akhir di universiti. Sekejap je rasa kita berkenalan dengan kakak dan abang-abang yang ada di lokaliti masing-masing. Sekarang mereka nak BFG dah. Sekejap je rasa macam baru semalam kakak postgrad sebelah rumah bersalin tetapi hari ini anak dia dah boleh berjalan.
Lalu mungkin sejenak kita boleh bertanya pada diri masing-masing apa yang sudah kita lakukan pada waktu-waktu yang sudah membelakangi kita. Apa yang sudah kita kecapi, apa aset yang sudah terkumpul utuk hidup di akhirat nanti. Apa pula yang sedang kita lakukan sekarang.
Secara jujur saat-saat waktu pulang ke Malaysia yang semakin hampir buat saya gugup dan gerun. Sedih pun ada mengenangkan banyak peristiwa dan masa yang terbuang di belakang yang mengiringi perjalanan tahun dua saya. Pedih je bila melihat orang lain sudah boleh main buai laju-laju sedang kita di sini masih terkial-kial nak bina buaian.
Masa di hadapan masih ada. Jangan terus menangisi yang telah berlalu...
Alwaqt kalsaif. Iza lam qataat qataatak
-Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya ia akan memotongmu.
2)Masa tidak boleh diganti
Waktu saya diulit kehidupan sekolah berasrama, saya pernah tanpa sengaja memecahkan jag air jiran sebelah katil. Jag air kaca itu harganya ala-ala pinggan mangkuk coral atau barangan queens ann kat Malaysia. Budak tingkatan dua yang miskin manalah ada duit nak bayar balik. Nak bayar duit yuran asrama pun terkial-kial, asyik berdalih sampai kena sindir dengan penyelia asrama sebab asyik bayar lambat. Inikan pula nak ganti harga jag kaca yang mahal tu.
Sengsara jugaklah...;(
Alhamdulillah at the end of the year saya berjaya je bayar balik.
Tapi..
Kita tak bercakap tentang harta tapi MASA. Sifat masa bukan macam harta yang boleh diganti. Sengsara macam mana pun kumpul duit tak akan dapat gantikan masa yang dah pergi. Kalau tak mesti dah ada di pasaran sekarang 'the time machine'.
Contoh orang yang tak nak mengaku hakikat ini ialah orang yang sangat suka meng'qada'. Semua benda nak qada'.
" Oh, semalam tidur 5 jam. Patutnya 6 jam. Hari ni nak qada' so perlu tidur 7 jam."
I jam yang hilang untuk qada' tidur semalam tu nak ganti macamana pula?
Mungkin perlu selalu ingat hadis yang tersurat di atas ni tadi.
Sabda Rasulullah saw tentang soalan-soalan yang akan ditanya pada kita nanti?
"Masa mudamu untuk apa engkau habiskan?"
3)Masa itu sangat berharga.
Tak ternilai. Tak terlawan dengan pepatah melayu 'masa itu emas'. Sebab kat sini saya senang-senang dapat duit satu pound yang bersalut emas tu. Masa lebih mahal dari itu. Sekali kamu menjualnya pada dunia kamu tak akan dapat beli balik.
Semua orang tahu hakikat ini sebab kita selalu buat masa exam. Pulun study betul-betul kalau boleh sesaat pun tak nak lepas dari buku. Sebab? Kita takut sesaat yang terlepas tu entah-entah sempat baca baris ayat dalam buku teks yang masuk exam. So, nak mengaku tak kita tahu masa sangat berharga?
Why not apply pada cabang-cabang iman dan amal yang lain pula?
Ada kakak pernah pesan pada saya, waktu lapang banyakkan zikir sebab setiap zikrullah itu mencambahkan benih dan pepohon buat kita berteduh di syurga nanti. So, boleh la bayangkan sesaat kita terlepas zikir, pokok kita kat syurga terbantut pembesarannya.
Konklusi dari saya...ada masa gunakan sebaiknya....
Semoga kita diawasi dan dijagai Allah dari terjerumus dalam golongan yang kafir...bila dah terlajak baru nak tekan brek.
"Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia." (23:99)
Wallahulam. Yang menulis kerana tahu diri ini perlukannya juga.
0107 am
malam terakhir summer'11
Birm,UK.
Adapted from talk by Dr. Ayman Ewies of Wakefulness of the Heart.
0 comments:
Post a Comment