Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Doraemon

Wednesday, 15 September 2010



Bismillah wa salam....


Syawal yang dinanti akhirnya tiba.Setelah sebulan kita berpuasa,semua orang menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran...tidak lupa pada yang x berupaya menyambutnya dengan penuh kesempurnaan..semoga ada pahala dan kelebihan yang Allah kurniakan pada mereka.


Tak lama lagi keindahan hidup di Malaysia akan saya tinggalkan..rasa sayang sangat..tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas.apakan daya..masa itu ibarat pedang..kalau kita tidak memotongnya,ia akan memotong kita...


Sepanjang 3 bulan ini..tidak banyak masa yang saya habiskan di rumah..terutamanya sekitar bulan 7..kalau ada di rumah pun,xde apa yang saya buat..kesunyian pulak tuh..yang ada hanya seekor kucing yang x jemu menemani saya yang keseorangan...meskipun macam tuh,Alhamdulillah kehadiran si kucing yang comel..yang diberi nama Doraemon nih sebenarnya ada benda lain yang Allan nak tunjukkan pada saya.


2 minggu terakhir ramadhan barulah saya lekat di rumah..Setiap hari saya layan kunjungan Doraemon.Doraemon tuh bukan kucing saya..ia hanyalah kucing terbiar yang dibuang tuannya..namun,ia sangat jinak dengan saya..yela..dah saya yang bagi dia makan sejak dia terbuang..kalau ada yang x tau,kucing yang dibela sejak lahir,diberi makan bila tiba waktunya dan dimanjakan setiap hari ialah golongan kucing yang bila ia dibuang,ia tak tahu mencari makanan sendiri,x pandai menyelongkar tong sampah atau masuk ke parit-parit mencari makanan.Itulah yang terjadi pada Doraemon..ia hanya pandai mengiau untuk meminta makanan..


Suatu hari,Doraemon datang ke rumah saya dalam keadaan kakinya tempang dan badannya luka-luka..Saya dan family saya memang sangat terkejut.siapalah yang sanggup memperlakukan dia sebegitu.tapi,semua orang tahu sebabnya..sebabnya Doraemon mengiau meminta makanan pada semua orang yang ditemuinya..x kira orang itu baik atau tidak...mungkin tersalah orang..akibatnya dia dibelasah orang.

Doraemon-bukan gambar sebenar


Memang sedih melihat kucing yang sihat dulunya tiba-tiba jadi macam tuh..nak berjalan pun x sempurna..terkial-kial mengatur langkah...tapi apa yang mengagumkan saya ialah Doraemon x lari apabila dibelasah.Ada kucing yang baru disergah je dah lari lintang-pukang tapi lain ceritanya dengan Doraemon..kerana mengharapkan sedikit makanan dari manusia,dia tidak berganjak dari tempatnya meskipun dia menerima cacian dan belasahan dari orang-orang yang x berperikemanusiaan..


Mungkin sebab melihat apa yang sanggup dilakukan oleh Doraemon membuatkan saya selalu terfikir..Tatkala mengusap bulunya,bersembang dengannya(even dia x faham pun ape sye ckp),saya selalu fikir..kalau saya berada di tempat dia mampukah saya melalui apa yang Doraemon lalui..menjadi manusia pun saya selalu menangis apabila diuji...Doraemon mengingatkan saya pada zaman islam dahulu...


Ketika Rasulullah berdakwah di Taif..baginda dicaci dan dihalau....juga pada ketika baginda sedang solat...najis dicurah ke badannya ketika dia sujud...


Seorang sahabat Rasulullah saw,Ikramah bin Abu Jahal dibuang kawannya setelah dia masuk islam...


Bilal bin Rabah diseksa oleh tuannya di bawah panas terik padang pasir saat keislamannya terbongkar....


Apa yang dilalui Doraemon hanyalah untuk mencari makanan tapi apa yang dilalui Rasulullah saw dan para sahabat adalah untuk Islam....


Doraemon seperti menyoal saya...aku sanggup buat begitu dan begini kerana makanan tetapi aku hanya haiwan..aku tidak ada tanggungjawab seperti kau manusia...sedangkan kau..adakah kau sanggup lalui apa yang aku lalui untuk memenuhi tujuan hidup kau..menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi....


Sanggupkah saya berubah...mengejar cita-cita dunia dan akhirat...mengajak orang lain ke arah kebaikan...dan menyebarkan fikrah islam yang syumul...kalau apa yang menghalang perjalanan saya adalah ujian-ujian yang berat seperti yang dilalui Rasulullah saw dan sahabat...sebab tiada siapa dapat menafikan perjalanan hidup ini tidak indah....sedangkan jalan takwa itu pun beronak dan berduri...apa lagi jalan-jalan yang lain...


Mampukah kita??persoalan itu adalah untuk semua orang sebenarnya...saya sendiri perlu mencari jawapannya..kehadiran doraemon ada signifikasinya dalam kehidupan saya...


Andai kepulangan saya tahun depan tanpa kehadirannya..(Doraemon mungkin mati sebab sakit tua)..saya pasti merindukan kehadirannya...sebab tanpa dia mungkin saya akan leka apabila lama x dicontact sisters...ataupun lalai sekejap bila xde aktiviti kabilah…dia bukan manusia..tapi dia hanya seekor kucing...tapi kerana kehadirannya..saya sering muhasabah sendirian apa yang telah saya buat dan lalui untuk islam dan kehidupan saya...


"Ya Allah,tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia..." (3:191)

-sayang fillah

Hendak Seribu Daya

Wednesday, 1 September 2010

Salam...

Semoga semua orang masih dalam kemanisan beribadah di bulan puasa yang penuh barakah ini...Di sebalik byknyer cabaran dan kerja nak buat time summer nih,rasa rindu nak menulis tetap ada...maka lahirlah tulisan ini...huhuhu..puitis lak..=D

Ramai orang yang inginkan sesuatu tanpa mahu berusaha.Ada yang bagi alasan takdir mereka dah tetap.so,x yah lan usaha lebih-lebih..tapi bukan ke Allah dah bagitau


"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (13:11)


Jom baca kisah ni dulu...


Pada suatu hari,ada seorang tua miskin yang sangat ingin makan ikan.Dia pun berjalan-jalan di tepi tasik untuk melihat kalau-kalau ada ikan yang terdampar ke tepi..boleh la dia memenuhi keinginannya...ye la..nak beli xde duit.Setelah beberapa ketika berjalan,dia bertemu dengan seorang budak yang sedang memancing.Baldi ikan budak tersebut sudah penuh dengan ikan.Si tua itu pun berfikir..apa salahnya aku minta seekor dua ikan dari budak nih..tentu dia x keberatan.

"Wahai budak yang baik hati,boleh kah engkau berikan aku seekor dua ikan..aku teringin untuk makan ikan tapi aku xde duit nak beli.."pinta si tua yang miskin itu sayu.


Budak kecil itu tersenyum.Dia mengangguk.


"Boleh..apa salahnya..tapi saya nak mintak tolong pak cik satu benda boleh??"Si tua miskin itu lekas-lekas mengangguk..x kisahla apa budak ni nak suruh aku buat asalkan aku dapat ikan tu.


"Pak cik tolong jagakan joran saya ni kejap boleh x??saya belum sembahyang asar lagi..."jawab budak itu.Si tua tersenyum senang..owh,jaga joran je..senang je..


"Baik..baik.."


Lalu budak tu pun pergilah menunaikan solatnya sementara si tua miskin itu menjaga jorannya..Dua tiga ekor ikan yang tersangkut di joran budak itu dibawanya naik ke darat.Sehinggalah budak itu kembali,pak cik tua itu setia menjalankan tugasnya.


"Pak cik,ok ke...berapa ekor pak cik dapat masa saya xde?"Tanya budak kecil yang comel tu.Si tua itu bingkas bangun apabila budak itu kembali.


"Ok..ok..pak cik dapat dalam 6,7 ekor je nak..."pak cik itu menjawab riang sambil menghulurkan kembali joran kepada budak itu.


"Tima kasih pak cik..sekarang pak cik ambillah semua ikan yang pak cik dapat masa pakcik tolong jaga joran tadi..."arah budak itu ikhlas..

Si tua itu terkejut tapi dia sangat gembira dengan kebaikan hati budak itu.Lalu dia pun mengucapkan terima kasih kpd budak itu dan pulang ke rumahnya dengan membawa pulang 7 ekor ikan untuk memenuhi kemahuannya..

Tetapi,apa yang si tua miskin ni x sedar ialah,semua ikan yang dia bawa balik tu adalah hasil usaha dia yang memancing bukan ikan yang dipancing oleh budak itu...huhuhu


Hmm...kesian kan pak cik ni..So,kita pun xkan lah nak ikut macam pak cik nih...menjadikan alasan xde duit nak beli ikan untuk minta pada orang lain.Kalau betul nak ikan,byk lagi cara lain yang pak cik ni boleh buat macam yang berlaku kat atas nih...kail sendiri ke kan...


So,macam kita jugaklah kan..kalau kita nak something dalam hidup nih mestilah kena usaha...Cthnya,kalau betul nak usrah..walau kena keluar 2 jam sebelum usrah start ataupun habis duit tambang RM10 pun xkan jadi masalah... kalau x boleh jugak..ada yang berusaha untuk buat usrah online kan.. bukannya tggu duk kat umah org dtg nak bg usrah kat kita...bukannya bagi macam2 alasan kan...kalau asyik bagi alasan je macamana nak berjaya kan.. macamana nak dpt apa yang kita inginkan...bak kata pepatah melayu tu..hendak seribu daya x hendak seribu dalih.....kalau nak islam tertegak kembali xkan nak tunggu saatnya je..mestilah kena usaha kan..bknnya tggu janji Allah yang islam akan bangkit kembali jadi kenyataan tiba-tiba..bukannya hari ni tido esok bgn pagi islam dah jadi ustaziatul alam...Rasulullah saw sendiri pun berusaha untuk sebarkan dakwah islam ni dulu kan..So,kita pun jgnlah berhenti berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak..cepat atau lambat sesuatu itu untuk kita dapat bergantung pada usaha dan tawakal pada Allah...=)


Peringatan ini untuk saya juga yang menulis..yg inspired myself agar teruskan perubahan diri supaya dpt mncapai apa yang saya inginkan..semoga bermanfaat tuk yang membaca...waallahualam...


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)



Hartaku hartaMU

Wednesday, 21 July 2010

Bismillah....salam..


Ermmm..orang-orang jb bru je abis isk ari tuh.Komen sye??...emmm,not bad juz sye kot kna belajar lebih lagi..adik-adik pulak nampak cam lagi hebat dari sye...huhuhu..


Nak kisahkan kat sini bukanlah pasal isk tapi pasal seorang sahabat nih..iaitu Abu Thalhah...seorang sahabat yang terkaya dari kalangan sahabat ansar di kota Madinah.Kekayaan beliau meliputi kekayaan kurma dan salah satu kebun yang sgt disayanginya ialah kebun Bairuha' yang letaknya berhadapan dengan masjid.


Dekat kebun nih,Rasulullah s.a.w selalu masuk dan minum air dari sumber air di situ..sumber air kat situ sgt jernih..(x taulah pulak nak describe camne..)


Tetapi tiba masanya satu ayat Alquran diturunkan iaitu,


''Tiada kamu mencapai tingkat bakti(albirr) sehingga kamu mendermakan dari yang kamu sukai.." (3:92)


Maka.tanpa membuang masa Abu Thalhah dtg kepada Rasulullah s.a.w dan berkata,


"Ya Rasulullah,Allah telah menurunkan kepadamu ayat ini...Dan hartaku yang paling kusukai ialah Bairuha'.dan itu saya sedekahkan kerana Allah..saya harap semoga menjadi tabungan saya di sisi Allah maka berikanlah sesukamu ya Rasulullah,sebagaimana petunjuk Allah kepadamu."


Maka sabda nabi s.a.w,


"itulah harta untung yang berguna bagimu.Dan saya telah mendengar semua yang kau katakan maka saya berpendapat lebih baik kau jadikan sdekah kepada kaum kerabatmu yang dekat."


Maka Abu Thalhah pun akur pada kata-kata Rasulullah dan membahagikan hartanya kepada kaum kerabatnya..
(riwayat Bukhari Muslim)


Huh..kagum saya baca kisah Abu Thalhah nih..Bila trun je ayat tuh dia terus nak dermakan hartanya kan..harta yang paling dia suka pulak tuh..and bila reflect diri kita balik...ingat lagi tyme kemas rmh b4 balik msia ari tuh...brg2 yang kita x nak tu yang kita nak antar kat charity shop...sweater2 yang bagi kita x lawa dan x syg pun...kerdilnya diri nak dibandingkan dengan Abu Thalhah...


Tersentap gak bila igt balik...x igt ke ayt Allah...kan baca dgn hati..(mood isk lagi nih)


"Hai sekalian org yg beriman,berdermalah kamu dari sebaik-baik yang kamu hasilkan dan dari apa yang Kami keluarkan untuk kamu dari bumi.Dan jgn kamu memilih yang busuk untuk kamu dermakan.." (2:267)


Muhasabah sgt2 sekarang nih..i.Allah akn dapat diperbaiki lepas nih..Bukan ke fitrah manusia ni sgt suka pada harta dan cara nak menjauhinya ialah sedekah, infak dan membelanjakannya di jalan Allah..


So,pasnih nak byr yuran kibar...jgn ragu2 ye...:)..I.Allah cukup je duit kita nak infak pun..300 ringgit je bkn 300 pound kan..huhuhu..(especially diri sendiri..)


"Katakanlah wahai Muhammad,sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan dia juga yang menyempitkan baginya..dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (34:39)


ermm...saya menulis nih dgn penuh rasa rindu pada sister2..yang selalu berpesan-pesan kearah kebaikan ...syg fillah..semoga post ini bermanfaat tuk semua...dan diredhaiNya..hartaku ini hartaMu...

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.