Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Memerdekakan Himmah

Thursday, 28 April 2011

Bismillah..salam..

Saya bukanlah orangnya yang suka berkongsi fikrah dalam bentuk artikel atau esei. Saya lebih suka mengolahnya dalam bentuk cerita. Tetapi memandangkan saya tak mahu mencelarukan fikiran dengan pelbagai imaginasi jalan cerita lebih-lebih lagi sekarang ni pun tengah sibuk buat satu projek cerpen lagi plus kena study untuk final exam pula, kisah yang ini biar saya cerita direct je la insyaAllah.

Memerdekakan himmah.

Ramai yang pernah melalui saat-saat bedah buku wahai pemuda. Sedikit kata-kata Hasan Albana,

"Empat asas iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda."

Saya tak tau orang lain setuju atau tak tetapi bicara saya ialah perkara pertama yang menggerakkan kita ataupun lebih tepat lagi rijal-rijal untuk memperbaiki diri ialah himmah. Imbas kembali waktu dulu bila saya diajak ke ISK (From Zero to Hero) sedikit sebanyak rasa ingin pergi itu didorong oleh rasa ingin tahu.

From Zero to Hero? Peliknya nama?

Semua kakak-kakak datang? Program apa ni?

Rasa ingin tahu seperti inilah asas kepada semangat pemuda tadi. Dari situ, kita didedahkan sedikit demi sedikit tentang ummah, tentang tujuan hidup kita dan kewajipan kita. Darah muda yang mengalir di dalam badan kita secara automatik akan menggerakkan tubuh kita untuk melakukan sesuatu setelah mendengar semuanya tadi. Rasa ingin menyumbang membuak-buak. Rasa ingin berubah dan membantu islam memuncak.

Pada ketika inilah, para nuqaba' akan menyusun perancangannya untuk memastikan tiga sifat pemuda yang lain berada dalam diri kita. Keikhlasan dari jiwa yang suci dan keimanan dari hati yang bersih dibentuk melalui mutabaah amal, penjagaan hubungan dengan Allah dititikberatkan.

Lahirlah penggerak-penggerak bersemangat waja yang diberi mandat untuk menerajui perjuangan yang diwarisi dari generasi yang lama.

Namun bahaya yang menanti para pemuda pelapis bila saat himmah itu jatuh. Jatuhnya bermakna imannya akan turut menurun, ikhlasnya akan tercemar dan usaha yang dilakukan akan jadi tidak bersungguh-sungguh.


 

Kekangan Himmah

1) Masa

Pada masa kita cuti musim panas tahun lalu, dalam kebanyakan orang yang tertahan di rumah dan tidak dapat keluar menyertai program summer, masih ramai yang bernasib baik dan diberi izin untuk menyertai pelbagai program summer di peringkat nasional mahupun kabilah. Lantas, kita menjadi full time dai selama tiga bulan.

Sayang, bila kita kembali ke zon selesa kita( kalau saya di Birm) kita berubah menjadi part time dai. Setiap program termasuk dalam list pertimbangan. Alasan: kalau saya: proforma banyak ni!

Saya masih ingat kata-kata seorang akh,

"Adakah dakwah hanya kerja kita di masa lapang?"

Dan dari seorang sister yang jauh di mata( tak ingat ayat asal),

"Kalau ikutkan memang sibuk tapi masa usrahlah yang memberi tenaga untuk teruskan kerja."

Ada orang nak usrah tapi tak dapat pun. Ada orang ada usrah tapi nak usrah tu habis cepat. Ada orang dah dapat usrah, suka usrah lama-lama tapi demand nak naqibah yang single,yang belum kawin pula.

Kita dikekang masa sedangkan kalau himmah kita kuat, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.(alamak, kan dah terkeluar pepatah melayu). Cerita dari seorang akhawat Malaysia,

Pagi Khamis ada exam. Malam rabu ada usrah. Usrah habis pukul 1 pagi. Bertolak balik ambil masa dua jam. Sampai rumah pukul 3 pagi. Exam start pukul 8 pagi.

Kalau ikutkan habislah. Tetapi sebenarnya ukhti kita tu dah study apa yang nak di'exam'kan seminggu yang lalu.

Sebab, sister kita yakin pada janji-Nya.

"Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya"

(22:40)

Lantas, masihkah kita mahu jadi dai yang terikat pada masa lagi? Ataupun kita mencari solusi pada masalah pengurusan masa kita?

2) Harta

Saya pernah bermalam di salah sebuah rumah akhawat Malaysia.

Subhanallah. Mereka sangat zuhud. Tiada langsung katil double bed seperti yang saya miliki di sini. Semua wang disalurkan untuk jalan dakwah. Malah tempoh hari semasa ziarah ke rumah ustaz, ustaz ada bercerita tentang pengalamannya di Malaysia,

"Ana perlu uruskan satu kumpulan tetamu. Ana pinjam van dari ikhwah. Masa dalam perjalanan balik ana nak isi balik minyak yang ana guna. Korek-korek dompet jumpa sepuluh ringgit. Dapatlah isi minyak. Tapi balik rumah, duduk diam-diam je sebab dah tak ada duit."

Dan ustaz itu masih ada lagi di sini. Masih gigih menyebarkan fikrah. Tak mati kebuluran pun walau dah digunakan seluruh duit untuk dakwah. Sebab? Firman Allah,

"Barangsiapa yang yang meminjamkan Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan ganti kepadaNya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepada-Nya kamu kembali."

(2:245)

Jadi, perlu berfikir berapa kali lagi sebelum menyumbang sedikit wang?

Jangan biarkan semangat yang membara untuk berdakwah ini dimamah rasa sayang pada harta.

3) Emosi

Yang paling banyak menjatuhkan himmah syabab.

Saya sering dihantui emosi.Yang paling bahaya, cemburu dan mementingkan diri. Hanya tahu fikir tentang perasaan sendiri. Ataupun yang paling common ialah terasa hati. Tipu kalau ada antara kita yang tak pernah terasa antara satu sama lain. Seperti mana orang pernah terasa dengan saya macam itulah saya pernah terasa dengan orang.

Dulu pernah berlaku pada saya bila saya mempersoalkan kenapa saya dapat yang ni? Kenapa dia dapat yang tu? Kenapa saya selalu dapat apa yang saya tak nak?

Akhirnya, rasa tidak puas hati itu mendorong pada merajuk dengan dakwah. Salah satu tanda himmah jatuh.

Suka saya kongsikan satu ayat yang orang asyik bagi kat saya setiap kali saya berperang dengan perasaaan.

"Boleh jadi kamu tidak emnyenangi sesuatu perkara padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(2:216)

When things doesn't go the way you want it, memang inilah ayat yang paling sesuai untuk berpegang. Darah muda juga cepat menggelegak lantas Rasulullah saw yang kita kasihi sudah siap wariskan pada kita dalam hadisnya: cara-cara mengawal amarah.


 

Kesimpulannya, rijal yang ditarbiyah akan berusaha memerdekakan semangat juangnya untuk dakwah dari kekangan-kekangan yang sedikit tersenarai ini. Halangan yang saya tuliskan adalah special buat yang berada di bumi perantauan.

Tarbiyah untuk kita bukan setakat membentuk fikrah dan akidah tetapi membentuk akhlak dan perasaan dan juga amalan dan tingkah lakunya. Betul kita patut tunjukkan diri kita yang sebenar tak perlu berpura-pura lembut atau baik. Tetapi, siapa yang kata tarbiyah menyuruh kita berpura-pura? Untuk saya, setiap kali mendapat didikan, semuanya menggerakkan saya untuk jadi baik dengan sendirinya. Hati kita sendiri yang kata,

"Oh, kena treat orang lain dengan baik. Tak boleh cakap ikut sedap je."

Pulang summer ini adalah untuk kita menilai diri ke mana hala tuju kita dan dia mana medan amal kita untuk ummah, bukan setakat restricted pada kawasan sahaja.

Sebab, tak lama lagi saya sendiri akan pulang for good. Dan , kepulangan itu nanti tujuannya bukanlah untuk mencari usrah atau memegang usrah yang dapat memaintainkan iman semata-mata tetapi untuk melebarkan sayap dakwah lebih lagi. Menjadi rijal-rijal yang diimpikan Umar alKhattab r.a.(^^)

Wallahualam.

[Cerpen] Saviour of Society

Sunday, 24 April 2011

Bismillah..salam..

Saya mungkin ego...betul saya tak kejar hadiah..ataupun populariti..tapi satu yang saya tak nafikan dan saya sedar sedikit sebanyak niat saya byk terpesong ialah sebab saya mengejar posisi. Saya mengejar ruang dan tapak di tengah-tengah ramainya penulis lain yang mencuba nasib. Ditambah dengan sedikit rasa kecewa kerna ruang itu tidak saya peroleh di sini..saya memang berharap saya menang untuk memuaskan hati sendiri di sebalik rasa kecewa yang dalam itu...dan mungkin kerana itu....kerana harapan yang tersalah itu....kemenangan itu tertahan...Astagfirullah...mungkin Allah tahu saya akan terus tersalah arah dan niat menulis sekiranya saya tahu lebih awal harapan saya tertunai....dan mungkin posisi yang sya mahukan di sini Allah tak beri sebab tahu saya mungkin dikaburi posesi sekiranya saya dapat posisi yang saya idamkan di sini...masalah kesihatan hanya penyebabnya...

Akhirnya saya belajar menerima...ruang di sini...bukan milikku atau milik yang memegangnya sekarang..tapi milik Dia..hanya Dia yang berhak memberikannya pada sesiapa yang Dia kehendaki. Sekadar waktu yang Dia sendiri tetapkan. Fitrah hamba hanya layak memohon, bukan mengarah..(T_T)...

Di sini...harapnya niat itu terarah ke laluan yang lurus..Tulisanku bukan untuk kebanggaan diri..bukan untuk bermegah..bukan kerana ganjaran dunia..tapi niat asal diri ini hanya kerana ini medan amalku..inilah medium untuk saya sampai kepada ummah...with my hands...the interpretation of valuable moments in my life into words, i am the saviour of society...

Saya tak sure saya boleh post atau tak keseluruhan cerpen ini..hmm....tapi sedikit summary yang saya kongsikan i.Allah..byk perubahan yang saya lakukan setelah dikomen oleh beberapa org...tajuk pun saya tukar dari 'Untuk Ummah' kepada 'Saviour of Society'..JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHEERA....especially yang memberi input tentang how to improve jalan cerita dan perkembangan watak...alhamdulillah saya percaya saya menang bukan sebab jalan cerita yang menarik atau sebab puitisnya bahasa dan hebatnya tatabahasa saya...tetapi disebabkan mesej saya saya sampai kepada penilai...sesuatu yang saya letakkan sebagai nombor satu dalam penghasilan karya saya...i.Allah quoting from pihak penganjur sendiri..

"Segala yang berlaku atas izinNya.."


 

Cerpen:Saviour of Society

Tahun 2006 Sydney, Australia

"Hmm. Bengang bila dia kata kita tak up-to-date," balas Nash dalam kehampaan. Kecewa yang bersarang di dada diluahkan. Masih terbayang di ruang matanya senyuman sinis yang dilemparkan salah seorang juri Theatre of The Year Overseas Student.

"We are here to see talents of doing theatre among our overseas student, with up-to-date performances. If only this what you all can gave, with all the 'nasyid' stuffs or the 'selawat' things as you are in maulidur rasul even the students back there in Malaysia can do it. Can't you see how local peoples here did in their musical? The government spent a lot to let you studied here
but this is what you get and gave?? Oh my, please!!"

Panas! Panas! Panas!

Dewan sepi.Nashrul Izhar, Fatih Helmi, Rijal, Yusuf dan beberapa batang tubuh lagi di atas pentas bagai hilang suara dan kata-kata apabila diselar sedemikian. Komen seorang juri yang sangat dihormati kerana kepakarannya dalam bidang teater tidak sangka akan sesarkastik sebegitu. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja Nash terjun dari pentas, cekak leher si juri dan 'basuh' pemikirannya. Namun, dia sedar itu bukan cara islam juga bukan cara Rasulullah saw. Lalu, kecewa memamah jiwa dan perasaannya; berlarutan sehingga dalam perjalanan pulang.

************************************************************************

Tahun 2011 Kuala Lumpur, Malaysia

"Nash, nampak tak tu?" Fatih menepuk bahu kawannya yang berada di sebelah. Mereka sedang duduk bersama di dalam salah sebuah interpreter room memerhatikan keadaan seluruh dewan melalui 32 skrin. Fatih mengarahkan jari telunjuknya ke salah satu skrin yang memaparkan keadaan di salah satu kawasan tempat duduk penonton.

"Eh!" Nash mengecilkan matanya, cuba mengamati raut wajah dan susuk tubuh seorang lelaki. Macam kenal!

"Zikri Nurain!!!" Separuh menjerit Nash meneka. Fatih mengangguk-angguk setuju. Zikri Nurain, masakan mereka lupa nama itu. Wajahnya kekal di ingatan.

"Haah. Juri teater kita lima tahun dulu," ujar Fatih. Nash angkat kening. Seakan tidak percaya juri tersebut ingin datang ke program itu. Sudah berubahkah manusia ini? Nash tarik nafas.

"Bagus juga Encik Zikri tu datang. Itu tandanya dia masih sayangkan Rasul kan?" Fatih kenyit mata.

*******************************************************************************************

Stop!...Ermm..kalau cerita dua part ni je boleh kan..;)..i.Allah lepas ni ada satu lagi projek yang bakal menyusul..Kali ni lebih mencabar sebab ramai award-wining penulis yang akan turun padang..juga kali ni it is not an islamic competition...satu cabaran buat saya untuk mempertandingkan cerpen yang membawa mesej islami. Membawa islam kepada masyarakat...menjadi bulan..yang menerima dan memantulkan cahaya...^^


 

Rezeki Allah yang beri..

Kalau Dia kata belum..

Maknanya kena bersabar lagi..

Bukan rebel atau lari dari berharap padaNya..

Posisi bukan posesi..

11:06 pm

Escape dari study physical organic chemistry sekejap..

Birmingham,UK


 

P/S: cerpen Saviour of Society ini memenangi tempat ketiga dalam pertandingan cerpen islami anjuran Pelima Media Sdn Bhd.

Kembali


Bismillah..salam


Alhamdulillah...


Beberapa hari dah berlalu setelah saya tersedar dari beberapa siri 'rebel'. Hmm...menjadi manusia yang bangun jatuh dan byk jatuh dari bgn kadang-kadang hanya disebabkan kita byk melayan perasaan. Kata-kata dari naqibah saya yang diakhiri dgn warning...lupakan perasaan...fokus pd study je...


Akhirnya sejauh mana saya lari, saya merajuk, saya rebel dengan apa yang Allah dah aturkan... saya tetap kembali pada Dia. Memenuhi ruang-ruang kosong dalam hati. Hanya dengan memecahkan ego di hadapan Allah barulah jalan keluar itu muncul di hadapan mata. Meskipun tak byk yang mampu diubah dengan apa yang dah berlalu, tapi pastinya ada sedikit ketenangan yang diperoleh.


"Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sesempit sempitnya, seolah-olah ia sedang naik ke langit dengan susah payahnya. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman."


(6:125)


Begitukah rasa sesaknya dada bila ada yang menolong menyampaikan peringatan dari Allah tapi kita membantah untuk mendengar? Dan tak dapat dinafikan Allahlah yang menggerakkan hati ini untuk membaca ayat ini. Saya membacanya dengan dua perasaan..pertama, rasa terkesan sebab mungkin itu tandanya Allah sayangkan saya dan beri peringatan pada saya. Kedua, rasa takut sebab mungkin Allah sedang marah dan menujukan ayat ini pada saya.


Ha! Beberapa siri berseorangan memberi ruang berfikir. Dan, nyata kini dapat bernafas kembali...rasionalnya fikiran datang kembali untuk menyerap setiap kata-kata yang diberikan...dan menjadi yang memberi ketika diperlukan. Semua kerana tidak mahukan kemurkaan Allah dan hanya mahu Kasih sayangNya sahaja yang menemani hati.Insya-Allah..bukan mudah tapi perlu berhati-hati agar niat tak terpesong.


Allah yang maha pemurah, sedikit nikmat diberikan...penganjur pertandingan cerpen rupa-rupanya bukanlah tidak mahu menghubungi saya tetapi mereka kehilangan emel saya. Apabila keputusan rasmi diumumkan, lewat 5 hari dari tarikh di mana penganjur sepatutnya menghubungi pemenang, ahamdulillah saya tersenarai.


Khabar duka di SCUK pula rupa-rupanya taklah sekejam yang saya fikirkan. Sedikit sangka baik akhirnya membuatkan saya mengenali mereka berdua lebih lagi. Tatkala bertemu dengan mereka dua hari lepas, terbukti mereka pulang awal bukanlah sebab tidak cinta pada Allah dan islam.


Malu pada Allah. Dia hanya menahan sedikit sahaja perkara sebenar dari saya tapi saya boleh pula tak bersabar dan rebel..Haisy..how then I can become tanah yang subur yang akan memakmurkan bumi ni satu hari nanti? Astagfirullah.


"Tarbiyyah bukan segala-galanya..tetapi hendakkan segala-galanya adalah dengan tarbiyyah..."


Kata-kata Almarhum Syeikh Mustapa Masyur.

Empty Huh!

Friday, 8 April 2011

Bismillah..salam..

I want this post become private but I cant because it is under blogger.com..Huh…so as you my beloved readers read this, it will be my pleasure if you can read it and feel it but then leave it as a null post.


 

It was night...

And I'm alone in the street

It was black everywhere...

Dark clouds covered the sky

And the moon doesn't want to show up...

Just one dim light comes from the tallest street lamp

The shadows around me become larger...and larger…

As I move towards it...


 

The clock was ticking very slow…

As I thought I had breathing many times...

But time hasn't passed yet a second!


 

"Aha…hah…hippp...haaaaa"

I'm gasping for more air...

I couldn't bear this any more

My heart starts to sink…

And pains fill up my chest

Grieves start to capture my soul...


 

I'm a loner now...

No more affection...and no more love...

Everyone had ride on the train

Move forward...

But not me...


 

Had I made the wrong choice...?

By refusing not to take part in sharing workload between us...


 

    Huh....

Full of confusion!!


 

-The End-


 


 

10 25 am..

Kakak besar's room..

Birmingham, UK

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.