Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Memerdekakan Himmah

Thursday, 28 April 2011

Bismillah..salam..

Saya bukanlah orangnya yang suka berkongsi fikrah dalam bentuk artikel atau esei. Saya lebih suka mengolahnya dalam bentuk cerita. Tetapi memandangkan saya tak mahu mencelarukan fikiran dengan pelbagai imaginasi jalan cerita lebih-lebih lagi sekarang ni pun tengah sibuk buat satu projek cerpen lagi plus kena study untuk final exam pula, kisah yang ini biar saya cerita direct je la insyaAllah.

Memerdekakan himmah.

Ramai yang pernah melalui saat-saat bedah buku wahai pemuda. Sedikit kata-kata Hasan Albana,

"Empat asas iaitu keimanan, keikhlasan, semangat dan usaha adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda."

Saya tak tau orang lain setuju atau tak tetapi bicara saya ialah perkara pertama yang menggerakkan kita ataupun lebih tepat lagi rijal-rijal untuk memperbaiki diri ialah himmah. Imbas kembali waktu dulu bila saya diajak ke ISK (From Zero to Hero) sedikit sebanyak rasa ingin pergi itu didorong oleh rasa ingin tahu.

From Zero to Hero? Peliknya nama?

Semua kakak-kakak datang? Program apa ni?

Rasa ingin tahu seperti inilah asas kepada semangat pemuda tadi. Dari situ, kita didedahkan sedikit demi sedikit tentang ummah, tentang tujuan hidup kita dan kewajipan kita. Darah muda yang mengalir di dalam badan kita secara automatik akan menggerakkan tubuh kita untuk melakukan sesuatu setelah mendengar semuanya tadi. Rasa ingin menyumbang membuak-buak. Rasa ingin berubah dan membantu islam memuncak.

Pada ketika inilah, para nuqaba' akan menyusun perancangannya untuk memastikan tiga sifat pemuda yang lain berada dalam diri kita. Keikhlasan dari jiwa yang suci dan keimanan dari hati yang bersih dibentuk melalui mutabaah amal, penjagaan hubungan dengan Allah dititikberatkan.

Lahirlah penggerak-penggerak bersemangat waja yang diberi mandat untuk menerajui perjuangan yang diwarisi dari generasi yang lama.

Namun bahaya yang menanti para pemuda pelapis bila saat himmah itu jatuh. Jatuhnya bermakna imannya akan turut menurun, ikhlasnya akan tercemar dan usaha yang dilakukan akan jadi tidak bersungguh-sungguh.


 

Kekangan Himmah

1) Masa

Pada masa kita cuti musim panas tahun lalu, dalam kebanyakan orang yang tertahan di rumah dan tidak dapat keluar menyertai program summer, masih ramai yang bernasib baik dan diberi izin untuk menyertai pelbagai program summer di peringkat nasional mahupun kabilah. Lantas, kita menjadi full time dai selama tiga bulan.

Sayang, bila kita kembali ke zon selesa kita( kalau saya di Birm) kita berubah menjadi part time dai. Setiap program termasuk dalam list pertimbangan. Alasan: kalau saya: proforma banyak ni!

Saya masih ingat kata-kata seorang akh,

"Adakah dakwah hanya kerja kita di masa lapang?"

Dan dari seorang sister yang jauh di mata( tak ingat ayat asal),

"Kalau ikutkan memang sibuk tapi masa usrahlah yang memberi tenaga untuk teruskan kerja."

Ada orang nak usrah tapi tak dapat pun. Ada orang ada usrah tapi nak usrah tu habis cepat. Ada orang dah dapat usrah, suka usrah lama-lama tapi demand nak naqibah yang single,yang belum kawin pula.

Kita dikekang masa sedangkan kalau himmah kita kuat, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.(alamak, kan dah terkeluar pepatah melayu). Cerita dari seorang akhawat Malaysia,

Pagi Khamis ada exam. Malam rabu ada usrah. Usrah habis pukul 1 pagi. Bertolak balik ambil masa dua jam. Sampai rumah pukul 3 pagi. Exam start pukul 8 pagi.

Kalau ikutkan habislah. Tetapi sebenarnya ukhti kita tu dah study apa yang nak di'exam'kan seminggu yang lalu.

Sebab, sister kita yakin pada janji-Nya.

"Allah pasti menolong orang yang menolong agama-Nya"

(22:40)

Lantas, masihkah kita mahu jadi dai yang terikat pada masa lagi? Ataupun kita mencari solusi pada masalah pengurusan masa kita?

2) Harta

Saya pernah bermalam di salah sebuah rumah akhawat Malaysia.

Subhanallah. Mereka sangat zuhud. Tiada langsung katil double bed seperti yang saya miliki di sini. Semua wang disalurkan untuk jalan dakwah. Malah tempoh hari semasa ziarah ke rumah ustaz, ustaz ada bercerita tentang pengalamannya di Malaysia,

"Ana perlu uruskan satu kumpulan tetamu. Ana pinjam van dari ikhwah. Masa dalam perjalanan balik ana nak isi balik minyak yang ana guna. Korek-korek dompet jumpa sepuluh ringgit. Dapatlah isi minyak. Tapi balik rumah, duduk diam-diam je sebab dah tak ada duit."

Dan ustaz itu masih ada lagi di sini. Masih gigih menyebarkan fikrah. Tak mati kebuluran pun walau dah digunakan seluruh duit untuk dakwah. Sebab? Firman Allah,

"Barangsiapa yang yang meminjamkan Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah akan melipatgandakan ganti kepadaNya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan rezeki dan kepada-Nya kamu kembali."

(2:245)

Jadi, perlu berfikir berapa kali lagi sebelum menyumbang sedikit wang?

Jangan biarkan semangat yang membara untuk berdakwah ini dimamah rasa sayang pada harta.

3) Emosi

Yang paling banyak menjatuhkan himmah syabab.

Saya sering dihantui emosi.Yang paling bahaya, cemburu dan mementingkan diri. Hanya tahu fikir tentang perasaan sendiri. Ataupun yang paling common ialah terasa hati. Tipu kalau ada antara kita yang tak pernah terasa antara satu sama lain. Seperti mana orang pernah terasa dengan saya macam itulah saya pernah terasa dengan orang.

Dulu pernah berlaku pada saya bila saya mempersoalkan kenapa saya dapat yang ni? Kenapa dia dapat yang tu? Kenapa saya selalu dapat apa yang saya tak nak?

Akhirnya, rasa tidak puas hati itu mendorong pada merajuk dengan dakwah. Salah satu tanda himmah jatuh.

Suka saya kongsikan satu ayat yang orang asyik bagi kat saya setiap kali saya berperang dengan perasaaan.

"Boleh jadi kamu tidak emnyenangi sesuatu perkara padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(2:216)

When things doesn't go the way you want it, memang inilah ayat yang paling sesuai untuk berpegang. Darah muda juga cepat menggelegak lantas Rasulullah saw yang kita kasihi sudah siap wariskan pada kita dalam hadisnya: cara-cara mengawal amarah.


 

Kesimpulannya, rijal yang ditarbiyah akan berusaha memerdekakan semangat juangnya untuk dakwah dari kekangan-kekangan yang sedikit tersenarai ini. Halangan yang saya tuliskan adalah special buat yang berada di bumi perantauan.

Tarbiyah untuk kita bukan setakat membentuk fikrah dan akidah tetapi membentuk akhlak dan perasaan dan juga amalan dan tingkah lakunya. Betul kita patut tunjukkan diri kita yang sebenar tak perlu berpura-pura lembut atau baik. Tetapi, siapa yang kata tarbiyah menyuruh kita berpura-pura? Untuk saya, setiap kali mendapat didikan, semuanya menggerakkan saya untuk jadi baik dengan sendirinya. Hati kita sendiri yang kata,

"Oh, kena treat orang lain dengan baik. Tak boleh cakap ikut sedap je."

Pulang summer ini adalah untuk kita menilai diri ke mana hala tuju kita dan dia mana medan amal kita untuk ummah, bukan setakat restricted pada kawasan sahaja.

Sebab, tak lama lagi saya sendiri akan pulang for good. Dan , kepulangan itu nanti tujuannya bukanlah untuk mencari usrah atau memegang usrah yang dapat memaintainkan iman semata-mata tetapi untuk melebarkan sayap dakwah lebih lagi. Menjadi rijal-rijal yang diimpikan Umar alKhattab r.a.(^^)

Wallahualam.

3 comments:

Anonymous said...

subhanallah.bli ticket summer ya!

ketenanganku said...

jage himmah!!!!!
jage diri..
jaga allah..dan allah akan jagamu..
teka hadith berapa..jengjeng..

miss u..

tanah said...

Slm...

Akk yang tenang~~~~~~
ihfazillah yahfazka-hadis 19
yeay...dpt hadiah dari dublin..

miss u much...

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget