Slm wrm.
Alhamdulillah setelah dua bulan saya melarikan diri dari dunia blogger..[ye je]..hari ni saya ambil keputusan untuk unprivate blog saya..
i.Allah klu ade fikrah yang saya nak kongsi selepas ni, saya akan kongsikan di sini. Cerpen-cerpen saya pun i.allah akan menyusul di sini dan di website ikram wm sendiri. Just perlukan sedikit masa di sini memandangkan saya kena recover balik semua fail yang hilang sebab laptop yg saya guna rosak.
Namun memandangkan saya sedang ke arah menulis secara serius, ada post2 selepas ini yang saya akan letakkan password. Afwan. Perkara ni penting as saya tak mahu post-post saya di sini disalaherti atau disalahgunakan sekali lagi. It is hard to rebuild trust after you lost it once.
Saya sharekan sikit bacaan saya sepanjang summer ini yang membantu mempertahankan cebisan iman yang tinggal sedikit cuma di awal-awal cuti summer tempoh hari..Alhamdulillah, memetik kata-kata wardina safiyyah dalam ini kisahku: kalau kita nak berubah, Allah akan tolong kita. Saya sangka saya dah tertewas bila saya ckp sye dah give up tapi Allah hantarkan juga lambakan jalan dan barisan Harun untuk membantu saya masya-Allah.
"Seseorang yang menganut islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan bahawa ketika mana dia mula menganut islam, dia telah memulakan zaman baru dalam hidupnya. Terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyyah dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaanya yang dahulu atau kalau dia merasa lemah dari menjalankan tugas dan kewajipan keislamannya sesuatu ketika, nescaya dia merasa bersalah dan berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran."
-Petunjuk Sepanjang Jalan, As Syahid Syed Qutb
Seminggu sebelum eid fitr Allah hadirkan kesempatan untuk bertemu dengan naqibah msia kami, alhamdulillah wlupun dua jam habis taaruf dan setengah jam je dpt pengisian..tp setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya bagaikan mutiara buat saya. [ye la, dh lama xdpt usrah]
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam; dan pada akhir malam mereka memohon ampunan kepada Allah dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta. dan orang miskin yang tidak meminta." (51:15-19)
Huraian kak fira yg saya masih igt: qiam dan sedekah itu biasa kita buat kala ramadhan namun istiqamahkah kita selepasnya?
saya suka quote yang di akhir malam means selalunya di hujung2 waktu sahur...kita memohon ampunan pada Allah...x tau nak describe macamana tp rse mcm ade satu perasaan dalam hati yang meronta-ronta supaya malam sampai cepat supaya saya boleh bercinta dengan Allah masa tu. Huhu..
Alhamdulillah3x...pemikiran baru yang saya peroleh byk menyumbang kepada pembinaan diri saya hari ini. Byk motivate saya untuk do care of what you did for Allah. =]
Tu sahaja i.allah..a couple of days before balik UK..do pray for me k,
1105pm
johor, Malaysia.
0 comments:
Post a Comment