Awan cerlang, putih berarak
Rimbun bunga bertaman di hati
Jauh kasih kutatang pulang
Moga tak tiris si gelandangan.
Satu hari seorang ukht bertanya,
"Hanya satu ayat Alquran yang terlintas: Sesungguhnya kamu diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Itulah murabbi. Dia datang membawa kita keluar dari sudut yang gelap..memimpin ke arah cahaya. Dia memberikan kehidupan."
Kita tahu Allah itu ada..Dia wujud. Kita solat dan puasa sebab itu suruhan-Nya.Fullstop. Kita tidak kenal lebih dari itu. Mungkin ada yang mengkhabarkan Allah itu begini, Allah itu begitu tetapi ianya sekadar teori tanpa rasa. Namun dengan hadirnya murabbi, hakikat itu menjadi lebih sempurna. Membawa khabar gembira: Allah sedang menanti kita untuk mengenalinya dan mencintainya. Dia berikan rasa di hati kita, mencampak 'hidup' pada hati yang disangka sudah mati dan tak punya harapan. Sang murabbi penuh dengan rasa belas pada kita yang terkapai-kapai dalam kegelapan hidup. Mungkin tidak terjebak dalam kemaksiatan namun hidup hanya dengan mengejar dunia tanpa tahu erti hidup sebenar dan menjadikan solat dan Allah sebagai sokongan kepada cita-cita dunia lebih melukakan hati sang murabbi. Lantas, atas dasar belas itulah dia hadir menghulur tangan membawa kita keluar dari selut dan lumpur jahiliyyah. Dari tidak memandang masa depan kepada orang yang bertani untuk sebuah kebun di sana. Dia adalah real figure di hadapan kita, seorang manusia yang hidup berpaksikan keimanan dan dia juga mahu kita termasuk dalam lingkungan para pencari tuhan. Seorang manusia yang menjadikan dunia tunduk padanya. Dia berikan bukti dan contoh dari kehidupannya sendiri bahawa sememangnya hidup dalam keredhaan Allah itu sangat bermakna, mengusik hati kecil ini untuk turut serta dalam pengembaraan.
Dia seorang kawan
Masih adakah seorang kawan yang tidak pernah gagal menemani kita dalam suka mahupun duka? Masih adakah seorang kawan yang bilamana kita ucapkan, "Saya tengah sedih", Dia muncul memberikan kekuatan? Kekuatan yang bukan miliknya tetapi milik Allah yang menumpang sekejap padanya. Yang kita tak tahupun sebenarnya dia juga sangat membutuhkan kekuatan tersebut namun tetap diberikan pada kita? Masih adakah seorang kawan yang saat kita terdetik mahu menegurnya di YM mahupun skype dia pantas membalasnya sedangkan sebenarnya tanpa kita tahu waktu itu dia diulit kesibukan sementelah terlupa untuk meletakkan status invisible ataupun offline? Kita galak bercerita dan dia tersenyum melayani.
Dialah murabbi.
Seorang ukht yang tidak pernah lekang senyum di bibirnya pernah mengeluarkan satu ayat yang sangat menggetarkan.
"Kalau ikutkan tiap-tiap malam dah tak larat nak senyum. Tetapi kalau itu yang Allah redha..."
Dialah murabbi.
Dia mengenal kita
Tafahum jiddan awi-awi. Triple XL sangat faham tentang kita. Ceritalah apa sahaja, dia pasti mampu menambahnya. Sama ada membetulkan kesilapan penceritaan kita mahupun manambahbaikkan ia. Ibaratnya dia seorang doktor bedah dan kita pesakitnya. Dia sangat faham anatomi kita dan bahagian mana dari kita yang perlu diubati. Bahagian mana yang perlukan rawatan dan penyembuhan.
"Murabbi itu apabila ditanya tentang mutarabbinya dia mampu memberikan jawapan apakah yang sedang diperbuat oleh mutarabbinya saat itu."
Dialah murabbi.
Dia qudwah
Dia mengajar kita erti hidup untuk memberi. Kita mereguk panduan untuk menjadi pencari dan pelukis cahaya daripada kehidupannya. Setiap inci kehidupan kita selepas itu majornya di bawah sedar adalah asuhan dan acuan dari dia. Gaya fikir dan gaya bertindak dialah yang menempanya. Dialah uswah dalam kehidupan seharian kita. Dalam menggerakkan dakwah ini dialah ustazah kita, tempat rujukan kita.
Seorang murabbi yang sangat saya cintai sehinggakan pernah berkata,
"Jangan ikut kalau saya buat salah, amalkan kalau apa yang saya buat tu betul"-bukan ayat sebenar tetapi maksudnya tetap sama. Kerana dia faham dia adalah qudwah kepada saya yang memandangnya sebagai murabbi lantas itulah pesannya. Agar hanya uswah hasanah yang dia tunjukkan sahaja yang menjadi agen pembentuk diri ini.
Dialah murabbi.
Dia berkorban
Sang murabbi itu apabila ada sahaja perkara yang melibatkan mutarabbinya, dialah orang yang paling terkehadapan. Menghulur duit saat mutarabbinya memerlukan, mencantas masa untuk ke rumah mutarabbinya yang bukannya berjarak sepuluh langkah ataupun sehingga kekeringan keringat membuat itu ini untuk memenuhi keperluan mutarabbinya.
Kunjungan ke sebuah rumah murabbi benar-benar membuatkan hati ini terasa ingin menangis. Dalam keadaan sarat mengandung ( a week before expected due date) bermacam jenis lauk-pauk terhidang di atas meja. Hanya untuk kami, mutarabbinya yang datang dari jauh. Malah dalam kedinginan pagi dia bangkit untuk memberikan pengisian sehingga tidak berkesempatan bertemu dengan zaujnya yang ingin keluar bekerja. Senyumnya menawan hati membuatkan kami jatuh hati pada pengorbanannya. Apatah lagi mendengar cerita kalau bukan kerana dia hampir melahirkan, dia yang akan turun ke rumah anak-anak bulatan gembiranya saban minggu.
Dialah murabbi.
Di jalan tarbiyah ini, saya bertemu dengan ramai murabbi seperti ini. Pertemuan-pertemuan yang menafikan kenyataan bahawasanya sudah tidak ada lagi manusia sebaik ini. Ternyata Allah benar-benar menghadirkan mereka sebagai rahmat kepada alam ini. Hari ini, mereka jauh namun mereka tetap di hati.
"Seharusnya awak bersyukur disantuni oleh murabbi yang sangat hebat, maka bila mereka pergi, giliran awak menyantuni mutarabbi awak."
Wallahualam.
Pupus cinta ku kegelapan
Tiada terduga terbaja semula.
2245 @ Zhilal
-Rindu pada murabbi yang seorang
Murabbi muda
Moga redha Allah tercapai
0 comments:
Post a Comment