Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Belajar dari pen'df' kita

Sunday, 6 May 2012

Bismillah.

Haih, dah lama x tulis sesuatu kan..selalunya kalau tulispun satu dua rangkap puisi yang tunggang langgang bahasanya..hehehe .

Atas bermacam faktor, hari ni teringin sgt nak cerita what i've been through as a fresher yg dapat tarbiyyah kat UK. But, before kita masuk part2 seawal sebelum saya fly dulu, terasa nak cerita gak pasal tiga orang ni. Tiga orang yang dihormati, disayangi dan dithiqahi insyaAllah.

First, dia co-naqibah saya yang pertama. Kakak X. Mula-mula dia steady and slow je tp ada satu scene tu yang buat saya fikir kenapa akk ni sibuk sgt nak saya pergi usrah.

Ada satu masa tu, saya rebel and tak nak pergi usrah. lepas tu xde pape pun yang berlaku antara saya dengan dia tapi nak dijadikan cerita saya dapat berita dari kawan saya yang kakak X sgt marah sebenarnya sampai dia tolak untuk jadi imam disebabkan perasaan yang membebani dia waktu tu. Fuhh, saya nampak relax je waktu dgr cerita ni tp dlm hati terpegun jgk. Hebat sgt ke usrah ni smpi dia marah kalau disia-siakan and xnk pergi? and saya terus call dia malam tu. and jadilah bibit-bibit tarbiyah saya oleh dia. Lepas tu saya terus jadi senang dengan dia...suka tanya dia bila tak faham tentang daurah etc...sampai org kata hubungan kami ni dah x sihat sbb sy asyik nk berkepit dgn dia je. mula-mula tu sy x percaya tp bila naik second year and dia ada anak usrah baru...bang!!! ok, saya koyak..

kita rasa ok, tp kakak2 yang dh ada byk pengalaman nampak lebih besar dari tu. alhamdulillah menggunakan pelbagai cara dan teknologi, we both dpt melalui pembersihan hati. susah nak hilangkan rasa jeles pd anak2 usrah dia yang baru tu..orang yang pernah melaluinya je yang tahu. and it does teach me and make me realize: saya pergi usrah sbb syg naqibah atau syg pada Allah? (in fact, sekarang pun jeles lagi tp dipagari iman i.Allah!! (tunjuk otot lengan: kuat!!)

Alhamdulillah setiap pengakhiran yang Allah berikan pada kita did have its own hikmah kan? kalau tak mungkin sekarang ni saya masih x fhm kenapa saya pergi usrah etc...

Lebih kurang sebulan yang lepas, kakak X selamat menamatkan zaman akhawat.. (eh, maksud saya zaman wanita bergaya)  i.Allah kakak X still akhawat lagi..heee...tempoh hari, hari lahir dia.. egokah saya untuk tak wish...heee, bukan sengaja tp cukuplah saya mendoakan dia dan zaujnya.

jzkk akak....sebab menyerikan zaman kanak-kanak saya. alhamdulillah for your present and saya wish barakallah on your birthday and marriage kat sini je lah ea.

Then comes a person yang sgt jauh dari tempat saya belajar. Kakak Y. Satu grup dengan saya waktu PMS(Perhimpunan Musim Sejuk). Mula-mula tu saya tak beri perhatian sangat pada dia sebab dia jenis cool and sweet dalam diam. Mungkin waktu tu baru kenal so kemanisan dia tak mencair lagi..hehe. satu hari tu masa orang tgh solat, saya duduk kat luar, kat booth-booth org jual buku. Tiba2 dia pun datang join sekali. Saya cakaplah kat dia dan beberapa orang kawan saya.

"Cuba tgk buku ni. " saya tunjuk pada buku Fikah Luar Negara.

"cuba tambah 'di 'antara fikah and luar. Jadilah cerita Fikah di luar negara." Saya tersengih sambil cuba mem'promote lagi.

"popular gak saya ni sampai ada orang nak tulis pasal kehidupan saya kat luar negara."

He..waktu ni, dia gelak. Ini adalah gelak pertama dari dia yang saya ingat. sebab apa? sebab saya dapat rasa yang dia sememangnya terhibur dengan keletah saya. i can felt her heart! the gaps narrowed down!

malam terakhir kat PMS, ada seorang kakak announce nama saya sbb dpt dedication. saya terkejut gak sebab  nak kata naqibah bagi, naqibah saya sorang kat msia sorang lagi tgh jaulah mesir. nak kata kakak-kakak kawasan yang bagi dah dapat dah malam sebelumnya. kakak fasi? mungkin ya...

Tapi rupa-rupanya kakak Y yang bagi...heeeeee~~

"Untuk Afiqah: adik Birm"

Itu pertemuan pertama kami. Lepas tu x expect pun yang dia akan add saya kat YM, facebook etc. Pastu selalu usha2 and tegur saya. Tak lengkap tanpa share ayat tadabbur dia waktu usrah atau waktu dia tadabbur dgn housemates dia.

Ditakdirkan rezeki Allah nak bagi, semua program yang saya pergi waktu first year semuanya satu group ngan dia... Its destiny eyh? Hint tu! Jadilah saya objek df dan dakwah kakak ni. yela, hubungan yang rapat tu tak bermaknalah kalau tak disimbahi dengan cahaya iman kan?

saya sgt2 bersyukur sebenarnya dgn laluan tarbyah yang Allah ciptakan utk saya ni sebab kalau tak ada org yang keep asking me about iman saya and keep sharing dgn saya..keep support saya waktu saya down and terasa nak mengfuturkan diri....saya mungkin xkan mampu pun berada di tahap sekarang ni..lebih-lebih lagi waktu waktu awal kita masuk usrah kan....x kuat lagi and x fhm byk pun lg and sgt perlukan support...huu.sobssssss

and then time goes by. Februari tempoh hari, dia pulang ke msia...tiba masa untuk dia menggegarkan dakwah di msia pulak. waktu ni sayu sgt.... dia ada kat heathrow saya pulak ada je kat London tp tgh konferens riang. sedihlah....

saya ingat mungkin dah tiba masanya dia go on and df org baru pulak. so, sy usha2 je la fb dia..nk tahu khabar etc..x tegur pun cuma mengikuti perkembangan dia dr jauh je..tp sy igt pesan dia waktu saya cerita kat dia.

"awak, kena keep contact dgn akak. you are special.."

and ada sambungan sikit..x mau tulis sbb tak nak bagi org muntah. hee..

thats one dari seberang laut. jzzk sis for your company sepanjang berkelana di UK ni..

The last one yang saya nak cerita is kakak yang tiba-tiba masuk line waktu summer first year. heeee..kakak Z. mungkinlah dia ambil kesempatan waktu saya ditinggalkan berseorangan kat KIBAR (semua org2 Birm balik sbb x blh stay lama sbb waktu ni Kibar lama. 9 hari kalau tak silap. dua org je tinggal termasuk kakak Z) Alhamdulillah, Allah buat jalan ni untuk saya utk bagi sya mingle dengan org lain. Sampai kakak Z ni senang masuk jarum.

Rancak sungguh kakak Z ni mendf sya lebih-lebih lagi waktu sy second year. Well, some people might be thinking i'm lucky but they never know how much i'm hurt bila org ckp kakak Z dont deserve to df me as there are other people worth her df. Huuuuuu..sob..sob...sob..hangpa x tau aku asyik kena marah jek!!!!

Hurmm, yeah, sebabkan kita baru nak bergerak, sgt byk sebenarnya dpt belajar dari kakak Z. sebab dia tak ajar kita  and shape kita macam cikgu sekolah mengajar kita kat depan kelas tulis tulis kat whiteboard or ppt. tapi, saya timba ilmu and mengaut mutiara dari dia melalui apa yang saya tgk pada dia. cara dia deal dengan mad'u dia. cara dia df orang melalui fon, cara dia balas emel and cara dia tajmik orang baru. In fact, dia mungkin x sedar dia sedang mengajar kita tapi but kata orang..orang tua2 ni byk hikmah. dia ckp benda simple tapi nilainya macam emas. (mntk maaf kakak Z sbb describe anda sebagai tua..hoho)

Sgt2 bersyukur sebab dgn kesabaran dia, saya dah besar, kuat dan gagah perkasa sekarang..(ye ke? huhuhu) Alhamdulllah setelah setahun medapat tarbiyah direct dari dia, tiba masa jugak dia meninggalkan saya. Yela, orang beriman kan bertemu dan berpisah kerana Allah. No harm. I'm big girl. Its not a big deal. (mcm lagu Big Big Girl..heeeee).

Jzkk kakak Z for the time you spent with me..Banyak pahala akk mujahadah nak melayan saya..heee..

Apa manfaatnya saya cerita semua ni?


1) saya nak cakap kat antunna semua betapa luas and banyaknya cara nak df org sebenarnya. Ketiga-tiga kakak kat atas ni df saya dengan cara yang berbeza. Sorang start dgn usrah, sorang start dgn teknologi (ym dan fb) sorang lagi start dengan jadi kawan saya dulu. Janganlah rigid dgn cara yang satu je. kalau kita di'df dgn mknn, kita df mutarabbi kita dgn mknn jgk. variety makes fun.. dakwah tu kan seni..ye tak?

2)saya nak cakap jugak jangan cepat putus asa. Hee, kalau nak kata saya ni cepat grab tarbiyah stuff...sgtlah tak sebenarnya. kakak2 ni yang x jemu-jemu and bersabar dengan saya. in fact, saya sgtlah x suka waktu kakak Y nak share ayat quran dgn saya. maksudnya quran x hidup dlm hati sy lagi waktu tu. tapi nak cakap yang every time dia share, semuanya touched my heart. and bila sy cerita kat dia tahu ke dia ckp apa?

"waktu tu akk cerita kat awak bukan sebab akk nak awak dpt point2 yang akk nak sampaikan tapi sebab akk nak share betapa bestnya ayat ni pada akk." (modify sikit heee)..yup, dia buat saya wonder and jeles bila dia rasa quran tu best company utk dia tp bukan utk sy lagi waktu tu.

nak cakapnya, dia ingatkan saya kita share dgn org bukan sebab kita nak orang tu dpt point yang kita nak sampaikan tapi kita nak bagitahu kemanisan rasa yang bertakhta dlm hati kita. Itulah yang menyentuh hati sebenarnya. sebab kongsi rasa bukan kongsi ilmu.

3) lastly, bila kita berkawan rapat dengan beberapa kakak, janganlah take it for granted. kita nak dia manjakan kita je tapi kita tak belajar apa-apa pun dari dia.. Pastu bila tiba nak df adik kita kita tak reti. end up, kita suruh kakak yg df kita yang tolong df adik kita. nah, itulah yang x worth, ye tak? pesan naqibah saya, bykkan muayasyah dgn org lain and give chance to people yang sebelum ni mungkin pernah mengecewakan kita..semua orang sedang belajar. skill df mungkin born-skill untuk beberapa org tp ada rmi jgk org yang asah skill df melalui pengalaman dan hikmah.

Hurmmm, cukup panjanglah kotnye ye...
btw, sy cerita tiga je sbb nk bagi contoh lain2. bukan nak diskriminasi kakak2 lain yang dah banyak tolong saya jgk. heheh...lagipun i.Allah nama2 antunna berada dlm hati saya..best kan bila org tu tak pernah mention pun pasal kita tp dia selalu mendoakan kita.. InsyaAllah sis..:')

Wallahualam..
doakan final year saya.;)

2003pm
Zhilal
Dengarlah dunia
Aku akan menggenggammu 
Biar jadi abu yang terbang disapa angin
Engkau akan tertewas
paradigma tangan ukhrawiku.














0 comments:

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.