[PUISI] Hujan
selama hayatku memakmurkan hidupmu
menjadikan bumi ini kesenangan untukmu
tiadalah sebabnya kerana aku cinta
kecuali datangnya amanah ini dari tuhanku
betul, tuhanmu jua!
tidak aku mahu berlawan dengan bahtera
mengulang sejarah Nuh
jangan kazabkan aku.
andai perintah tuhanku harus kupatuh
sedang aku juga tak ingin
hanya amanah dari langit.
aku cintakan kamu manusia
aku ingin membasuh pergi dosamu
aku ingin mengusap pergi sedihmu
aku ingin mengkhabarkan ampunan Tuhan untukmu
maafkan aku manusia
sedang aku tak mampu menghiburkanmu
sedang aku tak mampu memenuhi impianmu
sedang aku menyalahi sangkaanmu
sedang aku merusak kepercayaanmu
sedang aku ingin
sedangkan aku sudah merancang
hanya tinggal khilafku
khilafku yang terputus hubungan dengan tuhanku
benar, tuhanu jua...
zhilal
1306 pm
if i'm about to fail, there is no one to blame but myself. My faith and my connection to Him should be recount.
0 comments:
Post a Comment