Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen] iSpeaks: Kisah Kay Part 2

Tuesday, 1 January 2013



Bismillah.
Sila baca dan jangan muntah. huhu. jzkk.

Treet Treet Treet

Henfon bergetar, satu mesej facebook masuk buat Kay sengih. Gambar patung Bashbooka di skrin komputer mengundang bahagia. Mimy hantar gambar buah tangan yang dibelinya untuk Kay. Patung yang paling besar sekali patung lelaki bersut hitam dan kemeja putih ala-ala pakaian pengantin lelaki di barat. Dalamnya ada patung pengantin perempuan. Dalamnya lagi ada dua patung kanak-kanak; satu lelaki satu perempuan.

Mimy tulis,

Yang besar itu awak yang melindungi patung yang di dalamnya.
Yang kecil sedikit tu dilindungi oleh awak tetapi melindungi dua anak didalamnya

Pantas jari Kay membalas,

I would love to if we be a happy, muslim family. <3 i="i">

Dia baring atas katil. Henfon dibiar terbaring atas dada. Mana tahu Mimy nak balas dalam masa seminit dua lagi. Quran yang diletak di sebelah bantal menarik perhatian. Sementara tunggu, baik tengok-tengok sikit apa yang abang Ijam sampaikan minggu lepas. 

I am confident you can be a good leader to our future family.

Balasan Mimy buat Kay lagi berkobar untuk merealisasikan impian itu. Dia pantas menaip.

Minggu lepas my usrah cover tentang tarbiyah. Ijam told us about sepuluh muwasafat tarbiyah yang semua muslim patutnya acquire untuk capai kejayaan hidup dunia akhirat.

1. Akidah yang sejahtera. Maksudnya kita meletakkan segala-galanya kepada Allah. Kalau kita takut, kita cari Allah, kalau kita sakit, kita cari Allah. Zaman sekarang ada orang bawak anak dia pergi jumpa bomoh kalau sakit. Tu maksudnya tak sejahteralah akidah tu. Kira bottom line dia rukun iman kitalah. XD

2. Luas ilmu pengetahuan. Bukan setakat course yang kita belajar je tapi semua ilmu alam ni kalau boleh kita tahu serba sedikit. Naqib i cerita tentang seorang sahabat Rasulullah ni yang dia pergi belajar tujuh bahasa dalam masa seminggu je. Hebat kan?

3. Ibadah yang sahih. Naqib i cakap zaman sekarang ni ramai orang sibuk pertikai mazhab mana yang betul. Tapi time nak buatnya tak ramai nak buat pun. 

4. Sihat tubuh badan. Ni cam direct jugaklah kan. Rupa-rupanya sebab tulah kita ni orang-orang islam ramai yang lembik-lembik, tak berapa nak bijak. Asyik makan junk food je hari-hari. Malas bersenam pulak tuh. Memang lah kan. Ye tak?

5. Akhlak yang mantap. Kiranya attitude kita pada orang lain. Kalau nak berjaya, kia kena jagalah pergaulan kita, jangan buat orang rasa insulted dengan kita. Macam Rasulullah saw, semua orang rasa dialah orang yang Rasulullah sayang. Semua orang terpesona dengan akhlak baginda termasuk musuh. Naqib i kata, akhlak yang mantap tu senang, buat apa yang Quran suruh, itulah akhlak islamiah.

6. Mampu berdikari. Part ni best sebab bila duduk jauh dari rumah ni, i rasa i berdikarilah jugak. Masak pandai, basuh baju pandai. Tak bergantung kat mak sangat. You ni mesti bangga dapat suami cam i nanti. Haha.

Kay tarik nafas. Dia senyum membaca tulisannya sendiri. Buku nota usrah dikerling. Tak semua yang Ijam cakap dia tulis. Hanya serba-serbi yang dia rasa dekat di hati dan dapat dicerna kefahamannya barulah dicatat.

6. Bermanfaat pada orang lain. Yang ni konfem-konfem you terbayang i tolong you basuh pinggan and masak untuk you kan? Lebih kurang camtulah naqib i cakap. Sekarang ni pun kalau i tengok dapur rumah i cam bersepah, i tolong-tolong ringankan tulang kemas. Kalau mak i tahu ni, tersedak agaknya. Anak bujang dia basuh pinggan. Ohoi!

7. Tersusun urusannya. Part ni memang hentak kepala gak. Patutlah kan. Kita ni selalu buat kerja last minute. Patut susah nak berjaya. Haha. Allah ni tahu je kan kita ni camna. Bak kata naqib i tulah. Dah Allah yang cipta kita, of courselah dia tahu kita punya perangai camna.

8. Menjaga masa. Ni kira associate jugaklah dengan yaang tadi. Dah pandai susun urusan kena take note on masa lah kan. Ni termasuk gak bab-bab menepati masa, datang kelas awal. You kalau tak turn up skype kalau dah janji dengan i, kira tak menjaga masalah tu. Haha. XD

Kay tarik nafas. Buku nota dibelek-belek lagi.

10. Melawan nafsu diri. Hebat mana pun kita kalau tak dapat menjadi raja pada nafsu kita, tak guna jugaklah. Sebab naqib i cakap kerana nafsu, muwasafat tarbiyah kita yang lain boleh terkorban.Nafsu ni you pun tahu kan, nafsu shopping, nafsu makan, nafsu pada yang lain jantina..

Jari Kay terhenti tiba-tiba. Ayat terakhir yang ditaip ditatap lama. Perlahan  butang send ditekan namun matanya masih tak beralih dari tulisan terakhirnya. Nafsu pada yang lain jantina. Dia rasa ada bilah pisau sedang menikam di ulu hati. Kay pejam mata.

i’m proud of you. 

Kay kecilkan mata. Balasan Mimy pendek, bentuk penghargaan namun bibirnya kaku tak tersenyum. 

bersambung...

[Cerpen] iSpeaks: Kisah Kay Part 1

Sunday, 16 December 2012



Bismillah.

iSpeaks hari ni bersambung ke cerita Kay. rasa nak muntah and geli-gelimen mungkin akan muncul. tapi, for me it is a reality...and it is a pain to get this story out of me. :)

iSpeaks: Kisah Kay Part 1 

Musim sejuk baru bermula. Tingkap bilik aku unik rekaannya sebab tempatnya di bumbung, bukan di dinding seperti selalu. Inilah istimewanya sebuah tingkap di bilik attic. Frost-frost sudah mula berkunjung dan setiap pagi bila aku buka mata, cermin kaku keputihan menyapa. Indah. Inilah bahagianya di negara empat musim. 

Sebelum bergerak lebih ke hadapan dengan cerita aku, perlulah aku perkenalkan diri. Nama aku Khairil Ezairy. Orang panggil Kay. Pelajar jurusan kejuruteraan University of Birmingham di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kira untunglah kan sebab balik-balik Malaysia nanti, kerusi pensyarah matrikulasi dah menanti.  Teman serumah ada lima. Kami duduk di Dale Road, dua tiga minit je dari pintu masuk univeresiti.

Kalau aku cakap aku lelaki yang kacak bergaya, ada janggut sejemput dan kulit muka yang bersih...soalan pertama yang terlintas kat fikiran orang yang baca description ni ialah “dah ada makwe belum?” betul tak? Eh, ke aku yang perasan. Haha.

Ye, kekasih hati aku belajar medic di Russia. University of Volgograd tajaan Mara. Beberapa hari lepas, kami tukar-tukar gambar. Gambar dia dalam sweater tebal berbulu berlatarbelakangkan salji putih menggebu. Memandangkan United Kingdom belum turun salji lagi, aku kirim gambar aku yang tengah posing sebelah kereta Huzaifah, housemate aku yang diselaputi frost. Fair enough!

“Kay, Abang Ijam dah sampai!” Suara Hasim melaung dari tingkat bawah menyentak kerancakan jari Kay di atas papan kekunci komputer. Dia mengeluh perlahan. Baru nak syok cerita cintan cintun pasal Mimy kat blog. First post memang banyak betul nak cerita sebab nak perkenalkan diri pada pembaca. Mungkin kena susun plot betul-betul barulah sedap nak menulis.

Kay bangun lantas menggeliat. Dia capai AlQuran dan kopiah putih di atas rak buku. Kaki melangkah turun tangga. Hari jumaat pukul 8 malam rutin mingguan; usrah.

bersambung...XD

Apple application: I Am Muslim

Monday, 12 November 2012

Bismillah.

Ehem ehem (testing2)

Introducing to you....ipad application yang buat saya tersenyum setiap kali membeleknya,



Apa yang best?

Seronoknya apps ni ialah ia adalah sebuah MAJALAH apps ala-ala majalah Anis kat Malaysia. Contentnya sangat MUDAH dan SERONOK dibaca.

Saya senaraikan 2 column yang masyuk amat pasal apps ni.

Asma ul Husna

Kalau buku asma Allah yang korang beli kat Coventry road tu cam dah best sebab siap compilekan ayat-ayat quran and hadith related to the names, column Asma Allah dalam majalah ni LAGI BEST sbb dia akan listkan jugak tentang kejadian-kejadian yang berlaku disebabkan sifat Allah tu. Contohnya nama yang dikupas dalam isu Ogos ialah Arrahman, So, kejadian yang dikaitkan dengan ArRahman ialah Turunnya hujan dan salji, anjing dan kucing menyusukan anak dan perubahan musim.

Lepas tuh, ada satu kotak didedicated untuk term-term yang related to the concept of nama Allah tu. Contohnya untuk Arrahman, ada  SEBELAS term yang disenaraikan iaitu
-compassion
-Mercy
-Justice
-Tolerance
-lagi tujuh tengok sendiri ...hehe

Next thing yang best pasal column ni ialah POEM! Well, untuk orang macam saya, saya rasa seronok and feel enthusiastic lah tp kalau orang yang x suka poem mungkin rasa biasa-biasa je. Tp, poem-poem yang ada sangat direct and buat kita sangat JATUH CINTA pada Sang Pemilik Nama! For instance,

O Allah!
You are The Merciful One
You give in abundance
You send rain from the skies
With your beautiful name Rahman
send rain to our country
each drop brought by an angel....


Mirror mirror in the wall 

I really love this one sebab it is some kind of game yang buat kita muhasabah. Jawab beberapa soalan and then bila dapat result dia akan bagitahu berapa banyak score kita. Contohnya kalau bab sabar, dia akan tnya apa yang kita nak buat dalam beberapa condition and bagi score berdasarkan pilihan jawapan kita. 

yang menariknya bila instead of labelling kita ni kurang sabar, tak sabar or sangat penyabar orangnya, feedback yang dia bagi ialah CAMANA NAK NAIKKAN LEVEL KITA ke tahap yang paling best,

no harm, no pain, no shame sebab kita buat sorang-sorang dalam bilik dalam duvet so kalau dapat score terendah kita je pun tau. a bit of fun way tuk muhasabah sebelum tidur..

Lagipun, LEBIH BAIK daripada jawab aktiviti yang lebih kurang sama macam ni dalam majalah Remaja, ye tak?


So, there is about two columns in this magazine apps. Ada banyak lagi columns yang best psl apps ni for example, 1) Zahid and Zaki comic, 2) The encyclopedia of the Quran, 3) Rasulullah saw and many more..
It is such a joy to explore the pages in the magazine.

Well, mungkin kakak besar (dan garang) akan kata apps ni hanya sesuai untuk sort of me only based on personality (yg manja but constantly maturing) however i am introducing to you something that are more beneficial than angry birds, scramble or even instagram. (double jerk)

i gave this apps million million star. :)



2109
Nottingham,UK

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.