Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Yang Dilindungi....

Sunday, 18 April 2010

Salam....

Dah lama sye x posting kan..Hehe..sye bru je blk dr cuti yg panjang merentasI England...huhuhu...

Dan,ada sesuatu sepanjang perjalanan sye yg menganggu fikiran sye..which is setiap kali sye naik train...Setiap kali naik train,sye akan teringt pada satu pasangan anak dan ayah yg pernah duduk di sebelah sye x berapa lama dulu.Mereka sangat rapat dan mesra malah si ayah melayan anaknya seperti menatang minyak yg penuh.Sepanjang perjalanan,sye xlepas memerhatikan gelagat mereka.Saat itu,kerinduan pada ayah sye semakin membuak-buak.Malah setiap kali naik train...setiap kali teringat pada mereka...sye jadi rindu pada insan bergelar ayah...lebih2 lagi minggu depan adalah hari lahirnya yang ke-56...

Tapi,sye bukanlah nak cerita pasal ayah sye...huhu..Cerita yg sye nak share berkisar dengan kisah seorang sahabat Rasullullah S.A.W..: Salim Mawla Abu Hudayfah.

I.Allah semua orang at least pernah dengar nama sahabat ini.Beliau merupakan salah seorang antara 4 sahabat yg disebut Rasullullah supaya belajar Alquran dengan mereka.Dan beliau juga merupakan salah seorang antara 2 umat islam pada masa itu yg bergelar anak angkat...(seorang lagi ialah Zaid ibn Harithah,anak angkat Rasullullah S.A.W)

“Panggillah mereka (anak angkat) dengan memakai nama bapak mereka;itulah yg adil di sisi Allah,dan jika kamu tidak mengetahui bapak mereka maka panggillah mereka saudara2 seagamamu dan maula2mu...” (alahzab:5)

Ketika ayat ini diturunkan Rasullullah segera menukar nama Zaid ibn Muhammad kepada Zaid ibn Harithah..sedangkan Salim pula tidak mengetahui siapa bapanya..Maka,beliau menggunakan istilah mawla yg bermaksud yg dilindungi...(hamba yg dimerdekakan dan dilindungi) dan menghubungkannnya dengan orang yg telah membebaskannya iaitu Abu Hudayfah.

Meskipun Salim dan Abu Hudayfah tidak mempunyai hubungan darah tapi pertalian yg wujud anatara mereka tidak ubah seperti satu keluarga....di mana ada Salim di situ ada Abu Hudayfah.Mereka memeluk islam bersama,memperjuangkan islam bersama2 malah mati pun bersama2...

Pada hari terakhir mereka bersama ialah pada suatu hari ketika dalam perang Yamamah,satu peperangan yg dahsyat yg tidak pernah ditempuhi oleh umat islam sebelum itu..Sebelum mulanya peperangan,Abu Hudayfah dan Salim saling berpelukan dan telah berjanji untuk syahid bersama2.

Abu Hudayfah berseru,”Wahai ahlul-Quran,hiasilah alquran dengan tindakan kalian.”Sambil berkata-kata,pedang Abu Hudayfah mencantas pantas memporak-perandakan pasukan Musailimah al- kazab.

Seruan Abu Hudayfah pantas di sambut Salim,”Seburuk-buruk alquran adalah diriku,jika kaum muslimin mendapat tentangan dari arahku.”

Tiba-tiba,sebilah pedang musuh menebas tangan kanannya yang sedang memegang panji kaum muslimin.Namun Salim segera meraih bendera tersebut dengan tangan kirinya sambil membaca firman Allah,

“Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi org2 bertakwa yg jumlahnya besar.Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah.Mereka tidak lesu dan tidak menyerah kepada musuh.Allah mencintai org2 yg sabar.” (3:146)

Firman Allah inilah yg mengiringi Salim sehingga beliau menemui ajalnya...sesuatu yg sangat sukar diterima oleh umat islam pada masa itu.Tenyata Salim ialah pahlawan islam yg sgt berharga sehinggakan Umar al-khattab berkata ketika saat kematiannya,

“Andai Salim masih hidup,dialah yg akan menggantikan aku sebagai khalifah...”

Dan dalam perang yang sama,Abu Hudayfah juga syahid..Malah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,Salim meminta agar dibaringkan di sebelah jasad Abu Hudayfah.Tapi Maha Suci Allah,tanpa meminta pun,Abu Hudayfah telah syahid betul2 di sebelahnya.....dengan izin Allah...

Setelah membca cerita ini...saya sendiri dapat merasakan nikmatnya bila kita berjuang bersama2 org yg kita kasihi malah mati di jalan-Nya bersama2....hope anda juga dapat merasakan nikmat itu bersama dengan org yg anda kasihi....namun,nikmat yang dirasakan Salim mungkin masih belum dpt sye rasai sebab masih ada org2 yg sye kasihi tertinggal di belakang..mungkin jugak sye sebenarnya yg tertinggal di belakang..huhuhu..waallahua’lam....

Whatever pun,saya tetap belum mahu mengaku kalah...suatu hari nanti atau bila2 masa sahaja,sye akan cuba kejar dan rasai nikmat itu.....i.Allah,tiada yg mustahil...(^_^)

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kamu dengan orang2 yg pernah kamu musuhi di antara mereka.Allah Maha Kuasa.Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.” (60:7)

“Sungguh org2 yg beriman dan mengerjakan kebaikan,kelak Allah yg maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang dalam hati mereka.” (19:96)

-sayang fillah

2 comments:

Anonymous said...

Subhanallah...speechless..huhu..^_^V..

Anonymous said...

salam..
penulisan awk meresap trus kedalam hati sy..
dakwah kita adalah dakwah kasih sayang ^_^

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget