Bismillah..salam
Alhamdulillah...
Beberapa hari dah berlalu setelah saya tersedar dari beberapa siri 'rebel'. Hmm...menjadi manusia yang bangun jatuh dan byk jatuh dari bgn kadang-kadang hanya disebabkan kita byk melayan perasaan. Kata-kata dari naqibah saya yang diakhiri dgn warning...lupakan perasaan...fokus pd study je...
Akhirnya sejauh mana saya lari, saya merajuk, saya rebel dengan apa yang Allah dah aturkan... saya tetap kembali pada Dia. Memenuhi ruang-ruang kosong dalam hati. Hanya dengan memecahkan ego di hadapan Allah barulah jalan keluar itu muncul di hadapan mata. Meskipun tak byk yang mampu diubah dengan apa yang dah berlalu, tapi pastinya ada sedikit ketenangan yang diperoleh.
"Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya,nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sesempit sempitnya, seolah-olah ia sedang naik ke langit dengan susah payahnya. Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang yang tidak beriman."
(6:125)
Begitukah rasa sesaknya dada bila ada yang menolong menyampaikan peringatan dari Allah tapi kita membantah untuk mendengar? Dan tak dapat dinafikan Allahlah yang menggerakkan hati ini untuk membaca ayat ini. Saya membacanya dengan dua perasaan..pertama, rasa terkesan sebab mungkin itu tandanya Allah sayangkan saya dan beri peringatan pada saya. Kedua, rasa takut sebab mungkin Allah sedang marah dan menujukan ayat ini pada saya.
Ha! Beberapa siri berseorangan memberi ruang berfikir. Dan, nyata kini dapat bernafas kembali...rasionalnya fikiran datang kembali untuk menyerap setiap kata-kata yang diberikan...dan menjadi yang memberi ketika diperlukan. Semua kerana tidak mahukan kemurkaan Allah dan hanya mahu Kasih sayangNya sahaja yang menemani hati.Insya-Allah..bukan mudah tapi perlu berhati-hati agar niat tak terpesong.
Allah yang maha pemurah, sedikit nikmat diberikan...penganjur pertandingan cerpen rupa-rupanya bukanlah tidak mahu menghubungi saya tetapi mereka kehilangan emel saya. Apabila keputusan rasmi diumumkan, lewat 5 hari dari tarikh di mana penganjur sepatutnya menghubungi pemenang, ahamdulillah saya tersenarai.
Khabar duka di SCUK pula rupa-rupanya taklah sekejam yang saya fikirkan. Sedikit sangka baik akhirnya membuatkan saya mengenali mereka berdua lebih lagi. Tatkala bertemu dengan mereka dua hari lepas, terbukti mereka pulang awal bukanlah sebab tidak cinta pada Allah dan islam.
Malu pada Allah. Dia hanya menahan sedikit sahaja perkara sebenar dari saya tapi saya boleh pula tak bersabar dan rebel..Haisy..how then I can become tanah yang subur yang akan memakmurkan bumi ni satu hari nanti? Astagfirullah.
"Tarbiyyah bukan segala-galanya..tetapi hendakkan segala-galanya adalah dengan tarbiyyah..."
Kata-kata Almarhum Syeikh Mustapa Masyur.
3 comments:
nice!thanks mengingatkn..ak pon mengalami mnde yg sme cm ko...mencri2 smgt utk trus bgkit..huhu
Salam..
Oc!!!..BE STRONG..MAY ALLAH GIVE U STRENGTH...
really miss u..(^_^)V
yeaayyyy~!thanks sahabat! miss u too~=)
Post a Comment