Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen] iSpeaks 2-sambungan

Thursday, 25 October 2012

Bismillah.

Banyak saya nak cerita tp belajar PGCE bukannya honeymooon even xde exam. I already feel tired with the classes. Bila tulis cerpen rasa dpt escaped kejap. huhu.



*****
            Dean menarik zip sleeping bag rapat, tak mahu haba panas keluar walau sedikit namun lama-kelamaan dia terasa semakin sejuk. Dia gosok mata sambil meraba-raba cermin matanya. 

            “Ugh, patutlah sejuk,” gumamnya perlahan. Hanya tinggal dia di dalam bilik Rudy. Rudy, Ijam dan Chaq dah hilang entah ke mana. Dia bangkit bila telinganya menangkap suara mendayu-dayu yang sedang membaca Alquran di bilik sebelah. Perlahan dia berjalan dan masuk ke bilik Ijam. Rudy dan Ijam sedang solat sementara suara mengaji tadi milik Chaq. No wonder. Suara Chaq memang sedap.

            Chaq itu kawannya waktu di Intec. Dia ambil fizik sementara Chaq ambil kimia. Mula-mula Chaq pun selalu ikut dia ke konsert tapi bila balik dari Malaysia hari tu, Chaq terus tak mahu. Lebih pelik lagi dia dah mula ikut liqa’ Ijam. Dean tak kisah. Chaq tak lupa kawan. Diorang selalu juga sembang di telefon. Ijam dan Rudy pula ambil arkitek di Birmingham City University.

            “Dean. Dah ambil wudu’? Baca quran dengan aku jom?” Chaq menegur. Dean sengih. Dia tak terasa nak turut serta. Tapi dia tak sampai hati nak berterus-terang pada Chaq.

            “Baca dulu. Aku tak basuh muka lagi.” Dean senyum segaris sebelum melangkah keluar bilik. Dia balik ke bilik Rudy dan balut tubuh dengan duvet Rudy. Samsung Galaxy S II dicapai. Malam semalam ada orang share youtube link Ultra Music Festival kat Miami March lepas yang dia tak sempat nak usha lagi.

            Baru sahaja dia tekan link youtube tersebut, Dean dengar suara Chaq mengaji bergema dengan dua suara lain. Mungkin Ijam dan Rudy turut serta. Dean rasa tak sedap. Kalau ikutkan hati dia nak abaikan je suara dari bilik sebelah dan fokus pada Kraftwerk di youtube tapi suara yang berbual perlahan menarik perhatian dia.

            “Dean tidur lagi ke?” Dean tak tahu Chaq angguk atau geleng sebab lepas tu dia dengar Rudy pula bercakap.

            “Biarlah dia tidur. Dia sedih lagi kot Chelsea kalah malam tadi.” Rudy tergelak perlahan. Serta-merta Dean teringat betapa kecewanya dia selepas perlawanan semalam sampai Ijam ajak makan Nandos pun dia tolak.

            A ticket next week might help.” Suara Ijam membuatkan keningnya terangkat. Next week? Next Chelsea match?
 
            Dean tak dengar apa-apa lepas tu melainkan suara Azan subuh dari komputer Rudy. Derap tapak kaki yang yang mengarah ke bilik Rudy membuatkan Dean kembali menyelinap ke dalam sleeping bag kepunyaannya dan pura-pura tidur.

            “Dean, sembahyang subuh jom?” 

*****
            Malam masih hidup waktu dia dan Jason menapak keluar dari LG Arena. Konsert ‘Once in a lifetime’ baru tamat. Penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak muda Birmingham kemungkinan besar akan menyambung parti di mana-mana tetapi Dean nak cepat-cepat sampai ke rumah. Dia tak tahan dengan kerenah Jason yang separuh sedar bahana minum arak-entah-apa-jenama sepanjang konsert tadi. Lumrah setiap minggu. Dia jadi mangsa sebab kena heret Jason balik. Dan setiap kali, bila sampai rumah Dean akan berlari ke sinki dapur. Dia muntah, loya dengan bau arak. Selalunya dia akan keluar rumah lepas tu dan tinggalkan Jason tersadai atas sofa ruang tamu dan pulang bila subuh tiba.

            Sepanjang perjalanan dari rumah mereka di 45 Hubert Road ke Selly Park, habis segela jenis tin atau botol minuman arak-entah-apa-jenama disepaknya kuat. Amuknya terluah di situ.  Dia geram dengan Jason yang ketagih arak. Dean tahu walaupun dirinya suka enjoy di konsert-konsert saban minggu dia tak pernah sentuh benda haram tu. Lebih-lebih lagi bila tengok kesannya pada Jason. 

            Dia menapak hampir ke 235 Hubert Road, rumah Ijam. Dia dongak ke atas. Lampu bilik Ijam menyala. Dean termangu. Qiam lagi ke? Dean menggigil sejuk. Dia teragak nak ketuk pintu rumah Ijam bila tengok jam pukul 3.30 pagi. Dia matikan hasrat dan nak terus berjalan ke Selly Park tapi pasu bunga yang menghalang langkahnya mengubah rencana.

            “Aduh!”
            “Dean, kau ke tu?” Lampu depan menyala. Ijam muncul di pintu. Dean sengih. Dia pasti perkataan aduh di pagi-pagi buta yang hening itu yang mengundang Ijam.

            “Awalnya bangun.”

            Jogging.”  Selamba Dean menjawab. Ijam nampak terkebil-kebil. Namun dia tak lupa nak mengajak Dean masuk.

Bersambung....

[Cerpen] iSpeaks 2

Sunday, 21 October 2012

Bismillah.

Kelakarnya bila tulis yang ni sebab tak sangka effect baca journal and buat assigment "tell your experience bla bla bla" membuatkan saya nak tulis the whole cerita ni dalam english. Setiap kali tuh macam kena delete and translate balik ke Malay. Fuh, very tough.

Like i said before, ispeaks means saya cakap. I am telling you my experience,  a bit about my life and my thoughts melalui watak-watak ciptaan saya.

Btw, people always complaint saya tulis panjang sangat. Fine, take it part by part then. :)

iSpeaks

Dunia Dean (part 1)




            Dean mencelah-celah di ruang yang sesak, cuba mencari wajah yang dikenali. LG arena Birmingham hari itu dibanjiri ribuan peminat Westlife. Semuanya mahu menyaksikan konsert jelajah band boy yang terkenal itu. Mungkin ada peminat perempuan yang berangan-angan ingin bersalam dan bergambar dengan mereka. Apatah lagi kemungkinan besar itu adalah konsert jelajah Westlife yang terakhir selepas mereka mengumumkan pembubaran kumpulan tersebut tahun lepas. Dean sengih. Dia ke situ bukan kerana minat yang mendalam terhadap Westlife tetapi hanya sekadar mengisi masa terluang bersama Jason di malam minggu. Kebetulan ada konsert Farewell Tour Westlife di Birmingham. Layan.

            “Dean!” Dean pusing ke kanan. Tak jumpa. Dia pusing ke kiri pula. Tak ada juga. Suara hingar-bingar di situ membuatkan dia sukar mencari susuk yang memanggil. Namun akhirnya dia menangkap wajah Jason di tengah-tengah orang ramai. Tanpa berlengah, Dean mengorak langkah. 

            “Dah lama sampai?” Jason sengih sambil angguk. Jason itu pelajar dari Singapura. Satu kuliah dengan dia. 

            “Tren sangkut tadi dekat Five Ways. Tu yang lambat tadi.” Tanpa ditanya Dean menerangkan keadaannya. Botol 7UP dicapai dari dalam beg sandang, berniat mahu menghilangkan penat dan dahaga. Jauh juga perjalanan dia ke situ. Dari tempat tinggalnya di Selly Oak, ambil tren ke Birmingham New Street. Lepas tu, ambil tren yang menuju ke London Euston untuk turun di stesen Birmingham International, stesen yang terdekat dengan LG arena itu. Berdiri sepanjang perjalanan sebab tren sesak. Tambah pula tren sangkut kat Five Ways. Menggigil kaki sebab tak makan malam lagi.

            “Nah, aku tau kau tak makan lagi.” Jason menghulur bungkusan Upper Crust yang masih panas.  Ada panini tuna . Dean senyum lebar.

            “Dengar cerita The Wanted jadi artis undangan.” Dean angkat kening.

            “Cool!” Panini tuna disuap ke mulut. Pentas yang disimbahi dengan lampu neon berwarna-warni jadi tumpuan. Dia senyum lebar bila Nick, Kian, Mark dan Shane muncul di pentas.

            When you’re looking like that-opening song.

***
            Video Youtube yang sedang memainkan konsert jelajah The Wanted di Shanghai ditutup. Rasanya dia perlu berehat kejap sementara tunggu pukul 9 malam untuk tengok football match Chelsea. Semua orang rasanya tahu rutin hidupnya yang bersilih ganti antara dua benda; bola dan konsert. Dia berdiri di atas kerusi belajar dan menghadap ke arah katil yang bersebelahan dengan meja belajarnya. Katil kembar dua bersalut cadar biru berlogo kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris yangterkenal, Chelsea menjadi fokus. Dean angkat kedua-dua tangan tegak ke atas kepala dan rapatkan dua-dua tapak tangan. Gayanya sudah macam atlet terjun yang sedang bersiap sedia nak buat terjunan stail somersault. Tarik nafas panjang.

            “Hiyarkk!” Dia selamat mendarat dalam keadaan kuak lentang meniarap tak jadi. Cermin mata diletak tepi. Mp3 di kepala katil dicapai. Sambil menyumbat telinga dengan earphone, tangan kanan memicit-micit butang biru mencari lagu yang berkenan. Fix You dari Coldplay jadi pilihan dan dia pejam mata. Layan lagu slow sikit sebab nak tidur.

            Baru nak pejam mata sikit, Samsung Galaxy S II bergegar. Dean ketap bibir. Kalau bukan urusan penting yang memang kalau tak tahu akan mengakibatkan kematian, sah orang yang call ni yang akan mati.

            “Dean, kau nak datang liqa’ malam ni? Kitorang plan nak tengok MU lawan Chelsea live. Pastuh kita tidur and bangun qiam.” Dean tarik muka. Suara Ijam tenang sahaja menyapa telinga namun sering buat hatinya serabut. Ijam bukan tak tahu yang dia tak pernah mahu hadir ke liqa’ yang dikendalikan Ijam tetapi masih lagi setiap minggu mengajak dia turut serta. Dan, Ijam selalu jugak bagi mesej-mesej ringkas tanya tentang khabar dan ziarah. Dean bukan tak tahu tu semua helah supaya Dean datang liqa’. Hari ni nak umpan guna Chelsea pulak ke?

            “Tak mahulah. Penat. Aku tengok highlights je nanti.”Mendatar suaranya. Sumpah bosan! Dah dua tahun kot. Takkan Ijam tak faham-faham.

            Are you sure? Sebab if Chelsea menang, budak-budak MU kena belanja tiket masuk untuk next match minggu depan. Tak datang tak included.” Dean senyap. Khabar Ijam memang menggoda tahap enaknya makan KFC hingga menjilat jari. Tiket masuk untuk setiap perlawanan Chelsea kat Stamford Bridge mahu mencecah ratusan pound. Yang kurang dari seratus pound memang ada tapi tempat duduknya kat kawasan penyokong pihak lawan dan betul-betul belakang tiang gol. Membazir. Silap-silap kena henyak dengan banner away fans. Double trouble

            You sure has to save a lot of money for this cause mine is going to win tonight,” separuh menggugut Dean menjawab. Terdengar tawa kecil Ijam menyambut di hujung talian.

            Only if you come.” Dean mendengus kecil. 

            I will.” 

            Dan tanpa sedar, dia dah capai beg sandang dan sleeping bag untuk pergi bermalam di rumah Ijam.

Bersambung...

 

Sayonara

Sunday, 14 October 2012

Bismillah.

Satu masa dahulu saya tinggalkan Misha Omar. Her videos, soundtracks and keratan-keratan surat khabar. Siapa yang kenal saya waktu sekolah dulu tahulah betapa kipas-susah-matinya saya pada Misha Omar dulu. hahaha, kind of funny bila teringat. 

It was hard but Allah made it easy by jadikan hati saya rasa xde pape bila dengar or tengok video klip dia. In fact, suatu masa dulu saya akan dengar carta era utk top 20 utk tgk2 mana tahu ada lagu misha omar ke. I would be happy lalalala back then. Balik summer hari tuh baru tahu top 20 dah xde and ganti dengan top 40. betul ea? dengar2 dari adik saya je nih..haha..alhamdulillah dah tak terasa pape dengan lagu-lagu melayu nih.

Then....satu lagi jahiliyyah muncul. gulp. Atsuko Maeda, ace of AKB48. Japan artist. mula-mula saya ok and tak mati sangat pun tinggalkan dia tp balik summer hari tuh dengar citer dia nak tarik diri dari grup tuh. tanpa disedari, saya mula browsing utk tahu cerita dia..huuu, nangis bila menyedari apa yang saya dah buat.

But apapun, kita harus menjadi lebih matang. Mari bertaubat and tinggalkan ia. Ye, baru sepuluh minit yang lepas saya delete history kat youtube tengok video klip dia. moga kekal keputusan ini.

Amin ya rabb.

I complained to my teacher Waki' about the weakness of my memory, So he advised me to abandon sin. And he informed me that knowledge is a light, And the light of Allah is not given to a sinner. - imam Shafi'i

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.