Kelakarnya bila tulis yang ni sebab tak sangka effect baca journal and buat assigment "tell your experience bla bla bla" membuatkan saya nak tulis the whole cerita ni dalam english. Setiap kali tuh macam kena delete and translate balik ke Malay. Fuh, very tough.
Like i said before, ispeaks means saya cakap. I am telling you my experience, a bit about my life and my thoughts melalui watak-watak ciptaan saya.
Btw, people always complaint saya tulis panjang sangat. Fine, take it part by part then. :)
iSpeaks
Dunia Dean (part 1)
Dean
mencelah-celah di ruang yang sesak, cuba mencari wajah yang dikenali. LG arena
Birmingham hari itu dibanjiri ribuan peminat Westlife. Semuanya mahu
menyaksikan konsert jelajah band boy yang terkenal itu. Mungkin ada peminat perempuan
yang berangan-angan ingin bersalam dan bergambar dengan mereka. Apatah lagi kemungkinan
besar itu adalah konsert jelajah Westlife yang terakhir selepas mereka
mengumumkan pembubaran kumpulan tersebut tahun lepas. Dean sengih. Dia ke situ
bukan kerana minat yang mendalam terhadap Westlife tetapi hanya sekadar mengisi
masa terluang bersama Jason di malam minggu. Kebetulan ada konsert Farewell
Tour Westlife di Birmingham. Layan.
“Dean!” Dean pusing ke kanan. Tak
jumpa. Dia pusing ke kiri pula. Tak ada juga. Suara hingar-bingar di situ
membuatkan dia sukar mencari susuk yang memanggil. Namun akhirnya dia menangkap
wajah Jason di tengah-tengah orang ramai. Tanpa berlengah, Dean mengorak
langkah.
“Dah lama sampai?” Jason sengih
sambil angguk. Jason itu pelajar dari Singapura. Satu kuliah dengan dia.
“Tren sangkut tadi dekat Five Ways.
Tu yang lambat tadi.” Tanpa ditanya Dean menerangkan keadaannya. Botol 7UP dicapai
dari dalam beg sandang, berniat mahu menghilangkan penat dan dahaga. Jauh juga
perjalanan dia ke situ. Dari tempat tinggalnya di Selly Oak, ambil tren ke
Birmingham New Street. Lepas tu, ambil tren yang menuju ke London Euston untuk
turun di stesen Birmingham International, stesen yang terdekat dengan LG arena
itu. Berdiri sepanjang perjalanan sebab tren sesak. Tambah pula tren sangkut
kat Five Ways. Menggigil kaki sebab tak makan malam lagi.
“Nah, aku tau kau tak makan lagi.”
Jason menghulur bungkusan Upper Crust yang masih panas. Ada panini tuna . Dean senyum lebar.
“Dengar cerita The Wanted jadi artis
undangan.” Dean angkat kening.
“Cool!” Panini tuna disuap ke mulut.
Pentas yang disimbahi dengan lampu neon berwarna-warni jadi tumpuan. Dia senyum
lebar bila Nick, Kian, Mark dan Shane muncul di pentas.
When you’re looking like
that-opening song.
***
Video Youtube yang sedang memainkan
konsert jelajah The Wanted di Shanghai ditutup. Rasanya dia perlu berehat kejap
sementara tunggu pukul 9 malam untuk tengok football
match Chelsea. Semua orang rasanya tahu rutin hidupnya yang bersilih ganti
antara dua benda; bola dan konsert. Dia berdiri di atas kerusi belajar dan
menghadap ke arah katil yang bersebelahan dengan meja belajarnya. Katil kembar
dua bersalut cadar biru berlogo kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris
yangterkenal, Chelsea menjadi fokus. Dean angkat kedua-dua tangan tegak ke atas
kepala dan rapatkan dua-dua tapak tangan. Gayanya sudah macam atlet terjun yang
sedang bersiap sedia nak buat terjunan stail somersault. Tarik nafas panjang.
“Hiyarkk!” Dia selamat mendarat
dalam keadaan kuak lentang meniarap tak jadi. Cermin mata diletak tepi. Mp3 di
kepala katil dicapai. Sambil menyumbat telinga dengan earphone, tangan kanan memicit-micit butang biru mencari lagu yang
berkenan. Fix You dari Coldplay jadi pilihan dan dia pejam mata. Layan lagu
slow sikit sebab nak tidur.
Baru nak pejam mata sikit, Samsung
Galaxy S II bergegar. Dean ketap bibir. Kalau bukan urusan penting yang memang
kalau tak tahu akan mengakibatkan kematian, sah orang yang call ni yang akan mati.
“Dean, kau nak datang liqa’ malam ni?
Kitorang plan nak tengok MU lawan Chelsea live.
Pastuh kita tidur and bangun qiam.” Dean tarik muka. Suara Ijam tenang sahaja
menyapa telinga namun sering buat hatinya serabut. Ijam bukan tak tahu yang dia
tak pernah mahu hadir ke liqa’ yang dikendalikan Ijam tetapi masih lagi setiap
minggu mengajak dia turut serta. Dan, Ijam selalu jugak bagi mesej-mesej
ringkas tanya tentang khabar dan ziarah. Dean bukan tak tahu tu semua helah supaya
Dean datang liqa’. Hari ni nak umpan guna Chelsea pulak ke?
“Tak mahulah. Penat. Aku tengok highlights je nanti.”Mendatar suaranya.
Sumpah bosan! Dah dua tahun kot. Takkan Ijam tak faham-faham.
“Are
you sure? Sebab if Chelsea
menang, budak-budak MU kena belanja tiket masuk untuk next match minggu depan. Tak datang tak included.” Dean senyap. Khabar Ijam memang menggoda tahap enaknya
makan KFC hingga menjilat jari. Tiket masuk untuk setiap perlawanan Chelsea kat
Stamford Bridge mahu mencecah ratusan pound. Yang kurang dari seratus pound
memang ada tapi tempat duduknya kat kawasan penyokong pihak lawan dan
betul-betul belakang tiang gol. Membazir. Silap-silap kena henyak dengan banner
away fans. Double trouble.
“You
sure has to save a lot of money for this cause mine is going to win tonight,”
separuh menggugut Dean menjawab. Terdengar tawa kecil Ijam menyambut di hujung
talian.
“Only
if you come.” Dean mendengus kecil.
“I
will.”
Dan tanpa sedar, dia dah capai beg
sandang dan sleeping bag untuk pergi
bermalam di rumah Ijam.
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment