Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen] iSpeaks- Dunia Dean Final

Sunday 28 October 2012

Bismillah.

Alhamdulillah masih bernafas dengan baiknya hari ni. (Nak tengok satu cerita tu pasal teenagers yang disable berkumpul untuk selamatkan dunia = sesiapa je mampu selamatkan dunia hari ni even jasad kita tak sempurna!) 

Lets finish kisah hidup Dean hari ni. Shall we? :D



*****
 
            Mug hot chocolate bertukar tangan. Dean hirup perlahan. Ijam ajak bersembang lepas mereka solat subuh berjemaah dan baca mathurat sama-sama. Dean rasa hatinya lapang. Doa rabitah yang Chaq baca pula hampir buat dia menangis. Kalau dia tahu dia boleh dapat perasaan tenang ni kat rumah Ijam, dah lama dia bertapa kat rumah Ijam setiap kali rasa tertekan dengan Jason yang mabuk lepas konsert.

            “Malam ni free tak? Aku ada tiket untuk kau.” Dean pandang tepat wajah Ijam. Dia teringat perbualan yang dia curi dengar minggu lepas. Malam ni Chelsea lawan Sunderland kat Stamford Bridge.

            “Kau serius ke Ijam? Chelsea bukan menang pun minggu lepas. Aku tak berhak kot dapat tiket percuma malam ni.” Jawapannya buat Ijam sengih lebar.

            I am dead serious.”

            Pukul 9 malam baru Dean faham apa maksud serius Ijam. Tiket yang Ijam beli bukan tiket Chelsea lawan Sunderland tapi tiket konsert jelajah Maher Zain dan Irfan Makki. Bukan kat Stamford Bridge tapi kat Manchester. Dean rasa nak mengamuk tetapi bila fikir balik salah dia juga sebab buat andaian sendiri pasal tiket tu. Apa pun, Dean rasa konsert tu syok juga. Ala-ala pop. Sesuai dengan jiwa dia jugalah kot. Cuma liriknya bukanlah pasal kehidupan atau cinta. Liriknya lebih pada ketuhanan. 

            Bila balik rumah Dean rasa dia dah dihantui dengan piano yang Maher Zain main. Boleh pula pukul 1 pagi dia buka you tube untuk tengok skill Maher Zain dalam video klip ‘I believe’. Pastu bersambung-sambung dengan layan video konsert jelajah Maher Zain kat Malaysia-Live with Maher Zain.

            Angau? Boleh la. Perasaan yang sama bile dia pertama kali dengar The Wanted-Chasing The Sun. Lagu Maher Zain yang dia paling suka ialah Open Your Eyes. Buat pertama kali dia terfikir nak melihat alam sekelilingnya macam dalam lirik lagu tu. Buat pertama kali dia terfikir hikmah penciptaan alam. Fuh, hebat juga penangan lagu ni. Dean baru perasan kesannya bila tahu-tahu je dah subuh.

*****
            “Apsal?” Muka Jason merah. Dean terdiam, tak menjawab. Dia serba-salah sebenarnya untuk menolak ajakan Jason malam itu. Sudah hampir dua minggu sebenarnya dia tak pergi melepak di LG arena atau O2 academy sama-sama dengan Jason. Malam itu Jason bising lagi bila dia tak mahu ikut.

            Assigment.” Dia cuba beri alasan. Dahi Jason berkerut. Dean nampak warna merah di wajah Jason bertambah. Dean tahu Jason bengang dengan alasan yang dia beri sebab mereka amik jurusan yang sama. Kerja Dean sama banyak dengan kerja Jason. Tetapi Dean tak tahu nak beri alasan lain.

            “Apa sahajalah Dean. I am mad but i don’t want it to spoil my concert night.” Noktah, Jason terus pergi. Dean senyap. Belakang tubuh Jason makin mengecil dan hilang bila dia belok ke Heeley Road.

            Dean senyum tawar dan balik ke biliknya. Laman social facebook dibuka. Hatinya melonjak suka bila melihat Ijam berkongsi link sebuah video klip terbaru A’ashiq ArRasul, kumpulan nasyid yang terkenal di UK. Sejak akhir-akhir ini dia banyak meneroka dunia nasyid, satu genre yang tidak pernah terlintas pun dalam fikirannya untuk dicuba. 

            Tak sangka mendengar nasyid pelbagai kumpulan dari pelbagai negara buat dia memikirkan banyak benda tentang dirinya dan kehidupannya. Selama ini tak pernah pun dia berfikir tentang alam hingga dia mendengar Open Your Eyes nyanyian Maher Zain . Tak pernah pun dia rasa obsess untuk masuk syurga sebelum dia dengar lagu A Land Called Paradise dari Kareem Salama. Tak pernah pun rasa seronok untuk berzikir sebelum dengan Every Beat dari A’ashiq Ar Rasul.

            Dean rasa dia dah buat keputusan. Perjalanan hidupnya perlu ada ‘little touch’ to make it more meaningful. Dia capai fon. Suara orang memberi salam disambut tenang.

            “Ijam, what if i say i want to join your liqa’ from now on?”


-TAMAT-

p/s: kadang-kadang kita perlukan sedikit sentuhan je untuk membangunkan kita dari tidur yang panjang. Jazakillah khair pada mereka yang mengejutkan saya. Names? Honestly, i dont know who exactly because its not my choice but Allah swt.

5.20 am
Nottingham, UK. 

1 comments:

khairun kirmizi said...

Alhamdulillah....syukur sbb ada lagi org yg mampu tulis cerita2 mcm ni. Tq sbb menulis.

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.