Alhamdulillah masih bernafas dengan baiknya hari ni. (Nak tengok satu cerita tu pasal teenagers yang disable berkumpul untuk selamatkan dunia = sesiapa je mampu selamatkan dunia hari ni even jasad kita tak sempurna!)
Lets finish kisah hidup Dean hari ni. Shall we? :D
*****
Mug hot chocolate bertukar tangan. Dean hirup perlahan. Ijam ajak
bersembang lepas mereka solat subuh berjemaah dan baca mathurat sama-sama. Dean
rasa hatinya lapang. Doa rabitah yang Chaq baca pula hampir buat dia menangis.
Kalau dia tahu dia boleh dapat perasaan tenang ni kat rumah Ijam, dah lama dia
bertapa kat rumah Ijam setiap kali rasa tertekan dengan Jason yang mabuk lepas
konsert.
“Malam ni free tak? Aku ada tiket untuk kau.” Dean pandang tepat wajah Ijam.
Dia teringat perbualan yang dia curi dengar minggu lepas. Malam ni Chelsea
lawan Sunderland kat Stamford Bridge.
“Kau serius ke Ijam? Chelsea bukan
menang pun minggu lepas. Aku tak berhak kot dapat tiket percuma malam ni.”
Jawapannya buat Ijam sengih lebar.
“I
am dead serious.”
Pukul 9 malam baru Dean faham apa
maksud serius Ijam. Tiket yang Ijam beli bukan tiket Chelsea lawan Sunderland
tapi tiket konsert jelajah Maher Zain dan Irfan Makki. Bukan kat Stamford
Bridge tapi kat Manchester. Dean rasa nak mengamuk tetapi bila fikir balik
salah dia juga sebab buat andaian sendiri pasal tiket tu. Apa pun, Dean rasa
konsert tu syok juga. Ala-ala pop. Sesuai dengan jiwa dia jugalah kot. Cuma
liriknya bukanlah pasal kehidupan atau cinta. Liriknya lebih pada ketuhanan.
Bila balik rumah Dean rasa dia dah
dihantui dengan piano yang Maher Zain main. Boleh pula pukul 1 pagi dia buka
you tube untuk tengok skill Maher
Zain dalam video klip ‘I believe’. Pastu bersambung-sambung dengan layan video
konsert jelajah Maher Zain kat Malaysia-Live with Maher Zain.
Angau? Boleh la. Perasaan yang sama
bile dia pertama kali dengar The Wanted-Chasing The Sun. Lagu Maher Zain yang
dia paling suka ialah Open Your Eyes. Buat pertama kali dia terfikir nak
melihat alam sekelilingnya macam dalam lirik lagu tu. Buat pertama kali dia
terfikir hikmah penciptaan alam. Fuh, hebat juga penangan lagu ni. Dean baru
perasan kesannya bila tahu-tahu je dah subuh.
*****
“Apsal?” Muka Jason merah. Dean
terdiam, tak menjawab. Dia serba-salah sebenarnya untuk menolak ajakan Jason
malam itu. Sudah hampir dua minggu sebenarnya dia tak pergi melepak di LG arena
atau O2 academy sama-sama dengan Jason. Malam itu Jason bising lagi bila dia
tak mahu ikut.
“Assigment.”
Dia cuba beri alasan. Dahi Jason berkerut. Dean nampak warna merah di wajah
Jason bertambah. Dean tahu Jason bengang dengan alasan yang dia beri sebab
mereka amik jurusan yang sama. Kerja Dean sama banyak dengan kerja Jason.
Tetapi Dean tak tahu nak beri alasan lain.
“Apa sahajalah Dean. I am mad but i don’t want it to spoil my
concert night.” Noktah, Jason terus pergi. Dean senyap. Belakang tubuh
Jason makin mengecil dan hilang bila dia belok ke Heeley Road.
Dean senyum tawar dan balik ke
biliknya. Laman social facebook dibuka. Hatinya melonjak suka bila melihat Ijam
berkongsi link sebuah video klip terbaru A’ashiq ArRasul, kumpulan nasyid yang
terkenal di UK. Sejak akhir-akhir ini dia banyak meneroka dunia nasyid, satu
genre yang tidak pernah terlintas pun dalam fikirannya untuk dicuba.
Tak sangka mendengar nasyid pelbagai
kumpulan dari pelbagai negara buat dia memikirkan banyak benda tentang dirinya
dan kehidupannya. Selama ini tak pernah pun dia berfikir tentang alam hingga
dia mendengar Open Your Eyes nyanyian Maher Zain . Tak pernah pun dia rasa
obsess untuk masuk syurga sebelum dia dengar lagu A Land Called Paradise dari Kareem Salama.
Tak pernah pun rasa seronok untuk berzikir sebelum dengan Every Beat dari
A’ashiq Ar Rasul.
Dean rasa dia dah buat keputusan.
Perjalanan hidupnya perlu ada ‘little
touch’ to make it more meaningful. Dia capai fon. Suara orang memberi salam
disambut tenang.
“Ijam, what if i say i want to join
your liqa’ from now on?”
-TAMAT-
p/s: kadang-kadang kita perlukan sedikit sentuhan je untuk membangunkan kita dari tidur yang panjang. Jazakillah khair pada mereka yang mengejutkan saya. Names? Honestly, i dont know who exactly because its not my choice but Allah swt.
5.20 am
Nottingham, UK.
1 comments:
Alhamdulillah....syukur sbb ada lagi org yg mampu tulis cerita2 mcm ni. Tq sbb menulis.
Post a Comment