Banyak saya nak cerita tp belajar PGCE bukannya honeymooon even xde exam. I already feel tired with the classes. Bila tulis cerpen rasa dpt escaped kejap. huhu.
*****
Dean menarik zip sleeping bag rapat, tak mahu haba panas
keluar walau sedikit namun lama-kelamaan dia terasa semakin sejuk. Dia gosok
mata sambil meraba-raba cermin matanya.
“Ugh, patutlah sejuk,” gumamnya
perlahan. Hanya tinggal dia di dalam bilik Rudy. Rudy, Ijam dan Chaq dah hilang
entah ke mana. Dia bangkit bila telinganya menangkap suara mendayu-dayu yang
sedang membaca Alquran di bilik sebelah. Perlahan dia berjalan dan masuk ke
bilik Ijam. Rudy dan Ijam sedang solat sementara suara mengaji tadi milik Chaq.
No wonder. Suara Chaq memang sedap.
Chaq itu kawannya waktu di Intec.
Dia ambil fizik sementara Chaq ambil kimia. Mula-mula Chaq pun selalu ikut dia
ke konsert tapi bila balik dari Malaysia hari tu, Chaq terus tak mahu. Lebih
pelik lagi dia dah mula ikut liqa’ Ijam. Dean tak kisah. Chaq tak lupa kawan.
Diorang selalu juga sembang di telefon. Ijam dan Rudy pula ambil arkitek di
Birmingham City University.
“Dean. Dah ambil wudu’? Baca quran
dengan aku jom?” Chaq menegur. Dean sengih. Dia tak terasa nak turut serta.
Tapi dia tak sampai hati nak berterus-terang pada Chaq.
“Baca dulu. Aku tak basuh muka
lagi.” Dean senyum segaris sebelum melangkah keluar bilik. Dia balik ke bilik
Rudy dan balut tubuh dengan duvet Rudy. Samsung Galaxy S II dicapai. Malam
semalam ada orang share youtube link Ultra Music Festival kat Miami March lepas
yang dia tak sempat nak usha lagi.
Baru sahaja dia tekan link youtube
tersebut, Dean dengar suara Chaq mengaji bergema dengan dua suara lain. Mungkin
Ijam dan Rudy turut serta. Dean rasa tak sedap. Kalau ikutkan hati dia nak
abaikan je suara dari bilik sebelah dan fokus pada Kraftwerk di youtube tapi
suara yang berbual perlahan menarik perhatian dia.
“Dean tidur lagi ke?” Dean tak tahu
Chaq angguk atau geleng sebab lepas tu dia dengar Rudy pula bercakap.
“Biarlah dia tidur. Dia sedih lagi
kot Chelsea kalah malam tadi.” Rudy tergelak perlahan. Serta-merta Dean
teringat betapa kecewanya dia selepas perlawanan semalam sampai Ijam ajak makan
Nandos pun dia tolak.
“A
ticket next week might help.” Suara Ijam membuatkan keningnya terangkat. Next week? Next Chelsea match?
Dean tak dengar apa-apa lepas tu
melainkan suara Azan subuh dari komputer Rudy. Derap tapak kaki yang yang
mengarah ke bilik Rudy membuatkan Dean kembali menyelinap ke dalam sleeping bag kepunyaannya dan pura-pura
tidur.
“Dean, sembahyang subuh jom?”
*****
Malam masih hidup waktu dia dan
Jason menapak keluar dari LG Arena. Konsert ‘Once in a lifetime’ baru tamat.
Penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak muda Birmingham
kemungkinan besar akan menyambung parti di mana-mana tetapi Dean nak
cepat-cepat sampai ke rumah. Dia tak tahan dengan kerenah Jason yang separuh
sedar bahana minum arak-entah-apa-jenama sepanjang konsert tadi. Lumrah setiap minggu.
Dia jadi mangsa sebab kena heret Jason balik. Dan setiap kali, bila sampai
rumah Dean akan berlari ke sinki dapur. Dia muntah, loya dengan bau arak.
Selalunya dia akan keluar rumah lepas tu dan tinggalkan Jason tersadai atas
sofa ruang tamu dan pulang bila subuh tiba.
Sepanjang perjalanan dari rumah
mereka di 45 Hubert Road ke Selly Park, habis segela jenis tin atau botol
minuman arak-entah-apa-jenama disepaknya kuat. Amuknya terluah di situ. Dia geram dengan Jason yang ketagih arak.
Dean tahu walaupun dirinya suka enjoy di konsert-konsert saban minggu dia tak
pernah sentuh benda haram tu. Lebih-lebih lagi bila tengok kesannya pada Jason.
Dia menapak hampir ke 235 Hubert
Road, rumah Ijam. Dia dongak ke atas. Lampu bilik Ijam menyala. Dean termangu.
Qiam lagi ke? Dean menggigil sejuk. Dia teragak nak ketuk pintu rumah Ijam bila
tengok jam pukul 3.30 pagi. Dia matikan hasrat dan nak terus berjalan ke Selly
Park tapi pasu bunga yang menghalang langkahnya mengubah rencana.
“Aduh!”
“Dean, kau ke tu?” Lampu depan
menyala. Ijam muncul di pintu. Dean sengih. Dia pasti perkataan aduh di
pagi-pagi buta yang hening itu yang mengundang Ijam.
“Awalnya bangun.”
“Jogging.” Selamba Dean menjawab. Ijam nampak
terkebil-kebil. Namun dia tak lupa nak mengajak Dean masuk.
Bersambung....
1 comments:
salam cik tanah :)
relax ah.pgce best..sem2 nnt byk free.
bulan 5 mmg dah honeymoon.
btw,eid mubarak! :)
ps: 235hubert rd.kenangan :)
Post a Comment