Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

[Cerpen] iSpeaks 2-sambungan

Thursday, 25 October 2012

Bismillah.

Banyak saya nak cerita tp belajar PGCE bukannya honeymooon even xde exam. I already feel tired with the classes. Bila tulis cerpen rasa dpt escaped kejap. huhu.



*****
            Dean menarik zip sleeping bag rapat, tak mahu haba panas keluar walau sedikit namun lama-kelamaan dia terasa semakin sejuk. Dia gosok mata sambil meraba-raba cermin matanya. 

            “Ugh, patutlah sejuk,” gumamnya perlahan. Hanya tinggal dia di dalam bilik Rudy. Rudy, Ijam dan Chaq dah hilang entah ke mana. Dia bangkit bila telinganya menangkap suara mendayu-dayu yang sedang membaca Alquran di bilik sebelah. Perlahan dia berjalan dan masuk ke bilik Ijam. Rudy dan Ijam sedang solat sementara suara mengaji tadi milik Chaq. No wonder. Suara Chaq memang sedap.

            Chaq itu kawannya waktu di Intec. Dia ambil fizik sementara Chaq ambil kimia. Mula-mula Chaq pun selalu ikut dia ke konsert tapi bila balik dari Malaysia hari tu, Chaq terus tak mahu. Lebih pelik lagi dia dah mula ikut liqa’ Ijam. Dean tak kisah. Chaq tak lupa kawan. Diorang selalu juga sembang di telefon. Ijam dan Rudy pula ambil arkitek di Birmingham City University.

            “Dean. Dah ambil wudu’? Baca quran dengan aku jom?” Chaq menegur. Dean sengih. Dia tak terasa nak turut serta. Tapi dia tak sampai hati nak berterus-terang pada Chaq.

            “Baca dulu. Aku tak basuh muka lagi.” Dean senyum segaris sebelum melangkah keluar bilik. Dia balik ke bilik Rudy dan balut tubuh dengan duvet Rudy. Samsung Galaxy S II dicapai. Malam semalam ada orang share youtube link Ultra Music Festival kat Miami March lepas yang dia tak sempat nak usha lagi.

            Baru sahaja dia tekan link youtube tersebut, Dean dengar suara Chaq mengaji bergema dengan dua suara lain. Mungkin Ijam dan Rudy turut serta. Dean rasa tak sedap. Kalau ikutkan hati dia nak abaikan je suara dari bilik sebelah dan fokus pada Kraftwerk di youtube tapi suara yang berbual perlahan menarik perhatian dia.

            “Dean tidur lagi ke?” Dean tak tahu Chaq angguk atau geleng sebab lepas tu dia dengar Rudy pula bercakap.

            “Biarlah dia tidur. Dia sedih lagi kot Chelsea kalah malam tadi.” Rudy tergelak perlahan. Serta-merta Dean teringat betapa kecewanya dia selepas perlawanan semalam sampai Ijam ajak makan Nandos pun dia tolak.

            A ticket next week might help.” Suara Ijam membuatkan keningnya terangkat. Next week? Next Chelsea match?
 
            Dean tak dengar apa-apa lepas tu melainkan suara Azan subuh dari komputer Rudy. Derap tapak kaki yang yang mengarah ke bilik Rudy membuatkan Dean kembali menyelinap ke dalam sleeping bag kepunyaannya dan pura-pura tidur.

            “Dean, sembahyang subuh jom?” 

*****
            Malam masih hidup waktu dia dan Jason menapak keluar dari LG Arena. Konsert ‘Once in a lifetime’ baru tamat. Penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak muda Birmingham kemungkinan besar akan menyambung parti di mana-mana tetapi Dean nak cepat-cepat sampai ke rumah. Dia tak tahan dengan kerenah Jason yang separuh sedar bahana minum arak-entah-apa-jenama sepanjang konsert tadi. Lumrah setiap minggu. Dia jadi mangsa sebab kena heret Jason balik. Dan setiap kali, bila sampai rumah Dean akan berlari ke sinki dapur. Dia muntah, loya dengan bau arak. Selalunya dia akan keluar rumah lepas tu dan tinggalkan Jason tersadai atas sofa ruang tamu dan pulang bila subuh tiba.

            Sepanjang perjalanan dari rumah mereka di 45 Hubert Road ke Selly Park, habis segela jenis tin atau botol minuman arak-entah-apa-jenama disepaknya kuat. Amuknya terluah di situ.  Dia geram dengan Jason yang ketagih arak. Dean tahu walaupun dirinya suka enjoy di konsert-konsert saban minggu dia tak pernah sentuh benda haram tu. Lebih-lebih lagi bila tengok kesannya pada Jason. 

            Dia menapak hampir ke 235 Hubert Road, rumah Ijam. Dia dongak ke atas. Lampu bilik Ijam menyala. Dean termangu. Qiam lagi ke? Dean menggigil sejuk. Dia teragak nak ketuk pintu rumah Ijam bila tengok jam pukul 3.30 pagi. Dia matikan hasrat dan nak terus berjalan ke Selly Park tapi pasu bunga yang menghalang langkahnya mengubah rencana.

            “Aduh!”
            “Dean, kau ke tu?” Lampu depan menyala. Ijam muncul di pintu. Dean sengih. Dia pasti perkataan aduh di pagi-pagi buta yang hening itu yang mengundang Ijam.

            “Awalnya bangun.”

            Jogging.”  Selamba Dean menjawab. Ijam nampak terkebil-kebil. Namun dia tak lupa nak mengajak Dean masuk.

Bersambung....

1 comments:

zahraa said...

salam cik tanah :)
relax ah.pgce best..sem2 nnt byk free.
bulan 5 mmg dah honeymoon.
btw,eid mubarak! :)

ps: 235hubert rd.kenangan :)

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.