Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Hendak Seribu Daya

Wednesday, 1 September 2010

Salam...

Semoga semua orang masih dalam kemanisan beribadah di bulan puasa yang penuh barakah ini...Di sebalik byknyer cabaran dan kerja nak buat time summer nih,rasa rindu nak menulis tetap ada...maka lahirlah tulisan ini...huhuhu..puitis lak..=D

Ramai orang yang inginkan sesuatu tanpa mahu berusaha.Ada yang bagi alasan takdir mereka dah tetap.so,x yah lan usaha lebih-lebih..tapi bukan ke Allah dah bagitau


"Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (13:11)


Jom baca kisah ni dulu...


Pada suatu hari,ada seorang tua miskin yang sangat ingin makan ikan.Dia pun berjalan-jalan di tepi tasik untuk melihat kalau-kalau ada ikan yang terdampar ke tepi..boleh la dia memenuhi keinginannya...ye la..nak beli xde duit.Setelah beberapa ketika berjalan,dia bertemu dengan seorang budak yang sedang memancing.Baldi ikan budak tersebut sudah penuh dengan ikan.Si tua itu pun berfikir..apa salahnya aku minta seekor dua ikan dari budak nih..tentu dia x keberatan.

"Wahai budak yang baik hati,boleh kah engkau berikan aku seekor dua ikan..aku teringin untuk makan ikan tapi aku xde duit nak beli.."pinta si tua yang miskin itu sayu.


Budak kecil itu tersenyum.Dia mengangguk.


"Boleh..apa salahnya..tapi saya nak mintak tolong pak cik satu benda boleh??"Si tua miskin itu lekas-lekas mengangguk..x kisahla apa budak ni nak suruh aku buat asalkan aku dapat ikan tu.


"Pak cik tolong jagakan joran saya ni kejap boleh x??saya belum sembahyang asar lagi..."jawab budak itu.Si tua tersenyum senang..owh,jaga joran je..senang je..


"Baik..baik.."


Lalu budak tu pun pergilah menunaikan solatnya sementara si tua miskin itu menjaga jorannya..Dua tiga ekor ikan yang tersangkut di joran budak itu dibawanya naik ke darat.Sehinggalah budak itu kembali,pak cik tua itu setia menjalankan tugasnya.


"Pak cik,ok ke...berapa ekor pak cik dapat masa saya xde?"Tanya budak kecil yang comel tu.Si tua itu bingkas bangun apabila budak itu kembali.


"Ok..ok..pak cik dapat dalam 6,7 ekor je nak..."pak cik itu menjawab riang sambil menghulurkan kembali joran kepada budak itu.


"Tima kasih pak cik..sekarang pak cik ambillah semua ikan yang pak cik dapat masa pakcik tolong jaga joran tadi..."arah budak itu ikhlas..

Si tua itu terkejut tapi dia sangat gembira dengan kebaikan hati budak itu.Lalu dia pun mengucapkan terima kasih kpd budak itu dan pulang ke rumahnya dengan membawa pulang 7 ekor ikan untuk memenuhi kemahuannya..

Tetapi,apa yang si tua miskin ni x sedar ialah,semua ikan yang dia bawa balik tu adalah hasil usaha dia yang memancing bukan ikan yang dipancing oleh budak itu...huhuhu


Hmm...kesian kan pak cik ni..So,kita pun xkan lah nak ikut macam pak cik nih...menjadikan alasan xde duit nak beli ikan untuk minta pada orang lain.Kalau betul nak ikan,byk lagi cara lain yang pak cik ni boleh buat macam yang berlaku kat atas nih...kail sendiri ke kan...


So,macam kita jugaklah kan..kalau kita nak something dalam hidup nih mestilah kena usaha...Cthnya,kalau betul nak usrah..walau kena keluar 2 jam sebelum usrah start ataupun habis duit tambang RM10 pun xkan jadi masalah... kalau x boleh jugak..ada yang berusaha untuk buat usrah online kan.. bukannya tggu duk kat umah org dtg nak bg usrah kat kita...bukannya bagi macam2 alasan kan...kalau asyik bagi alasan je macamana nak berjaya kan.. macamana nak dpt apa yang kita inginkan...bak kata pepatah melayu tu..hendak seribu daya x hendak seribu dalih.....kalau nak islam tertegak kembali xkan nak tunggu saatnya je..mestilah kena usaha kan..bknnya tggu janji Allah yang islam akan bangkit kembali jadi kenyataan tiba-tiba..bukannya hari ni tido esok bgn pagi islam dah jadi ustaziatul alam...Rasulullah saw sendiri pun berusaha untuk sebarkan dakwah islam ni dulu kan..So,kita pun jgnlah berhenti berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak..cepat atau lambat sesuatu itu untuk kita dapat bergantung pada usaha dan tawakal pada Allah...=)


Peringatan ini untuk saya juga yang menulis..yg inspired myself agar teruskan perubahan diri supaya dpt mncapai apa yang saya inginkan..semoga bermanfaat tuk yang membaca...waallahualam...


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)



3 comments:

Anonymous said...

mantaplah cik tanah,dah lama ana nantikan entry ana yang terbaru,tersenyum ana membacanya.kalau dulu ana baca entry2 ana dengan perasaan yang kosong+sebab menarik je,now ana rasa ana baca entry ana dengan hati yang penuh dengan kasih sayang yang Allah berikan pada ana.ana harap enti tidak akan bersara awal dalam bidang penulisan.

tanah said...

jzkk atas komen nih..=))..semoga kamu terus senyum membacanya..

Anonymous said...

saya jarang tersenyum sebenarnya.
dan sebenarnya saya pun .........

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.