Bismillah..dan salam..
Dah dua hari ada kat UK...homesick..lagi teruk dari masa first time datang dulu..less than 12 hours adik2 pula sampai..x sempat nak layan rasa homesick tuh atau comfortkan diri sendiri dulu..='(..
Hati memang terhibur tengok adik2 yang excited..teringat zaman saya dulu..sama jek..semua benda baru n rasa curious yang amat sangat dgn the new experience here..tapi di sebalik semua itu ..hati saya tertinggal di sana..bumi Malaysia yang tercinta..keluarga...baca status fb mak..
"Anak tersayang sudah pulang ke UK"
Ahamdulillah pagi nih dapat mesej daripada sahabat tersayang,penguat hati saya,,kata-kata yang memberi semangat..satu-satunya orang yang mampu buat saya marah tapi pada masa yang sama saya akan rasa sayang yang amat sangattt pada dia..bak kata Faizal Tahir..becinta~~~~
Yang menjadi pembakar semangat saya lagi juga ialah Love Letters yang saya pernah gunakan untuk program adik2 kat Malaysia..kini saya gunakan untuk bakar semangat saya pulak...
Walau tubuh ni hancur dilebur
Tetap keimanan ini kekal tidak terkubur
Walaupun tubuh kita mati dibunuh
Namun jiwa kita tetap terus hidup utuh
Keteguhan ini hanya akan kita rasai
Apabila Allah itu kita rapati
Sesiapa yang pernah merasa
Tidak akan mampu membohongi
Akan kebenaran yang muncul daripada langit ini
Mereka yang pernah berhubungan dengan-Nya
Xkan mampu memberikan naïf
Sesiapa juga tidak akan mampu menghapuskan keyakinan itu
Walau seluruh dunia dipeluk gelita
Kita tetap yakin cahaya-Mu akan bersinar jua
Percayakah kamu.....
Sekiranya kamu membantu agama Allah maka Allah akan membantu urusan kamu
Dan menetapkan kaki-kaki kamu...*
Percayakah kamu....
Barangsiapa yang bertakwa kpd Allah maka Allah akan memberikannya jalan keluar
Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka**
Percayakah kamu.....
Sesungguhnya semua manusia itu rugi kecuali yang beriman dan yang beramal soleh
Berpesan-pesan kearah kebenaran dan berpesan-pesan juga akan kesabaran***
Percayakah kamu......
Barangsiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku
Maka sesungguhnya untuknya itu kehidupan yang sempit****
Percayakah kamu.....
Sesungguhnya setiap kesukaran itu diiringi dengan kesenangan*****
Percayakah kamu.....
Ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat ...
Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada org2 yang beriman...******
Muhammad:7,talaq:2-3,asr:2-3,toha:124,syarh:5-6,assaf:13
-Petikan from Takdir (Hilal Asyraf)
Semoga hati ini terus tabah dalam perjuangan mengejar redha dan cinta Allah...
1 comments:
salam
Allah takdirkan awak pulang ke UK awal kerana awak boleh lakukan..iAllah.
kalau tak selesa tidur kat bilik awak,tidurla kat bilik sy.:P
Post a Comment