Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Dialah murabbi 1.0

Saturday, 31 December 2011

Bismillah...

Awan cerlang, putih berarak
Rimbun bunga bertaman di hati
Jauh kasih kutatang pulang
Moga tak tiris si gelandangan.



Satu hari seorang ukht bertanya,
"Siapakah yang disebut sebagai murabbi?" Pantas figura seseorang mengisi tempat di benak fikir. Dengan konfiden (sambil gigit2 bibir) saya berikan jawapan.

"Hanya satu ayat Alquran yang terlintas: Sesungguhnya kamu diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam. Itulah murabbi. Dia datang membawa kita keluar dari sudut yang gelap..memimpin ke arah cahaya. Dia memberikan kehidupan."

Kita tahu Allah itu ada..Dia wujud. Kita solat dan puasa sebab itu suruhan-Nya.Fullstop. Kita tidak kenal lebih dari itu. Mungkin ada yang mengkhabarkan Allah itu begini, Allah itu begitu tetapi ianya sekadar teori tanpa rasa. Namun dengan hadirnya murabbi, hakikat itu menjadi lebih sempurna. Membawa khabar gembira: Allah sedang menanti kita untuk mengenalinya dan mencintainya. Dia berikan rasa di hati kita, mencampak 'hidup' pada hati yang disangka sudah mati dan tak punya harapan. Sang murabbi penuh dengan rasa belas pada kita yang terkapai-kapai dalam kegelapan hidup. Mungkin tidak terjebak dalam kemaksiatan namun hidup hanya dengan mengejar dunia tanpa tahu erti hidup sebenar dan menjadikan solat dan Allah sebagai sokongan kepada cita-cita dunia lebih melukakan hati sang murabbi. Lantas, atas dasar belas itulah dia hadir menghulur tangan membawa kita keluar dari selut dan lumpur jahiliyyah. Dari tidak memandang masa depan kepada orang yang bertani untuk sebuah kebun di sana. Dia adalah real figure di hadapan kita, seorang manusia yang hidup berpaksikan keimanan dan dia juga mahu kita termasuk dalam lingkungan para pencari tuhan. Seorang manusia yang menjadikan dunia tunduk padanya. Dia berikan bukti dan contoh dari kehidupannya sendiri bahawa sememangnya hidup dalam keredhaan Allah itu sangat bermakna, mengusik hati kecil ini untuk turut serta dalam pengembaraan.

Dia seorang kawan

Masih adakah seorang kawan yang tidak pernah gagal menemani kita dalam suka mahupun duka? Masih adakah seorang kawan yang bilamana kita ucapkan, "Saya tengah sedih", Dia muncul memberikan kekuatan? Kekuatan yang bukan miliknya tetapi milik Allah yang menumpang sekejap padanya. Yang kita tak tahupun sebenarnya dia juga sangat membutuhkan kekuatan tersebut namun tetap diberikan pada kita? Masih adakah seorang kawan yang saat kita terdetik mahu menegurnya di YM mahupun skype dia pantas membalasnya sedangkan sebenarnya tanpa kita tahu waktu itu dia diulit kesibukan sementelah terlupa untuk meletakkan status invisible ataupun offline? Kita galak bercerita dan dia tersenyum melayani.
Dialah murabbi.

Seorang ukht yang tidak pernah lekang senyum di bibirnya pernah mengeluarkan satu ayat yang sangat menggetarkan.

"Kalau ikutkan tiap-tiap malam dah tak larat nak senyum. Tetapi kalau itu yang Allah redha..."

Dialah murabbi.

Dia mengenal kita

Tafahum jiddan awi-awi. Triple XL sangat faham tentang kita. Ceritalah apa sahaja, dia pasti mampu menambahnya. Sama ada membetulkan kesilapan penceritaan kita mahupun manambahbaikkan ia. Ibaratnya dia seorang doktor bedah dan kita pesakitnya. Dia sangat faham anatomi kita dan bahagian mana dari kita yang perlu diubati. Bahagian mana yang perlukan rawatan dan penyembuhan.

"Murabbi itu apabila ditanya tentang mutarabbinya dia mampu memberikan jawapan apakah yang sedang diperbuat oleh mutarabbinya saat itu."

Dialah murabbi.

Dia qudwah

Dia mengajar kita erti hidup untuk memberi. Kita mereguk panduan untuk menjadi pencari dan pelukis cahaya daripada kehidupannya. Setiap inci kehidupan kita selepas itu majornya di bawah sedar adalah asuhan dan acuan dari dia. Gaya fikir dan gaya bertindak dialah yang menempanya. Dialah uswah dalam kehidupan seharian kita. Dalam menggerakkan dakwah ini dialah ustazah kita, tempat rujukan kita.

Seorang murabbi yang sangat saya cintai sehinggakan pernah berkata,

"Jangan ikut kalau saya buat salah, amalkan kalau apa yang saya buat tu betul"-bukan ayat sebenar tetapi maksudnya tetap sama. Kerana dia faham dia adalah qudwah kepada saya yang memandangnya sebagai murabbi lantas itulah pesannya. Agar hanya uswah hasanah yang dia tunjukkan sahaja yang menjadi agen pembentuk diri ini.

Dialah murabbi.

Dia berkorban

Sang murabbi itu apabila ada sahaja perkara yang melibatkan mutarabbinya, dialah orang yang paling terkehadapan. Menghulur duit saat mutarabbinya memerlukan, mencantas masa untuk ke rumah mutarabbinya yang bukannya berjarak sepuluh langkah ataupun sehingga kekeringan keringat membuat itu ini untuk memenuhi keperluan mutarabbinya.

Kunjungan ke sebuah rumah murabbi benar-benar membuatkan hati ini terasa ingin menangis. Dalam keadaan sarat mengandung ( a week before expected due date) bermacam jenis lauk-pauk terhidang di atas meja. Hanya untuk kami, mutarabbinya yang datang dari jauh. Malah dalam kedinginan pagi dia bangkit untuk memberikan pengisian sehingga tidak berkesempatan bertemu dengan zaujnya yang ingin keluar bekerja. Senyumnya menawan hati membuatkan kami jatuh hati pada pengorbanannya. Apatah lagi mendengar cerita kalau bukan kerana dia hampir melahirkan, dia yang akan turun ke rumah anak-anak bulatan gembiranya saban minggu.

Dialah murabbi.

Di jalan tarbiyah ini, saya bertemu dengan ramai murabbi seperti ini. Pertemuan-pertemuan yang menafikan kenyataan bahawasanya sudah tidak ada lagi manusia sebaik ini. Ternyata Allah benar-benar menghadirkan mereka sebagai rahmat kepada alam ini. Hari ini, mereka jauh namun mereka tetap di hati.

"Seharusnya awak bersyukur disantuni oleh murabbi yang sangat hebat, maka bila mereka pergi, giliran awak menyantuni mutarabbi awak."

Wallahualam.


Pupus cinta ku kegelapan
    Tiada terduga terbaja semula.    
2245 @ Zhilal
-Rindu pada murabbi yang seorang
Murabbi muda
Moga redha Allah tercapai

[Puisi] Allahumaghfirli

Thursday, 15 December 2011

Bismillah
Allahumaghfirli

 
Dari dalam jendela
Sekotak angkasa menjamu mata
Aku ingat satu bait cinta-Nya
Allahumahgfirli..
 
Kul Allahumaghfirli
Akan Ku sahut dengan air langit
Membasuh cela diri
Merahmat taubat hamba
 
Di balik kaca itu,
Masih menanti...
Raihlah aku ke dalam pelukan-Mu...
Jangan lepaskan..
Jangan longgarkan...
Allahumaghfirli...Allahumaghfirli...Allahumaghfirli
Waiting for the rain...
Picture by Kaosita at Deviant Art

"Wahai Kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanKu dengan terus melakukan dosa!" 
(Hud:52)

2005 pm
@Zhilal

p/s: sedihhhhh.....siapa x sedih bila kita rasa pelukan kekasih kita sudah tak kejap lagi...
p/s: dah banyak kali mintak maaf, tapi belum dapat pelukan tu lagi...sedihhhh
p/s: jgn putus asa selagi masih ada masa.....minta je lagi...kekasih kita tu penyayang....tunggu je hujan turun k..entah2 dia nak turunkan hujan untuk kita kat akhirat nanti..siapa tahu kan? [lega sikit bila tulis ayat ni]...tapi stilll sedihhhhhhhhh sgttttt ni...TT___TT

[Cerpan] Lagenda Akhir

Tuesday, 29 November 2011

Bismillah...
Cerita kita
rmenyubur gersang hati
hasilnya kita tuai
di syurga nanti,
ok? 

Lagenda Akhir

Selangkah demi selangkah piano kecil itu aku rapati. Agak sedikit berhabuk kerana waktu cuti musim sejuk menjadikan ia terbiar sepi tanpa ada yg mahu mendatanginya. Perlahan jari-jemariku meniti di atas kekuncinya; semakin laju. 'Kiss the Rain' berkumandang di Oasis Lounge.

"Daei itu umpama pensel, rasa sakit bila diasah, rasa sakit ketika ditarbiyah."

"Dulu kitalah adik, sekarang kitalah kakak."

"Ukhuwwah kita semanis Chuppa Chup."

Tulisan kak long yang hingga kini aku ingati, coretan surat kak ngah yang terlipat kemas dalam hati, dan ucapan kak su yang menyerikan kami.

Terbuai dalam kenangan lama, rancak tari jari-jariku di atas papan kekunci piano terhenti. Aku hela nafas halus. Muzik ini yang aku mainkan satu-satunya yang aku pelajari dari Youtube. Padah tak bermula daripada asas, aku tidak tahu memainkan lagu-lagu lain. Namun, aku tidak pernah bosan mengulang main lagu yang sama ini. "Nice rhytm" bak kata kawanku seorang.

Aku berpaling ke meja yang terletak di belakang. Beg galas Animal aku capai. Sebuah mushaf cinta yang aku kira tiada warkah cinta lain yang dapat menandinginya aku keluarkan.

""Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti lubang yang tidak tembus yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon zaitun yang diberkahi, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak di pula di barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya itu di atas cahaya berlapis-lapis. Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. " (24:35)

Buat kesekian kalinya, sayu datang bergayutan dalam hati. Ringkas, aku ceritakan di sini tafsir ayat tersebut, sinar cahaya hidayah Allah itu belum pun mampu diselami sudah berupaya menerangkan kegelapan...berlapis-lapis menerangi alam. bayangkanlah dunia dalam kegelapan. Haru bukan? Lagi..cahaya itu perlukan pejuangnya, lantas mengundang kami menjadi spektrumnya yang tanpa dipaksa kami rela kerana indahnya melihat cahaya itu...

Kami menerima tafsir ini sempena nama kumpulan kami, Siraj (Cahaya yang menerangi). Pemberinya seorang kakak yang aku kira sangat menyokong dan membantu kami.

Sayang....setahun telah berlalu. Tiada lagi kak long, tiada lagi kak ngah, tiada lagi kak su, tiada lagi kakak besar...mahupun tiada lagi adik. Kini, siraj hanya kenangan...lagenda dalam kehidupan..

"Dan Muhammad hanyalah seorang Rasul. sebelumnya telah berlalu beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang?Barangsiapa berbalik ke belakang maka ia tidak akan merugikan Allah sedikit pun Allah akan memberi balasan kepada orang yang bersyukur." (3:144)

Allah..tidak sama sekali...mereka itu cuma pinjaman-Mu pada aku. Kini, kau hadirkan pula pejuang-pejuang cahaya yang lain buat aku... sungguh aku tidak ingin berpaling dari menjadi prisma cahaya-Mu.

Aku senyum penuh makna...terasa sangat cinta pada Allah yang tidak pernah biarkan aku seorang. Dia tahu aku rindukan mereka. Maka, dia berikan kasih sayang-Nya yang nyata lagi hebat dari keluarga Siraj. Setiap pagi kami bercinta...aku tidak terasa kosong sama sekali.

Spontan, jari-jariku menari lagi.

__________________________________________

Ruang perlepasan penumpang meriah dengan suara-suara rakyat Malaysia. Kebanyakannya dari kalangan keluarga pasca-siswazah dan pra-siswazah. Malam itu akan menyaksikan pemergian sebuah keluarga yang sangat kami cintai.

"Fika, meh amik gambar dengan kak Zu!" Aku angguk dengan senyuman. Peluang bergambar dengan murabbiku yang seorang itu di saat-saat akhir sebelum kepulangannya ke Malaysia tidak mahu aku lepaskan.

1,2.3...Terrekod sudah satu tinggalan memori kami bersama dalam kotak aplikasi cahaya yang bernama kamera itu.

"Nampak ni.." Aku memerhati. Spontan senyum meniti di bibir bila terpandang jam tangan pemberianku semasa hari lahir Kk Zu terbalut kemas di pergelangan tangannya.

"Terharunya.."

"Unutk budak manja sorang ni.." Aku sengih malu. Mana ada manja...dulu je tau!

Catatan saya buat Kak Zu: pertemuan kita memang tidak lama. Moga Allah memberkahi masa yang kita luangkan bersama. Moga terus thabat dan dirahmati dalam jalan menuju keluarga bahagia.

_______________________________________

"Akak masuk USM?"

Aku tumpang gembira mendengar perkhabaran itu. Kakak sulung keluarga kami akhirnya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master di Universiti Sains Malaysia.

Skrin sembang di FB terbuka menanti mesej-mesej masuk. Tergerak untuk melihat sekejap, aku klik pada nama kak Shaz.

Adik dapat mesej kk Shaz minggu lepas?

Mesej apa? FB ke fon?

Kat fon? xdpt ea? Takpelah
Klu camtu..
Hepi Belated Birthday!

Aku tersengih. Ingat lagi kak long pada hari lahirku. [ke sebab dpt notification kat fb]

catatan buat kak long: Teruslah menyubur tarbiyahmu dan orang lain...jangan biar pensel menumpul..biar sakit diasah asalkan tajam...=) rindu 'apple' di wajah akak...;D

_______________________________

Terhurung pula rasa bersalah di hatiku. Kak ngah belum pernah kuhubungi sejak kembali ke bumi barakah. Hanya khabar beritanya sahaja yang aku risik-risik dari kakak-kakak yang lain. Khabar terakhir dengarnya sedang cuti praktikal KPLI.

Harapnya, Alllah sentiasa menjaga dia sepertimana aku dijagai-Nya. Teringat saat aku dimanjakan dahulu...kak Jun pasti katakan padaku,

"Awak nak saya temankan awak tidur malam ni?" [sengih sendirian jap]

Saat belum ada kematangan dalam diri, kak ngah memang sentiasa menjadi pergantunganku. Bila aku berpisah dengan keluarga ini, kak ngah pula sibuk dengan pengajian tahun akhirnya, lalu jadilah tarbiyah Allah padaku: bergantunglah padaku, Rabbmu... [ouch]

catatan saya untuk kak ngah: Semoga semangat sentiasa menyubur bumi Malaysia. Jadi cikgu yang mendidik dan membentuk bukan mencurah je k..

_________________________________

Kak Su masih ada di sini tinggal cuma tempat kami berbakti yang berbeza, Dia di Nottingham sementelah aku masih di Birmingham.

Terakhir kali melihat kelibatnya di Twins Of Faith, London. Terbatas dek ramainya manusia, tidak sempat bertegur dan menyambung sapa. Mungkin aku yang beralasan sibuk, bukankah di sini kami ada bekalan mesej dan panggilan percuma..tinggal mahu guna ataupun tak.

Namun, itu bukanlah pengukurnya aku kira. Walaupun kerap atau tidak.walau banyak atau tidak...aku sentiasa doakan kak su berada dalam pemeliharaan-Nya..imannya terjaga, amalnya diterima dan baktinya melepasi penjaga [malaikat hafazah].

catatan saya buat kak su: Wherever, whenever atau whatever happen..just keep tawakkal pada Allah..May you become a succcesful teacher dunia wa akhirat.

 _______________________________________

Kiss the Rain terhenti lagi. Aku dongak ke siling, aku pejam mata. Tujuh wajah berlegar dalam bayanganku. Wajah murabbi dan pejuang-pejuang cahaya yang kini ahli keluargaku. Atas akidah yang sama, kami berkeluarga. Selagi masih ada yang mengamalkan islam di muka bumi ini, dia adalah saudara kami. Kami bertanggungjawab berpesan-pesan ke arah kebenaran dan kebaikan.

Aku tarik nafas. Jejak langkahku ke dalam tarbiyah bukan atas sebab lain melainkan ingin merealisasikan praktikaliti uluhiyyahku pada Dia. Terjunku ke dalam dakwah juga bukan atas sebab lain melainkan kerana SH yang tertegak dalam hati..yang ingin aku turut, menjadi yang menegakkannya di atas muka bumi.

Allah tak sebut pun dengan Siraj sahaja aku mampu mengejar syurga dan redha-Nya..tetapi kataNya..setiap mukmin itu bersaudara dan yang dapat mengejar Aku ialah yang paling bertakwa.

Lantas, ada halangankah buat siraj yang sudah bertebaran di muka bumi ini untuk menggapai impian yang satu itu tanpa siraj yang lain... Tentu sekali tiada. Mukmin yang lain itu juga adalah siraj kerana mereka juga menerangi bumi ini dengan cahaya Allah (fikrah islam yg syumul).

Aku bangkit dari duduk. Rasanya sudah terlalu lama aku di sini. Aku rindukan pejuang-pejuang yang sedang menanti di rumah kami. Zhilal nama diberi bermaksud naungan. Di bawah kami, ada lapisan pejuang-pejuang cahaya lain yang sama seperti kami, masih bertatih...mungkin kerana melihat mereka, aku jadi teringat saat aku juga masih bertatih bersama Siraj.

Tetapi aku tidak mahu kerinduan itu menjadi gula getah, kuat mengikat aku dari langkah seterusnya. Di sini aku noktahkan lagenda itu.

Catatan buat siraj dan pejuang-pejuang yang juga siraj Allah, selagi kita masih di jalan yag sama, kita akan bertemu di tempat yang sama di sana nanti i.Allah.
TAMAT

p/s: Alhamdulillah, meski tak berkesempatan merangka cerita yang tergantung dahulu, harapnya pengakhiran ini memuaskan.
p/s: Aseef jiddan buat yang terasa..cerita ini hanya mengisahkan jundu-jundu Allah yang pernah suatu ketika dahulu melalui tarbiyah di bumi barakah birmingham.
p/s: Tak kisahlah apa pun perasaan kita lepas membaca, semua itu datang dari Allah yang sifatnya al-Malik (kepunyaannya segala sesuatu termasuk perasan itu)


T_T...Saya patut sambung kerja sekarang...
Keep praying
1649 Reading Room, Haworth Building
School of Chemistry, University of Birmingham.

Hujan Rindu

Friday, 11 November 2011

Bismillah...
Blog-hopping hari ini membawa kepada pertemuan dengan seorang hamba yang kesunyian. Hanya berteman hujan...
Membaca rintihannya terasa dan tersentuh apabila masih ada yang tercari-cari ubat pada keseorangan itu. Alangkah sunyinya bila hidup hanya menanti hujan turun...bila titisnya terhenti, hati kembali sepi. Tiada daeikah yang merapat padanya? Atau masih belum ada doktorkah yang menghulur ubat?

Harap Allah turunkan hujan untuk basuh luka di hati
~picture by nawa-biwara~

Maka, masih tak bersyukurkah mereka yang sudah memperoleh ubat dan terapi tetapi masih tidak memanfaatkan sepenuhnya? Hujan juga yang dicari?

Disuruh observe dari dalam je
~picture by De di~

Suatu malam November 2011, seorang mutarabbi berhajat ingin keluar dan melihat langit...kalau2 hujan turun dan menenangkan hati yang lara. Kalau2 Allah basahkan jiwa hambanya dengan rahmat yang turun dari langit. Tetapi hajatnya terhenti bila terserempak dengan murabbinya di depan pintu.

Hujan turun jua...basah dalam hati apabila dilarang keluar. [akhawat tak baik keluar malam]
huhuhuhu....

Kiss the rain..
My Lord, strengthen my heart.
I may tell everyone what inside me
But You are the one know everything.
Thanks for the rain all day
i enjoy it by time to school
and on my way back..
Under the rain
i may cover every single thing
only You discover the tears.
My Lord, make me resilient
walking towards You.

dakwah perlukan mereka yang punya perasaan tetapi bukan yang melemahkan semangat.
rehat kat syurga kan?
biarlah hujan di pipi pelangi bayarannya.
siapa kata saya tak rindu Zat yang abadi itu?
Dia selamatkan saya dari kesunyian...
Dia hulurkan ubat jadi penawar sepi...
Dia pilih saya untuk jadi hambanya yang sedar dan faham....
Dia padam zaman silam saya...
Manakah sebab yang dapat menafikan cinta saya?

"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(53:43)
"Orang-orang yang beriman-hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah..."
(13:28)

Selangkah kita merapat meraih kasih dan bantuanNya...beribu kali langkah Dia merapat dan mencurah kasih dan pertolongan...Rindu yang berbunga2 itulah yang tak akan pernah gagal memangkin diri dari jatuh tersungkur di jalan penuh duri ini.

Wallahualam.
11:51 a.m @Nuffield
~sikit je lagi...bertahan ye...=')

Pelangi Wajah

Tuesday, 11 October 2011

Bismillah
Salam,

Bukankah qiam tu memberi bahagia pada hati-hati orang mukmin. Tapi, hari ni hati rasa suram. Tterlalu byk kepedihan sampai bahagia tu tak terasakan atau mungkinkah iman masih tak ketentuan...

Rinduku pada pelangi wajah
Setitis air laut tak tertandingkan
Tak habis terhitung butir pasir di pantai
Limpah tangis tak tertahankan.

p/s: perasan tak evolusi blogger? huhu

[Cerpen] Pena Adiwira

Saturday, 1 October 2011

Bismillah
Salam
.Pernah baca/tonton anime death note?

i.allah ini versi tarbiyah islami

(^_^)

-Harap pembaca suka-

________________________________________

[Cerpen] Pena Seorang Adiwira.


Enjin kereta dimatikan. Namun dia hanya diam membatu di tempat duduk pemandu. Pandangan matanya sahaja yang meruncing ke arah televisyen yang terpasang di dalam sebuah restoran kira-kira 20 meter dari tempat dia memarkir kereta. Dia merendahkan lagi cermin tingkap keretanya agar suara pembaca berita yang sedang rancak mewartakan khabar-khabar semasa kepada umum sampai juga ke telinganya.


“Fabio Manchenta.” Satu nama singgah di bibirnya. Dari saku kiri seluarnya, dia mengeluarkan sebuah buku 555. Sebatang pen berwarna emas dengan jalur perak dibawa menari di atas helaian buku kecil itu. Nama yang disebut tadi ditulis beserta dengan perinciannya yang diperoleh daripada bicara si penyampai berita. Sesekali keningnya berlaga tatkala dia meneliti catatannya. Bibirnya pula diketap-ketap. Tidak berlengah sebaik siaran berita tamat, dia terus menghidupkan enjin keretanya.


“Kau yang seterusnya Fabio,” bisiknya perlahan namun tetap terasa hablur kemarahan dalam nadanya. Kerete dipandu pergi-laju menyusur di atas jalan raya.


*****


Malam itu seharusnya tenang bagi penghuni-penghuni kediaman di kawasan perumahan Abbey Avenue. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Jeritan nyaring seorang lelaki diikuti bunyi siren kereta peronda polis membangunkan mereka yang sedang lena. Terdorong oleh perasaan ingin tahu, ada yang sanggup bersejuk di luar rumah dan menyertai ribut orang ramai di hadapan sebuah rumah yang satu-satunya dicat merah bata di situ.


“Bawa mayat ke hospital,” arah seorang lelaki yang menapak keluar dari rumah terbabit. Di sisinya ada seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam polis. Namanya terjahit kemas di atas kocek kiri baju-Inspektor Shahril.


“Bukankah kita patut bersyukur Tuan?” Sambil melangkah ke dada laman, Inspektor Shahril melontarkan persoalan yang terbuku di hatinya. Lelaki di sebelahnya yang dipanggil Tuan menghembus nafas deras.


“Bersyukur? Kamu jangan tersilau Shah! Pembunuh tetap pembunuh meskipun mangsanya adalah di kalangan para penjenayah yang dikehendaki polis. Dia tidak layak menerima penghargaan dari kita.” Tegas pendirian lelaki berjanggut sejemput itu. Wajah inspektor muda di sampingnya itu dipandang sekilas sebelum dia mengalih pandangan pada anak-anak buahnya yang lain yang sedang sibuk menguruskan baki-baki kerja yang tinggal di tempat kejadian.


“Kenapa pula Tuan? Terfikirkah Tuan kalau bukan kerana pembunuh kita ini, Fabio Manchenta si kepala sindiket dadah di negara kita tak mungkin tersungkur hari ini?” Inspektor Shahril masih tidak mahu mengalah. Dia tetap menyokong perbuatan si pembunuh yang dirasakannya mulia itu.


“Sebab itu bukan cara islam, Shah!” Pendek jawapan yang diberikan Tuan Hanif menampar gegendang telinga Inspektor Shahril. Dia terdiam. Kakinya yang sedari tadi menguis-nguis batu-batu kecil yang bertaburan di celah-celah rumput ditenung.


“Islam mengajar kita untuk menolak kejahatan dengan kebaikan. Umpama kita mencurah air kosong ke dalam gelas yang berisi air kopi. Akhir sekali, kopi tertumpah keluar dan air kosong mengambil tempat. Bukannya dengan kita bertanding kopi siapa yang paling sedap. Kalaupun kita yang menang, kopi yang tidak sedap tu tetap akan ada.” Tuan Hanif memulangkan semula hujah Inspektor Shahril dengan satu analogi mudah. Inspektor Shahril angkat muka, meletakkan pandangan matanya selari dengan wajah Tuan Hanif.


“Kalau begitu Tuan, mengapa kita tak bina sahaja pusat pemulihan akhlak. Kenapa perlu ada polis dan penjara? Kenapa kita tak terus pada pentarbiyahan mereka. Kenapa perlu ada pembicaraan dan hukuman yang berbeza-beza untuk mereka. Malah ada yang dijatuhkan hukuman mati pula!” Agak beremosi Inspektor Shahril membidas penerangan Tuan Hanif namun dilihatnya Tuan Hanif tersengih. Bersimpul urat dahinya melihat reaksi Tuan Hanif.


“Yang Berkuasa sendiri menawarkan peluang untuk bertaubat kepada setiap hamba-Nya. Peluang yang sentiasa terbuka sehingga ke akhir detik nadi. Maka, kita yang fakir ini seharusnya menuruti panduan yang Allah sendiri berikan. Kita bicarakan pesalah agar benar-benar kita dapat buktikan kesalahannya. Jika didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati sekalipun, dia akan dipenjarakan terlebih dahulu dan diberi peluang untuk bermuhasabah dan bertaubat. Berubah atau tidak,menjadi air kopi yang semakin pekat atau berganti dengan air kosong bukan kita yang tentukan tetapi kita sekadar menjalankan tugas kita sebagai Khalifah. Inilah yang membezakan kita dengan pembunuh kita yang berlagak seperti penghukum mutlak ini.”


Inspektor Shahril terdiam lama mendengar penerangan daripada ketuanya itu. Jauh di lubuk hatinya dia tidak menafikan semua itu. Dia sendiri sedar tanggungjawab sebagai khalifah yakni menyuruh kepada yang makruf dan mencegah pada yang mungkar. Dan pelaksanaannya menurut islam bukanlah melalui kekerasan. Sebaliknya dibuat berpandukan ajaran Alquran dan sunnah Rasulullah. Pembunuh yang mereka buru itu telah nyata bertindak mengikut logik dan kemahuan dirinya sahaja.


“Tetapi, bagaimana tuan tahu pembunuh kita ni telah tersalah cara? Mungkin dia telah pun menawarkan peluang tersebut sebelum membunuh?” Ragu-ragu di hatinya terus menagih penjelasan. Biar di akhir nanti, dia pulang dengan pendirian yang tidak seperti lalang.


“Tuan, kita sudah selesai di sini.” Kedatangan seorang anak buahnya mengalih perhatian Tuan Hanif. Inspektor Shahril juga turut sama mengalih fokus.


“Ada apa-apa lagi?”


“Er, ada sesuatu yang mungkin Tuan sudah agak…” Satu beg plastik yang mengandungi bahan bukti diangkat ke atas. Tuan Hanif dan Inspektor Shahril berpandangan. Secebis kertas dengan tulisan yang amat dikenali berada di dalam beg kalis udara tersebut.


“Adiwira.” Inspektor Shahril menggumam. Setelah pembunuhan keempat malam itu, memang sudah dijangka mereka akan menemui carikan kertas dari buku 555 seperti itu di tempat kejadian. Ianya umpama tanda pengenalan si pembunuh. Waktu dan tempat pembunuhan dicatat beserta dengan namanya-Adiwira.


“Inilah jawapannya Shah. Dari awal lagi dia sudah memutuskan waktu dan tarikh ‘hukuman’. Kedatangannya tidak lain tidak bukan hanya untuk melaksanakannya sahaja. Dia menurut kehendak taghut dalam hatinya bukan kehendak agama.“ Ringkas Tuan Hanif bersuara. Inspektor Shahril diam tidak terkata.


******


Sejadah dilipat dua sebelum disidai di hujung katil. Songkok pula ditanggalkan dan diletak di atas meja solek. Dia beralih ke katil, menyelesakan diri di atasnya sebelum mencapai sebuah buku di meja tepi. Muntalaq, buku yang ditatapnya dibuka ke helaian yang telah ditanda. Bacaannya baru sahaja sampai ke bab yang pertama. Tenggelam dalam lautan huruf-huruf yang tertera, ada kalanya dia bersuara kuat tatkala membaca perenggan-perenggan yang sukar difahami. Malah, diulangnya beberapa kali agar kefahamannya bertambah. Kalaupun ada yang masih tidak difahami, dia akan bertanya terus pada Tuan Hanif selaku orang yang menyarankan bahan bacaan tersebut.


Jauhkanlah dirimu dari sebarang al-hawa yang tidak bernama islam.


Baru sebaris sahaja ayat yang ditatapnya namun hatinya terus diruntun penyesalan yang bertimpa-timpa. Al-hawa atau nafsu pernah merajai hatinya. Kerana jengkel dan bengkak hati melihat kemaksiatan berleluasa, dia bersekongkol dengan seorang kenalannya untuk menghapuskan mereka dengan cara yang amat kejam. Kedudukannya sebagai anggota polis digunakan untuk memecah masuk fail-fail sulit pihak polis dan menyerahkannya kepada kenalannya yang akan mengambil tindakan seterusnya.


Meskipun rahsianya tersimpan rapi, namun perdebatan yang tercetus antara dia dan Tuan Hanif minggu lalu, membuka mindanya untuk berfikir semula. Dia kembali menilai cara yang dia gunakan bagi menolak kejahatan yang berleluasa saat itu. Lalu akhirnya, langkah kakinya tertolak ke hadapan pintu bilik Tuan Hanif.


“Ambil buku ini. kamu akan lebih faham.” Dia masih ingat ayat itu tatkala buku tersebut berpindah tangan. Nafasnya dihela perlahan.


Sesungguhnya Allah telah menjadikan al-hawa sebagai bertentang dengan kebenaran, sebagaimana firman Allah S.W.T:


“Hai Daud, sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi maka hukumlah di antara manusia dengan al-Haq dan janganlah engkau turut al-hawa, nanti ia menyesatkan engkau dari jalan agama Allah.” (38:26)


Air liur terasa kesat. Dia masih ingat kata-kata Tuan Hanif.


“Sebab itu bukan cara islam Shah!”


Matanya menyoroti lagi tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid itu.


Apabila Al-Haq hanya terletak pada wahyu, maka kebatilan secara automatik terletak pada al-Hawa. Dan secara langsung, pengikut al-hawa adalah bertentangan dengan al-Haq.


Perlahan-lahan dia meraup wajah. Rasa bersalah berbondong-bondong hinggap dihatinya. Matanya dipejam. Beberapa saat kemudian, dia bangkit dari pembaringan. Telefon bimbitnya dicapai. Ada sesuatu yang dia perlu lakukan saat itu. Nama adiwira terpamer di skrin telefon bimbitnya. Butang hijau ditekan.


“Razif, jumpa kat tempat biasa.”


*******


“Kau pembelot!” Lantang suara Razif memetir dalam keheningan malam. Dia diamuk marah apabila melihat lelaki di hadapannya mengacukan pistol. Dia tidak menjangka pertemuan malam itu akan menjadi lain daripada pertemuan-pertemuan sebelumnya.


“Aku tidak belot. Cuma aku mahu berpaling dari terus membantumu.” Tenang suara lelaki itu menyahut. Dia lihat Razif mendengus kasar. Tubuhnya disandarkan di tembok rendah yang dibina mengelilingi dataran bumbung Bangunan Telekom Malaysia. Letakan bangunan tersebut yang terpencil di pinggir bandar Metrojaya menjadikan ia lokasi strategik buat pertemuan mereka.


“Apa yang Tuan Hanif doktrinkan pada fikiran kau hingga kau sanggup buat aku begini Shah?” Kesal dan marah bergelojak dalam suara Razif ketika menyoal. Sungguh dia tidak faham bagaimana inspektor Shahril yang selama ini merupakan penyokong kuatnya kini berpaling tadah.


“Kau masih tak faham lagikah? Sudah aku terangkan tadi apa yang kita buat ni salah. Kita membunuh mereka sebelum mereka diadili. Malah kita langsung tidak beri mereka peluang untuk berubah. Dan yang paling penting, kita sebenarnya menghukum mereka mengikut hawa nafsu. Cara kita ni salah.” Penuh kesungguhan Shahril cuba memberi pencerahan. Dia lihat Razif menggeleng-gelengkan kepala.


“Apa yang salah Shah? Bukankah Allah sendiri yang menyuruh kita memerangi orang yang zalim? Inilah yang aku sedang buat. Farid, orang pertama yang aku habisi itu merupakan perompak yang paling kejam waktu ini. Roy, ketua gangster yang banyak merosakkan pemuda-pemuda zaman sekarang. Zain itu merosakkan anak-anak gadis orang. Dan disebabkan Fabio pula ramai remaja yang terjebak dalam kancah dadah. Zalim bukan?” Suara Razif memuncak. Dia sudah tidak peduli lagi dengan ancaman pistol Shahril. Dia berpaling membelakangi Shahril. Wajah langit malam memenuhi visualnya.


“Ya. Dulu aku juga tertipu dengan hujah ini. Namun kini aku sedar perjuangan ini ada caranya Razif. Kejahatan perlu kita tolak dengan kebaikan agar yang jahat itu nanti kepupusan. Barulah kemenangan itu menjadi pasti. Apa yang kita buat ni tak menjamin kemenangan mutlak kepada kebaikan. Tiada kesudahan bila satu penjahat tumbang lahir pula yang baru sementelah tak mustahil Allah akan hadirkan perompak yang lebih kejam dari Farid atau gangster yang lebih rosak dari Roy.” Shahril tidak berputus asa. Dia sudah semakin jelas dengan jalan yang dipilihnya untuk perjuangan mereka dan dia juga mengharapkan Razif juga faham. Namun lain pula respons Razif. Lelaki itu berpaling menghadapnya dan mengirai satu koyakan kertas di hadapannya.


“Pena aku telah memilih nama kau hari ni Shah.” Pantas sebaik dia selesai berkata-kata, kaki kirinya diayun laju ke hadapan menyepak tin kosong yang berada di hadapannya. Tepat mengena sasarannya. Pistol terlepas dari tangan Shahril yang nampak tergamam dan kaku di situ. Razif pantas pula menerjah ke arah Shahril dan melepaskan tendangan yang mengena dagu. Tubuh Shahril terpelanting ke atas lantai simen yang membaluti permukaan bumbung. Pedang samurai yang sekian tadi tersisip di pinggang ditarik keluar dari sarungnya. Pedang itu dihalakan ke dada Shahril. Bibirnya sibuk membilang masa.


“Aku catatkan masa kematian kau dalam masa dua minit lagi. Aku minta maaf Shah. Aku sifatkan kau zalim kerana menghalang perjuanganku. Dan hukumannya hanya ini.” Razif bersuara keras. Dia melutut di sisi Shahril. Hujung pedang sudah pun menembusi baju kemeja yang tersarung di tubuh Shahril. Hanya menunggu masa untuk lolos ke jantungnya.


“Jangan begini Razif. Aku tidak mahu kau terus begini. Jangan ikutkan nafsu. Marilah kita sama-sama mengubah wasilah perjuangan kita dalam membersihkan dunia daripada kejahatan. Wasilah yang akan memakmurkan dunia dan juga akhirat kita Zif,” rayu Shahril penuh pengharapan. Razif tidak memberikan sebarang reaksi.


“Tiada cara lain Shah. Aku hanya tahu cara ni sahaja.” Razif mendesis perlahan.


“Ada Razif! Ada! Alquran menyarankan kita menolak kejahatan dengan kebaikan! Kebaikan tarbiyah! Kita perangi mereka untuk diadili. Kita cipta masa untuk membetulkan akidah mereka sebelum dihukum! Biar kejahilan yang menerbitkan kejahatan mereka itu terhapus! Paling tidak mereka menjadi baik untuk diri sendiri Razif! Paling kurang mereka sempat beriman dan menyerahkan diri mereka menjadi hamba Allah yang menyesal akan perbuatan mereka sebelum ni!”


“Maaf Shah. Aku tetap tidak percaya.” Hujung pedang semakin rapat ke dada. Kalau bukan kerana obsesnya yang tinggi dalam menepati masa yang telah tertulis tadi, sudah lama dia menarik ajal lelaki itu. Dia seakan megah dengan caranya itu. Seolah-olah nyawa manusia itu terletak dalam kekuasaannya. Meskipun pada dasarnya dia bertujuan menjadikan dunia dipenuhi orang-orang baik sahaja, namun lama-kelamaan rasukan kemegahan itu mengambil tempat di hatinya.


“Enam, lima, empat, tiga, dua, satu…” Razif senyum sinis. Dengan sekuat tenaga dia menekan pedang itu ke dada Shahril.


Ting!


Mata Razif terbeliak. Pedangnya patah dua meninggalkan bucu yang datar dan tidak runcing lagi.


“Apa semua ni?” Razif naik angin. Dia kembali berdiri. Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Shahril. Dia pantas memaut kaki kiri Razif ke hadapan dan menjatuhkannya. Tanpa berlengah dia bangkit. Dengan menggunakan ilmu persilatan yang dikuasai ketika dalam akademi polis, Shahril menyerang balas. Tangan Razif dipulas ke belakang sebelum dia memaut pula bahu lelaki itu dan melontarkannya ke udara. Razif jatuh terhentak ke simen.


“Kau dah lupa. Aku ni bekas sekutu kau. Aku sudah tau taktik pembunuhan kau menggunakan pedang samurai tu. Jadi aku dah bersedia.” Shahril mengeluarkan sekeping aluminium tebal yang melindungi dadanya tadi. Bulat mata Razif tidak percaya.


“Tak guna!” Razif kehabisan tenaga. Dia terlentang tanpa daya untuk bangkit setelah diserang oleh Shahril tadi. Sendi-sendinya terasa sakit. Apatah lagi tujahan-tujahan Shahril semuanya mensasarkan titik-titik penting pada tubuhnya.


“Mungkin kau tak percaya. Tetapi aku percaya Zif! Aku percaya kerana Rasulullah telah pun membuktikannya. Baginda menolak kejahatan yang dilakukan manusia Mekah dengan kebaikan tarbiyah islam yang dibawanya. Baginda tidak menggunakan kekerasan yang berasaskan hawa nafsu.” Dia berdiri di hujung kaki Razif.


“Pena aku juga telah memilih nama kau hari ni Razif,” ujar Shahril perlahan. Buku 555 warna hijau ditayangkan di hadapan Razif. Lelaki itu hanya memandang lemah.


*****


Dua tahun selepas itu.


“Teh tarik satu.” Dia membuat pesanan ringkas sebaik menyedari pelayan restoran yang disinggahinya mampir. Pelayan tersebut mengangguk dan segera berlalu ke belakang kaunter. Dia pula leka menonton siaran berita. Sekali-sekala dia mencoret sesuatu dalam sebuah buku 555 yang terbentang di hadapannya. Jika tidak menulis, pena emas dengan jalur perak kepunyaannya diputarkan di celah-celah jarinya.


“Agus Samosa.” Satu nama lelaki berketurunan serani terpacul keluar dari mulutnya. Dia mendongak ke langit restoran. Fius ingatannya dikerah untuk mencari sebarang memori yang berkaitan dengan lelaki tersebut.


“Yang masuk mesyuarat tempoh hari mungkin.” Dia bermonolog sendirian. Buku bersaiz A5 itu ditutup. Panjang tangannya mencapai gelas berisi teh tarik yang baru sahaja dihantar oleh pelayan. Seteguk dua sahaja yang dijamahnya. Dua keping not seringgit diselitkan di bawah gelasnya. Kemudian, dia bangun mencapai kunci motor dan berlalu pergi.


“Tuan, tak minum habis?” Pelayan yang sudah biasa dengan kehadirannya di situ saban malam melaungkan soalan. Dia tersengih. Baru dua tiga kali bersembang, dia sudah dipanggil Tuan padahal dia tidak pun berpakaian seperti seorang anggota polis ketika itu. Hanya sesekali dia menceritakan pengalamannya menumpaskan penjenayah-penjenayah terutamanya yang namanya tercatat di dalam buku 555 berwarna hijau itu. Mungkin kerana kebiasaannya menulis terlebih dahulu nama penjenayah yang ingin ditumbangkan dan dibawa ke muka pengadilan, dia diberikan penghormatan sebegitu rupa. Apatah lagi kebiasaannya yang satu itu belum pernah lagi bertemu kegagalan termasuk nama pertama dalam buku tersebut, Razif.


“Ada nama baru dalam bukuku!” Tuan Shahril juga berteriak memandangkan dia dan pelayan tadi sudah pun terpisah oleh sebatang jalan. Dia lalu menghidupkan enjin motosikalnya.


“Doakan kejayaanku!” Cermin topi keledar diturunkan. Dia menunjukkan isyarat bagus pada pelayan tadi yang mengangguk-angguk mendengar permintaannya.


“Insya-Allah Tuan. Allah pasti membantu hambanya yang beriman!” Tuan Shahril tersengih lebar lagi. Itulah slogannya dalam melaksanakan misi membanteras jenayah bermula dengan sebatang penanya. Allah pasti membantu hambanya yang beriman. Pedal minyak ditekan. Motosikal dipecut laju membelah angin.


-TAMAT-


Finished: 11 Sep 2011
Final edit: 1 Oct 2011

Kerana Dakwah Kita Dakwah Kasih Sayang.
Allah pun tak kejam dan sayangkan hambaNya..
Patutkah kita zalim pada sesama hamba?
Walau apa reason mereka,
think it simply..
mereka belum dapat 'something' tu. (perlu kpd rabb dan ilah)

Wallahualam.
0914 PM
Birm, UK.

Puisi: Rumput Hijau

Thursday, 29 September 2011

Bismillah
Salam.
Berkelok angin lalu
meliuk tubuh dimanja
naik seri segar wajah
Siraj dinanti-nanti
Bias cahaya menambah seri

terbuai dalam atmosfera bahagia.
tersesat dalam indahnya landskap

Kau lupa?
Sepatu manusia di atasmu
Sarap menghurung.
Hujan lecak melemaskan

Masih bisa menghijau?

Kata rumput,
"bukan lupa, tetapi aku percaya
Janji Tuhanku,
yang sakit itu imtihan
yang lulus itu diganjar untung"

Diam.
Dia terus menghijau.



Puisi: Encik Kristal

Sunday, 25 September 2011

Bismillah.
Salam. Hari ini kotak merah yang menyala di FB menghentak-hentak jiwa. Mungkin nampak macam saya tak terkesan tp sebenarnya luluh jantung~~~ So, puisi ni untuk awak k.

PUISI: Encik Kristal

Dari afar bersinar
Jernih kusangkakan
namun tiadalah tertembus originnya
Tajam hujung sisimu
Luar sedar menghiris

Encik Kristal,
Annisa' pantas terpujuk
Menjauhlah!
Biarkanlah yang dekat
Hanya Yang Maha Mencipta Cinta.

p/s: moga Allah menjaga hati-hati kami dan menjadikan cinta Allah itu yang tertinggi filqalbuna.

Cik Tanah,
81 hubert road
Birm, UK.

[Puisi] Selepas Hari Ini

Sunday, 18 September 2011

Bismillah.
Salam.

Selepas Hari Ini

Dingin Hujan
Gendangan Guruh
Kilat yang berziarah
Tetap tersambut
kerna basahnya itu nikmat
Sejuknya rahmat
Selepas hari ini
Masih ku mahukan hujan
Menemani hariku.

tanah90
81 Hubert Road.
Birm, UK.
0800PM

Puisi: Di Sisiku Kau Ada

Saturday, 17 September 2011

Bismillah.
Salam. puisi ni khas buat seorang sahabat. siapa? kalau anda terkesan dgn apa yg saya nk sampaikan..insya-Allah andalah orangnya..(^_^)...lagipun, setiap rangkap memang ada maksud dan peristiwa yang terselindung...buat awak yang saya maksudkan dlm puisi ni, saya sangat sayang pada awak...saya harap ukhuwwah kita berkekalan dan dah tentunya untuk kekal ia berasaskan keimanan dan taqwa sebagai benteng utama.

Di Sisiku Kau Ada



Seringkali tertewas
Panggilan syaitan yang merimaskan
Kita laksana pahlawan
Berdamai dikit bertarung kerap.


Seringkali tiada paduan
Di mana letaknya hubungan kita?


Aku mahu bajumu biru
Merah tersarung ditubuh
Ah, cambahan bibir tiada makna.


Namun, kau juga madu hati
Penawar lara
Hujung jiwa bijak terbelai
Senyum koyak.


Tiada ganti tiada tumbuh
Di sisiku kau ada.


1122pm
81 hubert road,
Birm UK.

Diam Berfikir

Thursday, 8 September 2011

Bismillah.
Slm wrm.

Alhamdulillah setelah dua bulan saya melarikan diri dari dunia blogger..[ye je]..hari ni saya ambil keputusan untuk unprivate blog saya..

i.Allah klu ade fikrah yang saya nak kongsi selepas ni, saya akan kongsikan di sini. Cerpen-cerpen saya pun i.allah akan menyusul di sini dan di website ikram wm sendiri. Just perlukan sedikit masa di sini memandangkan saya kena recover balik semua fail yang hilang sebab laptop yg saya guna rosak.

Namun memandangkan saya sedang ke arah menulis secara serius, ada post2 selepas ini yang saya akan letakkan password. Afwan. Perkara ni penting as saya tak mahu post-post saya di sini disalaherti atau disalahgunakan sekali lagi. It is hard to rebuild trust after you lost it once.

Saya sharekan sikit bacaan saya sepanjang summer ini yang membantu mempertahankan cebisan iman yang tinggal sedikit cuma di awal-awal cuti summer tempoh hari..Alhamdulillah, memetik kata-kata wardina safiyyah dalam ini kisahku: kalau kita nak berubah, Allah akan tolong kita. Saya sangka saya dah tertewas bila saya ckp sye dah give up tapi Allah hantarkan juga lambakan jalan dan barisan Harun untuk membantu saya masya-Allah.

"Seseorang yang menganut islam itu sebenarnya telah melucutkan dari dirinya segala sesuatu dari zaman lampaunya di alam jahiliyyah. Dia merasakan bahawa ketika mana dia mula menganut islam, dia telah memulakan zaman baru dalam hidupnya. Terpisah sejauh-jauhnya dari hidupnya yang lampau di zaman jahiliyyah dan sikapnya terhadap segala sesuatu yang berlaku di zaman jahiliyyah dahulu ialah sikap seorang yang sangat berhati-hati dan berwaspada. Dia merasakan bahawa segala sesuatu di zaman jahiliyyah dahulu adalah kotor dan tidak sesuai dengan ajaran islam. Dengan perasaan inilah dia menerima hidayah dan petunjuk islam yang baru itu dan sekiranya dia didorong oleh nafsunya sesuatu waktu, atau sekali sekala dia merasa tertarik dengan kebiasaanya yang dahulu atau kalau dia merasa lemah dari menjalankan tugas dan kewajipan keislamannya sesuatu ketika, nescaya dia merasa bersalah dan berdosa, dan dia merasakan dari lubuk hatinya bahawa dia perlu membersihkan dirinya daripada apa yang berlaku itu; lalu dia berusaha sedaya upaya mengikuti panduan yang digariskan oleh Al-Quran."
-Petunjuk Sepanjang Jalan, As Syahid Syed Qutb

Seminggu sebelum eid fitr Allah hadirkan kesempatan untuk bertemu dengan naqibah msia kami, alhamdulillah wlupun dua jam habis taaruf dan setengah jam je dpt pengisian..tp setiap kata-kata yang keluar dari mulutnya bagaikan mutiara buat saya. [ye la, dh lama xdpt usrah]

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman syurga dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam; dan pada akhir malam mereka memohon ampunan kepada Allah dan pada harta benda mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta. dan orang miskin yang tidak meminta." (51:15-19)

Huraian kak fira yg saya masih igt: qiam dan sedekah itu biasa kita buat kala ramadhan namun istiqamahkah kita selepasnya?
saya suka quote yang di akhir malam means selalunya di hujung2 waktu sahur...kita memohon ampunan pada Allah...x tau nak describe macamana tp rse mcm ade satu perasaan dalam hati yang meronta-ronta supaya malam sampai cepat supaya saya boleh bercinta dengan Allah masa tu. Huhu..

Alhamdulillah3x...pemikiran baru yang saya peroleh byk menyumbang kepada pembinaan diri saya hari ini. Byk motivate saya untuk do care of what you did for Allah. =]

Tu sahaja i.allah..a couple of days before balik UK..do pray for me k,

1105pm
johor, Malaysia.

Final...

Monday, 11 July 2011

Slm...

Dalam hidup saya ada dua benda yg saya sgt suka buat..

Click below to enter password:

 ***

Johor, Malaysia.

Masa Memburumu

Tuesday, 28 June 2011

Bismillah
Salam..

Selamat bernafas Turrabulabyad...

Alhamdulillah dengan masa yang terlampau cepat berlalu sedar tak sedar saya sudah pun menamatkan perjalanan sebagai pelajar tahun dua University of Birmingham. (gaya cakap ada tak cam pengacara imam muda?)

Very Well..

Bercakap tentang masa biar saya kongsikan satu firman Allah yang bermaksud.

"Dan Dia pula yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau yang ingin bersyukur." (25:62)

Familiar bukan dengan peristiwa pergantian malam dan siang? Berlakunya ia tanda hari semalam sudah berlalu dan giliran hari ini pula menyapa. Percaturan sunnah Allah ini pasti berulang. Dan rakaman kejadian ini acapkali diulang sebut dalam firman-firman-Nya. Secara general, pengulangan bermaksud Penting!! Ada poin penting yang tersirat bagi orang yang sentiasa mengambil pelajaran dan ingin bersyukur.

Apa signifikannya? Mudah.. Masa itu penting. Setiap malam dan siang yang bertukar ganti itu penting dan kerana itu setiap saat dan detik penggunaannya akan disoal pada yaumulakhir nanti. Salah satu soalan yang akan ditanya nanti ialah bagaimana kamu gunakan masa mudamu?

Kriteria Masa.

Ada tiga.

1) Masa berlalu dengan pantas.

Selalu kita dengar dialog dalam cerita melayu atau ucapan Yang Berhormat atau yang paling dekat dengan kita ialah kata-kata akhir sebelum kita tangguhkan usrah mingguan iaitu

"Masa sangat mencemburui kita..."

Memang benar. Sedar tak kita dah besar, dah habis sekolah dan sekarang dah jadi pelajar tahun akhir di universiti. Sekejap je rasa kita berkenalan dengan kakak dan abang-abang yang ada di lokaliti masing-masing. Sekarang mereka nak BFG dah. Sekejap je rasa macam baru semalam kakak postgrad sebelah rumah bersalin tetapi hari ini anak dia dah boleh berjalan.

Lalu mungkin sejenak kita boleh bertanya pada diri masing-masing apa yang sudah kita lakukan pada waktu-waktu yang sudah membelakangi kita. Apa yang sudah kita kecapi, apa aset yang sudah terkumpul utuk hidup di akhirat nanti. Apa pula yang sedang kita lakukan sekarang.

Secara jujur saat-saat waktu pulang ke Malaysia yang semakin hampir buat saya gugup dan gerun. Sedih pun ada mengenangkan banyak peristiwa dan masa yang terbuang di belakang yang mengiringi perjalanan tahun dua saya. Pedih je bila melihat orang lain sudah boleh main buai laju-laju sedang kita di sini masih terkial-kial nak bina buaian.

Masa di hadapan masih ada. Jangan terus menangisi yang telah berlalu...

Alwaqt kalsaif. Iza lam qataat qataatak
-Masa ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya ia akan memotongmu.

2)Masa tidak boleh diganti

Waktu saya diulit kehidupan sekolah berasrama, saya pernah tanpa sengaja memecahkan jag air jiran sebelah katil. Jag air kaca itu harganya ala-ala pinggan mangkuk coral atau barangan queens ann kat Malaysia. Budak tingkatan dua yang miskin manalah ada duit nak bayar balik. Nak bayar duit yuran asrama pun terkial-kial, asyik berdalih sampai kena sindir dengan penyelia asrama sebab asyik bayar lambat. Inikan pula nak ganti harga jag kaca yang mahal tu.

Sengsara jugaklah...;(

Alhamdulillah at the end of the year saya berjaya je bayar balik.

Tapi..

Kita tak bercakap tentang harta tapi MASA. Sifat masa bukan macam harta yang boleh diganti. Sengsara macam mana pun kumpul duit tak akan dapat gantikan masa yang dah pergi. Kalau tak mesti dah ada di pasaran sekarang 'the time machine'.

Contoh orang yang tak nak mengaku hakikat ini ialah orang yang sangat suka meng'qada'. Semua benda nak qada'.

" Oh, semalam tidur 5 jam. Patutnya 6 jam. Hari ni nak qada' so perlu tidur 7 jam."

I jam yang hilang untuk qada' tidur semalam tu nak ganti macamana pula?

Mungkin perlu selalu ingat hadis yang tersurat di atas ni tadi.

Sabda Rasulullah saw tentang soalan-soalan yang akan ditanya pada kita nanti?

"Masa mudamu untuk apa engkau habiskan?"


3)Masa itu sangat berharga.

Tak ternilai. Tak terlawan dengan pepatah melayu 'masa itu emas'. Sebab kat sini saya senang-senang dapat duit satu pound yang bersalut emas tu. Masa lebih mahal dari itu. Sekali kamu menjualnya pada dunia kamu tak akan dapat beli balik.

Semua orang tahu hakikat ini sebab kita selalu buat masa exam. Pulun study betul-betul kalau boleh sesaat pun tak nak lepas dari buku. Sebab? Kita takut sesaat yang terlepas tu entah-entah sempat baca baris ayat dalam buku teks yang masuk exam. So, nak mengaku tak kita tahu masa sangat berharga?

Why not apply pada cabang-cabang iman dan amal yang lain pula?

Ada kakak pernah pesan pada saya, waktu lapang banyakkan zikir sebab setiap zikrullah itu mencambahkan benih dan pepohon buat kita berteduh di syurga nanti. So, boleh la bayangkan sesaat kita terlepas zikir, pokok kita kat syurga terbantut pembesarannya.

Konklusi dari saya...ada masa gunakan sebaiknya....

Semoga kita diawasi dan dijagai Allah dari terjerumus dalam golongan yang kafir...bila dah terlajak baru nak tekan brek.

"Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia." (23:99)

Wallahulam. Yang menulis kerana tahu diri ini perlukannya juga.









0107 am




malam terakhir summer'11




Birm,UK.


Adapted from talk by Dr. Ayman Ewies of Wakefulness of the Heart.

Untuk salah seorang yang istimewa dalam hidup saya

Thursday, 2 June 2011

Bismillah
Slm.

Beberapa hari tanpa dia
masih terulang-ulang saat dia masih ada lagi di sini
saat aku lari kepadanya
tika aku rasa dunia terlalu serabut untuk aku fikirkan
bila aku rasa sukar dengan apa yang ada dihadapanku
dia ada di sini

dengan dia tak perlu bercerita
tak perlu mencurah masalah
sebab saat dia ada
tiada yang duka aku fikirkan
segalanya hilang

dia yang memanjakan aku
dia yang selalu memberi perhatian bila aku dambakannya
dia yang berusaha untuk kami
sedangkan inilah kali pertama
prasiswazah menjadi mutarabbinya

siapa sangka aku akan menangis
saat dia lepaskan aku pada insan lain
siapa tahu aku akan jatuh hati pada dia
bila dulu aku meronta tak mahu dia menjadi pembimbingku.

biar orang kata dia bukan murabbiku lagi
biar ada yang cakap aku sudah ada yang baru
patah tumbuh hilang berganti
tapi bagiku setiap satu itu lain istimewanya
hadir yang baru bukan bermakna lupakan yang lama
yang lama aku doa kami bertemu lagi
dan masih bersama di jalan-Nya hingga ke syurga
yang baru aku pohon tautkan hati kami hingga ke akhirnya.

Dia yang aku rindu
terima kasih atas segalanya
maafkan silap dan salah
doakan kami yang masih berjuang.


Buat yang teristimewa,
one of the character in [Cerpan] Lagenda.
BFG on 25/5 2011
http://ikramwestmidlands.blogspot.com/2011/05/selamat-jalan-dr-rijal-keluarga.html

p/s: i do think it is kind of 'jiwang' for someone who doesnt show her sweetness...but honestly, i can see everytime she try to adapt to us especially me..It did touched my heart..i dont know how much/ how equal she love me/us but i do know i have a portion of my love to her..


i'm a big big girl

in a big big world

its not a big big thing

if u leave me..(Allah akan ada)

but i do do will

and i do do feel

miss u much..

miss u much..


yang masih mengaku adik

1100

Birm, UK

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.