Bismillah..
Salam...=)
Tersenyum untuk bersabar bila sedang hati semangat nak siapkan proforma,website spectral database tak berfungsi sebab sedang diupgradekan pulak..hmm..deadline isnin ni..tapi terpaksa switch untuk buat assignment lain..hmm..Allah is the best planner...
Bila hati makin elok..saya harap ia makin sihat..makin kuat..saya nak tutup kisah hati saya yg lara seminggu dua ni dengan sebuah cerpen...
Cerpen L.U.F....
ceritera hati yang saya garap..,,
dengan plot rekaan sendiri..
ada sikit luahan hati di beberapa scenes..
Semoga mesej ukhuwwah yang saya sampaikan terkesan di hati...
enjoy!
[Cerpen]L.U.F
Aku meraba-raba bangku yang sedang aku rapati..memastikan tiada kotoran atau basah yang akan mencemar pakaianku.Setelah aku yakin dengan kebersihannya,barulah aku melabuhkan punggung di atasnya.Deria telingaku menangkap bunyi bising di tengah taman.Suara kanak-kanak bermain riang mencetus suasana harmoni.Aku duduk diam di situ..cuba menikmati panorama yang menceriakan hati itu..rasa tenang.rasa nyaman..Apa lagi dengan angin lembut yang damai menyapa wajah dan tubuhku..Sungguh aku suka datang ke sini..di sinilah suka duka zaman kanak-kanakku tercipta..
Perlahan bibirku bergerak..membasahkan lidah dengan zikir al-mathurat...Di minda,pantas bayangan waktu dulu menerjah kotak ingatanku..
**************************************************************************
Ceritera I
Sabrah Jamilah.
Waktu petang di taman.Di satu sudut sebelah buaian ada seorang kanak-kanak perempuan yang kecil sedang duduk melutut.Wajahnya terlindung apabila kepalanya ditundukkan rapat ke lutut.Ada esak tangis kecil yang keluar dari mulutnya..Nyata,dia sedang menangis.Namun,tiada kanak-kanak lain yang ingin menegur dan memujuknya.Ironinya,dia sebenarnya baru sahaja dipermainkan oleh kanak-kanak lain.Semuanya kerana dia diejek kerana memakai cermin mata tebal sedang usianya baru sahaja 10 tahun.
"Pergi balik lah woi..nak nangis kat sini pulak.."Seorang budak lelaki yang berbadan besar mengejek dengan suara sinis.Tangannya gatal membaling bola tenis yang berada di genggamannya.
Dush!!!
Tepat mengena kepalanya.Dia tersungkur sedikit ke kiri. Sendu yang cuba ditahan meledak kembali...
"Waaaaa.."Galak dia menangis..Air matanya berjuraian jatuh..wajahnya yang putih mulus kotor dengan air mata dan kotoran tanah.
"Eeeee...buruknya dia nangis nih..hahahaha,"Si pembuli ketawa mengejek.Kawan-kawannya ikut ketawa.
"Nak tisu..?"Seorang daripada kawan si pembuli merapati kanak-kanak perempuan tersebut.Nampak gaya macam hendak memujuk.Dia angkat wajah.Namun...
"Nah..."Mukanya dibaling dengan sesuatu.Rupa-rupanya tisu yang dimaksudkan itu adalah bekas pembalut burger yang dikutip di tepi jalan.
"Hahahahaha.."Semakin galak dia diketawakan.Pedih...Tapi apa yang dapat dia lakukan selain dari menangis.Hendak melawan???Seorang kanak-kanak perempuan ditentang oleh empat budak lelaki yang umur mereka dalam lingkungan 12 tahun.Sesiapa sahaja dapat meneka siapa yang akan menang..
Dia tutup muka dengan kedua belah tangan.Matanya dipejam erat.Tangisannya makin kuat..Hatinya penuh harapan agar akan datang sesiapa sahaja yang mahu menolongnya.Hati kanak-kanak...memerlukan pembelaan tapi tak tahu hendak menzahirkannya..
Pang!!Pang!!Pang!!Pang!!
"If you disturb her again..there is no sorry for you guys!!!"Satu suara bagai halilintar tiba-tiba muncul.
Dia buka mata.Matanya berkelip tidak tahu apa yang berlaku..Di hadapannya ada seorang budak perempuan sedang berdiri menghadang orang=orang yang sedang membulinya.Dia berpakaian seragam sekolah menengah.Lencananya berlambangkan Sekolah Menengah Hidayah.Tag namanya bertulis Sabrah Jamilah berwarna biru bermaksud dia merupakan pelajar tingkatan dua di sekolah tersebut.
"Ka...ka..kami mintak ma..ma..maaf.."Seorang daripada mereka memohon maaf dengan suara yang terketar-ketar.Di pipi budak-budak lelaki tersebut ada bekas ditampar.Dapat diagak yang mereka baru sahaja di'ajar' oleh budak perempuan itu tadi.
"Go home!!!"Keras suaranya menengking.Bertempiaran lari mereka yang mendengar.Kanak-kanak perempuan yang dibuli itu cuba berdiri.Di hatinya terdetik kegembiraan bila ada orang yang sedang membelanya.Namun,hatinya tetap gerun bila budak perempuan berpangkat kakak di hadapannya itu menunjukkan kekerasan.Budak perempuan itu berpaling memandangnya.
"Buddy??"Suara budak perempuan itu bertukar lembut.Dia tersenyum manis memandang budak perempuan yang comot itu.Budak itu terpinga-pinga.Haa...
"Nama saya...Sabrah jamilah..boleh panggil saya Sab..apa nama kamu buddy...??"Dia bersuara tenang.Dia tidak kekok memeluk bahu budak berpangkat adik itu.Kanak-kanak itu tersenyum malu apabila bahunya dipeluk mesra.Dia membetulkan cermin matanya sebelum menjawab.
"Qifa..."Suaranya halus keluar dari bibir.Sab tersengih..Dia tarik adik kecil itu ke buaian.Selamba dia menolak buaian yang sedang diduduki adik itu.Buaian itu terenjut-enjut dihayun angin.
"Tau tak dik ...apa saya belajar kat sekolah hari nih..??"Sab nampak selamba dengan gayanya.Walaupun dia bertudung labuh..dia nampak 'rock'.Dia selesa menolak buaian sambil berbicara.
"Hmm..."Qifa tertanya-tanya.Dia mendongak..pandang wajah Sab yang sedang menghayun buaiannya.
"Saya belajar hari nih...satu ayat alquran..sesungguhnya Allah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis..."Sebuah naskhah alquran yang terbuka dihulur padanya.Entah bila Sab keluarkannya dari beg.Thaqifa membelek helaian alquran yang terbuka dihadapannya.Surah annajm..ayat 43.
"So...adik janganlah sedih ea...air mata adik tu sebenarnya Allah yang bagi...sekarang ni....apa kata adik balik rumah and mandi ea..pakai cantik-cantik..Rasulullah suka bila kita dalam keadaan bersih..Pedulikan apa orang kata ye.."Suara Sab sangat lembut menyentuh hati adik di hadapannya.Thaqifa senyap.Ada satu perasaan lain mengalir di hatinya.Dia rasa seperti ada sesuatu yang membuatkan dia rasa sangat bahagia saat itu.Dia bingkas melompat dari buaian setelah kakinya jejak ke tanah.
"Tapi..esok akak datang sini lagi ea..."Pantas dia meminta janji dari kakak yang baru dikenalinya itu.Sab tersenyum senang.
"Baek boss!"Sab saja angkat tabik.Riang mereka tergelak serentak.
************************************************************************
Ceritera II
Menimba ilmu setiap saat bersamanya.
"Lamanya nak tunggu nih.."Thaqifa bersuara merungut.Dia pandang sekilas melewati pemandangan sekitar restoran KFC.Ramai orang memenuhi restoran KFC ni lebih-lebih lagi waktu hujung minggu seperti ini.Tak hairanlah pesanan mereka memakan masa.Dia melekapkan dagunya ke meja. Sab tersengih melihat telatah adik comel dihadapannya.Hari minggu itu mereka habiskan bersama-sama memandangkan mereka jarang bertemu sejak Thaqifa melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Changlun.Mereka bersiar-siar di Bandar Alor Setar bila Thaqifa sengaja hendak bermanja,minta makan KFC pulak..Jenuh Sab memandu sampai ke Alor Setar semata-mata hendak memenuhi keinginan adik kesayangannya itu.
"Sabarlah dik..dah besar panjang macam nih tak reti-reti nak sabar.."usik Sab menyakat.Pantas Thaqifah memuncungkan bibirnya,tak puas hati.
"Apa pulak..kalau saya tak sabar saya dah lama serang budak-budak kat kaunter tuh..kata your order will be ready after 10 minutes..ni dah dekat setengah jam menunggu nih...,"sahut Thaqifa pantas.Omelannya membuatkan Sab tersengih..
"Nak sabar..bukan setakat sabar je..kena sabar dengan cantik..bermanis muka dengan orang yang buat kita tak sabar tu..sebab tak sabar mengundang kita untuk marah..so,swallow your uneasy feelings..itulah yang dinamakan sabar yang cantik.."Lembut bicara Sab menegur Thaqifa.Thaqifa angkat kening.
"Macam nama orang tu...Sabrah Jamilah...sabar yang cantik..."Thaqifa bersuara nakal.Sab tersengih...nakal,getus hatinya.
"Maka bersabarlah kamu dengan kesabaran yang cantik." (70:5)
Tuk!tuk!tuk!
Tiba-tiba ada ketukan di meja.Ada seorang gadis sunti berbangsa melayu sedang berdiri di tepi meja mereka.Pakaiannya agak bersih walaupun lusuh.Dia yang mengetuk meja mereka tadi.Sehelai kertas dihulur.
"Kami orang-orang pekak dan bisu.Boleh ke hulurkan pertolongan dengan membeli satu daripada homemade keychain kami..."Thaqifa membaca ayat yang tertulis di atas kertas itu dengan agak kuat.Dia angkat muka..pandang sekejap pada gadis itu sebelum beralih meminta pendapat Sab.Manis raut wajah Sab seakan faham.Dia pandang pada gadis itu dan meminta gadis itu menunjukkan homemade keychain yang boleh dibeli.
"Pilihlah dik..biar akak bayar.."Sab meminta Thaqifa sendiri yang memilih.
"Eh???"Thaqifa agak terkejut,tidak menyangka yang Sab ingin membantu.Dia sendiri bukan tak nak menolong tapi melihat harga homemade keychain itu yang setiap satu bernilai RM10 membuatkan dia was-was..mahalnya..kalau dia menipu habis melayang camtu je RM10,,detik hatinya.
"Ya Allah,kembangkanlah naungan rahmatMu kepada kami,keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami..tu kan doa yang kita baca lepas mathurat..dia termasuk pada sesiapa sahaja yang ada di bumi nih yang kita doakan...so tak salah pun nak tolong diorang..akak tahu Qifa takut kalau dia sebenarnya berpura-pura tapi bila fikir balik akak tak kisah kalau sepuluh ringgit duit akak melayang tapi kalau kerana sepuluh ringgit tu la yang membezakan jarak akak dengan syurga dan redha Allah..akak sanggup bagi lebih dari tu.."bijak bicara Sab menjelaskan.
"Ooooooo..."Thaqifa mengangguk-angguk faham.Dia tanpa lengah membelek-belek homemade keychain yang berada di atas meja.Di sisi meja mereka gadis pekak bisu itu masih setia menanti.
"Yang nilah.."Thaqifa akhirnya memilih satu daripadanya.Seutas keychain ukiran kayu berbentuk hati.Di tengahnya ada tulisan besar LOVE.Sab tidak membantah.Segera dia menghulurkan sekeping not RM 10 kepada si penjual.Gadis itu tersenyum riang.Dalam senyum yang masih tidak hilang,dia tunduk hormat tanda ucapan terima kasih sebelum meminta diri.
"Lagipun dik...kalaulah satu hari nanti..ditakdirkan Allah menarik balik nikmat bercakap dan mendengar akak..akak harap akan ada insan yang bantu akak macam apa yang akak buat pada dia..Mungkin tak pekak atau bisu tapi buta atau lumpuh..Orang-orang seperti mereka itu wujud untuk memberi peringatan pada kita setiap yang kita milik di dunia ni milikNya..bila-bila masa boleh hilang dan ditarik kembali..."Sab bersuara perlahan.Thaqifa tersentuh.Tidak terfikir di kepalanya sejauh itu.Seketika perasaan insaf menyelinap ke dalam kalbunya..hati manusia yang kadang-kala lupa Allah lah pemberi nikmat...
"Wahai orang-orang yang beriman!Ingatlah nikmat Allah yang diberikan kepadamu....." (5:11)
"Excuse me..Your order is ready now.."Seorang pelayan datang membawa pesanan mereka.Thaqifa dan Sab saling berpandangan.Huh..perasaan lega hadir.Thaqifa tersenyum.
"Patutlah lambat..Allah nak ajar something pada saya rupanya.Jazakillah khair akak..habis je akk sampaikan pengajaran baru ni..order kita terus siap.."Thaqifa riang berkata-kata.Hatinya bahagia kerana ada seorang kakak yang tak jemu membimbingnya mengemudi kehidupan dalam fitrah kebaikan.
"Waiyyaki my lovely sis..my cutely buddy..."Mereka mula menikmati makanan yang telah tiba tanpa banyak bicara..Hati masing-masing berlagu suka..dua hati yang telah lama menyatu dalam tali persahabatan ilahi...
*******************************************************************************
Ceritera III
Bertemu dan berpisah keranaNya.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu Bertemu untuk mematuhi perintahMu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...
Kekalkan kemesraan antara hati-hati kami.
Tunjukilah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman
Dan keindahan bertawakal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat sebenar tentang Mu.
Jika engkau mentakdirkan mati..
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah..perkenankanlah permintaan kami..
Thaqifa membaca bait-bait yang tertulis di atas kad berwarna pink itu.Kad pemberian Sab..Hatinya tersentuh dengan keindahan doa Rabithah yang dibacanya.Terasa sejuk menyentuh jiwa dan perasaannya.Doa yang dibaca setiap kali selesai membaca mathurat,setiap kali habis sesuatu program dan Sab pernah mengajarnya agar mempraktikkannya setiap kali bertemu dan berpisah dengan semua orang.
Dan hari ni..detik perpisahan antara dia dengan Sab pula tiba.Dia akan terbang melanjutkan pengajian ke UK..beribu batu jauhnya dari Malaysia..Buat pertama kali selepas mereka bertemu penuh nostalgik di satu taman permainan 9 tahun yang lalu..mereka akan berpisah.Hati Thaqifa diruntun sedih.
"Adik...kenapa sedih sangat nih???"Sab bersuara mesra.Thaqifa tersenyum pahit.Tika itu mereka sedang bersendirian.Ibu bapa Thaqifa serta kawan-kawannya yang lain seakan faham bahawa mereka memerlukan masa bersendiri.
"Sedih...lepas ni tak tau bila kta jumpa lagi.."Sayu Thaqifa bersuara.Sab senyum segaris.Dia capai earphone yang tersumbat di telinganya dan menghulurkannya pada Thaqifa.
"Nah..pakai nih.."Thaqifa angkat kening.Tak tahu tujuannya dia disuruh berbuat begitu.Namun,Sab hanya memberi isyarat agar Thaqifa mengikut sahaja.
"Kalau bukan kat dunia..kita jumpa kat syurga..."Perlahan tapi penuh makna Sab menuturkan kata-kata.Dia picit satu butang di mp3nya.Lagu berganti..Thaqifa hanya mendengar.Dia kenal muzik yang sedang berlagu di telinganya.
"Sebiru hari ini..."Sab mengangguk.Lagu sebiru hari ini...
"Hati kita kan dah lama menyatu..."Sab tersenyum manis.Tanpa sedar dia sudah menarik Thaqifa ke dalam dakapannya..dipeluk tubuh itu penuh erat.Thaqifa sebak.Air mata sudah mula bertakung di tubir mata.Mereka berpelukan seakan tidak mahu melepaskan.
"Jangan menangis dik..."Pendek ucapan Sab kerna dia sendiri sedang menahan tangis.Ibu Thaqifa yang melihat dari jauh hanya senyum pilu.Dia tahu anaknya itu sangat menyayangi insan bernama Sabrah Jamilah itu..Dia segera datang rapat pada mereka.Bahu Thaqifa diusap lembut..penuh kasih sayang.
"Qifa..."Suara ibu Thaqifa memanggil.Bahu anaknya digosok-gosok perlahan.Thaqifa mengangkat mukanya yang disembamkan ke bahu Jam.Spek mata yang terlurut ditolak ke tempatnya.Figura ibunya nampak kabur dek air matanya.
"Its time to go.."Ibu Thaqifa bersuara lembut.Thaqifa menarik nafas perlahan.Pemgumuman untuk penumpang Boeing 373 ke London sudah diumumkan buat kali kedua.Thaqifa harus pergi.Pihak penaja tidak akan bertanggungjawab seandainya dia terlepas penerbangannya gara-gara melayan kesedihan.
"Kita bertemu dan berpisah kerana Allah dik..."Sab mengangkat tangannya.Ibu jari dan jari telunjuknya dibengkokkan membentuk separuh hati.Lalu dia mengunjukkannya pada Thaqifa.Thaqifa senyum sedikit.Dia buat perbuatan yang sama.Jari jari mereka bertemu..membentuk hati..
"L.U.F"sebut Sab.
"L.U.F too.."sahut Thaqifa.Senyum bertukar.L.U.F...Love U Fillah..dalam erti kata lain...sayang kamu kerana Allah...
20 September 2009..pintu masuk balai berlepas Kuala Lumpur International Airport menjadi saksi.Dua insan yang bertemu keranaNya...kini berpisah juga keranaNya....
Sabda Rasulullah saw,
"Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah pada hari kiamat.Salah satu golongan ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.."
(Hadis penuhnya diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim dan ibn Majah)
***********************************************************************************
"Ya ukhti..."Teguran lembut memecah bayangan ceritera silam yang sedang galak layarannya di mindaku.Aku buka mata yang terpejam.Desir angin petang masih setia membelai tubuhku.Aku dapat mengesan kehadiran pembantuku yang sedang berdiri di sebelah kiri.Aku membiarkan tanganku diraih dan sebatang tongkat lipat diletak dalam genggamanku.Aku merasa tongkat itu dengan tapak tangan.Tongkat berwarna putih.khas untuk orang-orang sepertiku..
"Dah tiba masa untuk pulang."Nada suara pembantuku rendah tanda hormat pada tuannnya.Aku tersenyum.Aku bangkit bangun perlahan-lahan.Nafasku tarik perlahan.Berpandukan tongkat yang berada di tangan kananku dan tangan kiri yang dipimpin pembantuku..aku mula melangkah.
"Tadi...dia call lagi.."Lirih dan berhati-hati pembantuku bersuara.Aku senyap.Aku tahu siapa yang pembantuku maksudkan.Sabrah Jamilah..insan yang paling aku sayang..Tapi malangnya sejak keadaanku begini..sejak aku hilang daya penglihatanku...hatiku sentiasa menghalang dari menghubunginya.Malu...bukan...bukan itu sebabnya..tapi..
"Apa dia cakap??"Aku cuba mengawal gelora rasa yang bertamu di hati.Berbicara tentang seseorang yang wajahnya sudah tidak dapat ku lihat..ianya amat sakit..Mujur ibu bapaku sudah tiada..Tidaklah mereka lihat aku begini.
"Dia desak untuk bertemu...katanya dia rindu..."Sebaik sahaja pembantuku menuturkan ayat pendek itu..setitis air mataku menitik di pipi..Rindu..ya...aku juga rindu..
"Next time..kalau nombor dia naik..jangan angkat Laili.."Aku bersuara lemah.Arahan yang aku sendiri sukar untuk ucapkan.Laili hanya diam.Aku tahu diamnya tanda dia tidak membantah.
"Tapi..next week kita ada Malam Gemilang Karyawan Negara...bukan ke ukhti terpilih sebagai penulis terbaik??Ukhti tak mahu pergi?dia pun mesti datang.."Laili bertanya.Aku tarik nafas kasar.Jauh di sudut hati,aku ingin pergi...Ingin aku dedahkan akulah penulis unggul yang berselindung di sebalik nickname 'Tanah' itu.Bukan untuk mencari popularit tapi untuk menunjukkan semangat seorang daei yang tidak pernah padam walaupun diuji Allah bila nikmat penglihatannya ditarik.Selama tiga tahun aku begini..segala karyaku ditaip menggunakan tulisan Braille dan diterjemah semula oleh Laili sebelum diterbitkan.Malah tiada siapa pun tahu sebenarnya penulis yang dikenali sebagai 'Tanah' itu rupa-rupanya seorang insan yang buta.
Tapi,hakikatnya aku tidak mahu dia tahu aku begini.Waktu kami berpisah dulu..wajahnya masih dapat ku lihat dengan jelas..Meskipun tika itu power kedua-dua spek mataku sudah mencecah -7.00..sekurang-kurangnya aku masih punya nikmat melihat itu meski terbatas.
"Kekalkanlah identiti saya yang rahsia itu...carilah wakil untuk saya nanti..lagipun saya tak mahu dia lihat saya begini.."Aku bersuara sekadar cukup untuk Laili mendengar.Laili cepat-cepat membukakan pintu kereta buatku bila kami tiba di sebuah kereta myvi berwarna hitam.Lambat-lambat aku dudukkan diriku di sofa belakang.Laili pula bergerak ke tempat pemandu.Selain menjadi pembantu dan penterjemah tulisanku,dia juga adalah pemanduku.Memang banyak jasanya padaku sepanjang tiga tahun perkhidmatannya.Aku memang selesa dan aku tidak lokek berkongsi apa sahaja dengannya baik harta,kasih sayang juga luahan perasaan..
"Saya harap suatu hari nanti saya dapat lihat kamu berdua duduk bersama-sama kembali..dah lama rasanya tak nampak hati-hati yang diselimuti sayang fillah ni bermesra.."luah Lalili yang sedang memandu.Aku senyap..membisu..tak teringin unuk menjawab..Hakikatnya aku juga rindukan detik seperti itu.Tapi..seperti yang aku ulang..aku tak mahu dia lihat aku begini..Aku pejam mata.Tiada beza..Pandanganku tetap gelap..
"Bagi saya tidur sebentar Laili.."aku meminta..sengaja aku mematikan kata-katanya di situ.Laili,kalau dia diajak bercakap tentang kasih sayang..ukhuwwah fillah..memang menusuk hati...kalau aku biarkan mesti air mataku akan mengalir tidak henti-henti.basah~~~
Laili senyap.Dia faham maksudku sebenarnya.Dia kembali fokus pada pemanduannya.Sementara aku..lebih senang mematikan diri..tak bergerak..hanya nafasku turun naik..
********************************************************************************************
Sabrah Jamilah menghempas tubuh ke sofa panjang yang berada di ruang tamu rumahnya.Hatinya tika itu dibalut kehampaan.Sebaik sahaja selesai berusrah petang tadi,dia terus berkejar ke Hotel Hilton untuk menghadiri Malam Gemilang Karyawan Negara(MAGIK).Namun dia hampa bila orang yang dicari tidak kelihatan di mana-mana.Si penulis 'Tanah' hanya diwakili oleh penerbitnya.Sab pulang kecewa.
Satu-satunya orang yang ingin ditemuinya saat itu ialah adiknya yang seorang itu..insan yang selama ni membantu dan menyokongnya selama 15 tahun di jalan tarbiyyah.Tiba-tiba sahaja dia menghilangkan diri.Hanya karyanya yang masih muncul saban bulan memberi tanda dia masih ada di muka bumi.
"Ya ALLAH..jangan kau biarkan hati ini rindu padanya lebih dari aku rindu padaMu.."Ucapan sayu meluncur perlahan dari mulut Sab.Hatinya saat itu benar-benar dipagut rindu yang amat sangat pada adiknya yang seorang itu..tiga tahun tak berjumpa..
"Adik....buddy...L.U.F..."Satu demi satu perkataan terkeluar dari mulut Sab.Dan akhirnya..dia terlelap dalam kepenatan dan kerinduan..
****************************************************************************************
Aku menahan silau.Pancaran cahaya kamera tidak putus-putus menyimbah ke mukaku.Aku sebenarnya terkejut.Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan Laili..Katanya ada wartawan membanjiri perkarangan rumah kami hendak berjumpa.Terketar-ketar Laili menyampaikan berita bahawa ada orang yang telah mendedahkan identitiku kepada umum.Pada mulanya aku menolak dan berkeras mengatakan aku bukanlah 'Tanah' tapi setelah dijelaskan oleh Laili barulah aku faham.Kebenarannya ada seorang pembacaku telah menyiasat latar belakangku dan mendedahkan pada media identitiku.Aku pasrah.Walaupun ada barisan sekuriti yang menghalang para wartawan dari mendekatiku,arus dan aura curiousity mereka dapat aku rasai.
"Betul ke cik ni adalah 'Tanah' yang didakwa seorang penulis yang buta pada hakikatnya??"Salah satu soalan wartawan yang berpusu-pusu mendapatkan aku menerjah ke telinga.Aku terasa pedih di hati.
"Kalau betul..adakah disebabkan keadaan ini Tanah tidak pernah memunculkan diri di mana-mana program??"Satu soalan lagi yang mengguris hati..
"Cik malu ke???"
"Tolong faham semua.Kami akan jelaskan semua ni tapi bukan sekarang..harap semua boleh pulang.."Laili sedaya-upaya cuba menolak segala pertanyaan dari paksaan menjawab.Namun,usahanya bagai mencurah air ke plastik..plastik tak basah..air habis..
Aku tertekan.Seakan ingin aku menjerit..So what???kalau Tanah itu buta...apa masalahnya???Ada ke antara antum nak switch tempat dengan aku????Suara jeritan batin yang tidak termuntah.
"Go away or i'll sue all of you!!"Satu suara lantang menegur wartawan-wartawan yang tidak faham-faham bahasa itu.Aku tersentak.Suara itu....
Bang!
Aku telan liur.Itu bunyi pistol.Sepintas kemudian,aku dengar bunyi orang lari bertempiaran..Suara kecoh..Bunyi orang berlanggar sesame sendiri menyelamatkan diri.Aku seperti dapat mengecam apa yang berlaku.Bunyi pistol itu..dan suara itu..semuanya milik dia..
Seketika,suasana kembali senyap..bagai tidak ada apa-apa yang berlaku di halaman rumahku sebelum ni.Aku tarik nafas lega.Tapi...
"Buddy..."Air liurku terasa kesat.Sah..itu adalah dia..Aku senyap kaku..tidak memberi reaksi..Dari awal aku dapat mengagak itu adalah dia sebab suaranya tak mungkin aku lupa..bunyi pistol itu pula tentunya ada kaitan dengn adik kandungnya yang merupakan Ketua Polis Cawangan Seremban.Tentu mereka yang meleraikan kekusutan yang berlaku di sini tadi.
"Adikku Thaqifa...tau tak apa yang saya belajar hari nih???"Sabrah Jamilah bersuara selamba.Aku jadi gamam.Gaya bahasa nih pernah aku dengar 15 tahun yang lalu..
"Saya belajar yang bumi itu bulat...kemana pun kamu lari..kamu akan kembali pada tempat yang asal..sejuah mana pun kamu lari..saya tetap dapat kejar kamu..."Dia bersuara tegas.Kata-katanya masih seperti dulu..Selamba tetapi ada kelembutan di situ.Aku tunduk diam..Aku terasa ingin menangis.Insan yang aku rindu ada di hadapanku..sedang berkata-kata denganku...tapi wajahnya tidak dapat kulihat.
"Kenapa dik...kenapa lari dari akak...??"Dia bertanya.Terasa kakiku seolah-olah sudah tidak mampu berdiri.Lalu aku mencari dinding di belakang buat sandaran.Pertanyaannya meruntun hatiku..Aku ingin menjawab..
"Sebab saya rasa lemah bila kamu ada di sisi saya...saya takut..kalau akak tahu keadaan saya sekarang..saya tak mampu nak hadapi benda nih..saya akan jadi tak berdaya..mengharapkan simpati akak dan hanya tahu mengadu pada akak..."Aku luah segala perasaan yang terpendam.Memang inilah sebabnya aku tak mahu berjumpa dengannya.Takut aku terlalu lemah dan bergantung padanya.Hati ni memang sangat lembut..fragile pada insan yang seorang ini.Air mataku sedikit demi sedikit jatuh ke pipi.
"L.U.F...sayang kamu fillah..bukan kerana thiqah..bukan kerana kamu dapat melihat,rabun atau buta...tapi hanya kerana Allah..jika itu asasnya hubungan kita...takkan ada istilah lemah dalam relasi ini.sebaliknya ia menghasilkan sinergi..1+1 jadi tiga...yang lemah jadi kuat..yang kuat bertambah kuat..divide the sorrow multiply the laughter..kalau dari awal saya ada kat sisi kamu..saya akan pastikan takkan ada sesaat pun kamu bersedih dengan ujian Allah nih...satu detik yang menggembirakan kamu saya akan lipatgandakan ia..semuanya atas izin Allah..mungkin sekarang kamu tabah..masih mampu menyumbang dengan karya-karya kamu..tapi ironinya..dalaman kamu sakit kan...hati..jiwa dan perasaaan..."Tegas suara Sab mengusik hatiku.
Aku akui kebenaran kata-katanya..Sepanjang tiga tahun ni aku hanya berpura-pura kuat...berdakwah melalui tulisanku yang memang sangat dikenali di medan penulisan..Lebih-lebih lagi dengan nickname kontroversi..Tanah yang tidak diketahui identitinya.Sangat kontra dengan hatiku yang memang sakit..aku dambakan kehadiran seseorang yang menyokongku..Jalinan ukhuwwah..
"Betul..."Akhirnya aku akui kata-katanya.Tidak menafikan walau satu pun perkataan.Sab tersenyum.Tubuhku dirangkul ke dalam dakapannya..Di bahunya..aku menangis meluah rasa yang terpendam..setelah tiga tahun aku kebalkan diri..akhirnya air mata kesakitan itu aku keluarkan juga..
"Jangan buat macam ni lagi..kalau ye pun nak berdiri atas kaki sendiri..janganlah kejam sangat..."Sab berbisik halus.Belakang badanku diusapnya perlahan.Aku tarik nafas,menahan sendu yang mula menguasai diri.Sebak yang datang menyerbu dada.Air mata yang semakin laju menuruni pipi.
"I'm sorry..."Hanya itu yang terluah..
"Takpe dik...asalkan kamu jadi lebih matang dalam hal ni dan move forward tu sudah memadai..Berbaloi akak bangun pagi-pagi pecut datang sini..siap heret adik akak bawak pistol lagi.."Sab sempat berseloroh..Aku tergelak.Ada ceria berbunga di hati.
"Adik ingat muka akak lagi tak???"Dia bertanya sambil mengusap pipiku,mengesat air mataku.Dari perbuatannya aku tahu dia sedang memandang wajahku.Aku tunduk malu.Aku angguk.Mana mungkin aku lupakan sahabat tarbiyyahku selama 15 tahun ini.
"Good girl..tak dapat tengok guna mata ni tapi dapat tengok dengan mata hati...L.U.F dik..."Dia cium dahiku.Sejuk bibirnya ku rasa menyentuh dahiku.Aku senyum..Setelah tiga tahun berlalu..perasaan sama seperti yang aku alami ketika pertama kali berjumpa dengannya hadir di hati..Aku tahu inilah rasa cinta..cinta pada saudara yang sama-sama menyokong each other just for Allah.Cinta yang akan membawa kami ke syurga.
"L.U.F too.."
Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada' akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada' terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih".
(H.R Abu daud)
-TAMAT-
p/s:Thaqifa dan Sabrah Jamilah ialah diri saya sendiri.
di meja study..
1010 am