Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Nabi Adam a.s

Saturday, 5 December 2009

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini sebagai permulaan blog ni...biarlah saya mulakan dengan kisah nabi Adam a.s yg merupakan manusia pertama yg diciptakan oleh Allah s.w.t.Namun bukanlah cerita penciptaan mahupun kehidupan baginda bersama Hawa di syurga yg ingin saya ceritakan.Tetapi kisah yg ingin saya kongsikan mlm ini ialah kisah ketika baginda terlupa apa yg telah baginda sendiri minta pd Allah s.w.t suatu masa dahulu.

Telah diceritakan di dalam sebuah hadis bahawa Allah s.w.t telah menunjukkan pada Adam a.s kesemua manusia yang akan diciptakan selepas baginda dan tempoh hayat mereka telah tertulis di dahi mereka.Baginda dapati salah seorang daripada manusia tersebut sangat menarik lalu baginda bertanya kepada Allah s.w.t,''Ya Allah,siapakah lelaki ini?''

''Dia adalah keturunanmu,Daud dan aku telah tetapkan umurnya selama 60 tahun.''

Lalu,Adam a.s memohon pada Allah s.w.t agar memanjangkan umur Daud.Tetapi ditolak oleh Allah s.w.t.Maka Adam a.s menawarkan 40 tshun dari umurnya sendiri untuk diberikan pada Daud.''Ya Allah,berikan dia 4o tahun dari umurku.''

Apabila tiba masa yang ditetapkan utuk Adam a.s kembali ke rahmatullah,malaikut maut datang kepadanya.Namun Adam a.s membantah,''Allah memberikan aku hayat selama 1000 tahun.bukankah masih ada 40 tahun lagi ?''

Malaikat maut mengingatkannya,''Bukankah kau telah berikan 40 tahun itu kepada keturunanmu,Daud?''Namun Adam telah melupakan apa yang telah beliau katakan dahulu.Apabila baginda lupa,maka sifat itu juga dimiliki oleh keturunannya.

(cerita ini berdasarkan sebuah hadis sahih oleh imam tarmizi}
references:Story from hadith by Mohammad Zakariya Iqbal

Begitulah kisah Adam a.s yang saya pasti tak ramai yg mengetahuinya.(Ramai yg mengenali adam a.s sebagai manusia pertama yg diciptakan Allah dan kisahnya bersama Hawa sehingga tercampak ke dunia)

Lesson:
1)Catatlah setiap perkara yang penting dalam hidup kita.Sesungguhnya lupa itu adalah penyakit yg diwariskan kepada kita oleh Adam a.s (org bio ckp inherited..hehehe).Saya sendiri ada pengalaman yg haru kerana penyakit lupa ni.

2)Cerita ini juga mengingatkan kita bahawa sesungguhnya hanya Allah maha mengetahui sebagaimana Dia lah yg mengetahui berapa lama hayat kita di dunia ni.Dan yang pasti tempoh hayat kita tidak ada pertambahan mahupun pengurangan.

Tujuan saya memilih kisah ini sebagai permulaan ada kaitannya dengan tujuan saya membuka blog.Berdasarkan cerita di atas ternyata Adam a.s ada kelemahannya sebagai manusia iaiatu lupa.Maka kita juga tidak lari dari sifat itu memandangkan kita semua adalah pewaris baginda.

Saya x ingin melupakan ilmu yang saya peroleh .Walaupun saya byk belajar(pergi sekolah pun sejak berumur 7 tahun) tidak byk pengajaran dan ilmu yg tersimpan di dada saya.Menyedari hakikat itu,saya mengambil inisiatif untuk membuka blog ini untuk mencatat setiap perkara menarik...kalau saya terlupa boleh refer balik kat sini...orang lain pun boleh baca dan belajar dari blog ni kan(^^)

''Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya''

0 comments:

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.