Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Nabi Lut a.s

Friday, 25 December 2009

Bismillah.....

Bosannya bila org srh mkn ubat ps2 tido.....Tu la sye pun satu.....dh tau simptom2 demam dh merebak dlm bdn degil jugak nk g main ski.....huhuhu...sbb sye sygkn 57 pound yg sye dh byr tu...xpe lah....adventure.....

Sye nk share satu kisah....klu salah btulkn lah ye...igt lagi kisah nabi ibrahim b4 ni....(refer older post...)....Kedatangan malaikat ke rumah nabi Ibrahim a.s tu kerana 2 berita....yg first sye dh ceritakan iaitu menyampaikan khabar gembira tentang kelahiran Ishak a.s....yg second tntg kebinasaan kaum Lut a.s....

Rasanyer semua org tau generally yg kaum nabi Lut a.s merupakan pengasas kemurkaan dan maksiat yg masih berlarutan hari ini iaitu lesbian dan gay....Dan akhirnya kaum ni dibinasakan Allah dgn buktinya masih jelas sehingga kini iaitu Laut Mati (kat Jordan)..

Actually,yg menarik perhatian saya dlm kisah kehancuran kaum nabi Lut a.s ni ialah org yg mencabar kedatangan azab Allah ke atas mereka ialah isteri baginda sendiri...


Dikisahkan bahawa para tetamu yg dtg ke rumah Ibrahim a.s dlm perjalanan tuk ke kawasan yg didiami kaum Lut a.s.Mereka diutuskan untuk membinasakan kaum tersebut...
(az-zariyat:32)

Para malaikat tersebut tiba di kota Samud(kediaman kaum Lut a.s) ketika waktu tgh malam.Mereka menyamar sebagai lelaki yg sgt tampan,gagah dan mencairkan setiap mata yg memandang....(hahaha...description x leh blah...)...Lut a.s menyambut kedatangan mereka dgn resah-gelisah melihat kekacakan wajah tetamu2 nya.Baginda risau sekiranya kaumnya mengetahui tentang kedatangan tetamunya mereka akan berlumba2 tuk memuaskan nafsu homoseksual mereka pada tetamu2nya..

Baginda meminta isteri dan anaknya agar merahsiakan tentang kedatangan tetamu2 tersebut.Namun,siapa tahu org yg kita sayanglah yg mengkhianati kita...Isteri baginda sendiri menjadi musuh dalam selimut.Dia membocorkan rahsia tersebut kepada kaumnya.

(al-tahrim:10)

Dah tu habislah semua penduduk kota Sadum yg homoseks tu mengerumuni rumah Lut a.s...(x tau nk imagine camne tp mgkn lg teruk dr org yg memenuhi pentas jom heboh masa Mawi nyanyi kot...)Meeka berteriak agar Lut a.s menyerahkan pemuda2 yg tampan tu kepada mereka.Baginda dgn suara yg lembut meminta mereka beredar dan tidak mengganggu tetamu2nya.Namun mereka tidak mempedulikan kata2 baginda.Merasa dirinya sudah tidak berdaya untuk menahan arus kaumnya itu yang akan menempuh rumahnya dengan kekerasan berkatalah Nabi Lut secara terus terang kepada tetamunya:" Sesungguhnya aku tidak berdaya lagi menahan orang-orang itu menyerbu ke dalam .Aku tidak memiliki senjata dan kekuatan fizikal yang dapat menolak kekerasan mereka , tidak pula mempunyai keluarga atau sanak saudara yang disegani mereka yang dapat aku mintai pertolongannya, maka aku merasa sangat kecewa, bahwa sebagai tuan rumah aku tidak dapat menghalaukan gangguan terhadap tetamu dirumahku sendiri''.



Salah seorang tetamunya meminta agar Lut a.s membuka pintu seluas-luasnya.Sebaik sahaja pintu di buka,rumah Lut a.s diserbu dgn hebatnyer oleh kaumnya.Namun sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam rumah Lut a.s pandangan mereka menjadi gelap.

''.....Lalu kami butakan mata mereka.....'' (al-qamar:37)

Kaumnnya yg dibutakan itu menjerit2 apabila dibutakan.Mereka memaki-maki antara satu sama lain dan tidak kurg yg menyaringkan suara kepada Lut a.s.

Berkatalah para tetamu Lut a.s,

''Wahai Lut,sesungguhnya kami adalah utusan Allah.Mereka tidak dpt mengganggumu,maka pergilah kau bersama keluargamu kerana azab Allah akan tiba.....'' (hud:81)

Maka baginda bertolak bersama isterinya dan 2 org puterinya keluar dari kota Sadum.Tetapi isterinya yg curang dan munafik tu berjalan perlahan2 kerana tidak percaya pd azab Allah dan masih memihak kepada kaumnya.


Lalu Allah menurunkan azab kepada kaum Lut a.s tidak terkecuali isteri Lut a.s yg munafik itu.Hanya Lut a.s dan 2 puterinya yg diselamatkan Allah.


''Lalu kami selamatkan dia bersama keluarganya semua.....kecuali seorang perempuan tua(isterinya) yg termasuk dlm golongan yg tinggal.'' (asy-syua'ra:170-171)

Kota Sadum dibinasakan dgn gegaran yg membinasakan....dihujani batu-bata serta bumi tersebut diterbalikkn .....

Lesson:

1)Ternyata perhubungan sejenis itu dimurkai oleh Allah.Dah terang2 perkara tersebut diharamkn oleh Allah.Bukankah Dia dh menjadikan setiap manusia di bumi ni berpasang-pasangan lelaki dan perempuan.

''Dan Allah menjadikan bagimu pasangan(suami dan isteri)..........''(an-nahl:72)

Tapi saya x tau lah kenapa golongan terpesong camtu sekaranag ni semakin berani menuntut hak kebebasan mereka....siap buat persatuan lagi...sedih melihat kesesatan mereka...

2)Hmm...pada yg dh kahwin tu....jgn lah derhaka kepada suami sendiri.Sungguh isteri derhaka x dpt mencium bau syurga sbb syurga seorang isteri tu di bwh tapak kaki suami.Nabi Lut yg merupakan seorg rasul pun x dpt menyelamatkan isterinya dr azab Allah.


Owh ye....jgn lupa amalkn doa ni tuk yg belum kawin..

''Ya Allah,anugerahkan kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami...'' (al-furqan:74)

p/s:klu sye dh chat t sye update lah psl PMS....=))))


~~sayang fillah~~

2 comments:

murni said...

allahuakbar.
mari jadi hamba yg taat dan takut nk buat dosa, dari sekecil2 sampai sebesar2.sbb x tahu bila2 malaikat maut datang menjemput, sehari smpi 70x kan?T_T
tarbiyyah bukanlah segalanya, tapi segalanya bermula dgn tarbiyyah~

Nurul Hidayah Bani said...

bagusnya=D..penuh hikmah..

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.

There was an error in this gadget