Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Nabi Hud a.s

Tuesday, 8 December 2009


Bismillah......

Saya sedang menanti emel dari pensyarah universiti..agak stress sebab emel tu sgt penting tuk saya...So,kalau anda pun stress,marilah kita sama-sama menghayati kisah nabi Hud a.s.

Seperti mana Nuh a.s ditentang oleh kaumnnya,Hud a.s pun menerima tentangan yg hebat dari kaumnnya iaitu kaum 'ad...Ajaran islam yg dibawa oleh Hud .as tidak diterima malahan mereka berkata,''wahai Hud,engkau tidak mendatangkan satu bukti yg nyata kepada kami dan kami tidak akan meninggalkan sembahan kami kerana perkataan2 mu dan kami tidak akan mempercayaimu.....kami hanya mngatakan bahawa sebahagian sembahan kami telah menimpakan penyakit gila atas dirimu.....'' (hud:53-54)

Hud a.s menjawab,''Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah,tuhanku dan tuhanmu....maka jika kamu berpaling,maka sungguh,aku telah menyampaikan kepadamu apa yg menjadi tugasku sebagai rasul kepadamu.Dan tuhanku akan menggantikan kamu dengan kaum yg lain...'' (hud:56-57)

Kaum 'ad tidak mengendahkan amaran Hud a.s malahan mereka mengejek-ejek Hud a.s.Mereka menjawab,''Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahwa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahwa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu karena bayangan azab dan seksa yang engkau bayang-bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."

Tuduhan2 dan kutukan yg diterima baginda menyedihkan hati baginda lalu baginda berdoa,

''.....Ya tuhanku,tolonglah aku kerana mereka mendustakan aku,'' (al-mukminun:39)

Doa dan rintihan baginda segera dijawab oleh Allah s.w.t dalam firmanNya,

''...Tidak lama lagi mereka pasti akan menyesal.'' (al-mukminun:40)

Dan Allah s.w.t mengotakan janjinya dengan menurunkan kemarau yg pnjg sehingga memusnahkan tanaman,haiwan ternakan mati kelaparan,air-air di sungai kekeringan dan kaum 'ad berada dalam kehausan.Hud a.s masih berusaha menyedarkan mereka bahawa itu adalah azab kerana mereka mendustaknnya namun kata-kata baginda tidak dipedulikn.Kaum 'ad masih setia menyembah berhala-berhala merka dan memohon hujan darinya.

Dan tidak beberapa lama selepas itu,Allah telah memeperlihatkan awan hitam di langit.Maka bersorak keriangan lah kaum'ad kerana menyangka hujan akan turun.Mereka bersorak-sorak kegembiraan:ada yg menari,menyanyi di luar rumah.ada yg sudah siap sedia menanti air hujan dengan mengangakan mulut.Melihatkan keadaan itu,bertambah sedih lah baginda lalu baginda berkata,

''Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta.''

Dan seperti biasa mereka memperolokkn kata2 baginda.Mereka menyangka doa mereka pada berhala yg mereka sembah telah termakbul.Lalu tibalah azab Allah,bukan hujan yg turun tetapi angin taufan yg datang menggemparkan seluruh kaum yg kafir itu.

''........mereka dibinasakn dengan angin taufan yg sgt dingin.Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama 7 malam dan lapan hari terus menerus,maka kamu melihat kaum ad pada waktu itu mati bergelimpangan seperti batang2 kurma yg telah kosong,'' (al-haqqah:6-7)

Adapun Hud a.s dan sedikit kaumnya yg beriman diselamatkan oleh Allah s.w.t dan mereka hanya dapat memerhatikan kebinasaan mereka yg tidak beriman.Setelah berakhirnya azab Allah itu,Hud a.s berangkat meninggalkan tempat tersebut dan menuju ke Hadramaut.

Lesson:

1)Kesabaran,ketabahan dan kesungguhan Hud a.s patut kita jadikan panduan dalm kehidupan kita sendiri.Bukan setakat berdakwah,tapi juga dalam aktiviti seharian.Contoh,kalau kita nk g kls,kwn kte lak bgn lmbt ...tyme kte dah ciap,tyme tu lah dye bru nk mndi,ps2 breakfast...adoi!!!!!so,sbr je la tggu dye berciap...sabar kn separuh drpd iman..^^

2)Allah maha berkuasa.Sekelip mata,Dia mampu memusnahkan setiap manusia yg tidak beriman.Maka,wajarlah kita juga bermuhasabah diri adakah iman kita sudah ckp mantap tuk menyelamatkan kita dari azab Allah sekiranya azab itu diturunkn sekarang...Tepuk dada tanyalah iman..


Kesabaran Hud a.s lah yg sedang saya terapkan dalm diri saya sekarang ni.Menanti emel penting tu membuatkn saya tak senang duduk.Saya juga sedang belajar bersabar sebab eksperimen yg saya lakukn baru-baru ni tak menjadi...saya terpaksa repeat blk ataupun cover mrkh yg ada dgn alasan yg mntp.(emel yg sye sdg tggu ni berkaitan ngn exp yg x jd ni lah..tggu kta pts dr lctrr sama ada sye kna repeat blk exp ataupun x..)..xpe....saya cuba bersabar...

''Bersama-sama kesusahan itu pasti ada kesenangan.'' (as-syarh:6)

Moga2 esperimen yg sya akan lakukn akn dtg akan berjaya dengn gemilangnya.Itu doa saya pada Allah.

Berkaitan lesson yg kedua pulak...jika kita fikir iman kita ckp tuk menyelamatkn kita dr azab Allah cuba bayangkn sekiranya kita berada di kalangan org palestin mahupun lebanon,afghanistan dan yg senasib dengnnya...adakah kita sggp tuk keluar berperang menggunakn batu2 sedangkn musuh kita bersenjatakan kereta kebal dan bom fosforus seperti yg dilakukn saudara seagama kita di sana?Tebalkah iman kita untuk keluar dari rumah?

fikir-fikirknlah......;p....maaf jika ada tersalah kata mahupun tulisan di dalam coretan saya ini...

~~sayang fillah~~

0 comments:

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.