Amaran: Notes to be noted!

Assalam....selamat membaca tapi ada beberapa concern utk diingatkan pada semua..

>>>>Bagi semua yang mengenali pemilik blog nih,segala yang saya curahkan dalam semua karya dan cerita adalah untuk pengajaran sahaja.segala yang diadaptasikan dari kisah hidup saya sendiri adalah tidak ada kena mengena dgn semua org lain yang ada dalam hidup saya.

>>>>Saya harap sgttt saya sebagai tanah di blog ini tak dicomparekan dgn saya yang berada di luar.

>>>>Segala luahan dan curahan perasaan saya(termasuk yang saya selitkan dlm cerpen) di blog nih adalah private dan tidak boleh dibawa keluar melainkan komen di blog ni sahaja..

>>>>Segala komen biarlah disertakan nickname dan bukan anonymous namun tiada paksaan dikenakan.

>>>>Boleh share posts saya di medium lain dgn syarat saya masih lagi diauthorized sbg pemilik post.

>>>>Selamat membaca dan mengambil ibrah dari post2 yang bermanfaat...maafkan segala salah silap..jzkk

Nabi Nuh a.s

Sunday, 6 December 2009

Bismillah...

Selamat malam...

saya sedang berusaha menyiapkan report saya tuk dihantar selasa ni.Tetapi dek kerana stress yg agak melampau saya pun melarikan diri sekejap tuk menumpahkan setitis dua tinta di blog ini...

Tentu ramai sudah mendengar kisah Nabi Nuh a.s dan bahteranya kan.Hmmmm....sudi membaca sekali lagi????Saya tak lah ingin menulis cerita penuh tentang peristiwa banjir besar tapi cukuplah sekadar ringkasan yg padat dengan mesej yg hendak saya sampaikan.

Nabi Nuh a.s merupakan rasul pertama yg diutuskan untuk menyampaikan ajaran Allah kepada kaumnnya.Namun seperti yg kita semua ketahui,ajaran nabi Allah itu ditolak mentah-mentah oleh kaumnya.Setelah Nuh a.s berputus asa untuk mengembalikan kaumnya yg sesat tu kembali ke jalan Allah,baginda pun bermohon kepada Allah,

"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."

Doa baginda dimakbulkan Allah dalam firmannya,

''Dan buatlah kapal itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami,dan janganlah engkau bicarakan dengan Aku tentang org2 yg zalim.Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan''
(hud :37)

Maka tibalah hari yang dijanjikan Allah itu.Hujan turun dengan selebat=lebatnya.Dan banjir besar berlaku hingga hampir menenggelamkan gunung-ganang yg tinggi.Manusia-manusia kaum nya itu sangat panik dan masing-masing mencari tempat-tempat yg plg tggi tuk menyelamatkan diri.Namun nabi Nuh a.s masih lagi berusaha menarik kaumnya tuk beriman kepada Allah.

''Dan dia berkata,naiklah kamu semua ke dalamnya(kapal) dengan menyebut nama Allah ketika waktu berlayar dan berlabuhnya.Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun ,maha penyayang.'' (hud:41)

Namun tidak ada seorang pun dari mereka yg menyahut seruan baginda melainkan mereka yg telah beriman sebelum itu.Tiba-tiba Nuh a.s terpandang kelibat puteranya sedang terkial-kial menyelamatkan diri.Lalu sifat pengasih dan sayang baginda terhadap darah dagingnya sendiri muncul.Maka berteriaklah baginda,''...............wahai anakku,naiklah ke atas kapal bersama kami dan janganlah engkau bersama-sama dengan orang yg kafir.'' (hud:42)

Dengan angkuhnya putera baginda tersebut menjawab,''Aku akan mencari perlindungan di gunung yg dapat menghindarkan aku dari air bah.........''Namun seperti firman Allah sebelum ni,tiada siapa yg terselamat melainkan org2 yg beriman.

Setelah beberapa lama, Allah berfirman supaya bumi berhenti memuntahkan air dan langit berhenti mencurahkan air.Bahtera nabi Nuh a.s berlabuh di atas Gunung Judi.Meskipun begitu,Nuh a.s masih bersedih kerana baginda tidak dapat menyelamatkan anaknnya sendiri dari azab Allah itu sendiri.Mohonnya pada Allah,
''Ya tuhanku,sesungguhnya anakku itu adalah termasuk keluargaku dan janjiMu itu pasti benar.Sesungguhnya engkau adalah hakim yg paling adil.'' (hud:45)

Allah berfirman,''Wahai Nuh,sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu.....''
(hud:46)

Hmmm....kalau nk tahu lebih lanjut lagi,bukalah alquran,kitab pegangan kita surah hud,ayat 25 hingga 48.


Lesson:

1)Marilah kita bertaubat selagi masih diberi kesempatan.Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka.Dan ingatlah salah satu pintu syurga telah dikhususkan hanya untuk org2 yg telah bertaubat.(taubat nasuha ye...bkn tau buat...)

2)Allah itu maha berkuasa.Bila2 masa sahaja setiap perbuatan kita akan diberi balasan.Dalam kisah di atas,keingkaran kaum Nuh a.s telah dibalas dengan air bah yg besar sehingga terkorbannya kesemua mereka.

Sebenarnya dalam kisah di atas,saya sgt tertarik pada detik Nuh a.s masih berusaha menyelamatkan anaknya dari kesesatan.Sifat baginda ini juga terserlah dalam diri ibu bapa kita sendiri.Sebagaimana Allah telah memberitahu bahawa anak itu bukan keluarga Nuh setelah dia ingkar untuk beriman,sebegitu jugalah sekiranya kita sendiri menolak nasihat ibu bapa kita.Lebih tepat lagi,kita boleh dianggap derhaka.Wasiat luqman Hakim sendiri menyuruh kita agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa....(luqman:14)

Anda semua tentu dah byk menonton cerekarama tentang balasan anak2 yg derhaka kepada ibubapanya kn?Berdoalah agar kita tak termasuk golongan org2 yg menderhaka kepda ibu bapa.Maka,bagi yg dah tersasar jauh tu,marilah kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat.Bukan ke pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yg menginginknnya.....^^

Berbalik pada kisah taubat itu tadi,saya terigt pada satu ketika dalam hidup saya di mana saya tersasar juga....huhuhu..saya telah melakukan beberapa jenayah yg pada mulanya secara kecil-kecilan dan berakhir dengan besar-besaran.Faham ke?Akhirnya saya tertangkap dan mak saya hantar saya ke sekolah yg anda tentu boleh agak sekolah apa?Pintu taubat masih terrbuka utk saya ....Syukur Alhamdullillah....Saya cuba berubah ke arah kebaikan..:) Tomorrow must be better than today,,,,
~~sayang fillah~~

0 comments:

Post a Comment

~~~TanaH~~~

~~~TanaH~~~
-kerana Logam asalnya Tanah-

Aminkan doa ini..

Ya Allah,



Sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,telah bettemu dalam taat padaMu,telah bersatu dalam dakwah padaMu,telah berpadu dalam membela syariatMu,Kekalkanlah Ya Allah ikatannya.



Tunjukilah jalan-jalanNya.



Penuhilah hati-hati tersebut dgn cahayaMu yg x pernah kunjung malap.



Lapangkanlah dada-dada kami dgn limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu.



Hidupkanlah yaAllah,hati ini dgn makrifat kepadaMu.



Ya Allah,sekiranya Engkau mentakdirkan mati kepada kami,maka matikanlah kami dalam golongan para syuhada yg berjuang di jalanMu.



Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.



Kabulkanlah ya Allah.Dan sampaikanlah salam kepada junjungan nabi kami,Muhammad saw kepada keluarga,para sahabatnya dan juga sampaikanlah salam.