Saya baru sahaja menamatkan paper cosmic connection pagi tadi.Alhamdullillah tidak sia-sia saya belajar malam semalam.Semua soalan dapat di jawab dengan baik walaupun saya tidak berminat langsung.Emmm....well,seperti biasa,kita hiasi hari ini dengan kisah seorang lagi nabi Allah iaitu nabi Saleh a.s.
Hmmm...bagi yg x tau,kaum nabi Saleh a.s dikenali sebagai kaum Tsamud yg juga dikenali sebagai 'ad the second.Nabi Saleh sendiri datangnya dari kaum Tsamud itu sendiri dari keluarga dan latar belakang yg baik.
Setelah Allah mengurniakan wahyu kepada Saleh a.s,maka baginda segera melaksanakan tugasnya sebagai rasul.
''......Wahai kaumku,sembahlah Allah.Tidak ada tuhan bagimu selain Dia.....'' (hud:61)
Malangnya kaum Tsamud tidak dapat menerima ajaran baginda dan mempersoalkan mengapa baginda yg dari kalangan mereka tiba-tiba menyeru mereka tuk meninggalkan sembahan mereka.
''Bagaimana kita akan mengikuti seorang manusia biasa di kalangan kita.Sungguh kalau begitu kita telah benar-benar sesat dan gila.'' (al-qamar:24)
Maka, mereka menuntut bukti dari baginda yg menunjukkan kebenaran kata-katanya.Bersesuaian dengan permintaan mereka,Saleh a.s bermohon pada Allah agar menunjukkan kekuasaanNya.Doa Saleh a.s segera dimakbulkan Allah dalam firmanNya
''Sesungguhnya kami akan mengirimkn unta betina sebagai cubaan bagi mereka,maka tunggulah mereka dan bersabarlah.'' (alqamar:27)
Saleh a.s membawa keluar unta tersebut daripada batu dengan izin Allah.Maka terkejutlah para pendusta kaumnya.Tersentak dengan kejadian itu,sebahagian daripada mereka menyatakan keimanan kepad Allah dan separuh lagi masih berkeras dan terus menolak dakwah baginda.Mereka berkata dengan sombongnya kepada org yg beriman,
''...............sesungguhnya kami mengingkari apa yg kamu percayai.'' (al-a'raf:76)
Unta yg dikurniakan Allah itu mempunyai sifat yg luar biasa.Susuk tubuhnya tinggi dan gebu.Haiwan2 lain melarikan diri apabila melihat kelibat unta betina itu.Dan,ketika unta itu pergi ke perigi tuk minum air,perigi itu akan dikosongkannya.
Lalu,kaum Tsamud sgtlah marah dengan perlakuan unta tersebut dan merancang tuk membunuhnya.Nabi Saleh a.s melarang keras rancangan mereka kerana sesungguhnya unta itu minum air perigi itu dan menggantikannya dengan susu yg byk yg boleh dinikamati oleh kaum Tsamud itu sendiri.Baginda memberi amaran bahawa sesungguhnya jika mereka membunuh unta tersebut maka azab Allah akn ditimpakan pada mereka.Mereka malah tidak mengendahkan kata-kata Saleh a.s lalu unta betina itu pun dibunuh.
''kemudian mereka bunuh unta betina itu dan berlaku angkuh terhadap perintah tuhannya lalu mereka berkata,wahai saleh,buktikanlah ancaman engkau terhadap kami jika benar engkau salah seorang rasul. '' (al-a'raf:77)
Mendengarkan cabaran kaumnya itu,berkatalah Saleh a.s,
''...........bersukarialah kamu di rumahmu selama 3 hari.itu adalah janji yg tidak dapt di dustakan.'' (hud:65)
Maka setelah 3 hari datanglah pembalasan Allah terhadap kaum yg ingkar itu.Suara yg menggerunkn muncul dan bergema di langit.Kaum Tsamud tidak dapat menahan kesakitan mendengat suara yg melantun keras itu.Lalu mereka mati bergelimpangan di dalam rumah masing-masing.Senyap-sunyilah kawasan tempat tggl mereka itu seperti tidak pernah didiami .
Maka itulah azab yg ditmpakan Allah kepada kaum Tsamud,kaum nabi Saleh.Hanya Saleh a.s dan mereka yg beriman sahaja terselamat dan diberi perlindungan oleh Allah.
Kisah nabi Saleh byk diceritakan di dalam Aiquran dan hadis.Boleh rujuk jika nk fhm lbh lagi.Salah satu hadis riwayat Imam Ahmad juga menceritakan kisah yg sama.
Lesson:
1)Mukjizat Allah tidak patut dipersoalkan.Seperti kisah di atas mereka mempersoalkan kenapa unta itu akan minum air perigi sehingga habis.Padahal mereka mendpat nikmat air susu unta itu sebagai ganti.Sesungguhnya setiap yg dijadikan Allah itu ada sebabnya.Kita pun dijadikan Allah ada sebabnya iaitu untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah.
''Aku tidak menjadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaku.'' (az-zariyat:56)
Sama lah seperti unta tu.Allah menjadikannya untuk memperlihatkan kekuasaanNya agar kaum Tsamud beriman kepada Nya dan memberi mereka minum susu yg enak.
2)Seharusnya kita takut pada pembalasan Allah.Cerita umat zaman dahulu byk mengingtkn kita bahawa sesungguhnya Allah itu maha berkuasa dan maha besar.Macam Tsunami,bila difikir-fikirkan,kekuasaan Allah itu memang terbukti apabila hanya Pulau Panyee satu-satunya pulau di kepulauan Aceh yg terselamat dari bencana itu.Dan adakah ianya satu kebetulan apabila seluruh penduduk pulau itu muslim yg beriman dan mengamalkan ajaranNya??fikir-fikirknlah...
So,harap2 kisah kaum Tsamud ni dptlah memberi pengajaran kepada saya dan org yg membacanya.Setiap yg berlaku ada hikmahnya.Seperti unta tu,ada sebab mengapa Allah pilih saya belajar cosmic dan amik exam walaupun saya x mnt subject tu.(uni yg wajibkn)...mungkin Dia nk saya berfikir secara saintifk dan logikal tentang kejadian alam semesta yg diciptakanNya.Dan memang ada teori sains alam semesta(cosmic) yg saya belajar lari dari penciptaan alam semesta yg diceritakan dalam Alquran.huhuhu...~~
Everything n everyone are there 4 a reason.....
~~sayang fillah~~
0 comments:
Post a Comment